Hari-Hari Kena Tindih Hantu Masa Tidur? Ini Derita Pesakit Somniphobia

by - Saturday, July 18, 2020

Hari-Hari Kena Tindih Hantu Masa Tidur? Ini Derita Pesakit Somniphobia

Hari-Hari Kena Tindih Hantu Masa Tidur? Ini Derita Pesakit Somniphobia | Tahukah anda ada sejenis fobia yang buatkan anda rasa takut dan sukar untuk tidur? Fobia ini merupakan sesuatu yang benar-benar berlaku dan boleh mengancam nyawa penghidapnya.

Fobia ini juga dikenali dengan nama Somniphobia, iaitu fobia untuk tidur

Apa itu somniphobia?

Pernahkah anda dengar mengenai somniphobia? Somniphobia berasal dari perkataan latin somnus yang bermaksud tidur dan phobos yang bermaksud takut.

Somniphobia ialah satu fobia yang mengganggu individu daripada mendapatkan tidur yang berkualiti. Selalunya, individu yang menderita somniphobia akan sengaja mengelak untuk tidur malam.

Mereka alami rasa gelisah yang amat sangat sehingga ia mengacau corak tidur mereka.

Penghidap somniphobia mungkin rasa terlalu penat sebelum tidur, namun mereka masih akan mengalami kesusahan untuk terlelap kerana perasaan resah dan gelisah yang mengganggu mereka.

Walaupun kemudiannya mereka mungkin akan tertidur, penghidap somniphobia akan kerap terjaga dan kitaran ini akan berulang-ulang sehingga keesokan hari.

Individu yang menderita akibat somniphobia tidak mungkin akan mendapat tidur yang berkualiti.

Mereka juga mempunyai kadar hormon kortisol yang tidak normal dalam badan. Ini menyebabkan mereka selalu berada dalam keadaan berjaga-jaga dan risau terhadap sekeliling.

Punca somniphobia

Penghidap somniphobia bukan sengaja tidak mahu tidur. Sebaliknya, mereka mempunyai ketakutan lain yang membuatkan mereka rasa takut untuk tidur.

Namun, gejala yang menjadi punca individu menghidap somniphobia selalunya berkaitan dengan gangguan semasa tidur seperti:

1. Kelumpuhan tidur (sleep paralysis)

Keadaan yang juga dipanggil ‘kena tindih hantu’ ini bukan disebabkan perkara mistik.

Sebaliknya, ia merupakan salah satu bentuk gangguan tidur yang boleh menyebabkan anda rasa seperti lumpuh dan tak boleh bergerak ketika tidur.

Lazimnya, golongan ini akan rasa takut untuk tidur kerana risau ‘ditindih’. Perasaan risau ini pula sebenarnya akan membuatkan sleep paralysis jadi semakin teruk.

Tambah lagi, ada penghidap kelumpuhan tidur yang bukan hanya mengalami kelumpuhan, tetapi turut disertai dengan halusinasi yang boleh menjadikan tidur jadi amat menakutkan.

2. Selalu mendapat mimpi ngeri

Penghidap somniphobia selalu mengalami mimpi ngeri yang seakan-akan nyata dan benar-benar berlaku.

Mereka juga alami mimpi yang berkaitan dengan trauma yang mereka pernah hadapi seperti kematian insan tersayang, kemalangan ataupun berkaitan dengan perkara menakutkan yang mereka pernah lihat.

Pendek kata, perkara ini akan buatkan penghidap sukar untuk lena dan rasa takut untuk tidur kerana bimbang akan mendapat mimpi ngeri yang sama berulang kali.

3. Berjalan semasa tidur (sleepwalking)

Tahukah anda individu yang berjalan semasa tidur boleh mendapat kecederaan yang serius? Mereka boleh terjatuh ataupun bertindak memukul orang lain semasa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Selain itu, orang yang berjalan semasa tidur juga boleh meninggal dunia akibat daripada perbuatan berbahaya yang mereka lakukan ketika tidur!

Oleh itu, mereka takut untuk tidur kerana risau akan keselamatan diri semasa waktu beradu.

Ada banyak lagi punca yang boleh akibatkan somniphobia. Penghidap somniphobia menganggap kematian sebagai tidur besar (big sleep).

Oleh itu, mereka tidak rasa selesa untuk tidur kerana menganggap tidur juga merupakan satu bentuk kematian.


Kesan somniphobia


somniphobia

Penghidap somniphobia sudah pasti akan mengalami rasa mengantuk ketika waktu siang. Oleh itu, mereka akan sukar untuk fokus ketika bekerja.

Selain itu, mereka juga akan mengalami rasa penat yang amat sangat berikutan tidur mereka yang tidak pernah cukup.

Disebabkan mereka sukar untuk tidur, circadian rhythm (jam tidur) mereka juga akan terganggu. Ini akan akibatkan rembesan hormon dalam badan juga menjadi tidak seimbang.

Pesakit somniphobia akan kerap mengalami gangguan mood yang akan membuatkan mereka senang sakit hati ataupun jengkel terhadap orang lain.

Semua kesan ini akan membuatkan hidup pesakit somniphobia jadi sengsara. Mereka mungkin pada akhirnya akan terjerumus di dalam lingkaran depresi jika penyakit ini tidak dirawat oleh pakar.
Apa pesakit somniphobia boleh lakukan?

Pesakit somniphobia perlukan rawatan daripada pihak yang bertauliah untuk mengubat penyakit mereka. Jangan risikokan nyawa anda dan juga kerjaya jika anda mengalami rasa takut dan sukar untuk tidur.

Bukan semua pesakit yang mempunyai fobia memerlukan rawatan. Fobia lain seperti fobia terhadap haiwan ataupun makanan boleh dielakkan dengan mudah, caranya adalah menjauhi objek-objek tersebut.

Namun, penghidap somniphobia tidak dapat lari daripada masa tidur. Malah mereka terpaksa berhadapan dengannya saban malam.

Oleh itu, golongan ini mungkin boleh melakukan terapi sebagai salah satu kaedah rawatan yang berkesan.

Walau bagaimanapun, pesakit somniphobia tidak digalakkan untuk mencari rawatan sendiri. Berhubunglah dengan doktor pakar supaya dapat bina sebuah regimen yang sesuai dengan keadaan kalian.


Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

You May Also Like

0 comments

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.