Kisah Anak Didik Dr Azizan Osman | Asyraf Khalid Anak Datuk K

Kisah Anak Didik Dr Azizan Osman | Asyraf Khalid Anak Datuk K | Terbukti di depan mata kita semua, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah melahirkan ramai usahawan jutawan termasuk salah satunya adalah anak Datuk K sendiri iaitu Ashraf Khalid.

Kisah Anak Didik Datuk Wira Dr Azizan Osman | Asyraf Khalid


Kejayaan RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam melahirkan usahawan jutawan bukanlah kata-kata kosong tetapi ia adalah nyata. Real Case, Real People selalunya diketengahkan dalam RichWorks.


Ramai usahawan jutawan telah dihasilkan dari program bimbingan mereka. Antaranya adalah jutawan DAS Abdul Global (DAG Bantal Hotel), Eskayvie, Nurraysa, Doktor Rocket, Noir Beauty, Najeehah dan banyak lagi jenama besar di Malaysia.


Kebanyakan mereka yang berjaya ini telah mendapat jualan lebih dari 1 juta sehinggalah hampir 100 juta. Tidak terkecuali, anak Datuk K, Asyraf Khalid dengan perniagaannya Mutyara juga telah mencapai hasil jutaan ringgit jualan.

Kisah Anak Didik Datuk Wira Dr Azizan Osman | Asyraf Khalid



Sejak dari dulu lagi, Asyraf tidak tahu apakah kerjaya yang sesuai dengannya. Beliau tidak mewarisi perniagaan ayahnya tetapi beliau telah memulakan satu empayar perniagaan bersama isterinya beberapa tahun lalu sehinggalah kini.


Kisah Asyraf Khalid memulakan perniagaan adalah bermula apabila beliau pernah jatuh ketika dahulu dengan hutang hampir ratusan ribu. Malah beliau terpaksa menutup syarikat yang telah dibina pada masa dahulu.


Pada waktu itu mereka berfikir bahawa tidak salah memulakan perniagaan bersama sebagai pasangan suami isteri. Lalu, mereka tekad berniaga dan mengambil keputusan untuk berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman sebagai Mentor perniagaan.


Kisah Anak Didik Datuk Wira Dr Azizan Osman | Asyraf Khalid


Produk mutiara adalah ilham yang diperoleh ketika itu kerana Tya Ariffin sememangnya dibesarkan di Indonesia dengan suasana makan jamu. Akhirnya perniagaan jamu direalisasikan dengan perniagaan Mutyara yang mereka bina. Alhamdulillah segala cabaran yang dilalui dalam perniagaan akhirnya membuahkan hasil apabila mereka menuntut ilmu dan dibimbing oleh Mentor usahawan yang berjaya.

Kejayaan Asyraf Dan Tya Dalam Perniagaan Mutyara



Richworks Asyraf khalid


Dengan bimbingan RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman, perniagaan Mutyara bertambah maju. Kini mempunyai ramai ejen di seluruh Malaysia. Mereka juga telah menaikkan beberapa billboard di Highway. Hebat bukan?


Dari segi jualan, Mutyara telah mencatat jualan jutaan ringgit. Bukan kaleng-kaleng bisnes ni. Paling ketara sekali adalah perubahan ke arah lebih baik bagi diri Asyraf. Ini telah didedahkan oleh Datuk K sendiri.

Pendedahan Datuk K Mengenai Perubahan Asyraf


Sempena Hari Jadi Datuk K pada isnin lalu, makan malam telah diadakan dirumah nya dan tetamu undangan Datuk K adalah Datuk Wira. Sepanjang malam itu juga, Datuk k telah merakam penghargaan buat Datuk Wira kerana telah banyak membantu anaknya.


Datuk K sangat teruja kerana apa yang dilakukan oleh Datuk Wira dalam membantu anak didiknya sangat luar biasa. Hanya 3 tahun sahaja, kehidupan dan perniagaan anaknya bertambah sangat bagus.

Asyraf juga telah mengucapkan sesuatu yang menggembirakan hati Datuk K dan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Asyraf juga memuji sikap usahawan anak didikan RichWorks yang saling membantu berkongsi ilmu.


Kisah Anak Didik Datuk Wira Dr Azizan Osman | Asyraf Khalid


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini.”


"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan.”


Jelas dalam apa yang dikatakan oleh Asyraf, beliau tulus berterima kasih kepada bapanya dan mempunyai sikap yang sangat positif untuk berjaya. Inilah yang menyebabkan Datuk K benar-benar berterima kasih kepada Datuk Wira.

Kisah Anak Didik Datuk Wira Dr Azizan Osman | Asyraf Khalid

Pendapat Datuk K Mengenai Datuk Wira Dr Azizan Osman



Tidak hanya berterima kasih, dalam ucapan semasa majlis hari jadinya juga, Datuk K telah mengeluarkan pendapatnya mengenai Pakar Pemasaran Asia No 1 Asia ini.


Jika ditanya perasaan beliau, beliau mencemburui dan kagum dengan kebolehan serta kepakaran yang dimiliki oleh Azizan Osman dalam melahirkan ramai usahawan jutawan. Tak terfikir bagaimana mampu Datuk Wira lakukan semua ini.



“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan.”


Begitulah kata Datuk K berkaitan Datuk Wira. Beliau juga memesan kepada usahawan di luar sana untuk sentiasa merendah diri, be humble, jangan terlalu berbangga dan ego. Jika ada orang yang susah dan tak berjaya, jangan sombong tetapi ajarlah mereka untuk mencapai kejayaan.


Akhir kata,


Apabila kita berkongsi ilmu, lebih mudah juga untuk kita berjaya. Jangan sesekali lupa kepada usahawan lain yang baru sahaja bermula. Bangsa usahawan berjaya sentiasa bantu satu sama lain.


Terinspirasi dengan kisah anak didik Dr Azizan Osman ini?


Jom layari www.richworks.com untuk lihat kisah perjalanan anak didik Dr Azizan Osman yang lain juga.

1 comment

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex