Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City

August 24, 2018

Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City

Assalamualaikum dan Hai. Ahad baru ni, Cik Renex dan kawan-kawan menyertai satu larian di Bukit Gambang Resort City iaitu Safari Run 2018. Safari Run 2018 ada kategori utama iaitu 5 km untuk Fun run, terbuka dewasa dan kanak-kanak dan 10km untuk kategori terbuka dan dewasa. CR menyertai larian 5km terbuka sahaja. Tak mampu weh nak ambil 10km. Nanti tak pasal-pasal je pengsan tengah lari.  

Larian pada hari Ahad makanya CR datang pada hari Sabtu sebab untuk collect Race-kit. Nasib boleh datang hari Sabtu risau jugak tak boleh. Masa datang hari Sabtu tu pun ramai lagi rupanya yang baru nak ambil


Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City

Race-kit
1. Race Number
2. T-shirt
3. Kupon makan
4. Wristband untuk masuk ke Safari Park selepas larian
5. BGRC voucher


Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City

Acara bermula seawal jam 6 pagi untuk pendaftaran dan CR bergerak dari hotel dalam jam 6 pagi juga sebab dekat je hotel dengan Bukit Gambang Resort City tu. Sampai sana tengok ramai dah yang datang dan kami semua panaskan badan dengan acara Zumba terlebih dahulu sebelum mula berlari. 



Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City

Acara wajib sebelum berlari adalah Selfie. Nanti dah lepas lari muka berpeluh-peluh dan serabai makanya kena ambil gambar sebelum berlari. Ni je yang dapat join untuk Fun Run kali ni seorang lagi tengah sibuk mencari rezeki di Shah Alam. haha.



Dalam jam 7pagi, peserta 10km dilepaskan terlebih dahulu baru diikuti dengan peserta larian 5km. Tengok video yang CR kongsi dibawah untuk lebih lanjut.



Penat yang amat kali ni sebab trek laluan yang berbukit dan tidak rata. Nama pun safari run kan. Memang banyak bukit yang kena daki sampai CR rasa nak give up dah. Tapi nasib baik lah ada haiwan-haiwan dalam Safari Park tu yang memberi sokongan dengan memandang kami dengan penuh semangat. hehe. Ada beberapa haiwan yang CR sempat jumpa tapi Si Harimau je tak menjelma lalu rumah dia je. Tidur lagi lah tuuu. haha


Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City

Dan akhirnya berjaya sampai ke garisan penamat. Sapik sampai awal dari kami. 
Muka puas hati dapat habiskan 5km. 


Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City

Medal yang dapat. Medal ke 3 fun run CR.

Terlebih meter sebab dah ambil medal baru stop kan yang ni. hehe


Safari Run 2018 Bukit Gambang Resort City
InshaAllah tahun depan join lagi. Ke korang dah serik mendaki? hehe


Flower Chimp hantarkan Jambangan Bunga pada orang tersayang anda!!

August 17, 2018

Flower Chimp


Siapa yang tak suka dengan kejutan pada hari-hari Istimewa kan. Sekarang memang trend dapat kejutan jambangan bunga sempena hari jadi atau hari istimewa yang lain. “Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja tanpa perlu ke kedai.

Flower Chimp


Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. 

Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.

Birthday Suprise delivery by Flower Chimp


“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telahberkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice.

“Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.
Flower Chimp

Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. 

“Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.

Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda
menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.

Antara jambangan bunga yang menarik dari Flower Chimp.

Flower Chimp
Ni bunga favourite CR. Kalau dapat ni memang best sangat2

Flower Chimp



Flower Chimp

Birthday Suprise delivery

Flower Chimp

Flower Chimp

Cantik kan semuanya. Rambang mata nak tempah yang mana. 

Flower Chimp

Mengenai Flower Chimp


Flower Chimp

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. 


Flower Chimp

Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain. All the best both of you!!

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com. Sila hubungi Jabatan Pehubungan Awam  menerusi emel: pr@flowerchimp.com atau telefon bimbit: +6013-886 9948 untuk sebarang pertanyaan berkaitan media.


Hubungi Flower Chimp:


Flower Chimp di Malaysia

Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia

Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina

Instagram: @flowerchimp.ph

Lirik Lagu Kisah Antara Kita One Avenue Band

August 8, 2018


Lirik Lagu Kisah Antara Kita One Avenue Band

Assalamualaikum dan Hai. Macam biasa setiap minggu mesti ada lirik lagu yang Cik Renex nak kongsikan. Kali ini nak kongsikan satu lirik lagu yang kerap juga CR dengan di radio iaitu Lagu yang berjudul Kisah Antara Kita nyanyian dari kumpulan One Avenue Band. Semalam kebetulan pula, band ini menjadi tetamu jemputan untuk satu program di Astro iaitu MeleTop. Tak sangka rupanya lagu  ni menjadi juara dalam Carta Era. Tahniah!

Masa ditemuramah dengan Hos Meletop , barulah CR tahu yang band ini asalnya adalah dari buskers di Johor Bahru atau lebih tepat di Pasar Karat JB. Patut lah suara best. :)

Siapa yang tak pernah dengar lagi , boleh ke Youtube untuk dengarkan yer. Semoga maju jaya One Avenue Band.



Kisah Antara Kita : One Avenue Band 

Composer: Reyhan
Lyricist: Reyhan
©2018 Future Music Entertainment


Mengapa terjadi 
Oh pada diri ini
Haruskah ku meneruskan lagi
Kisah kita yang telah kita bina bersama
Kini telah hancur karena kau memilih dia

Ku tidak menyangkakan 
Engkau seperti ini
Kau curangi diriku
Tanpa aku sedari

Bodohnya aku
Ku bisa mempercayakan kamu
Tanpa ku sedari 
Kau mempermainkan cintaku

Sayang 
Haruskah kau memperlakukan aku sebegini
Apakah salah diriku ini terhadapmu
Sehingga engkau sanggup menduakan cintaku

Mungkin aku bukan yang terbaik buatmu
Ku terima apa yang kau lakukan padaku
Aku kesali dan berasa kecewa terhadap dirimu

Maafkan aku telah mengecewakanmu
Hati ini tak dapat merubahkan apa pun
Diri ini telah dimiliki tanpa ku sedari

Mungkin aku bukan yang terbaik buatmu
Ku terima apa yang kau lakukan padaku
Aku kesali dan berasa kecewa terhadap dirimu

Ku amat menyesali mengenali dirimu
Aku berjanji akan meneruskan
Hidupku tanpamu



One Avenue Band Official Instagram :

https://www.instagram.com/oneavenuebandofficial/

Photo Canvas & Ceramic Tiles dari Printcious da sampai.

August 6, 2018

Assalamualaikum dan Hai.  Hari ni Cik Renex nak kongsikan mengenai hasil tangkapan CR di Printcious. Haish, dah lama sebenarnya tapi baru sempat nak update di blog. Kalau ada yang masih ingat, CR pernah update di blog mengenai printcious iaitu di link bawah ni. Mana yang tak sempat baca boleh baca . Thanks.


Dah alang-alang cerita mengenai printcious, CR terus la rembat dua barang dari Printcious iaitu Photo Canvas dan Ceramic Tiles. Lama juga sebenarnya nak pilih nak beli yang mana dalam Printcious tu, sebab semua rasa nak beli. Nak tengok hasilnya, sambung baca di bawah.

1. Photo Canvas


printcious

Canvas yang CR design sendiri di website Printcious. Senang je terus upload gambar , bayar dan tak lama tu terus tunggu posmen hantar di rumah. :) Tak lama pun tunggu sebab CR hantar order 2/7/2018 , dan sampai di tangan CR pada 7/7/2018. Lebih kurang Lima hari sahaja nak tunggu. Pantas printcious siapkan tempahan. :)

photo canvas

  • High Color Accuracy
  • String Hanger
  • High Density Wooden Frame

Size canvas yang CR pilih adalah size 30cm x 30cm. Size standard canvas.

printcious

Yeay, dah bertambah koleksi photo canvas raya family CR. 


2. Ceramic Tilesprintcious

Ceramic tiles atau nama melayunya Jubin Seramik yang di print dengan gambar yang kita design. CR pilih size 11cmx11cm dan sizenya takde la kecil mana. Just nice. CR letak gambar raya juga sebab mood raya lagi kan. Senang je nak guna website printcious ni, dia akan tunjuk step by step dan kita hanya perlu ikot je step yang di berikan. MUDAH sangat.

Printcious is also available in Singapore, Australia, Hong Kong, Canada, Philippines & Taiwan. 

Untuk lebih lanjut boleh ke website printcious yer.

Printcious



Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia dalam kawasan Hospital USM di Kelantan

August 2, 2018

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald tandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains Malaysia 

MoU bakal menyaksikan pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia dalam kawasan Hospital USM di Kelantan 


KUBANG KERIAN, 29 Julai 2018 – Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities (RMHC) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membina sebuah Rumah Ronald McDonald di dalam kawasan Hospital USM. Rumah Ronald McDonald di Hospital USM ini merupakan yang kedua di Malaysia dan pembinaannya bertepatan dengan misi untuk meringankan beban keluarga pesakit pediatrik dengan memastikan mereka mempunyai tempat tinggal sementara yang dekat dengan anak mereka yang menjalani rawatan perubatan di hospital.


Rumah Ronald McDonald yang pertama telah dibina pada tahun 1999 di dalam kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Rumah Ronald McDonald di PPUKM merupakan yang pertama di Asia dan telah menjadi rumah persinggahan untuk lebih 850 keluarga pesakit pediatrik sehingga kini.
Apabila siap dibina pada awal tahun 2019 kelak, Rumah Ronald McDonald di Hospital USM akan menjadi tempat tinggal sementara untuk keluarga kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital. Rumah ini bakal mempunyai 18 bilik yang boleh menempatkan antara 4 hingga 6 katil setiap bilik. Setiap bilik turut dilengkapi dengan bilik air sendiri.

Selain bilik keluarga, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini juga bakal menawarkan kemudahan seperti ruang makan, ruang TV dan istirahat, dapur, bilik mesin basuh dan juga taman permainan. Selain itu, Rumah ini turut menyediakan Bilik Sensori Ronald McDonald yang membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan bantuan peralatan multi-deria khas.

Hospital USM di Kelantan
Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM dan Azmir Jaafar, Presiden RMHC merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia semasa pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) sambil disaksikan oleh Yang Mulia Tengku Tan Sri Dr Mahaleel Tengku Ariff, Ahli Lembaga Gabenor USM.


“MoU pada hari ini dengan USM merupakan satu lagi detik bersejarah bagi RMHC Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia dapat direalisasikan. Ia dijangkakan bersedia mengalu-alukan kehadiran keluarga pesakit pediatrik pada awal tahun hadapan. Kami komited untuk menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan keluarga dapat berada dekat dengan anak-anak mereka,” kata Azmir Jaafar, Presiden RMHC.


“Kami amat berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh Hospital USM dan kami percaya kemudahan ini dapat memberi banyak manfaat kepada keluarga dan anak-anak mereka yang sedang mendapatkan rawatan di hospital ini,” tambah Azmir yang juga merupakan Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.


Melalui MoU ini, Hospital USM akan menyediakan satu ekar tanah di dalam kawasan hospital untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald manakala RMHC pula akan membina rumah ini yang siap dengan kelengkapan dan perkakasan yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM4 juta. Perbelanjaan mentadbir dan operasi akan ditanggung bersama oleh kedua-dua belah pihak.


Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM berkata, “USM menyambut baik kerjasama strategik bersama RMHC, sebuah badan kebajikan berdaftar dengan objektif membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dari aspek pendidikan, kesihatan dan juga sosial.”

Pembinaan Rumah Ronald McDonald akan membantu memenuhi keperluan masyarakat, khususnya mereka dari kategori B40 yang merupakan 80% pesakit yang mendapat rawatan di Hospital USM. Sebagai contoh, dalam tempoh enam bulan pertama (Januari hingga Jun 2018), Hospital USM menerima sejumlah 3,015 pesakit di wad pediatrik, yang datang dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Kerjasama ini secara tidak langsung mampu melonjakkan lagi persepsi positif masyarakat khususnya keluarga pesakit, serta pihak-pihak yang berkepentingan dengan USM. Selain daripada itu, ianya turut memperkukuhkan jenama USM amnya dan Hospital USM khasnya sebagai hospital pakar serta menjadi rujukan dalam pelbagai disiplin perubatan dan kesihatan di Pantai Timur selain membuka pelbagai pintu kerjasama yang lebih luas dan strategik bagi kedua-dua belah pihak. Hal ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan untuk menjadikan USM sebagai Universiti Pilihan.


“Kami kini dalam usaha kearah mewujudkan kerjasama menerusi sokongan dana kewangan bagi projek perubatan komuniti seperti pembedahan sumbing bibir dan lelangit selain peluang kerjasama sokongan dana bagi projek penyelidikan berkaitan kanak-kanak yang boleh diterokai bagi memberikan peluang dan kehidupan yang lebih selesa kepada pesakit kanak-kanak di seluruh negara. Ini adalahseiring dengan visi USM ‘Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok’,” kata Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USM.

Rumah Ronald McDonald

Semasa majlis menandatangani MoU ini, USM telah diwakili oleh Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, manakala RMHC diwakili oleh Azmir Jaafar.


Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia
Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Mulia Tengku Tan Sri Dr Mahaleel Tengku Ariff, Ahli Lembaga Gabenor USM dan Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Abdul Rahman, yang mewakili Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim, Pengarah Kampus Kesihatan USM dan Hospital USM.


Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia
Upacara Pecah Tanah di tapak pembinaan Rumah Ronald McDonald.

Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia
Upacara Pecah Tanah di tapak pembinaan Rumah Ronald McDonald.




Orang ramai yang ingin memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald yang baharu ini boleh berbuat demikian menerusi tabung yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan lain-lain cara untuk membuat sumbangan, sila layari https://rmhc-malaysia.my.

Giveaway Sampul Raya Fashion Valet 2018 by Siqahiqa.com

Giveaway Sampul Raya Fashion Valet 2018 by Siqahiqa.com

Assalamualaikum dan Hai. Giveaway lagi untuk disertai. Nampak banner terus rasa tertarik nak join. Tak pernah tak cantik gambar Flatlay Siqah ni. Semuanya syantik syantik. hee. Untuk join giveaway ni pun syarat-syarat nya amat mudah sekali. Rugi kalau tak join.

Nak join boleh klik banner diatas ni yer. Semoga ada rezeki untuk Cik Renex dan semua yang join.




“Guess My Weight Giveaway”


Assalamualaikum dan Hai. Lama rasanya tak join giveaway kawan-kawan blog. Sementara free takde lab ni boleh la update blog sekejap. Senang je nak join, cuma teka berat blogger Abam Kie sahaja dan follow semua syarat yang diberikan.

Jadi Cik Renex nak teka berat Abam Kie adalah 83.8 kg. 

Siapa2 yang tak join lagi boleh la join giveaway ni. Banyak hadiah menarik disediakan. 
Klik banner untuk join yer.



© Blog Cik Renex •