Pengalaman kena Kayap di bulan Ramadhan | Punca dan cara rawatan kayap

August 15, 2019

personal


Pengalaman kena Kayap di bulan Ramadhan. Punca dan cara rawatan kayap | Assalamualaikum dan Hai. Pada kali ni Cik Renex ingin berkongsikan pengalaman dijangkiti penyakit Kayap atau Shingles.  Siapa disini pernah mengalami sakit kayap ni? Ini merupakan pengalaman pertama CR kena kayap dan kena pula masa bulan Puasa. CR dapat penyakit kayap ni di penghujung bulan ramadhan. Masa tu tengah semangat nak buat kuih raya tapi apakan daya , bila dah kena kayap ni nak buat pun dah tak larat dan semangat pun hilang membawa diri entah kemana. :) Semangat nak buat kuih kacang mazola barang semua dah beli tapi tak de rezeki nak buat 


Gejala dan Tanda

Masa awal-awal nak jadi tu, CR rasa macam leher dan telinga CR panas dan sakit tapi tak tahu sebab apa. Mula-mula ingatkan sebab telinga tu sakit sebab terlipat masa tidur. Haha. Masa tu juga da rasa macam nak demam dan pedih kat area leher tu. Bawah telinga tu juga macam ada bengkak2 dan rasa panas je. Ingatkan da kena beguk dah. Tapi malas nak pergi check klinik lagi.

Tapi esoknya tak tahan sangat da sebab rasa macam ada keluar gelembung2 kat telinga dan leher. Pergi la juga ke klinik dan jumpa doktor. Masa sampai tu doktor tanya sakit apa, kita pun segan nak jawab dan tunjuk sebab doktor lelaki. 🙈 Tetapi yang bagusnya doktor ni panggil jururawat lain untuk tolong selakkan dan tengok apa jadi kat telinga dan leher CR. 

Bila tengok tu doktor ada la tanya soalan-soalan lain macam pernah alahan ke apa ke. Memang CR pernah sakit alahan tapi tak macam ni keluarnya. Kalau alahan lain simptomnya. Pastu Doktor pun cakap kemungkinan Kayap dan suruh datang semula esok kalau masih tak okay. Doktor juga ada bagi ubat CR. Ubat makan dan sapu. Dapatlah MC sehari.

Esoknya degil pergi kerja juga. (Sayang sangat kerja agaknya 😝😝) Malamnya tu CR terus tak boleh tidur sampai ke pagi sebab sakit sangat kat telinga dan bahagian leher tu. Terus amik cuti dan pergi semula Klinik Kesihatan dan jumpa semula doktor yang CR jumpa sebelum ni. Dia check semula dan dia cakap memang sah Kayap ni. Dia terangkan pada CR jenis-jenis kayap yang ada dan macam mana terjadi. Dr tu ada tanya pernah kena chicken pox tak sebelum ni?Sebab orang yang pernah kena chicken pox kebarangkalian nak kena tu tinggi. Dan CR memang pernah kena masa zaman belajar time degree dlu. Lama sangat dah.


Soalan pertama CR pada doktor lepas dia cakap Kayap adalah "Berjangkit tak dengan orang yang dekat dengan kita?" . Doktor cakap tak melainkan dia sentuh bahagian kayap tu dan berair. Alhamdulillah sebab risau nanti berjangkit dengan Ma dan Cha kat rumah tu. Masa tu memikirkan nak raya pulak, takkan duk dalam rumah je kan. Hehehe.

Doktor tu pun check juga dalam telinga sebab risau merebab dalam telinga. Alhamdulillah tak de dalam tu. Doc tu pesan juga kalau sampai berjangkit ke mata, kena datang cepat pada dia. Risaunya la masa tuu tapi Alhamdulillah tak kena sampai situ. Cuma dia berjangkit sampai ke belakang badan CR. 

Masa tu , sakitnya Ya Allah . Memang tak boleh tidur baring macam biasa sebab bahagian belakang ada juga. Pedihh. Nak pusing ke kiri tak boleh sebab ada di telinga kiri. Memang dugaan betul. 

Mak CR suruh juga berubat kampung jadi pergi la juga jumpa orang yang reti berubat. Masa tu pergi bawa air je suruh jampi, rupanya kena bawa sirih sebab dia nak sembur kat tempat yang kena tu. Nasib la CR tak bawa daun sirih sebab rasa macam tak sanggup lak kena sembur kat leher macam tu. 😬 . Last2 dia cakap nanti dia bagi kulit pokok apa tah, CR dah lupa dia suruh sapu pada luka tu. 

Jadi, CR makan  ubat yang doktor bagi, sapu ubat klinik dan  juga sapu ubat kampung tu juga. Alhamdulillah dengan izin Allah sembuh penyakit kayap CR. Hampir 2 minggu baru okay . 

Pantang makan?

CR pantang makan telur dan benda2 yang boleh menyebabkan gatal contohnya kacang. Pantang sampai ke raya dan CR hanya mampu tengok je bila orang makan nasi impit dengan kuah kacang. Kuih raya pun semua tak makan sebab kebanyakkannya semua letak telur kan. Jadi mampu berHUHU jela. Ayam pun mula2 CR tak makan lama2 baru berani makan. Lepas habis pantang terus qada' semula makan kuih. Haha..


Sedikit info tentang Kayap. 



Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:
  1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
  2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).

Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.


Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.

Gejala dan Tanda

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.


Komplikasi

Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.


Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).

Rawatan

Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:
  1. Meredakan kesakitan
  2. Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
  3. Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.

Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:

  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  2. Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac dan
  3. Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.

Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.

Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.

Vaksin bagi menghalang penyakit herpes zoster boleh diambil individu yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin tersebut.


Ok itu sahaja yang CR ingin kongsikan. Ada ke pembaca disini yang pernah kena kayap?Kongsikan la di ruangan komen yer. Alhamdulillah kayap CR dah okay tapi ada masa pedih juga di telinga tu dan Parut yang tinggal tu sedih tengok. Ada tips untuk cepat hilangkan parut kayap ni?



Lirik lagu Ilusi - Iam neeta | OST Sweet dreams

August 5, 2019


OST Sweet dreams


Ilusi | Iam Neeta


Semua rasa sedih
Semua ku takuti
Semua rasa berat di hati ku

Bimbang segala
Angan mu setinggia ngkasa

Ku berikan segalanya
Kau hancurkan semuanya
Kau harapkan seperti
Ilusi dalam mimpi mu

Hujung jalan ini
Semua nya terhenti
Semua rasa berat di hati ku

Bimbang segala
Angan mu setinggia angkasa

ku berikan segalanya
kau hancurkan semuanya
kau harapkan seperti
ilusi dalam mimpi mu

Bunuh sisa cinta
Dera hingga mati
Merah menyala
Kau genggam sehingga mati…

Ku berikan segalanya
Kau hancurkan semuanya
Kau harapkan sepertii
Ilusi dalam mimpi mu


Tempat makan best di Kuantan Pahang Kula Cakes

August 2, 2019

Kula Cakes Kuantan tempat makan hispter Kuantan

Assalamualaikum dan Hai. Ini kisah awal tahun tapi baru letak kat blog. Nampak tak lama sangat tak cerita pasal personal kat blog ku ini. :) Kali ni CR nak kongsikan satu tempat makan viral kalau kita berkunjung ke Kuantan Pahang. Tak sah rasanya kalau ke Kuantan tapi tak singgah ke Cafe  ni. 

Cafe tersebut adalah Kula Cakes dan rasanya rata-rata semua dah familiar dengan cafe ni. Selalunya bila CR ke Kuantan dan lalu depan kedai ni, memang selalu ramai pelanggan beratur. Sampai keluar beraturnya punya la ramai.

Tapi nak dijadikan cerita, masa kami datang tu tak ramai sangat lagi pelangganya. Beruntung la kami tak perlu nak beratur lama. :)




Kula Cakes Kuantan tempat makan hispter Kuantan

Kek paling popular dan memang menjadi tarikan utama di Kula Cakes ini adalah Mango cheese cake. Tapi aku pun tak sure kenapa kami tak order Mango cheese cake tu. Terorder kek lain. Mungkin sebab bila tengok kek yang display tu jadi terlupa nak order 'trademark' Kula Cakes ni. Takpe, next time pulak rasa. 

Kula Cakes Kuantan tempat makan hispter Kuantan

Tak ingat nama-nama kek ni. Pilihan Syafiq macam biasa, Pavlova. Yang dua lagi tak ingat dah nama kek tu. Sebenarnya sebelum kami ke sini, kami dah isi perut kami dengan sata, udang tepung, keropok lekor dan macam-macam lagi lah. Tapi dah teringin nak ke sini singgah la jugak. 

Kula Cakes Kuantan tempat makan hispter Kuantan

Bila perut dah kenyang, mood makan pun jadi perlahan sikit lah. Tapi lama-lama habis jugak. Makan sambil membawang, memang best lah. 

Kula Cakes Kuantan tempat makan hispter Kuantan
Tempat wajib ambil gambar bila datang Kula Cakes.

Kula Cakes ni selain terkenal dengan Mango Cheese cake dia, cafe ni sangat la cantik decoration dia. Sesuai untuk orang yang suka bergambar dan letak di feed instagram. Kula Cakes berkongsepkan cafe hispter dan taman. Memang cantik. Tapi satu je masalah kalau nak kesini iaitu masalah parking. :)



Kula Cakes 

Alamat :

Jalan Besar
96 A, Jalan Besar
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur

Facebook : 


Lirik Lagu Selamanya Usop Mentor

July 29, 2019

Selamanya Usop Mentor

Lirik Lagu Selamanya Usop Mentor

Lagu : Bulan Penuh, Ziin
Lirik : Bulan Penuh

Puas aku utuskan surat cinta
Namun kau balas dengan derita
Mengapa tidak kesampaian
Untuk aku milikimu

Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Ku temui di taman fantasi

Hasrat aku hanya memilikimu
Bekejar di alam fana cinta
Senyummu tiada ternilai
Tapi semua hanya dusta


Tapi.. Malam2 indah kian bercelaru
Mendoakan agar kau temui cinta
Sampai hujung nyawa

Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Ku temui di taman fantasi

Mengapa kita
Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Ku temui di taman fantasi

Tapi
Malam2 indah kian bercelaru
Mendoakan agar kau temui cinta
Sampai hujung nyawa

Mengapa kita.Kasih yang terpisah
Bersatu cumalah hati
Menangis sedih biarlah
Ku temui di taman fantasi



Kacang Panggang Ayam Brand™ Menjadikan Makanan Super Sangat Berkhasiat dan Mampu Milik

July 24, 2019

Kacang Panggang Ayam Brand™

Makanan super ialah makanan yang kaya dengan nutrien dan memberi manfaat dan kesejahteraan kepada tubuh badan manusia. Biarpun begitu, makanan super ini biasanya mengikut trend. Masih ingat ketika kale menjadi begitu popular, kemudian avocado, kini benih chia dan benih flax pula ada di mana-mana sahaja. Satu persamaan ketara makanan super ini ialah ia merupakan makanan eksotik dan biasanya mahal. 

Adakah anda sedar bahawa terdapat makanan yang sangat mampu milik, mudah diperolehi dan super klasik di dapur anda? 

Sebagai contoh, ikan tuna, telur, mil oat, bayam, sardin, yogurt dan makanan kegemaran ramai, kacang panggang. 

Kacang panggang didatangkan dalam sos tomato enak di dalam tin, satu kombinasi yang padat dengan nutrisi. Ayam Brand™ menghasilkan antara kacang panggang kegemaran rakyat Malaysia yang menggunakan kacang haricot utara terbaik yang diimport dari Amerika Syarikat.


Kacang Panggang Ayam Brand™ Menjadikan Makanan Super Sangat Berkhasiat dan Mampu Milik


Ini senarai ringkas tentang kenapa Ayam Brand™ Baked Beans di dalam sos tomato patut menjadi pilihan makanan super anda yang sangat mampu milik. 


Kacang panggang padat dengan serat, protein, besi, likopena dan folat. 

Kandungan serat yang tinggi di dalam kacang panggang membantu memperlahankan penyerapan gula dalam darah, memberikan rasa kenyang dan tenaga sepanjang hari. Satu tin kacang panggang boleh memberi tenaga sepanjang hari! 

Berikut ialah perbandingan pantas mengenai jumlah serat di dalam 100gram quinoa vs 100gram kale vs 100gram kacang panggang dan harganya.


Makanan Super
Kandungan Serat bagi setiap 100gm
Harga bagi setiap 100gm
Quinoa
2.8gm
RM3.36
Kale
4.1gm
RM11.47
Kacang panggang
5.3gm
RM2.20

Kandungan protein di dalam kacang panggang membantu pertumbuhan, meningkatkan kekuatan, pemulihan dan membaiki otot selepas bersenam. Ia boleh menjadi snek yang ideal untuk kanak-kanak yang sedang membesar, wanita mengandung atau mereka yang fokus kepada kesihatan, terutama selepas bersenam.

Kacang panggang sebenarnya bebas daripada lemak tepu – satu cara yang enak untuk mengurangkan risiko penyakit jantung. 


Memandangkan ia mempunyai kandungan protein yang tinggi, kacang panggang boleh menjadi alternatif terbaik kepada daging buat golongan vegetarian. secawan kacang panggang (240grams) mengandungi 10 gram protein yang sama dengan protein di dalam 50 gram daging stik. 

Kacang panggang di dalam sos tomato merupakan sumber yang kaya dengan zat besi. Ideal untuk golongan vegetarian, vegan dan wanita yang mempunyai tahap zat besi rendah. 

Zat besi membantu tubuh kita untuk menghasilkan darah yang lebih sihat. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan rasa penat, kurang fokus dan tahap tenaga yang rendah, dalam kes yang serius pula boleh menyebabkan masalah anemia. Siapa sangka dengan menambah kacang panggang ke dalam diet anda boleh memberi begitu banyak kebaikan? 

Ia kaya dengan likopena – sejenis anti oksidan yang diekstrak daripada tomato. Likopena boleh mengurangkan sel rosak melalui manfaat anti oksidannya. Bagi wanita yang merancang kehamilan, menambah kacang panggang ke dalam diet mereka tiga bulan sebelum hamil boleh membantu menambah folat yang dapat meningkatkan tahap vitamin B secara semula jadi. Folat terbukti dalam mengurangkan kemungkinan kerosakan tiub neural pada bayi. 


Kacang Panggang Ayam Brand™ Menjadikan Makanan Super Sangat Berkhasiat dan Mampu Milik

Kacang Panggang Ayam Brand™ Menjadikan Makanan Super Sangat Berkhasiat dan Mampu Milik

Kacang Panggang Ayam Brand™ Menjadikan Makanan Super Sangat Berkhasiat dan Mampu Milik


Ayam Brand™ Baked Beans didatangkan dalam dua saiz – saiz keluarga 425g dan 230g. Pilih daripada kacang panggang di dalam sos tomato, atau sos tomato dengan keju parmesan sebenar untuk rasa lebih berkrim atau Ayam Brand™ Baked Beans in Light Tomato Sauce yang menawarkan rasa hebat, tetapi diformulasi dengan 54% kurang gula dan 28% rendah garam. 

Ayam Brand™ Baked Beans boleh didapati di seluruh negara dan ditawarkan pada harga RM2.20 untuk satu tin 230g dan RM3.30 bagi tin 425g.


Cadangan hidangan


Kacang Panggang Ayam Brand™ Menjadikan Makanan Super Sangat Berkhasiat dan Mampu Milik


Ayam Brand Baked Beans ialah snek yang mudah dan boleh dimakan terus daripada tin. 

Untuk makanan super yang sangat murah dan mudah dimasak, tiada apa yang dapat menandingi gabungan kacang panggang dengan telur. Di sini adalah beberapa cadangan hidangan:


Kacang Panggang Ayam Brand™ Menjadikan Makanan Super Sangat Berkhasiat dan Mampu Milik
Untuk sarapan hujung minggu yang menyeronokkan, apa kata sediakan hidangan berprotein tinggi, kaya serat dan rendah karbohidrat iaitu Kacang Panggang di dalam kuali dengan Telur – yang dimakan terus daripada kuali kecil, pada hari Ahad untuk mode sarapan di atas katil.

Kacang Panggang Ayam Brand™ Menjadikan Makanan Super Sangat Berkhasiat dan Mampu Milik

Kacang panggang dengan telur di atas roti bakar ialah hidangan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa. 

Kacang Panggang Ayam Brand™ Menjadikan Makanan Super Sangat Berkhasiat dan Mampu Milik

Kacang Panggang Ayam Brand™ Menjadikan Makanan Super Sangat Berkhasiat dan Mampu Milik




Untuk lebih banyak resepi, sila layari laman web http://www.ayambrand.com.my/recipe atau kunjungi laman Facebook kami di https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes bagi mengetahui lebih banyak cara menikmati kacang panggang! 

Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion | 2 in 1 Penyegar + Pelembap

July 12, 2019


Safi Balqis OxyWhite

Assalamualaikum dan Hai. Pada entri kali ni Cik Renex ingin berkongsikan mengenai satu produk yang baru dari Safi Balqis iaitu Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion. Kulit CR sebenarnya jenis berminyak dan ada masa jenis kering juga. Jadi rutin CR sebelum mengenakan makeup di wajah adalah pakai penyegar dan pelembap.

Sebelum ni, CR pakai facemist terus pakai foundation. Tapi ada kawan CR tips dia mekap bagi tak bercapuk adalah dengan pakai pelembap atau primer terlebih dahulu. CR memang noob sikit bab2 makeup ni, yang tahu foundation-bedak-eyeliner. Pastu dahh. Rupanya ada step yang tertinggal patut la bila tengah hari je bedak dah bercapuk. 

Safi Balqis OxyWhite


Kalau sebelum ni kena satu-satu pakai tapi sekarang bila dah diperkenalkan dengan produk Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydration Lotion ni, ianya menjimatkan masa CR. Kenapa? Ini kerasa produk ini adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. Jadi jimat la masa sikit kan. Sesuai la untuk CR yang terlebih 'rajin' ni. 



Safi Balqis OxyWhite


Kebaikan  Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion.

• Memberikan 2x penghidratan (berbanding Krim Pelembap Siang Safi Balqis Oxywhite) dan kesegaran dengan satu penggunaan.
• Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid


  • Macro Hyaluronic Acid
  • Nano Hyaluronic Acid
  • Bio-Hyaluronate
  • Oligo-Hyaluronic Acid
  • Super Nano Hyaluronic Acid

Safi Balqis OxyWhite

• Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
• Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.

OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

Cara menggunakan  Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion.

Safi Balqis OxyWhite


Sebelum pakai sunblock, CR akan gunakan lotion ni dahulu. Picit sedikit atas tangan dan terus sapukan pada keseluruhan muka. Tepuk dengan lembut sehingga produk meresap sepenuhnya. Gunakan dua kali sehari selepas Pembersih Muka Safi OxyWhite untuk kesan yang lebih bagus.


Setelah hampir 2 minggu guna Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni, CR sangat berpuas hati dan kulit pun rasa lembap. Foundation pun senang nak apply bila kita da letak lotion ni..

Mana2 yang berminat nak mencuba tu boleh la dapatkan di Watsons, guardian dan pasaraya yang terpilih. Untuk maklumat lanjut boleh ke maklumat di bawah. 👇


Facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MY

Instagram :
https://www.instagram.com/safimalaysia/


Lirik Lagu Satukan Rasa Khai Bahar & Siti Nordiana | OST satukan rasa

July 3, 2019


Drama ost Satukan Rasa


Lirik Lagu Satukan Rasa Khai Bahar & Siti Nordiana | Assalamualaikum dan Hai. Entri kali ni nak berkongsikan satu lagu baru gandingan Khai Bahar dan Siti Nordiana. Sebelum ni memang ramai yang menginginkan mereka berdua berduet bersama. Dan akhirnya semalam lagu baru mereka iaitu SATUKAN RASA pun dah ada di youtube. Siapa belum dengar boleh dengar di youtube. Lirik lagu dan komposer oleh Dinda Kanda dan Iman Imran. Adakah Dinda & Kanda tu Siti Nordiana dan Khai Bahar?


Lagu kali ni agak melankolik  jadi tempo lagu mesti perlahan dan bukannya lagu yang guna pitching tinggi gitu tapi sangat merdu di dengar. gituuuu. Lirik pula mengenai kita sukakan seseorang dalam diam tapi malu untuk meluahkan dan sanggup berkawan dahulu. Siapa ada crush pada kawan sendiri boleh la tujukan lagu ni padanya. heheh


Kalau dulu Siti Nordiana berduet dengan Arwah Achik, rasanya Nana dah jumpa geng duet baru iaitu Khai Bahar. :)Jom kita dengarkan di youtube. 




Satukan Rasa

 Siti Nordiana & Khai Bahar

Komposer: Dinda &  Kanda

Lirik: Iman Imran


Lamaku simpan perasaan ini
Tanpa terduga rasa cinta hadir
Puas menafi bisikan di hati
Namun tak terdaya
Untuk menghalang rindu

Aku pendam rasa
Dan menjadi teman
Engkau ingin ku miliki
Namun aku tidak mampu
Untuk memiliki cinta
Insan semulia sepertimu

Dikaulah bidadari
Temani tiap mimpi
Diriku diselubung rindu
Rasa penuh prasangka
Dia penguat jiwa
Kita pinta takdirnya
Pergilah sepi

Bulan bisik padanya
Benar ku cinta dia
Kau hidupkanlah rasa ini

Dikaulah bidadari
Temani tiap mimpi
Sungguh aku rindu

Cinta penuh prasangka
Kuatkanlah hatiku
Agar ikatan ini terjalin

Bulan bisik padanya
Benar ku cinta dia
Satukanlah
Satukan rasa


© Blog Cik Renex •