The Daily SuratChenta, Day 1,289 #1


The Daily SuratChenta
Day 1,289

Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.

Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah mengguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.

Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.

Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,

Kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.

Ada.

Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.

Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.

Ada.

Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.

Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.

Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali kali mengkhianati kepercayaan kamu.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Rabb mereka ialah Syurga ‘Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya." - Al-Bayyinah,98:7-8

The Daily Surat Chenta adalah satu channel telegram. Setiap hari akan ada dapat satu surat cinta di channel ni. Suka sangat bait-bait ayat dalam ni. Sangat tenang bila baca. Nanti CR akan kongsikan lagi yer.

2 comments

  1. terima kasih telah menginpirasi, lanjutkan

    ReplyDelete
  2. Sedap ayat2 dia reen. Rasa nk baca dan baca lagi je.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex