Hotel Murah di Bandar Kuantan - Kompo Villa

by - Tuesday, July 07, 2020

Hotel murah di kuantan

Hotel Murah di Bandar Kuantan - Kompo Villa | Assalamualaikum dan Hai. Sebelum ini, CR pernah kongsikan satu hotel murah berdekatan dengan exit Tol Gambang iaitu Selesa View Hotel . Boleh KLIK SINI untuk baca :) Untuk kali ini, CR nak berkongsikan satu hotel yang lokasinya sangat strategik dan berdekatan dengan bandar Kuantan iaitu Kompo Villa Guest House. Harga bilik di Kompo Villa ini serendah RM60 dan keatas untuk semalam

CR sangat suka bermalam disini kerana lokasinya sangat senang untuk cari dan bila kita ingin bergerak kemana-mana pun mudah. Dari Kompo Villa ke Pantai Teluk Cempedak hanya lebih kurang 6.4km(15 minit) sahaja. Manakala kalau ada ingin ke Mall di bandar sebagai contoh Kuantan City Mall hanya sejauh 5-10 minit (2km) sahaja dan jika ingin makan ikan bakar segar di Restoran Ana Pantai Tanjung Lumpur hanya mengambil masa lebih kurang 4.6km ,10minit. Itu bergantung juga pada keadaan jalan raya samada jammed ataupun tidak. Tahu je la Kuantan kan. 



Untuk yang ingin menginap atas urusan kerja atau solo traveller, CR sangat syorkan hotel ini kerana ianya murah ,selesa dan juga privasi walaupun terletak dalam taman perumahan. Tapi hotel ini dibahagian hujung sekali ,jadi memang privasi lah. 
Hotel dekat bandar kuantan
LOKASI KOMPO VILLA

Hotel ini CR pernah menginap buat pertama kali semasa larian Milo pada tahun lepas. Untuk kali pertama CR menginap, kami ambil set yang dua katil Queen sebab kami berempat tapi gambar lupa pulak nak snap. :) Ini sahaja gambar yang sempat CR ambil semasa menginap untuk kali kedua bersama dengan blogger Zaza.

Kompo villa

Hotel di kuantan

Untuk bilik yang ada satu katil Queen atau dua katil Single, harganya sangat lah murah dan berbaloi. Hanya RM60 sahaja sebilik. Murah kan.


Bilik murah kuantan

Hotel murah kuantan

Bilik mandi dan tandas yang bagi CR selesa dan sesuai dengan harganya. Kalau nak mandi air panas pun boleh,manalah tahu tak tahan sejuk2 kan. Hehe

Hotel murah di kuantan pahang

Hotel bajet di kuantan

Hotel ini juga menyediakan televisyen untuk anda tonton kalau bosan dan sempat. Takut sampai bilik terus je tidur. TV yang tengok korang nanti.

Hotel murah kuantan

Untuk urusan check out pun sangat mudah, hanya perlu tinggal kunci di bekas yang disediakan ini sahaja dan whatsapp owner. :) 

Sesetengah orang inginkan keselesaan dan kemudahan yang lebih lagi seperti kolam renang untuk anak-anak mandi kan, jadi tidak sesuai la untuk menginap di sini. Untuk CR hotel sebegini sudah cukup jika CR ada urusan di Kuantan yang perlu bermalam dan CR pun bujang jadi sesuai la untuk stay disini. 



Hotel murah kuantan
Jadi, jika anda berminat untuk menginap di Kompo Villa ini boleh la menghubungi  nombor yang tertera di gambar ini. 

You May Also Like

5 comments

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.