Family Day 2016 The Grand Beach Resort Port Dickson

August 4, 2016

Tahun ni sekolah aku anjurkan Family Day kat The Grand Beach Port Dickson. Asalnya nak buat kat De Rhu Beach Resort tapi dah fully booked pulak. Jadinya 30hb Julai 2016 ,Sabtu gerak la kami berkonvoi ke Port Dickson. Ni la first time aku drive hala ke Port Dickson. Cuak jugak sebab memikirkan tak tahu jalan,takut kena tinggal konvoi. Almaklumlah,aku pakai kancil je dieorang semua cc besor2. Tapi yang lawaknya,aku orang terawal sampai. Hahahaha.


Sampai2 pergi cari kedai dulu. Kami lunch kat RnR Seri Bayu kalau tak silap lah. Lapar giler weh. Dari pagi aku tak sarapan sebab xde selera. Huhu. Siap2 makan, pergi The Grand Beach Resort untuk check in.

Kami dapat bilik yang menghala ke pantai sedikit. Nampak lah matahari terbit. Huhu . Jiran hotel sebelah pun nampak.

The Grand Beach Resort Port Dickson

Aktiviti Family Day kami mula dalam jam 430petang. Jadinya sementara tu boleh la kami rehat2 kan badan. Penat weh drive, kira jauh juga la tu dengan tak tahu jalannya. 




Dalam jam 5petang mula lah aktiviti Family Day kami. Acara untuk kanak-kanak cam biasa lah, mewarna. Untuk wanita lak boling kelapa dan lelaki main bola tampar pantai. Mula nak buat acara membina istana pasir tapi tak sempat dah.



Ni kolam kat hotel ni. Boleh tahan la best. Aku tak berendam pun. Malas.


Lokasi Hari Keluarga Port Dickson Negeri Sembilan The Grand Beach Resort Port Dickson
Esoknya sebelum balik,g mandi pantai. Bukan aku lah mandi, cha and the gang je mandi. Aku rendam kaki jer. Hahaha


Sebelum check out 12 tengahhari tu aku ajak ma jenjalan pantai. Seronok sebab tak ramai dan tak serabut. Sebab pantai ni untuk penghuni hotel je. So da jadi macam private beach. 

The Grand Beach Resort Port Dickson

Lokasi Hari Keluarga Port Dickson Negeri Sembilan The Grand Beach Resort Port Dickson

Cantikkan. Tenang sangat bila duk kat pantai. Hilang sekejap masalah2 yang serabut dalam kepala tu.

I am a thalassophile. ❤

Raya tak sakan sangat

July 28, 2016

Raya tahun ni aku beruntung sikit sebab selalunya raya ke tiga aku dah kerja,tapi tahun ni kerajaan bagi cuti peristiwa maka dengan itu boleh lah sambung berjalan raya. Yeay! Sebelum raya tu aku dah tanya kat group,hari apa plan nak jalan beraya. Nampak tak semangat nak beraya tu membara sangat walaupun umur dah meningkat. Hiks.


Plan utama nak ke rumah Ustaz Mazuki dulu. So menuju lah kami ke rumah beliau. Nak di jadikan cerita, whatsapp aku buat hal weh. Whatsapp dari group dapat,dari personal sorang2 xdapat. Patut lah aku whatsapp intan wani takde respond. Xpasai2 kena on wechat pm wani. Yang si intan pulak die da balas tapi aku tak dapat pun msgnya. Sori mek.



Sementara menunggu Cik Intan kita bersiap kiteorang berphotoshoot kat simpang. Pedulikan orang yang lalu lalang. Haha. Mereka bertiga ni memang geng jalan beraya dari zaman sekolah rendah lagi. alhamdulillah kawan sampai sekarang. 20tahun da wehhh.

Bila intan dah sampai maka kami pun berkonvoi la ke rumah ustaz.


Ni gambar kt umah ustaz. Siap makan mempelam colek. Lengkap pakej pencuci mulut. :)


Dah setel rumah ustaz kami pergi beraya sambil melawat sahabat kami,Aus. Semoga cepat sembuh Aus. Singgah umah nenek intan,pergi tumpang solat kat rumah intan then baru pergi ke rumah Yus.


Makan nasi minyak weh. Memang dah lapar sangat. Sampai2 terus makan. Nampak sangat laparnya. Sedap. Thanks kak yus. Makan kuih lepas tu test kamera oppo wani. Gosip2. Lepas tu kami pun pulang ke rumahh.


Tak banyak rumah tahun ni kami serbu sebab masing2 balik rumah mentua. Nampak tak,yang bujang2 ni tinggal kami je. K lah. Nanti sambung lagi.

Syawal 2016

July 27, 2016

Walaweh. Syawal nak habis da pun tapi aku baru nak tulis entri blog mengenai Raya. Nampak tak kroniknya nak update blog. *hiks. Ok lah. Selamat hari raya followers & silent readers. Maaf andainya entri2 dalam ni ada menyakiti hati kalian tanpa ku sedari. Tiada niat sebegitu.


Raya aku macam biasa raya di rumah sendiri lagi. Masih tiada lagi scene "Raya tahun ni raya pertama kat rumah saya,tahun depan baru rumah abang" okay,abang sangat. *Contoh . Raya di Pahang. Siapa Team Raya Pahang? Sep sikit. Nama pun raya,tak sah kalau takde sesi bergambar sakan. So jom lah layan gambar.


Kesayangan saya. Abg lee. Akak. Cha. Ma. Cik Renex. Min Ho. *eh. Tahun ni tema warna ungu. Beli kain pasang awal tahun ritu da pastu ikot la masing2 nak wat baju design apa.


Ni masa my BFF datang beraya. Comey sangatt Humaira pakai peplum. Gerammm.


Sini dah jadi port wajib bergambar. Sampaikan member aku yang datang beraya pun nak jugak snap gambar sini. Kita layankan aje. Haha.


Raya kedua. Raya dengan saudara2 & sepupu2. Ni pun dah petang baru pergi sebab saudara tak putus2 datang rumah. Tahun ni cam ramai pulak.


ok.itulah kisah raya cikRenex. Nanti la sambung kalau rajin untuk raya ke 3 dan seterusnya. Haha. Selamat hari raya korang!!!

CR ke Masjid Kristal Kuala Terengganu

May 17, 2016

Cerita lama tapi baru nak share hari ni. Kalau tak silap kisah ni berlaku bulan Mac baru ni. Takde lah basi sangat kannn. Cik Renex, Cik Intan dan Cik Ecah telah bersepakat mengambil cuti sehari untuk melepak bersama2. Saja je mention Cik tu sebab geng bujang. Pada asalnya plan lepak ni nak buat tahun lepas tapi tak menjadi. So,malas nk plan berie cuma tanya bila free. Then, jadi lah sesi lepaking di Terengganu.

Kononnya nak lepak Kuantan je kan,tapi cam dah bosan makanya,last minit tukar plan ke Terengganu. Sooooo, helloooo Terengganu.


Setelah berjam2 akhirnya alhamdulillah selamat sampai. Tu pun beberapa kali sesat tak jumpa highway. Hahaha

Tempat pertama yang ingin di tuju adalah Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Cari guna waze jer. Redha je la folo gps tu. Sesat lagi kami redha. Haha


Sampai jugak akhirnya Masjid Kristal Kuala Terengganu ni. Subhanallah. Sangat cantik. Sempat solat zohor dalam masjid ni. :')


Ngan ecah . Sekarang kan musim Panas,gambar pun mata jadi kecik2. Huhu




Tak pergi Taman Tamadun Islam sebab hari yang sangat panasss. Lain kali pulak pergi. Nanti sambungan ke Kampung Cina pulak. :)

Melontar bola ke longkang.

April 27, 2016

Ghindunyaaaa kat awak blog! Lama sangar Cik Renex tak merepek kat sini. Sebulan sekali baru nak hupdate. Apa nak jadi ni. Tapi alhamdulillah duit nuffnang ada perubahan walaupun berapa hinggit jer. Hahahaha.


Baru2 ni pergi main bowling dekat Ubowl Starmall Mentakab. Itu je la satu2nya mall kat sini yang ada bowling dan wayang. Ok lah dari takde kan.


Kami pergi satu family tapi yang mainnya Cik Renex, Akk dan Abg Lee. Ma ngan cha sebagai penyokong. Huhu. Tak de rezeki nak menang. Kalah kaw2 dengan mereka berdua. Adoii camne nak lawan game bulan depan ni. Adei.


Pro sangat gayenya tuuuu



Teruk kan. Mungkin faktor penat kerja tak habis lagi. Kahkah.



Nanti kena repeat lawan ag. Tak puas hati.

Ost Ada Apa Dengan Cinta 2

March 22, 2016



Siapa dah tengok teaser AADC2 kat Fb. Rasanya mesti ramai dah tengok dan tak sabarrr nak tengok cerita ni kan.

Setelah 14 tahun. Apa yang berlaku agaknya dengan Cinta & Rangga. Tak sabarnyaaaa nak tengok.


Kita layan ost filem ni dulu. Macam biasa la. Melly tak pernah mengecewakan. Lagu memang best.

'Ratusan Purnama' dari Melly Goeslaw dan Marthino Lio

Ratusan purnama berlalu
Tapi cinta tak pernah berlalu
Walau kau usir aku di hidupmu
Tapi cintaku tetap diam

Ratusan purnama berlalu
Sendirian aku tanpa cinta
Tak pernah ada cinta yang lain
Hatiku terbuka hanya untukmu

Duhai cinta enggan menawar rasa
Gelombang marahmu terlalu berlebih

Berderik-derik bunyi jantungku
Bila ku kenang wajahmu
Biar jauh jarak pandang kita
Namun hati dan jiwaku selalu merasa di sisimu

Duhai cinta sulit ku meraba
Diam dan dinginmu
Ribuan hari ku mengingatmu
Membaca semua puisimu
Mengering raga ini menantimu
Ratusan purnama cinta kita kembali

Duhai cinta enggan menawar rasa
Gelombang marahmu terlalu berlebih

Berderik-derik bunyi jantungku
Bila ku kenang wajahmu
Biar jauh jarak pandang kita
Namun hati dan jiwaku selalu merasa di sisimu

Duhai cinta sulit ku meraba
Diam dan dinginmu
Ribuan hari ku mengingatmu
Membaca semua puisimu
Mengering raga ini menantimu
Ratusan purnama cinta kita kembali lagi
Ratusan purnama cinta kita kembali

Taman Botani Seri Medan Batu Pahat Johor

March 2, 2016

Hari Sabtu baru ni aku berkesempatan ke Taman Botani Seri Medan yang terletak di Batu Pahat Johor. Dah alang-alang aku pergi Kluang , akak aku ajak la berjalan ke sini. Padahal makcik tu bukan sihat sangat tapi bila bab2 berjalan,terus sihat. *saborjelah . Kononnya nak pergi Pesta Layang-layang Pasir Gudang tapi cancel la sebab abg ipar aku takde . Siapa nak drive kan. Suruh aku memang tak ah sebab memang confirm sibuk kat situ.


Dalam dua jam jugak la dari Kluang tu. Rasanya tak jauh mana pun.Tak taw kenapa tiba-tiba jalan Kluang jem. Haha. Menurut yang aku baca, Taman Botani Seri Medan ni asalnya bekas lombong bijih. Tapi dah dijadikan Taman Botani untuk penduduk setempat berekreasi. Cantik permandangan dia.


Tiada bayaran yang dikenakan. Percuma sahaja. Sampai je memang dah teruja nampak payung yang tergantung ni. So memang terus snap gambar. Masa ni tak ramai sangat sebab tu selfie je memanjang. Haha.


Ni tasik yang cantik tu. Ingatkan Tasik Dayang Bunting Langkawi tadi. Tapi serius cantik dan tenang. Ada jeti jugak kat sini tapi sayangnya di tutup sementara untuk proses baikpulih kot. Sebab tengok pun dah uzur semacam.


Cantik kan?Tenang. Tapi air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. Hoho.


Tengah feeling konon kat Langkawi. Haha.


Bila jalan ke hadapan sikit ada satu tempat yang cantik. Tak tahu la nak namakan apa. Tapi rasanya bahagian landskap Johor dah arahkan setiap daerah hias kot. Cantik.





So siapa2 yang dah bosan jalan kat mall boleh la relax2 kan minda datang sini. Kalau datang sambil berjoging lagi bagus.heee.


Last dari Cik Renex. Haha.
© Blog Cik Renex