Lirik Lagu Angkara ; Siti Nordiana - Release Short Film sebelum release lagu baru

Lirik lagu Angkara


Lirik lagu Angkara ; Siti Nordiana - Release Short Film sebelum release lagu baru Assalamualaikum dan Hai. Siapa disini peminat Siti Nordiana? Kalau anda betul-betul peminat Siti Nordiana pastinya anda tahu yang Nana dah keluarkan lagu terbaru yang berjudul Angkara. Angkara adalah hasil ciptaan Sharon Paul dan lirik ditulis oleh Ahmad Fedtri dan Nana Alias dan pastinya hasilnya sangat lah sedap didengar.

Untuk memberi kelainan, Nana telah membuat shortfilm yang berkaitan dengan lagu Angkara. Drama pendek atau shortfilm itu diarahkan oleh Khairul Hazwan dan disiarkan di Channel Youtube Seventeen Eleven Music. Drama pendek ini turut dilakonkan oleh Fikry Ibrahim, hero kegemaran CR jugak. hehe.

lagu baru nana angkara
SUMBER GAMBAR : GROUP TELEGRAM SNFC

Drama pendek ni ada empat episod dan berkisahkan tentang kecurangan seorang suami. Dan jalan cerita ini juga adalah idea dari Nana sendiri yang berinspirasikan dari filem dan drama dan ditambahbaikkan oleh pihak produksi. 



CR layan dari episod pertama lagi, bila nak tunggu episod dua rasa tak sabar okay. Sebab nak tahu apa yang akan jadi. Adakah isteri akan serang terus lelaki tu ke ,mengamuk2 ke kan. Tapi cara si isteri handle kecurangan suami ini sangatlah matang dan tenang. Jadi apa kata korang semua g layan di channel youtube Seventeen Eleven. Rasa macam tak puas shortfilm dan patut ada drama terus . hehehe

Link ke EP 4 di bawah ni. Episod terakhir 


Lirik Lagu Angkara - Siti Nordiana

Komposer : Sharon Paul
Lirik : Fedtri Yahya & Nana Alias


Aku bagaikan
Merpati di awan
Berkelana di langit tak pasti

Antara bulan
Terlihat jelas rahsia hati

Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti
Biarlah aku bahagia begini

Biar…
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta
Mengapa kau kembali merayuku

Aku pencinta
Ditimbus prasangka
Cukup sudah segala kepalsuan

Sampai waktunya
Ku harus teguh pertahan jiwa

Aku hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti
Biarlah aku bahagia begini

Biar…
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta
Mengapa kau kembali merayuku

Ku bukan yang dulu
Terdiam dan kaku
Hanya berserah
Mengenang takdir

Kini aku mampu berlari
Tiada yang menghalangi
(Menghalangi)
Tiada yang menghalangi
(Menghalangi)

Biar…
Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Biar aku bebas untuk selamanya
Habis punah semua rasa angkara dusta
Mengapa kau kembali merayuku

Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan
Cantik sangat Nana pakai dress Putih ni. (Sumber gambar SNFC Telegram)

CR rasa lagu ni macam sambungan lagu Nana yang sebelum ni iaitu Hatiku Milikmu. Sebab watak yang sama dalam official music video. Harap-harap ada special episode sebab nak tahu, Diana bercerai tak dengan Fikri atau Alvin datang semula cari Diana. hehe.

No comments

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex