Fun Run & Ride PDRM di IPD Temerloh #HariSukanNegara2018

by - Friday, October 19, 2018


un Run & Ride PDRM di IPD Temerloh #HariSukanNegara2018

Assalamualaikum dan Hai. Lamanya tak update blog dengan kerap. Sibuk sangat rasanya sekarang ni, tapi sibuk dengan apa pun  tak pasti. Haha. Entri kali ni Cik Renex (CR) nak berkongsikan pengalaman CR menyertai larian sempena Hari Sukan Negara. Seperti yang kita sedia maklum, negara kita akan menyambut Hari Sukan Negara pada setiap hari Sabtu minggu kedau bulan Oktober pada setiap tahun.  Sambutan ini adalah anjuran dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan.


Pada tahun ni, daerah temerloh mengadakan Hari Sukan Negara di Dataran Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh. Bangunan IPD ini boleh dikatakan baru lagi dan memang sesuai untuk diadakan program sebegini.

Hari Sukan Negara

Antara aktiviti yang dijalankan sempena Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Temerloh.

Dan CR masuk aktiviti Fun Run ini iaitu program Kayuhan dan Larian Komuniti. Daftar pun last minit sebab ingatkan dah tutup  tarikh pendaftaran rupanya boleh lagi sehingga hari larian tu. Dari awal taknak join last-last terjoinn jugak. haha. Dan seperti biasa CR akan join yang funrun sahaja iaitu hanya 5km. Jumlah keseluruhan peserta terdiri dari 1300 orang terdiri dari peserta Fun Ride 2018, peserta Fun Run 2018 dan Kayuhan VIP (5) KM.  Orang awam pun ramai jugak yang join larian dan kayuhan ni.



[sumber gambar : FB Polis Pahang]

Program Fun Ride & Ride 2018 bersama Hari Sukan Negara 2018 Daerah Temerloh telah dihadiri oleh YB Dato' Sri Haji Mohd Shakar bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknik selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang, YDH CP Dato' Sri Rosli Bin Ab Rahman, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, YDH CP Dato' Zakaria Bin Ahmad, Ketua Polis Pahang, YDH DCP Dato' Mohd Yusri Bin Hassan Basri, Timbalan Ketua Polis Pahang, semua Ketua Jabatan, semua KPD Pahang dan semua Ketua Formasi, pegawai kanan, anggota, pegawai awam bersama isteri, suami dan ahli keluarga. - sumber fb Polis Pahang

Larian bermula lebih kurang pada jam 8 pagi, agak lewat jgak sebenarnya sebab selalu CR join paling lewat 7pagi dah bagi pelepasan lari dah.  CR dan kawan gerak dari rumah dalam 630 pagi sebab risau payah parking. Sememangnya memang kena parking jauh sebab dah ramai yang datang lagi awal dari kami. 

Sampai-sampai di dataran IPD Temerloh tu memang nampak kemeriahan Hari Sukan Negara tu dengan banyaknya booth untuk pameran dan pemeriksaan kesihatan. Ada juga pentas untuk acara aerobik/senamrobik. Di bahagian luar pula ada gerai-gerai yang menjual makanan , minuman , belon dan juga yang paling best sekali adalah baju sukan Hari Sukan Negara. Pelbagai design baju Hari sukan negara yang dijual , hanya tinggal pilih mana yang berkenan dan bayar. :)



Acara bermula dengan perlepasan untuk acara Fun Ride sejauh 30km. Ramai yang sertai kayuhan ni dan kebanyakkan dari mereka bukan dari Temerloh dan Pahang, dari luar pun ado. Ada juga yang memang ada group masing-masing sebab CR nampak pada baju mereka ada tulis nama group. Memang teringin nak join kayuhan ni tapi apakan daya, basikal tak de. Nak beli rasa bukan keperluan lagi, banyak lagi komitmen lain. Makanya, marilah kita join program Fun Run sahaja. hehe


Selepas perlepasan kayuhan, baru lah perlepasan larian Fun Run pula yang hanya perlu berlari sejauh 5km sahaja. CR bukan lah seorang yang FIT sangat makanya mula-mula bersemangat berlari , kemudian berjalan, sambung berlari semula, berjalan, berlari , berjalan dan berulang-ulang sehingga garisan penamat. Sebab tu lah CR mengambil masa lebih kurang 50 minti untuk habiskan 5km ni. 

Masa sampai tu pun dah ramai yang sampai, dan kawan CR pun dah sampai. CR je la masih slow berjalan ke garisan penamat. Bila dah sampai tu rasa teruja sangat sebab tak sabar nak ambil medal. Medal tu adalah sebab utama CR sertai larian ni selain nak mencabar diri. haha



un Run & Ride PDRM di IPD Temerloh #HariSukanNegara2018



un Run & Ride PDRM di IPD Temerloh #HariSukanNegara2018

Ini lah medalnya. Cantik kan. Ini medal ke 5 yang berjaya CR kumpul. Ada jugak larian yang CR sertai takde medal, tp okay je asalkan dapat berlari. Ada juga kawan CR tanya, kenapa rajin sangat join larian ni? Dah la bayar mahal, jauh lak tu. Jawapan CR sebab nak sihat dan nak kumpul medal. Sebab berat CR dah masuk kategori obes jadi nak taknak kena aktifkan juga diri ini walaupun dari zaman sekolah bukan seorang yang aktif.

Jadi siapa-siapa yang berminat nak join larian FUN RUN ni boleh la pergi ke website yang sepatutnya dan daftar je mana yang berkenan dan sesuai tarikhnya.  Oh ya, ni salah satu event terdekat anjuran McDonalds. Siapa yang berminat boleh lah sertainya. Sambil berlari kita beramal. :)

McDonald's Charity Run



You May Also Like

10 comments

  1. Seronoknye join aktiviti camni.. :)

    ReplyDelete
  2. bestnya join!!!btw aah lah CR blog kita sama template!hahhhahahaha

    ReplyDelete
  3. Lawanya medal tu.. Rajin CR joint fun run macam nie ye..

    ReplyDelete
  4. best join run ni tpi feel IQ xde nak lari jauh2 ni...xtau la knpe...hahaha

    ReplyDelete
  5. Wah! tahniah join HSN fun run.
    Mrs. A pun join HSN tahun ni tapi main netball

    ReplyDelete
  6. Lawanya Medal dia kak reen. Geram tengok teringin jugak nak join larian macam ni.. Hee

    ReplyDelete
  7. bestnyaa ..lama plak akak x exercise lari2 ni.. hiii

    ReplyDelete
  8. Teringin juga nak join tapii tak ada kawanlah hehe lagipun larian camtu banyak dianjurkan dekat luar Kelantan

    ReplyDelete
  9. Seronoknya kalau dapat join, sekarang dah beranak pinak cuma boleh tengok sambil kelek anak je..dulu selalu pi berlari jugak..hurm..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.