Dua Kosong Satu Enam

January 13, 2016



Entri baru untuk tahun baru. Lamanya tak update. Nak cakap sibuk, takde lah sangat. Cuma kekeringan idea nak update.


Ok lah. Nanti update lagi. Nak g terjah blog orang lain dulu. Happy blogwalking

No title

September 21, 2015



 Kisah semalam. 
Mentang-mentang dah cuti sekolah kemain lagi korang ni. Semua nak tukar status single ke married. 
Sampai tiga kenduri aku g semalam. Kenyang perut suka hati. Dari bera sampai ke temerloh kendurinya. 
Kenduri last tak mampu nak makan nasi dah. Mampu makan bubur jer. 
Janji menjamah kan. 


Emm. Bukan nak diet ke ???


 Jangan cakap hakak tak payung gambar. Kbai.

Cik Renex ke Deerland

September 4, 2015

Hai bulan september.
Baru nak update.

Kisah lama yang lama berkurun tak hupdate². Raya baru ni kan aku sekeluarga pergi ke Kuala Gandah Lanchang tu. Dan setiap kali pergi sana selalu tak sempat singgah ke Deerland. Deerland dengan Kuala Gandah tu dekat je. Sebelum sampai ke tempat gajah tu,korang akan nampak simpang ke kanan menuju ke Deerland. Tak jauh mana pun.
Masa kami sampai tu nak hampir tutup sebenarnya tapi ramai je lagi datang lepas tu. Sebab musim cuti sekolah kan.

Apa yang ada di Deerland? Nama pun deerland haruslah ada rusa. Hiks. Bayaran masuk untuk dewasa kalau tak silap RM6.00 kanak-kanak RM3.00 kot. Lupa lah. :'(


Masa masuk ke dalam Deerland ni korang akan melalui satu jalan yang disediakan. Masa tu akan jumpa la haiwan² seperti diatas ni sebelum berjumpa dengan rusa. Paling suka tengok ayam tu. Kacak. Hahaha. 





Masa ni tengah bagi rusa makan ubi kayu.*kalautaksilapdahlupa. Rusa masa ni semua hulurkan kepala kat tangan kita. Dan secara jujurnya,aku seriau dan seram masa nak bagi makan tu. Aku bagi sikit je yang selebihnya dak kecik ni yang bagikan. Hoho. Rusa kat sini banyak gak dan jinak. 

Dannnn yang paling best kat sni adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
. 
.
.
.






Ada ularrrr. Yang kita boleh selfie bersama-sama. Tapi aku xde la nak selfie bagai letak kat leher ke. Hohoho. Tak berani weh. Walaupun ular ni memang pasifff je. 



.
.
.
Aku hanya mampu letak kat atas peha.belai-belai manja jer. Ahaks.
Abg lee je pegang kepala dia.

Ok lah dari takde kannnnn..





Kbai.

Kuala Gandah Lanchang .

August 17, 2015

Cerita lama sebenarnya yang ke Kuala Gandah ni. Kalau tak silap,raya ke lima kami sekeluarga ke sana. Tak jauh sangat pun dari Bera. Ikut highway exit lanchang tak sampai dua jam.
Aku dah banyak kali pergi ke Kuala Gandah ni. Abg Lee je la baru first time pergi. Kesian beliau. Hahahaha *gelakjahat . Sampai2 kena daftar dulu semua yang datang. Isi nama dan IC kemudiannya pihak sana akan bagi kita sticker pelawat. FREE sahaja yer melainkan korang nak mandi manda dengan gajah gajah tu. Tak pasti lak kena bayar berapa rm.



Ni kami bergambar ngan hencik gajah selepas dieorang ni wat persembahan. Cuak sebenarnya. Hahaha.


Aktiviti mandi manda dengan gajah. Selalunya orang luar yang teruja lebihnya nak mandi ngan gajah ni. Siap wat video lagi. Kalau suruh aku mandi ngan gajah, memang tak lah walaupun bagi aku berjuta-juta. Huhu

Masa kat sini kita boleh bagi makan kat gajah ni. Nanti ada gerai menjual tebu ngan kacang. Boleb la beli untuk gajah² ni sambil bergambar sakan ngan gajah ni. Huhu




Itu saja la nak cerita. Entri lepas ni cerita sal ke Deerland pulak k. Nantikan.

Obses dengan owl #part 1

July 10, 2015

Akhirnyaaa Cik Renex dapat jugak theme Owl untuk tab yang uzur ni.
Cantik takkk.. Aku memang obses gila dengan bentuk burung hantu. Banyak jugak da la koleksi burung hantu ni termasuk pin shawl, shawl, wallet. Hari tu kat instagram ade orang jual sticker owl, laju je aku belinya. Lepas tu sayang nak guna. Huu. Saje nak wat koleksi jer sebenarnya.

Korang obses dengan ape pulak?
Ni dia theme tab aku. Comel kannnnnnnn..



Ni lak dompet . Jumpa kat TF. Aku xpandang sangat brand2 ni. Asalkan cantik rembat terus. Hiks.



hashtag S A Y A N G

May 25, 2015


Sayang itu--
Bukan hanya omongan di mulut.

Sayang itu--
Bilamana awak dekati dia kerana Allah.

Sayang itu--
Apabila awak ambil berat tentang kondisi hati dia.
kalau dia masih sebati dengan kemungkaran,
Maka--awak pimpinlah tangan dia ke majlis-majlis ilmu untuk membangkitkan rasa cinta pada tuhan (Allah SWT)

Sayang itu--
Tak cukup dengan "relationship goals".
Tapi,
Dengan ukhwahfillah yang sebenar-benarnya kerana Allah.

Sayang itu--
Bukan dengan hanya menghadiahkan hadiah yang mahal-mahal pada hari lahirnya.
Tapi,
Dengan hadiahkan doa-doa yang manis dan cantik untuk dia dalam setiap akhir solatmu.

Terlalu banyak kita salurkan kasih sayang kita ke saluran yang salah.

Awak,
Mari kita ubah ya?

OP: @aqoimran
#pahalaproject #dakwahmudah #thedaiegraphy #Aqo_FreeForAll

Copy from IG @adshf_

Ke Kuantan lagi.

May 14, 2015

Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Selamat datang bulan Mei.

Dari tajuk pun boleh tahu nak cerita mengenai apa kan. Minggu lepas, Cik Renex ke Kuantan. Bila letak gambar kat moment mula orang cakap. Ouh.dating yer? Aah, cik renex dating. Date dengan ma tersayang dan si mulut becok Cha. :) Sebenarnya lama dah nak g Kuantan sebab rindu dengan Pantai. So, kebetulan ada hal nak jumpa mak long,memang peluang yang terbaik untuk lepak² di pantai.
So.marilah Cbx kita bergerak ke kuantan. 




Bera ke Kuantan dalam 2 jam lebih je. Sampai² ke sana g rumah mak long dulu kat Taman Kubang Buaya. #tiadabuayaharapmaklum . Lama jugak lepak sana. Pas Asar baru gerak ke Teluk Chempedak. Hmm. Sampai2 ramainyaaaaa orang. Lupa yang pergi hari Ahad,memang confirm ramai orang. :)  



Hajat di hati nak singgah ke Beach market kat Taman Gelora tapi terkilan sebab nak masuk ke Taman Gelora  tu pun puas. Jalan jem. So patah balik lepak tepi sungai pahang. ESPLANADE KUANTAN ajerr. Tapi seronok la gak ,tercapai jugak hajat Cha nak main giant ballon tu. #yekenamagiantballon . Ngan cikrenex sekali join main. Hikssss..






Lepas ni kemana pulak?

© Blog Cik Renex •