Cara Scan QR code menggunakan aplikasi Facebook

Cara Scan QR code menggunakan aplikasi Facebook |


Cara Scan QR code menggunakan aplikasi Facebook | Assalamualaikum dan Hai. Masih belum terlambat rasanya untuk CR mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Cik Renex ini. Maaf zahir dan batin. Jadi, macam mana raya tahun ni dengan Norma yang baru? Yang beraya diperantauan tu, semoga anda tabah dan sentiasa berdoa agar musibah Covid-19 yang melanda negara kita ini akan pulih dengan segera. Doakan yang baik-baik sahaja.


Berbalik kepada Norma baharu yang kita alami sekarang, rasanya semua sudah terbiasa kan. Pergi kemana-mana perlu memakai facemask, sentiasa mencuci tangan dan juga jarak dengan orang ramai. Mula-mula terasa janggal juga dan terlupa tapi lama kelamaan ianya menjadi kebiasaan kepada kita.

Dan sekarang kita juga telah diberi kebenaran oleh kerajaan untuk pergi bekerja dan juga ke kedai atau pasaraya. Setiap kali kita hendak memasuki sesuatu premis kita dikehendaki menulis nama dan nombor telefon kita. Leceh juga sebenarnya sebab risiko juga bila kita memegang pen dan kertas diatas meja tu.



Ada sesetengah premis pula menggunakan sistem QR code. Kita hanya perlu scan sahaja QR code itu menggunakan telefon pintar kita dan masukkan maklumat yang diminta. Tapi harus diingatkan, jangan sesekali memasukkan nombor kad pengenalan kita. Itu adalah hak privasi kita. 

Kita perlu install apa pulak untuk scan QR code tu? Jangan risau, anda tidak perlu install aplikasi lain sekiranya anda ada facebook didalam telefon pintar. Jom CR tunjukkan cara-caranya.

Cara Scan QR code menggunakan aplikasi Facebook 


1. Buka aplikasi Facebook di telefon pintar anda 

2. Tekan bahagian search diatas sekali. 
Cara mudah scan barcode

3. Kemudian klik logo macam code tepi sekali tu.  
 Cara mudah scan barcode

4. Bila dah klik, akan keluar simbol petak seperti gambar di bawah. Halakan telefon anda pada QR Code yang telah disediakan oleh premis tersebut dan scan. 

Cara mudah scan barcode

5. Nanti akan terus direct ke link yang mereka sediakan. Isikan maklumat yang di minta. 


Dah siappp.Apa-apa pun, sebelum klik link, sila baca dahulu. Bimbang juga akan ditipu ke link lain. Di play store ade aplikasi yang boleh anda install, boleh pilih mana yang dipercayai.

Selamat mencuba. Jangan lupa, jaga diri dan patuhi arahan kerajaan. Amalkan 3W: (Wash) kerap mencuci tangan dengan air & sabun, (Wear) pakai pelitup muka di tempat awam /jika bergejala & (Warn) amaran peringatan dari KKM.# kitajagakita 


13 comments

  1. sy baru tau fb ade function ni..
    ms tu pegi DIY.. staff situ sruh scan..
    kalut la install kat playstore..
    staff tu bagitau kat fb boleh.. aduhhh baru tau.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu la,sng xyah install dah. kalau ada twitter,guna twitter pun boleh :)

      Delete
  2. Tq share,.pernah try buat x jadi, tak tau la kot2 klo line slow time tu..

    ReplyDelete
  3. SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Info yang bagus.. Kat tempat akak masih ada option lagi, samada nak scan atau tulis kat buku jea.. nanti nak try la..

    ReplyDelete
  5. Anyway, selamat hari Raya Aidilfitri Cik Renex.. lama betul akak tak singgah sini.. sori banyak2 tau.. hihi

    ReplyDelete
  6. umi baru tau pasal ni tapi mostly scan QR code guna iphone je...takut jugak kalau scammer boleh detect kita pulak...risauu

    ReplyDelete
  7. Sha pun sejak PKP ini baru tahu pasal scan QR code melalui FB..
    nice sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry tanya, mcm mana mau cari history scan qr code d fb

      Delete
  8. Saya nak guna fb juga, tpi lepas scan, loading lama sangat.. X dapat nk isi info. Kenapa eh? Line saya slow ke?

    ReplyDelete
  9. Saya tak dapat isi information diri lepas scan qr code, kenapa eh.. Line slow ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin,sebab sy pun pernah macam tu. line pblm terus tak boleh nak scan

      Delete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex