3 Jenis Fobia

February 22, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Pernah tak masa kita tengok sesuatu kita akan rasa takut dan lain macam. Bagi orang lain biasa je tapi pada kita sangat-sangat menakutkan. Itu mungkin disebabkan kita fobia.

Ape tu Fobia?


"Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada sebuah objek atau situasi tertentu. Kata “Phobia” berasal dari Bahasa Yunani “phobos” yang bererti lari, takut dan panik. Fobia dapat menghambat atau mengganggu kehidupan orang yang mengidapnya."


Ada banyak jenis fobia dalam dunia ni. Tapi Cik Renex nak kongsi tiga jenis je.

3 JENIS FOBIA


1. KATSARIDAPHOBIA |THE FEAR OF COCKROACHES

Fobia lipas

Tengok gambar pun dah geli kan. Lagi-lagi kalau ada depan mata. Memang rasa nak ambil ridsect semburrr satu botol. Bila da berjalan lenggang lenggok tu okay lagi,sekali dia terbang. Aduhaii. Memang kita pun akan rasa nak terbang sekali.

2. PEDIOPHOBIA | THE FEAR OF DOLLS

Fobia anak patung

Ada tak yang jenis takut pada anak patung? Mungkin rasa takut wujud sebab kita rasa anak patung tu boleh cakap kan? Rasa macam ada yang memerhati je. CR kalau anak patung ni banyak dalam bilik pun akan rasa something wrong somewhere. Mula la akan fikir macam-macam;anak patung bergerak,anak patung boleh cakaplah. Hihi. Teringat filem luar yang tajuk Annabelle. Kan seram tuuu.

3. HEMOPHOBIA | THE FEAR OF BLOOD

Fobia darah

Takut pada darah?Sebenarnya ini adalah fobia Cik Renex. Tak tahu sejak bila,CR tak boleh tengok darah. Nanti mulalah akan automatik jadi pitam. 😂 Pernah sekali tu masa tengah potong2 bawang sekali terpotong sikit kat jari. Keluar lah darah sikit. Bila tengok tu,terus rasa nak pitam. Huhu.  Siapa yang macam tu kita geng. Tak tahu macam nak okay semula.

Korang ada tak fobia dalam diri tu? Fobia apa?


Selamat hari ulang tahun Cik Renex

February 18, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Cik renex
Gambar klasik kat atas ni gambar Cik Renex dengan akak. Tak tahu la tahun bila. 1991 kot. Hehe 😊☺ .Tanggal 18 Februari 1989 . 12.10 pm. Lahirnya seorang bayi perempuan yang diberi nama Saidatul Azreen. Siapa tu? Cik Renex lah. Hehe. 

Happy birthday
Alhamdulillah,syukur masih diberi kesempatan untuk bernafas dan melihat dunia lagi. Sedar tak sedar dah mencecah usia 28 tahun. Rasa macam baru lepas amik result SPM. Hashtag sweet 18teen. 

Cik renex
Semoga aku semakin kuat melangkah dan meneruskan kehidupan sekarang yg semakin mencabar. Diharap dengan usia baru ni semuanya akan jadi yg terindah dan terbaik dlm hidup aku.


Terima kasih atas ingatan dan ucapan di whatsapp, facebook,wechat, instagram dll. Amin aminn untuk doa kalian.

Baby akim
Ingatkan stacy bersalin tarikh 18hb tapi awal sehari la pulak. Huhu. Tahniah Akim Stacy.😍 Boleh la celebrate birthday sama2 nanti. Akim 18.1 anak dia 17.2 aku 18.2. Kan kan kan. 😊

Taman Dinasour Muar @ Don Hu Jurassic Park Garden Muar

February 6, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Hujung minggu baru ni Cik Renex ke Kluang Johor. Kenapa CR selalu pergi Johor? Sebab kakak CR duduk Kluang jadi kerap la ke sana. Sepatutnya nak pergi cuti CNY baru ni tapi tak dapat pergi kerana banjir. Jalan ditutup. Jadinya, Sabtu Ahad baru ni pergi la jugak walaupun sekejap je. Gerak lepas CR balik kerja dalam kul 10 lebih sampai Kluang. CR drive kancil je,jadi lambat la sampainya.

Sabtu tu asalnya tak plan pun nak kemana. Akak ajak pergi Muar Bandar Maharani yang terkenal dengan mee bandung. Sambil2 tu boleh tengok dinasour kat Muar. Dah viral di Facebook tempat ni. Jadi, untuk peminat filem Jurassic Park , kalau nak tengok dinasour di depan mata jom la pergi Don Hu Jurassic Park atau Taman Dinasour Muar.

Apa tu Don Hu Jurassic Park Muar?



Taman dinasour

Minat mendalam terhadap haiwan prasejarah mendorong pengusaha pokok semaian,Dato Heng Chiang Hwee mengambil inisiatif sendiri menghias kebun perusahaan pokok semaian miliknya dengan patung dinosaur yang ditempah khas dari China.
Sejak dibuka kepada orang ramai dua bulan lepas, Don Hu Jurassic Park Garden yang dahulunya dikenali sebagai Don Hu Nursery di Jalan Pintasan Muar, tidak putus dikunjungi orang ramai yang tertarik dengan keunikan taman tersebut.
Heng berkata beliau membelanjakan sejumlah RM10,000 hingga RM30,000 bagi sebuah patung dinosaur bergantung kepada saiz yang ditempah daripada seorang kenalan dari Guangzhou, China.


Bayaran masuk ke Jurassic Park Muar?


Jangan terkerjut ok. Masuk adalah PERCUMA. bagus betul owner tempat ni. 😊


Taman dinasour muar
Yang ni mulut dan kepala bergerak dan ada suara dinasour. Memang nampak real. Sebab tu ada sesetengah budak nangis bila tengok. Takut.






Taman dinasour muar
Dinasour depan tu paling aktif. Tak henti2 berjoget. Semua syok tengok dia. Dinasour ni mmg nampak real. Patut la budak2 ada yang takut. Hehe . Kreatif sungguh orang yang wat ni. Berbaloi dengan harga.

Don hu jurassic park garden
Ganas sangat muka tu awak.

Dinasour muar
Bodyguard ke kat belakang tu? Hehe


     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">

Selain dari tu, taman dinasour ni ada jual tshirt dan replika dinasour.  Boleh la beli untuk dijadikan sebagai kenangan. Masuk dah percuma kan. Jadi ada la duit lebih untuk beli ole2.




Replika dinasour. Range harga dari RM5 ke RM50 

Bagi CR memang sangat seronok datang sebab dinasour yang ada kat situ kelihatan seperti hidup kerana ada bunyi yang dikeluarkan dan kepala dan ekor jugak digerak-gerakkan. Kalaulah tiba2 hidup patung ni memang haru semua lari. Hehe.


Ini ad sedutan video #CRVlog di sana. Jadi mana2 yang ingin merasai pengalaman tengok dinasour boleh la datang ke sini. Santai-santai bersama keluarga. CR guna GPS maps je datang sini.

Alamat: 2700, Pintasan Muar, kampung Sabak Aur, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad (8am-8pm)

Tepi jalan je. Memang senang nak cari.

BANJIR di Bera 2017

January 28, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Sekarang kat area rumah Cik Renex ada yang dah dinaiki air. Banjir dah tiba di Pahang. Doakan agar kami semua selamat dari banjir besar macam 2007 dan 2014. Ingat lagi masa banjir 2014, kampung reen dah macam laut. Nampak bumbung rumah je. Alhamdulillah rumah reen tak kena. Tapi terkepung dan terputus bekalan elektrik dan air. Line telefon pun takde.


Nak mandi pun terpaksa ambil air sungai. Redha je la terpaksa mandi dengan air sungai yang gaya air teh tarik kaw. Balik umah tapis ngan kain batik buang habuk sampah2. Redha. Itu pengalaman dan dugaan Allah bagi kat kita supaya kita sentiasa bersyukur.


Sekarang. Banjir 2017. Mula naik hari Khamis baru ni. Hujan pun kadang2. Masa khamis tu CR pergi kerja lagi. Tapi minta balik awal sebab risau jalan tutup.

Banjir 2017
Ni gambar dekat waterfront Bera. Khamis 26 Jan 2017.

Bera
Tapak pekan sehari. Khamis 26 Jan 2017.


Bera
Jumaat 27 Jan 2017. Masa ni memang jalan dah ditutup untuk kenderaan ringan. Jadinya CR tak boleh nak kemana2 dah. Ke Temerloh tak boleh ke Kerayong pun tak boleh.


Banjir
Ni gambar dari member. Restoran Gobang Maju Temerloh. Air naik tapi dengan kadar slow.


Sekarang ni air makin naik lagi. Tak pergi lagi tengok air. Harap2 air makin surut. Bekalan elektrik baru je terputus ni. Huhuhu. Mesti tak lama lagi bekalan air paip pulak. Mohon bertabah CR dan semua. Maaf sebab tak sempat nak balas komen. Balas blogwalking. Nanti CR blogwalking.


Doakan Kami semua terselemat dari banjir besar.

Lirik Lagu Aku Sanggup , Sufi Rashid

January 25, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Alhamdulillah. Pagi ni cuaca dah cerah sedikit. Semalam hujan dari awal pagi sampai ke malam. Ada beberapa daerah kat Pahang dah dinaiki air. Air sungai pahang pun makin naik. Harap2 tak banjir teruk macam 2014.


Tadi kat radio ada dengar satu lagu ni. Single terbaru Aku Sanggup nyanyian Sufi Rashid AF. Suka gila dengar lagu ni. Lagu ciptaan Edry KRU dan lirik Edry KRU & Sufi. Susunan lagu ni ala2 zaman muzik leleh 90an. Kena la dengan jiwa aku.

Aku sanggup


Nak tengok dan dengar lagu Aku Sanggup ni boleh la klik video bawah ni.




LIRIK LAGU AKU SANGGUP ; SUFI RASHID

Termenung sendu
Ratapi luka yang telah terguris
Mengejar bayang
Moga terbukanya pintu hati

Rindu saat kita
Seperti lalu saling menyayangi
Namun kau berubah
Tawar hilangnya kasih

Apa gunanya berbicara
Jika hati tak sekata
Andainya masih ada cinta
Dengarkanlah

Sayang tak usah kau pergi
Jauh dari diri ini
Jika kau mahu aku sanggup
Rebah melutut merayu

Jiwa masih mencintai
Kita punya harapan lagi
Jika kau mahu aku sanggup
Mulakan hidup baru

Sayang aku sanggup

Bateri handphone kembong/mengembang?

January 23, 2017

Assalamualaikum dan Hai.

Sambil layan drama Love You Miss Pomen sambil2 tu update blog kejap. Lama tak blogwalking. Tak sempat. 😂😅 Update pun guna bloggeroid je ni. Okay la dari takde kan. Nanti la CR balas blogwalking korang k.


Nak citer kejadian semalam. Masa tengah berlaman sosial. Tiba2 handphone rasa panas je. Sebelum ni pernah jugak jadi macam tu tapi wat tak tahu je. Tadi tergerak hati nak tengok bateri.



Tengok casing phone dah terbuka sedikit. Buka bateri bila tengok betul2 rupanya bateri dah KEMBONG. Tunjuk kat sepupu , dia cakap mujur tak meletop je. Seram. Terus keluarkan bateri. Tak berani nak on dah.


Pergi Temerloh cari bateri baru. Mahal gak yang original. Aish. 😑😅 tapi takpe la. Demi keselamatan. Dan demi untuk bermedia sosial. Haha.


Staf kat samsung tu ade cakap, jangan charge handphone dari malam sampai ke pagi. Overcharge. Tu kadang2 jadi kembong cepat. Tapi cik renex jarang sangat wat cam gitu tapi masih kembong jugak. REDHA je lah .


Menang contest Tag dan Menang Sahabat at Taqwa

January 19, 2017

Assalamualaikum dan Hai.


Alhamdulillah. Rezeki awal tahun lagi. Menang contest Tag dan Menang Sahabat at Taqwa. Sebenarnya menang pun hasil dari member aku tag nama aku. Terima kasih munir. Berkat jari aok mengetag koi. Hiks. Sebenarnya aku tag jugak tapi xde rezeki menang. Menang yang member tag je. Tu pun seronok dah sebab masih dapat hadiah jugak. Alhamdulillah.

Hadiah apa yang aku dapat dari Sahabat at Taqwa?


Thebeemee

Beg design sedekah
Non woven beg Bersyukur
Tasbih
Kalender
Kipas tangan
Kad zikir


Suka sangat dapat hadiah ni. Paling suka beg design sedekah tuh. 😘


Peminat buku boleh la terjah ke Sahabat at Taqwa untuk beli buku. Takpun terus je direct ke thebeemee.

Sahabat at taqwa
© Blog Cik Renex •