Lirik Lagu Lihat Ku Disini - Dadali |Assalamualaikum dan Hai. Lama tak berkongsi lirik lagu di blog jadi hari ni CR nak kongsikan satu lagu dari band seberang iaitu Dadali. Band Dadali ni CR memang akui suka hasil lagu mereka. Antara lagu dari Dadali Band yang CR suka dengar adalah Disaat Sendiri dan Disaat aku tersakiti.
Lagu Lihat Ku Disini ni CR dengar masa tengah layan filem Indonesia di astro Rania dan CR lupa tajuknya. Haha. Tengok je sampai habis tapi tak ingat tajuk weh. Kronik ase. :)
So, jom kita layan lagu ni. Sedap untuk didengar dan fefeling gituuuu.
Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Kuantan | Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru.
Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.
Sebagai contoh, di Kuantan, Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan, sebuah rumah anak yatim di Kampung Pelindung meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.
“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan, Puan Zuraida Binti Ismail.
Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.
“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Puan Zuraida Binti Ismail.
Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.
“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau.
Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.
Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.
“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.
Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut.
“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini.
Pantri makanan #AyamWithYou terletak di Lot 132, Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan Pahang. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini.
Cara Scan QR code menggunakan aplikasi Facebook |Assalamualaikum dan Hai. Masih belum terlambat rasanya untuk CR mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Cik Renex ini. Maaf zahir dan batin. Jadi, macam mana raya tahun ni dengan Norma yang baru? Yang beraya diperantauan tu, semoga anda tabah dan sentiasa berdoa agar musibah Covid-19 yang melanda negara kita ini akan pulih dengan segera. Doakan yang baik-baik sahaja.
Berbalik kepada Norma baharu yang kita alami sekarang, rasanya semua sudah terbiasa kan. Pergi kemana-mana perlu memakai facemask, sentiasa mencuci tangan dan juga jarak dengan orang ramai. Mula-mula terasa janggal juga dan terlupa tapi lama kelamaan ianya menjadi kebiasaan kepada kita.
Dan sekarang kita juga telah diberi kebenaran oleh kerajaan untuk pergi bekerja dan juga ke kedai atau pasaraya. Setiap kali kita hendak memasuki sesuatu premis kita dikehendaki menulis nama dan nombor telefon kita. Leceh juga sebenarnya sebab risiko juga bila kita memegang pen dan kertas diatas meja tu.
Ada sesetengah premis pula menggunakan sistem QR code. Kita hanya perlu scan sahaja QR code itu menggunakan telefon pintar kita dan masukkan maklumat yang diminta. Tapi harus diingatkan, jangan sesekali memasukkan nombor kad pengenalan kita. Itu adalah hak privasi kita.
Kita perlu install apa pulak untuk scan QR code tu? Jangan risau, anda tidak perlu install aplikasi lain sekiranya anda ada facebook didalam telefon pintar. Jom CR tunjukkan cara-caranya.
Cara Scan QR code menggunakan aplikasi Facebook
1. Buka aplikasi Facebook di telefon pintar anda
2. Tekan bahagian search diatas sekali.
3. Kemudian klik logo macam code tepi sekali tu.
4. Bila dah klik, akan keluar simbol petak seperti gambar di bawah. Halakan telefon anda pada QR Code yang telah disediakan oleh premis tersebut dan scan.
5. Nanti akan terus direct ke link yang mereka sediakan. Isikan maklumat yang di minta.
Dah siappp.Apa-apa pun, sebelum klik link, sila baca dahulu. Bimbang juga akan ditipu ke link lain. Di play store ade aplikasi yang boleh anda install, boleh pilih mana yang dipercayai.
Selamat mencuba. Jangan lupa, jaga diri dan patuhi arahan kerajaan. Amalkan 3W: (Wash) kerap mencuci tangan dengan air & sabun, (Wear) pakai pelitup muka di tempat awam /jika bergejala & (Warn) amaran peringatan dari KKM.# kitajagakita
Resepi ; Rendang : Cita Rasa Masakan Ibu di Rumah | Assalamualaikum dan Hai. Selamat berpuasa pada yang sedang berpuasa hari ni. 1 Syawal bakal tiba dan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti. Dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti, rendang merupakan hidangan daging bersantan yang kaya dengan rempah ratus. Ia dimasak perlahan dan dihidang sama ada dengan kuah pekat atau boleh juga dikeringkan. Bagi ramai rakyat Malaysia, rendang suatu juadah istimewa setara dengan masakan ibu di rumah.
Kepelbagaian Rasa dan Tekstur Rendang
Setiap negeri di Malaysia mempunyai versi rendangnya sendiri, umpamanya Perak dengan Rendang Tok, Kelantan dengan Kerutuk, Pahang dengan Opor dan Johor dengan Rendang Ayam Johor. Bukan itu sahaja, setiap keluarga juga mempunyai resipi istimewa masing-masing dalam membuat rendang.
Rendang Bagi Yang Baru Mencuba
Bagi yang baru hendak mencuba memasak rendang, apakah kaedah yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan rendang yang pasti digemari keluarga dan rakan taulan?
Sebenarnya, apa yang membuatkan sesuatu rendang itu enak adalah empat komponen iaitu rempah ratus, pes, daging dan bahan asasnya iaitu santan kelapa berkrim.
Bagi membantu anda menghasilkan juadah yang setara dengan masakan ibu dan mencipta tradisi rendang anda sendiri, Ayam Brand™ telah menghasilkan satu resipi rendang khas bagi yang baru mencuba. Resipi ini boleh anda ubah sesuai dengan peningkatan skill anda membuat rendang. Jadikan resipi anda unik dengan mencuba gabungan rempah ratus, ramuan pes dan daging kegemaran (daging lembu, ayam, itik, kambing) yang berbeza. Juga jangan lupa menggunakan santan kelapa yang terbaik.
Bagi kami, sudah pastilah kami menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand. Ketulenan dan kualitinya yang kaya berkrim benar-benar membuatkan kerja kami menjadi mudah. Produk Ayam Brand ini dijual dalam tiga pilihan iaitu Coconut Milk, Coconut Milk Trim (45% kurang lemak) dan Coconut Milk Super Light (75% kurang lemak berbanding Ayam Brand Coconut Milk). Dapatkan lebih banyak lagi resipi Ramadan dan Hari Raya Ayam Brand™ di http://www.ayambrand.com.my/raya2020 .
Resepi Rendang Daging
Tempoh memasak: 2 jam
Hidangan: 8
Bahan-bahan
Rempah
3 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 buah pelaga
2 asam jawa
5 daun limau purut dihiris halus
8 sudu besar kerisik (kelapa goreng yang dikeringkan)
1 batang kayu manis
1 sudu besar gula melaka secukup rasa
Garam secukup rasa
Pes (kisar halus)
2.5cm lengkuas, dihiris
3 batang serai, akar sahaja, dihiris
7 ulas bawang putih, dihiris
6 bawang merah, dihiris
2.5cm halia, dihiris
12 cili kering, dibuang biji dan dihiris
Daging
1kg daging lembu, dipotong kiub
Santan Kelapa
1 liter Santan Kelapa Ayam Brand pilihan anda
Minyak untuk menggoreng
1 cawan air
Cara memasak
1. Kisar bahan pes menggunakan blender.
2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah.
4. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
5. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula melaka.
7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah.
8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering.
9. Hidang serta-merta atau biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.
Dah siapp!! Sedap dimakan dengan ketupat lemang mahupun nasi panas. Sedapnya. Tahukah anda semua yang AyamBrand mengadakan satu pertandingan. Hanya perlu kongsi resepi dan gambar masakan anda sahaja.
Apakah Resipi Istimewa Rendang Anda??
Hadiah-hadiah menarik menanti anda! Masak rendang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand dan buat kiriman Instagram atau Facebook. Tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook dan gunakan hashtag #beRAYAmbrand dan biar semua tahu ‘Apa Rahsia Rendang Anda’. Peraduan ini bermula pada 6 April dan berakhir pada 31 Mei dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!
Jadi tunggu apa lagi, jom la sertai pertandingan #beRAYAmbrand , manala tahu ada rezeki anda kan. Selamt mencuba. :)
Baju Kurung Murah dan cantik | Assalamualaikum dan Hai. Baju kurung dan wanita memang tidak boleh dipisahkan. Pastinya seorang wanita itu akan kelihatan sangat ayu dan sopan bila memakai baju kurung. Dizaman serba moden ini pelbagai design baju dan corak yang diperkenalkan oleh butik itu.
Tetapi bagi CR, pilihan baju kurung kosong tetap menjadi pilihan CR. Yang bercorak CR suka juga tetapi minat tu tetap kearah pada baju yang kosong atau 'plain'. Faktor kenapa suka baju kosong? Senang nak matchingkan warna dengan tudung/shawl. Bila beli baju plain kita boleh cantikkan baju tu dengan kreativiti kita sendiri. Sama ada nak letak manik ataupun lace, baju yang kosong pasti nampak lagi meriah dan cantik.
Ada tak yang tengah mencari baju raya atau baju untuk pakai ke tempat kerja? CR menjadi dropship baju dari Hasnuri hq. Kalau ada yang berminat boleh la menghubungi CR yer.
Disini CR akan letak pelbagai design baju dari Hasnuri. Set sedondon ibu dan anak pun ada.
5 Aplikasi Best untuk Template Instagram Story bagi pengguna Android|Assalamualaikum dan Hai. Sebelum ini Cik Renex (CR) pernah kongsikan aplikasi edit gambar yang menarik dan kali ini CR ingin berkongsi 5 Aplikasi yang ada di Play Store yang memudahkan anda untuk update Insta Story anda. Rasanya Insta Story memang tidak asing lagi untuk pengguna Instagram yang hanya membenarkan kita post video hanya untuk beberapa saat sahaja.
Sesetengah pengguna Instagram lebih gemar post di Insta Story berbanding di feed sendiri kerana selepas 24 jam, post tersebut akan hilang. Jika anda masih ingin menyimpan, kita boleh save di highlight yang kita cipta sendiri. Berkenaan highlight itu, CR akan kongsikan di entri lain pula yer kerana kita akan fokus pada Insta Story terlebih dahulu.
Untuk penjual barang secara online di Instagram,bagi CR ianya sangat penting untuk anda menghasilkan insta story yang menarik dan cantik. Bila followers anda melihat Insta Story anda yang menarik, mereka akan lebih tertarik untuk tengok yang seterusnya.
Yang pastinya, Instagram sendiri mempunyai cara yang mudah untuk kita post Instagram Story. Sebagai contoh ambil gambar dan tambah beberapa ayat , location dan juga GIF. Tetapi, aplikasi di Play Store telah memudahkan kerja kita. Kita hanya perlu pilih Template yang berkenan kemudian tambah gambar atau ayat yang kita perlukan. Bila dah siap edit, save dan post gambar tersebut di Instagram Story.
Ada sesetengah apps itu akan menyimpan draf gambar yang kita edit. Jadi ianya akan memudahkan kerja kita jika ingin guna design yang sama tetapi perlu ubah gambar atau ayat sikit. CR selalu guna apps ini untuk kongsikan testimoni pelanggan. Jadi design yang sama, gambar testimoni yang berbeza.
Jom kita lihat 5 contoh aplikasi Instastory yang ada di Play Store. Untuk pengguna ios , CR rasa boleh juga guna.
5 Aplikasi Best untuk Template Instagram Story bagi pengguna Android
Canva adalah salah satu aplikasi kegemaran CR untuk edit gambar selain daripada PicsArt. Banyak sangat template yang disediakan oleh Canva. Untuk memudahkan kerja anda, hanya letak apa tema yang anda nak, kemudian search. Pilih lah mana yang berkenan di hati.
Pelbagai template yang disediakan di aplikasi Story Art mengikut tema yang anda inginkan. Aplikasi ini juga menyediakan kategori setiap template samada Classic, Fresco, Plog, Food dan pelbagai lagi. Yang CR sebutkan itu adalah contoh template percuma. Ada template yang perlu di bayar untuk digunakan tetapi CR guna yang percuma je dah memadai dan cantik.
Template yang disediakan oleh Story Chic boleh tahan memuaskan hati dan cantik. Selain dari gambar, aplikasi ini menawarkan story yang animated tetapi untuk yang percuma tak banyak.
Template yang disediakan sangat cantik akan tetapi apabila gunakan aplikasi ini pastikan anda ada kesabaran. Ini kerana setiap kali nak edit, akan ada pop-up iklan. Huhu.
Untuk pengguna yang sukakan design minimal atau less is more, boleh la gunakan aplikasi Unfold ini. Aplikasi ini juga menawarkan template yang percuma dan juga berbayar.
Baiklah, ini sahaja yang CR boleh kongsikan buat masa ini. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi aplikasi di Play Store untuk anda edit template Insta story anda. Yang CR kongsikan diatas ini adalah apps yang memang ada di telefon CR dan CR pernah guna.
"Jadi, antara 5 aplikasi diatas ini, anda pernah gunakan yang mana satu? Atau mungkin anda ada gunakan aplikasi lain? Sudilah berkongsi di bahagian komen di bawah yer. Terima kasih."
SARANGHEYO - Single terbaru kumpulan Voice of Men & Menangi RM1000 dengan menyertai Pertandingan Musik Video |VOICE OF MEN (VMen) ialah sebuah band vokal yang telah ditubuhkan sejak tahun 2007, dianggotai oleh Fath, Nasrul, Yus, Amirul dan Lutfi yang merupakan graduan dari UTM Skudai (Sama dengan CR dan ada seorang tu alumni Kuatagh sama juga dengan sis). Lagu-lagu yang telah mereka hasilkan rata-ratanya bergenre Balada, R&B, dan Pop, dengan dipengaruhi oleh bunyian kumpulan-kumpulan vokal seperti VE, Ruffedge, Nsync, Mirwana dan Backstreetboys. VMen pernah muncul sebagai peserta dalam sebuah rancangan realiti saluran TV9 iaitu Akademi Nasyid pada tahun 2008 dan semenjak itu mereka mula bergerak dan berkarya secara sendiri melalui jemputan persembahan secara langsung dan juga melalui pengisian-pengisian atas talian menggunakan saluran Voice of Men di Youtube.
Keamanan, kecintaan, dan keharmonian merupakan elemen-elemen indah yang sangat diperlukan oleh manusiawi untuk bahagia di alam fana juga alam yang kekal selamanya. Maka, pendengar akan mendapati kebanyakan lagu-lagu yang diilhamkan oleh Vmen tidak dapat dipisahkan dengan elemen-elemen tersebut. Pada tahun 2012, lagu yang dihasilkan Vmen dengan kerjasama ahli kumpulan VE, Damian Mikhail Seet bertajuk “Laungan Cinta” telah mendapat respon positif para pendengar tempatan apabila lagu tersebut telah menjuarai carta radio IKIM untuk beberapa minggu, selain memperoleh bilangan tontonan yang memberangsangkan di Youtube.
Masih mengekalkan elemen cinta, pada 20 Mac 2020 VMen secara rasminya telah mengeluarkan sebuah lagu bertajuk “Sarangheyo” yang dirilis secara atas talian melalui Youtube dan media-media sosial utama seperti Facebook dan Instagram.
Video muzik lagu ini secara ringkasnya berkisar tentang cinta antara suami dan isteri yang akhirnya terpisah oleh dua alam berbeza kerana pemergian sang isteri. Kehilangan selebriti tanah air pada usia muda seperti yang berlaku pada Abam Bocey dan Ashraf Sinclair mutakhir ini sangat dekat dengan bibit-bibit lirik lagu “Sarangheyo” yang ditulis oleh pasangan suami-isteri, Fathul Rahman Misbah dan Kartini Kamaruzzaman.
VMen melalui lagu ini ingin mengajak para pendengar agar sentiasa menghargai insan-insan yang disayangi tidak kira masa dan tanpa bergantung kepada keadaan (unconditional love). Menariknya, penghasilan single baharu VMen pada kali ini telah mendapat sentuhan pemenang vokal terbaik anugerah juara lagu (AJL) 2007 iaitu saudara Lah Ahmad yang juga merupakan ahli kumpulan VE. Ini merupakan kali kedua VMen bekerjasama dengan ahli kumpulan VE selepas “Laungan Cinta”.
Untuk yang masih belum tengok musik video lagu ini boleh la ke Youtube rasmi Vmen dan di bawah ini CR ada sertakan sekali lirik lagu ini.
Lirik lagu Saranghaeyo (사랑해요)
Komposer : Fath Voice of Men & Firdaus Mahmud Lirik : Fath Voice of Men & Kartini Kamaruzzaman
Masih kah kau ingat
Saat yang berlalu
Detik pertemuan kita dulu
Yang tak pernah ku alami
Dan tak mungkin ku ulangi
Kisah cinta kau dan aku tetap bersemadi
Kali pertama kau tersenyum
Memikat hati ini
Ketika kau memandangku luruh jiwa ini
Seandainya ku gapai bahagia
Akan ku semai semua
Untuk kau yang tercinta
Ratuku, nyata segalanya
Takkan mungkin pernah
Kekal selama lamanya
Maafkan salahku
Kerna pernah menyakiti, mengabaikan dirimu
Kali pertama kau tersenyum
Memikat hati ini
Ketika kau memandangku luruh jiwa ini
Saat itu aku lafazkan
Kata-kata yang ku pendamkan
Saranghaeyo
Namun kau pergi jua tinggalkanku
Tinggalkanku
Tinggalkanku
Tinggalkanku...
Sebagaimana setiap kali menghasilkan karya baharu, anggota kumpulan VMen sentiasa mengalu-alukan maklumbalas dari segenap lapisan pendengar.
Yang menariknya juga, pihak Vmen juga telah mengadakan peraduan musik video Saranghaeyo iaitu Saranghaeyo Music Video Contest! Hadiah sangat menarik iaitu wang tunai RM1000.
Syarat-syarat:
1) Terbuka kepada semua (individu mahupun berkumpulan).
2) Muat naik 1 video berdurasi minimum 1 minit menggunakan lagu “Saranghaeyo” ke YouTube.
3) Guna ‘Saranghaeyo MV Contest #saranghaeyoMV#voiceofmen’ sebagai tajuk video.
4) Kreativiti: Anda boleh cover semula lagu Saranghaeyo dalam bentuk video ATAU cipta video kreatif menggunakan lagu Saranghaeyo ATAU berlakon dan gunakan lagu Saranghaeyo sebagai muzik latar.
5) Pastikan berhemah dan tidak mencemari tatasusila dan budi pekerti kita.
6) Pemenang akan dinilai menerusi video terbaik (jumlah like dan komen turut dinilai).
7) Akhir sekali, kongsikan link video Youtube anda ke private message page Facebook Voice of Men.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20/4/2020. Keputusan adalah muktamad.
Jangan lepaskan sebab korang berpeluang untuk menang hadiah wang tunai RM1,000! Sempena tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan ini, boleh la cari idea macam mana nak sertainya yer. Selamat mencuba dan All the best!