Semak Keputusan UPSR 2016.

November 17, 2016





Assalamualaikum dan hai.

Sama pulak tarikh keputusan UPSR lima tahun lepas. Hari ni kan keluar result UPSR? Aku ada sorang sepupu yang amik UPSR tahun ni. Harap dia dapat keputusan yang cemerlang. Ini baru permulaan dik. Banyak lagi cabaran yang mendatang.


Zaman sekarang nak check result senang je. Guna SMS je. Ni aku amik dari web KPM.

Semakan SMS:


Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A080 hantar ke 15888




Mana2 ibubapa yang sibuk tak sempat nak ke sekolah dan tak sabar nak tunggu anak balik sekolah boleh lah semak result anak masing-masing guna SMS.

Papepun, tahniah pada yang berjaya dan yg kurang memuaskan jangan putus asa. Ini baru permulaan. Keep it up. Kbai.



Kurang ketinggian. ^^v

November 4, 2016

Assalamualaikum dan Hai.


Hahaha. Ok gelak dulu sebelum cerita.  Siapa pernah mengalami situasi macam dalam gambar atas tu? Angkat tangan pleasee. Cik Renex pernah kena. Nama pun renex, memang akan terjadi la sekali dua situasi macam gini.


Hanya orang yang kurang tinggi je memahami perasaan kami ni. Kahkah. Aku pernah kena masa nak masuk parking ECM . Nak tekan ambil tiket tu sekali tak sampai tangan. Ok tanggal seat belt. Tak berjaya jugak. Malu dah dengan kereta belakang. Last2 buka pintu kereta kuar badan sikit tekan. Tebal muka dua inci.


Sebab tu kalau kat tol memang standby kereta dekattt je dengan pembahagi tu. Cuma jangan lah sampai ternaik tayar atas pembahagi tu. Melampau namanya.


Tapi,tak pernah pun tak bersyukur. Bersyukur selalu walaupun tak tinggi . Sebab kadang orang rendah renex2 ni orang cakap awet muda. Macam budak2. Hahaha. Orang la cakap.





[bycikrenex] Siapa peminat Elyana?

November 3, 2016

Siapa blogger sini minat dengan Elyana? Elyana popular dengan lagu Niat, Kalis rindu, Tak tercapai akalmu, Diriku Tapak Sulaiman dan banyak lagi lagunya. Masih ingat tak lagi dengan dia. Drama dia yang paling aku minat dan layan drama Dunia Baru. Watak Opie tu memang berkesan gila sampai terikut-ikut nak pakai style elyana tu. Masa budak2 lagi kan masa tu. Memang ikut habis la style dia mana yang boleh ikut lah.


Dan, sabtu baru ni kat tempat aku ada wat Fiesta Bera 5 . Malam tu ade konsert perasmian dan ramai jugak artis yang buat persembahan. Antaranya Elyana, Sandra, Sufian Suhaimi, A Rahman Hassan, Ani Mayuni, Safura dan Projector Band. Aku nampak je elyana datang memang terus niat nak bagi something kat dia. Contact admin group elofc dan suruh admin inform kat Elyana yang Cik Renex nak bagi something kat dia. Elyana cakap dia akan tunggu. Hoyeah. Happy gilerrr dah dapat green light. Masa malam tu Hujan ,bila pergi bilik artis tu tanya ada elyana tak,dieorang cakap takde lagi. Pelik dah. Last2 try DM dia kat IG. Elyana replyyyy. Rasa macam tak percaya dia reply DM. Hikhik . Selalu dia reply komen kat IG je sekali try DM terus balas. Hehe.

elofc
Dan akhirnya dapat jumpaaa Elyana. Seriously Elyana cantikkkk sangat dan mesra sangat even baru first time jumpa. Hai opieeee.




Cik Renex hadiahkan bantal ni untuk Elyana. Happy bila tengok dia happy dapat bantal ni. Last minit siapkan. 


Keychain ni pulak untuk Elyana satu dan anak dia satu, Cinta.


Kita nebes selfie ngan retis. Gegor terus gambar. Haha



Thank you En Suami Elyana jugak sebab sudi melayan dengan baik dan amikkan gambar.




Elyana update dekat IG. ☺ jom follow Ig Elyana. :) Dia aktif kat Instagram.Happy sangat dapat jumpa Elyana. Memang minat dia dari zaman sekolah lagi. All the best Elyana.


Eh.kalau ada sesiapa nak tempah bantal boleh whatsapp 017-7944891 . Design sendiri boleh. Nak mintak pandangan design dari Cik Renex pun boleh. Meh2 order ngan bycikrenex.

Semangat nak berBLOG muncul

October 25, 2016

Assalamualaikum dan Hai.



Kalau ada yang perasan sejak akhir-akhir ni Cik Renex semangat update entri. Kalau tak sebulan satu je post. Sedih. Bukan tak semangat nak berblogging tapi tengok blog yang kita follow dulu semua dah macam tak aktif. Semua dah menyepi dengan dunia blog.Jadi kita macam hilang semangat nak menulis.

Teringat zaman awal2 wat blog, blogger2 main tag2 kuiz. Seronok rasanya. Siap ada bagi anugerah lah. Share anugerah lah. Zaman 2009 2010. Sekarang blogger yang aktif dulu pun dah slow update. Mungkin tak sempat nak update. Busy dengan life masing-masing. Dan mungkin jugak sebab ada Facebook , Twitter , Instagram. Lebih update media sosial tu.


Lepas tu dalam bulan sept,aku renovate blog aku secara besar-besaran. Tukar layout. Tukar header. Tapi still x cantik macam blogger lain. *sigh. Aku cuba blogwalking,cari kawan blogger baru. Alhamdulillah. Akhirnya aku da dapat blogger baru. Seronok baca kisah hidup blogger ni. Dan jeles tengok blog dieorang. Cantik sangatttt.


Bila dah ada geng blogger yang aktif,jadi secara automatiknya kita terasa rajin nk berblogging walaupun sebenarnya takde orang sangat pun baca blog cik renex yang entah pape ni.


Salam kenal & Thank you pada followers baru. marilah kita memajukan dunia blog semula. 


Alahai kereta...

October 20, 2016

Assalamualaikum dan Hai.

Hari Selasa baru ni ada kejadianyang tidak disangka sangka berlaku telah terjadii. OMG. Pukul 430 tu macam biasa la ,mood happy sebab da abis kerja. Dengan semangatnya punch card dan terus ke parking kereta.

Tiba-tiba masa nak start tak boleh. Cuak. Panggil Nik mintak tolong. Nik mintak tlg ckgu lain. Dengan pertolongan mereka berjaya jugak kereta aku start. Tu pun sebab dieorang tolak beramai-ramai. Terima kasihh korang. Jasamu dikenang akhir hayat.

Bila dah start tu kena hantar bengkel terus. Kalau mati enjin tak boleh start dah. Masa nak drive ke bengkel tu dalam hati berdebar-debar risau enjin mati tengah jalan. Sampai bengkel ,org tu check cakap bateri dah weak sangat. Tukar la bateri. RM175. Melayang-layang duitt kuuuuuu. Blogger Kak Zie pun problem jugak bateri kereta. kita serupa kak.huhu

Tak pernah niat nak curang taw. Tolong lah sihat selalu.


❤ kbai.

[bycikrenex] Bantal ada nama sendiri.

October 18, 2016



Assalamualaikum dan Hai.

Untuk makluman blogger sekalian, Cik Renex ada wat barang dari kraf secara kecil-kecilan. Saja. Dari minat jadi hobi. Bukan apa sangat pun cuma sekarang lebih berfokus pada bantal hiasan. Untuk dijadikan hiasan kat sofa,atas meja,dalam kereta, tepi pelamin ,atas katil ,dekat photobooth dan jugak boleh dijadikan hadiah untuk yang tersayang.


Ni antara contoh hasil dari Cik Renex jahit

 
 Bantal superman untuk anak tersayang. 
Just bagitaw nak dsign camne. InshaAllah Cik Renex akan cuba usahakan buat.



Yang ni pulak customer tempah untuk dijadikan hadiah member tunang. Hadiah kahwin pun boleh macam ni jugak.



Pillow talk. Nak tulis ucapan pape,Cik Renex akan watkan. 


Untuk adik tersayang jugak customer ni tempah. 


Untuk perkahwinan. Gambar boleh request nak yang design mana.




So,inilah antara hasil kerja jari jemari yang tak berapa nak lembut ni. Harga ikot size. :)
Untuk hiasan akan jahit tangan, so jangan risau hiasan atas bantal tercabut. 😆

Untuk contoh lain boleh la terjah kat bawah ni.



WHATSAPP : 0177944891 

FACEBOOK | INSTAGRAM

Gastrik

October 17, 2016



Siapa pernah mengalami gastrik. Aku baru first time kena masa Ahad baru ni. Ya Allah,sakit dia yang ampunnn sakit sangat. Tak reti nak gambarkan. Lepas ni memang serik. Kena jaga makan, jangan makan benda mengarut2 dah.


So, hari ni nak share info sal gastrik jer.


Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.


Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.. [sumber]

        Tanda Gastrik


Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)


Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :


* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi



Semalam kena sampai nak bangun pun tak larat. Makan pun xde selera. Ma suggestkan minum air milo kosong baru ok sikit. Siap badan rasa panas2. Mujur x berlarutan sampai hari ni. Kalau tak, kena mc lah hari ni.


© Blog Cik Renex •