Tahi mata banyak disebabkan celak@eyeliner??


Tahi mata banyak disebabkan celak@eyeliner?? | Assalamualaikum dan Hai. Hari ni kebanyakkan dari kita cuti sempena Hari Malaysia bukan? CR pun cuti hari ni dan tidak rancang pun nak kemana. Rasa macam nak berehat sepuas-puasnya di rumah sahaja. Kenapa lah cuti sehari je kan, tengah2 pulak tu. hehe. Kalau Isnin atau Jumaat syok jugak. 

Bosan-bosan di rumah, CR pun membelek-belek majalah lama CR yang pernah dibaca. CR baca Majalah Dara keluaran November 2009. Dulu CR dan kakak memang gemar baca dan beli majalah samada Remaja ataupun Dara. Sebahagian dari majalah tu CR dah bagi pada jiran yang nak membaca. Dari terbiar gitu je kan, baik bagi pada orang yang memang nak baca. Dia pun bosan agaknya.

Masa CR membelek2 majalah tu, tertarik pada sudut Kak Aida Corner yang melibatkan soal jawab dengan pembaca. Ada suatu soalan yang CR tertarik iaitu berkaitan dengan eyeliner dan tahi mata.

Soalannya adalah.

"Betul ke pakai celak akan menyebabkan tahi mata keluar dengan banyak? Yang dia  perasan bila dia pkai celak mata, tahi mata akan keluar banyak, berbeza kalau tidak pakai." 

Jawapannya adalah

"Sebenarnya bahan-bahan yang terdapat dalam celak mata tersebut dikatakan punca utama knapa tahi mata mudah keluar. Celak biasanya mempunyai alkanolamin, alcohol lemak, polivinilpirolidon, eter selulosa, metilparaben, antioksidan ,pewangi dan titanium dioksida yang boleh menyebabkan tahi mata menjadi lebih banyak. Kosmetik mata terutamanya celak harus dibersihkan dan dijaga dgn berhati-hati kerana alis mata mudah menjadi radang atau gatal2"

Oh begitu rupanya, baru lah CR tahu. CR kalau pergi kemana-mana memang akan pakai eyeliner. Rasa tak lengkap muka bila tak pakai eyeliner. So, lepas ni, sebelum keluar atau dah lama sangat pakai, kena periksa lah selalu mata. Takut terselit tahi mata. hehe



2 comments

  1. harap2 bahan2 dlm celak tu tak memberi kesan buruk pada penglihatan juga..

    ReplyDelete
  2. Ohh macam tu ye. Harap tak rosakkan mata. Kurang pakai eyeliner kalau makeup nak keluar. rimas dan jimat masa nak hilangkan makeup. hihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex