Photobook Murah disini hanya RM25

*TEMPAHAN DITUTUP UNTUK SEMENTARA WAKTU. MAAF DIATAS SEGALA KESULITAN"

Assalamualaikum dan Hai. Salam Ramadhan pada semua yang berkunjung ke Blog Cik Renex yang makin lama senduu keupdatetannya. Hari ni CR ingin berkongsi mengenai satu lagi bisnes kecil CR iaitu membuat album bergambar atau lebih dikenali dengan nama PHOTOBOOK. Apa tu? Tak pernah dengar pun. Baca sehingga perkataan terakhir inshaAllah akan tahu apa itu Photobook. :)

CR rasa kebanyakkan dari kita pasti menyimpan banyak gambar dalam memori handphone mahupun kad memori. Ada juga yang suka 'burn' gambar dalam CD atau simpan didalam hardisk.

Simpan dalam pendrive, hp dan memori kad tu tinggi risikonya. CR pernah mengalami keadaan sebegitu. Gambar-gambar dalam laptop hilang sebab laptop kena virus dan tak boleh on.

Hantar kedai pun kena format semula then tidak dapat backup sebab virus. Sedih sangat sebab dalam laptop tu banyak gambar arwah Abah dan zaman degree di UTM Skudai. Tapi nak buat macam mana, terpaksa terima yang gambar semua tu hilang begitu sahaja.

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, CR nekad untuk men'cuci' gambar yang ditangkap paling kurang 2 bulan sekali bagi memastikan ada kenangan. Tetapi itu lah kekangan masa jugak nak print2 gambar ni.

Jadi langkah seterusnya adalah CR ingin membuat Photobook utk sesetengah aktiviti yang bermakna contoh macam bercuti ke Kuala Terengganu ke, majlis hari jadi ke dan sebagainya. Sekarang kan tengah viral photobook murah tu. Tapi yang tu hanya 20 mukasurat yang CR ni 40 mukasurat. CR pun ada wat jugak yang viral tu.


CR juga membuka tempahan untuk mana-mana yang berminat untuk tempah photobook yang CR buat ni. Hanya tinggal hantar gambar dan CR akan editkan template semua. Khas untuk orang yang tiada kelapangan masa untuk edit gambar.heee.

Photobook Murah


Di atas ini adalah salah satu Photobook yang menjadi tempahan paling ramai iaitu Mini Softcover Photobook yang berharga RM25 termasuk dengan postage. Photobook ini bersaiz 6inci x 6 inci dan ada dalam 40 muka surat. Gambar yang boleh di letakkan dalam 40 sehingga 80 gambar. Banyak kan?



Jom tengok video photobook BCR ni.









Feedback dari beberapa orang pelanngan CR. Alhamdulillah. 😊

Photobook Murah RM25

Photobook Murah RM25



Photobook Murah RM25

Photobook Murah RM25


Selain dari Mini Square, terdapat banyak lagi size photobook yang boleh CR buatkan. Untuk hardcover pun ada. 

Photobook Murah RM25

Jika ada yang berminat nak tahu lebih lagi boleh whatsapp Cik Renex yer .klik link di bawah

9 comments

  1. Bab-bab nak edit nie, memang malas.. Mujurlah ada perkhidmatan macam ini..

    ReplyDelete
  2. Wahhh tapi ok juga CR buat perkhidmatan camni.khas buat mereka yang tiada kelapangan nak edit sendiri. Ciktie ni pun baru sekali berjaya buat

    ReplyDelete
  3. Boleh tempah ni akak malas edit hahaha buka sangat photobook tu kadang2

    ReplyDelete
  4. eyh ni nmpk macam ok. boleh jugak ni. raya nanti boleh buat satu album

    ReplyDelete
  5. Wishlist Ana ni nak cetak photobook. :)

    ReplyDelete
  6. betul.. memang murah dan berkualiti ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/05/trip-family-ke-hatyai-thailand-part-1.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex