Cara padam/delete akaun Instagram bagi pengguna yang sudah meninggal dunia

September 19, 2019


Cara delete akaun Instagram bagi pengguna yang sudah meninggal dunia


Assalamualaikum dan Hai. Sebelum ni Cik Renex pernah berkongsi tentang cara untuk padam akaun instagram kita. Tapi sebenarnya bukan padam terus tapi pihak Instagram disable akaun kita sahaja. Bila kita log in semula dia akan jadi aktif semula.

Untuk baca boleh klik link di bawah.



Untuk kes  ini,kita nak melaporkan pengguna akaun instagram tersebut sudah meninggal dunia pada pihak Instagram.  Kadang-kadang tu kita perlu padam akaun sebab mungkin ada gambar yang tak sesuai untuk ditayangkan dan juga mungkin sesetengah waris tak nak akaun tersebut masih aktif.


Tapi ada sesetengah orang dia akan membiarkan sahaja akaun Instagram tersebut tu aktif sebagai kenangan mereka. Terpulang pada diri masing-masing.

Jika anda sebagai waris nak melaporkan akaun arwah/simati pada instagram caranya mudah sahaja. Tetapi laporan ini hanya boleh dilakukan oleh waris atau orang terdekat sahaja sebab kita perlukan maklumat berkaitan dengan arwah/simati.

Langkah untuk alih keluar/ delete akaun instagram.


1. Klik link ini.



2. Isi maklumat yang diperlukan

Delete acc instagram orang yang dah meninggal dunia


Ahli keluarga terdekat yang disahkan boleh meminta pengalihan keluar akaun orang yang disayangi daripada Instagram. Apabila anda menyerahkan permintaan untuk pengalihan keluar, kami memerlukan bukti bahawa anda ialah ahli keluarga terdekat bagi si mati, seperti:
  • Sijil kelahiran si mati 
  • Sijil kematian si mati 
  • Bukti daripada pihak berkuasa di bawah undang-undang tempatan bahawa anda ialah wakil yang sah bagi si mati atau bagi harta pusakanya
Sumber : https://en-gb.facebook.com/help/instagram/264154560391256?helpref=hc_fnav


3. Tunggu maklum balas dari  pihak instagram 

Cara delete akaun Instagram bagi pengguna yang sudah meninggal dunia
Sumber : https://help.instagram.com/231764660354188



Okay. Itu sahaja. CR tak pernah mohon untuk delete akaun instagram. Cuma kongsikan info bagaimana sahaja. Bagi siapa2 yang pernah buat, boleh la kongsikan pengalaman anda. 






Kempen Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan Oleh Botaneco Garden & Guardian dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

September 18, 2019

Kempen Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan Oleh Botaneco Garden & Guardian dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Memperlihatkan 25 Pokok Hutan Hujan Khatulistiwa Ditanam Di Taman Antarabangsa Bukit Jalil

Botaneco Garden, sebuah jenama penjagaan diri berinspirasikan alam semulajadi yang boleh didapati secara eksklusif di Guardian, berjaya mengumpul RM5,000 melalui kempen CSR tahunan Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan yang merupakan satu langkah menyokong usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengurangkan intensiti penghasilan karbon di bandar raya ini. 

Sebanyak satu peratus daripada jumlah jualan produk Botaneco di rangkaian Guardian pada sepanjang bulan Ogos 2019 telah disalurkan ke arah penanaman 25 pokok hutan hujan khatulistiwa di Taman Antarabangsa Bukit Jalil, sebuah taman dalam bandar yang diurus dan dikendalikan oleh majlis perbandaran berkenaan.

Kempen Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan Oleh Botaneco Garden & Guardian dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


Kempen Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan, yang kini memasuki tahun ketiga penganjuran, menekankan sumbangan Botaneco Garden ke arah usaha pemuliharaan alam sekitar. Ia seiring dengan inisiatif Ke Arah 70 Menjelang 30 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang juga sejajar dengan Rangka Tindakan Kuala Lumpur Rendah Karbon 2030 yang menyasarkan pengurangkan intensiti penghasilan karbon dalam bandar raya Kuala Lumpur untuk berkurang sebanyak 70% menjelang tahun 2030.

Pokok-pokok yang ditanam di kawasan tepi tasik itu termasuk Meranti Temak Nipis (Shorea roxburghii) dan Pokok Kapur (Drybalanops aromatica). Jabatan Landskap DBKL telah menyenarai pendek lima pepohon asli yang bersesuaian bagi tapak di Taman Antarabangsa Bukit Jalil. Pasukan Botaneco Garden kemudiannya menyenaraikan dalam akaun Instagram jenama itu bagi membolehkan orang ramai memilih spesies pokok yang akan ditanam.

Lima batang pokok Merbau (Instia palembanica) telah ditanam sebagai pengiktirafan statusnya sebagai pokok kebangsaan Malaysia, menegaskan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada kawasan tanah negara di bawah teduhan hutan, mematuhi perjanjian yang telah dimeterai di Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Jenairo pada tahun 1992. 

Kempen Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan Oleh Botaneco Garden & Guardian dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Lebih 150 peserta menyertai proses pemilihan terlibat dengan pokok-pokok Meranti Temak Nipis dan Kapur terbukti popular di atas fungsi etnobotani, daun yang lebat serta berkanopi luas. Di samping itu, tiga peserta daripada tinjauan pilihan awam itu menerima set penjagaan diri Botaneco Garden di atas penjelasan terperinci mengenai pilihan masing-masing. 

“Pelanggan Guardian amat menyokong kempen CSR Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan Botaneco Garden kerana mereka amat mencintai keindahan alam semulajadi. Pada tahun ini kami telah memperkenalkan sebuah tinjauan penyumberan awam berkenaan spesies-spesies pokok yang akan ditanam dan sangat teruja dengan maklum balas yang diberikan. Para peserta telah berusaha untuk membuat kajian dan memberi cadangan mengenai pokok-pokok yang telah disenarai pendek agar pilihan terbaik boleh ditanam di Taman Antarabangsa Bukit Jalil. Kami berharap usaha aktif ini akan menjadikan orang ramai memberi perhatian yang lebih terhadap taman berkenaan, seterusnya membuatkan mereka lebih kerap mengunjungi taman itu untuk mendekati alam semula jadi dan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan mereka untuk menikmati gaya hidup yang lebih sihat,” ujar Pengurus Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Cik Michelle Yeap.

Botaneco Garden


Rangkaian penjagaan diri berinspirasikan alam semulajadi Botaneco Garden diperbuat daripada gabungan inovatif dan sofistiated ramuan botani dan minyak-minyak pati yang menerima pensijilan eco bersama formulasi yang bebas daripada bahan-bahan kimia berbahaya, menjadikannya lebih selamat untuk pengguna dan alam semulajadi. 



Jenama tersebut merangkumi rangkaian penjagaan diri dan rambut untuk dewasa serta rangkaian produk untuk bayi dan kanak-kanak. Ia boleh didapati di seluruh negara secara eksklusif di 400 rangkaian Guardian di seluruh negara dan e-store Guardian. 

“Guardian dan Botaneco Garden amat berbesar hati untuk menyokong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan penambahan pokok-pokok hutan hujan khatulistiwa, termasuk pokok kebangsaan negara, Merbau, di taman dalam bandar yang indah dan mudah dikunjungi ini. Kami mahu menggalakkan lebih ramai orang mengunjunginya dan menikmati keindahan alam yang disajikan,” jelas beliau. 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menguruskan dan mengendalikan 17 taman dalam bandar yang luas bagi mengekalkan paru-paru hijau dan poket rekreasi semulajadi di seluruh Kuala Lumpur. 


“DBKL mengemudi usaha Ke Arah 70 Menjelang 30 kerana ia memulihara alam sekitar dan ia merupakan langkah penting dalam mengatasi perubahan iklim, mempertingkatkan kualiti kehidupan dalam bandar dan membawakan lebih banyak elemen semulajadi dalam bandar raya ini. Guardian dan Botaneco Garden membantu usaha kami dengan meningkatkan kesedaran umum dan mewujudkan aktiviti-aktiviti interaktif dalam talian serta di tapak untuk penghuni bandar itu mengetahui lebih lanjut mengenai taman-taman kami. 

“Mengurangkan penghasilan karbon akan mengambil masa tetapi dengan usaha bersama dan mampan oleh lebih banyak organisasi dan individu, kita mampu mengurangkan kadar terlibat. Silalah datang ke Taman Antarabangsa Bukit Jalil dan saksikan bagaimana anak-anak pokok ini tumbuh kepada pokok hutan yang teguh. Turut diharapkan anda mengurangkan penghasilan karbon dalam kehidupan harian. Ia boleh semudah menyemai satu benih untuk menghidupkan sebuah hutan,” kata Pn Norhaslinda Nordin, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL.

Bagi menggalakkan orang ramai untuk mengunjungi Taman Antarabangsa Bukit Jalil dan melihat anak-anak pokok yang ditanam, Botaneco Garden sedang menganjurkan peraduan foto Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan sehingga 30 November 2019. Para peserta hanya perlu mengambil gambar kreatif bersama plak peringatan yang disediakan, memuat naik gambar berkenaan ke laman Instagram dan menggunakan ‘hashtag’ #plantaseedgrowaforest. 


Hanya seorang pemenang akan dipilih setiap bulan. Mereka akan menerima sama ada set penjagaan badan atau rambut Botaneco Garden. Selain itu, para peserta juga diingatkan untuk berhati-hati dengan pokok yang ditanam ketika mengambil gambar. 

“Pokok hutan hujan khatulistiwa tumbuh dengan perlahan tetapi menjelang tahun 2030 apabila inisiatif Kuala Lumpur Ke Arah 70 Menjelang 30 tercapai, pokok-pokok ni telah tumbuh dengan mengagumkan. Saksikan tumbesaran mereka,” ujar Pn Norhaslinda.


Untuk maklumat lanjut dan berita-berita terkini mengenai program Botaneco Garden, sila layari laman https://www.instagram.com/mybotanecogarden/


Tempat makan best di Mentakab Pahang Tuned Up Cafe

September 9, 2019

tempat makan hipster temerloh

Assalamualaikum dan Hai. Masih mood bercuti ke tu? Untung bulan ni sebab tiga kali berturut-turut Isnin cuti. Jadi cuti hujung minggu jadi panjang la dari biasa kan. Kali ni Cik Renex nak berkongsi satu tempat makan atau cafe yang hipster dan sedap di Mentakab Pahang.  Mana lah tahu, dah bosan-bosan makan kat rumah nak cuba makan di cafe ala-ala hipster pulak. 

Tuned Up cafe ni terletak di Mentakab Pahang. Kena ikut jalan bypass lama dan jalan jpj baru la jumpa cafe ni. Sebab bukan terletak jalan utama jadi macam payah juga nak bagi landmark pada kawan-kawan cafe ni. hiks.

tempat makan hipster temerloh
Frappe Oreo


tempat makan hipster temerloh
Chicken Chop

tempat makan hipster temerloh
Chicken Grilled

Apa yang CR order? CR order Chicken Grilled, Chicken Chop , Frappe Oreo dan Epal Asam Boi. Bagi CR, Chicken grilled dia sedap, sos dia pun okay. CR tak makan sangat mashed potato sebab tak kena selera tapi sayur Coeslow cafe ni sedap. 

Portion ayam pun boleh tahan sizenya dan cukup la untuk seorang makan kenyang. :) 


tempat makan hipster

tempat makan hipster temerloh mentakab

 tempat makan hipster temerloh

Bagi CR lah kan, sesuatu cafe tu kalau nak viral dan nak tarik lebih ramai pelanggan adalah dengan hiasan cafe tu cantik. Bila deko cantik, mesti pelanggan ramai datang. Selain makan, boleh selfi puas-puas lak kan.

Decoration Tuned Up cafe bagi CR cantik dan ada tempat yang boleh snap gambar. Suasana dalam cafe tu pun tenang je. Kalau nak sambut birthday atau anniversary pun boleh jugak kat sini. Sebab kawasan dalam tu luas juga. Staf-staf pun boleh tolong untuk suprisekan orang yang tersayang tu. hehe

Jadi, kalau ada pembaca yang tetiba sampai ke Mentakab, boleh la singgah cafe ni dan mencuba menu di sini. 


Tempat makan best di Mentakab Pahang Tuned Up Cafe

TUNED UP CAFE



12. Jalan Bukit Keramat 8, Taman Bukit Keramat
28400 Mentakab

011-1460 9500



Pengalaman Pertama naik kereta perisai/kebal ACV 300 Adnan di Karnival Kem Batu 5 | Selamat hari kemerdekaan Malaysia!

August 31, 2019

Selamat hari kemerdekaan Malaysia!
Assalamualaikum dan Hai. "Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh,Merdeka! Merdeka!Tetaplah merdeka, Ia pasti menjadi sejarah". Itu adalah sedikit bait-bait lirik lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman. Bila kedengaran lagu di siaran TV dan radio itu tandanya kita bakal menyambut hari kemerdekaan.

Pada tahun ini kita menyambut kemerdekaan tahun ke 62. Semoga negara Malaysia terus aman makmur dan maju selamanya.

Ada yang pergi tengok perbarisan merdeka ke?Tahun ni CR tak pergi sebab ada hal pagi ni dan tak boleh nak pergi. Kalau pergi mesti lagi terasa kehangatan semangat kemerdekaan itu. Dan selalunya akan ada perbarisan unit2 badan beruniform dan juga pejabat-pejabat kerajaan. Tahun dahulu CR pernah tengok di Temerloh, siap ada persembahan silat dan juga kereta perisai/kebal askar lagi. Memang teruja gila bila tengok dan teringin nak naik.


karnival kem batu 5


Dan nak dijadikan cerita,  impian CR nak merasa naik kereta perisai tentera berjaya apabila CR pergi ke Karnival Kem Batu 5 Mentakab bulan lepas. CR merasa naik kereta perisai ACV 300 Adnan. Nak tengok video CR naik kereta perisai?Boleh tengok di channel youtube CR.




Maaf video yang berterabur sebab abam askar tu bawa macam drift kereta dan lagi satu risau handphone terjatuh. Lama juga pusing2 dalam kem tu memang seronok la. Tak tergambar perasaan tu. Bila dah turun dan dengar bunyi kereta perisai tu rasa macam nak naik semula. :)


Ramai sungguh yang tertarik dengan kereta perisai ni dan semua orang memang taknak lepaskan peluang merasa naik kereta perisai ni. Tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak. Bukan senang kan nak merasa naik melainkan ada karnival sebegini.
Semasa tunggu turn nak naik




Ustaz Syamsul Debat

Selain daripada aktiviti Joyride Kereta Perisai tu, malam sebelum tu ada ceramah perdana dari penceramah tersohor iaitu Ustaz Syamsul Debat. CR memang peminat dia dan bila tahu dia ada memang gigih ajak ma pergi walaupun tahu nanti mesti balik lambat sebab jauh jugak kem batu lima ni dengan rumah CR. 

Tapi demi Ustaz Syamsul Debat, kami pergi juga. Dan memang tak rugi bila pergi dengar ceramah dari Ustaz sebab banyak input yang kita dapat. Part kelakar tu memang tak boleh tinggal la.  Gelak saje dengar Ustaz bercerita. :)


Karnival Kem Batu 5

Ada juga pameran-pameran dari Agensi lain seperti Bomba, Pertahanan Awam , Hidupan Liar dan juga pelbagai lagi.  Sempat la merasa pegang kepada Harimau ni. :) Menurut encik yang memberi penerangan itu, ini adalah barang rampasan yang berjaya mereka rampas dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang nak menjual kulit harimau ni. Dari kepala hingga ke kulit adalah asli dan diawetkan. Kecuali mata dan lidah harimau tu.

Karnival Kem Batu 5

Karnival Kem Batu 5

Karnival Kem Batu 5

Okay itu sahaja perkongsian CR mengenai karnival Kem Batu 5. Satu entri ada tiga kisah hehe. Harap2 tahun depan ada lagi Karnival Kem Batu 5 ni dan boleh lagi merasa naik kereta perisai. :)

Percutian Ke Bali Dengan Menggunakan Cathay Pacific

August 30, 2019



traveloka



Bukan senang nak pergi melancong dalam keadaan ekonomi sekarang ni yang tak menentu and of course kalau kita nak pergi bercuti kita kena kurangkan kos sebaik mungkin. Tak kisahlah kalau korang nak naik kereta atau nak naik flight, tapi yang pastinya korang kena pandai bajet. And pada zaman teknologi kini segala-gala benda senang dari nak buat online transaction kepada online booking. CR nak cerita sikit pasal salah satu airline yang ada kat dunia ni. And CR akan cerita sikit macam mana nak cari Cathay Pacific online promo kat korang semua dan juga sikit info pasal cathay pacific supaya kenal sikit siapa diorang ni. Jom mulakan! 



Bali

Tapi sebelum tu kemana destinasi kita? Hmm CR berangan-angan nak ke Bali. Tapi tak tahu la bila nak perginya. Hikss. Berangan tak perlu bayar kan. Bila sebut Bali memang kita akan terbayang keindahan pulau dan pantai yang cantik di sana kan. Untuk dapatkan harga tiket murah, pertama sekali korang kena pergi ke web atau apps Traveloka. Lepas tu korang boleh search for cheapest flight to Bali. Then, pilih tarikh yang kita nak plan, dan CR cadangkan korang pilihlah tarikh bukan cuti sekolah atau bukan musim perayaan sebab masa tu memang akan dapat harga yang menarik tertarik da boom. Pastu korang click search flight. Kalau tak dapat maksudnya takdelah kat tarikh tu so kena search tarikh lain lak. 

Cathay Pacific


Nanti akan keluar jugak result dari airline lain so masa ni kita boleh bandingkan harga senang je kat satu tempat. Tak payah pergi satu persatu dah jimat masa kita kan. Pada masa sekarang ni Cathay Pacific ni boleh pergi ke lebih kurang 90 destination, lebih kurang 35 negara so cuba anda bayangkan macam-macam tempat yang uolls boleh pergi. Cathay Pacific ni airlines dari Hong Kong, dan pernah menang award tau pada tahun 2016 sebagai pembersih dan first class terbaik dunia. 

Kalau korang nak tau lebih lanjut , boleh baca info dekat traveloka tu. Ada banyak policy yang korang leh baca berkenaan rules rules yang kita kena patuhi. Baggage maximum berapa, kalau lebih berapa kena tambah, pet takleh bawak, barang apa yang boleh bawak dalam luggage dan sebagainya. Time nak check in pukul berapa sebelum flight, kalau cancel atau reschedule macam mana nak buat semua info ada. 

Sekali sekala korang try la naik ngan Cathay Pacific ni untuk experience camne terbang dengan award winner pada tahun 2016 ni. Oh ya dekat Traveloka ni kita boleh juga book terus dan buat payment, sebab apps ni antara yang paling selamat untuk buat online transaction. Kalau ada apa-apa masalah korang boleh roger helpline diorang yang operate 24 jam. Nombor telefon local pun ada so takyah nak tunggu office hour negara luar. Kalau selalu fly dengan Cathay Pacific ni korang boleh involve dengan Marco Polo Club program. Korang boleh dapat banyak benefit kat sini, and dia ada banyak level. So kalau rasa diri tu banyak travel gunakanlah benefit ni sebaik mungkin. 


Actually ada 4 seat options dengan Cathay Pacific ni, ikutlah bajet korang, sama ada nak economy, premium economy, business atau first class. Untuk premium economy lak seat dia besar sikit and lebih selesa untuk tidur. Korang boleh request blindfold untuk tidur kalau nak. Makanan lak lebih banyak pilihan dan sedap-sedap gak tu. Business class lagi best, sebab seat dia besar and ada privacy sikit. Makanan lak datang dari chef from the top restaurant . 

Economy class ni sama jugak macam airline lain, ada tempat untuk letak barang kat depan seat dan selesa, and ada jugak in flight entertainment untuk perjalanan yang jauh. Makanan pulak ada 4 pilihan so korang boleh pilih ikut yang mana nak. Untuk first class pulak seat kita boleh tukar jadi bed so untuk flight yang jauh confirm kita nak rehat secukupnya kan. Makanan kita boleh pilih banyak pilihan dan korang siap boleh pilih time bila nak makan. Cuma kat sini CR nak pesan janganlah order time take off atau time landing, terpelanting lak makanan kita nanti. Hahaha. 

So nanti kat Bali kita boleh la enjoy puas-puas jika dapat sampai dengan selamat InsyaaAllah. Yang penting kita sampai dengan selamatnya dan baru boleh enjoy the beautiful pulau. 

Lirik Lagu Kasihku Selamanya | Lagu OST Dendam Pontianak

August 29, 2019

Lirik Kasihku Selamanya OST Dendam Pontianak


Kasihku Selamanya

Komposer : Aubrey Suwito
Lirik : Ad Samad

Sayangi ku…Sayang ku
Seperti sayangnya ku padamu
Ku tagih kasihmu
Ku raih dari mu
Semangat cinta paling agung

Telah ku katakan kepadamu
Engkau dan aku selamanya
Biarpun berakhir masa terhenti nyawa
Ku masih kan mencinta

Telah kau berjanji kepada ku
Setia mu selamanya
Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta

Sayangi ku Sayang ku
Sayangi hanya aku
Sayangku

Ku dendam rindumu
Ku idam darimu
Kasmara cinta paling pijar


Telah ku katakan kepadamu
Engkau dan aku selamanya
Biapun berakhir masa terhenti nyawa
Ku masih kan mencinta

Telah kau berjanji kepada ku
Setia mu selamanya
Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta

Ku di dalam kerasukkan
Kau begitu mengasyikkan
Maaf kiranya ku tersimpang

Telah ku katakan kepadamu
Engkau dan aku selamanya
Biapun berakhir masa terhenti nyawa
Ku masih kan mencinta

Telah kau berjanji kepada ku
Setia mu selamanya
Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta

Akulah satu-satunya
Yang akan kau cinta


Lagu ini sebenarnya adalah OST untuk filem baru yang bertajuk Dendam Pontianak yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 12 September 2019 ni. Tapi di Singapura telah mula ditayangkan. CR tak sabar nak tengok filem ni sebab bila tengok trailer pun da terasa meremangnya. Pastu dengar pula lagu dari Tokti meremang yang penuh dengan emosi dalam setiap bait-bait liriknya. Bercampur emosi antara rayuan dan amaran di setiap rangkap lagu tu. Dan penghujungnya diselitkan dengan emosi marah dan dendam pada orang yang dia sayang tu. Tak sabar nak tunggu 12 September ni. Kalau ada di Starmall Mentakab boleh la CR layan. Yang penting hero pujaan hati ku pelakon utamanya. Hi Remy Ishak. hiks.


Revenge of the Pontianak


"Seruanku adalah mimpi ngerimu dan tangisanku akan menjadi igauan jiwamu."




How can we be happy??

August 28, 2019

quote about life



A wonderful short story :: How Can We Be Happy?



"Once a group of 50 people was attending a seminar. Suddenly the speaker stopped and decided to do a group activity. He started giving each one a balloon. Each one was asked to write his/her name on it using a marker pen.

Then all the balloons were collected and put in another room. Now these delegates were let in that room and asked to find the balloon which had their name written, within 5 minutes. 

Everyone was frantically searching for their name, colliding with each other, pushing around others and there was utter chaos. At the end of 5 minutes no one could find their own balloon. 

Now each one was asked to randomly collect a balloon and give it to the person whose name was written on it. Within minutes everyone had their own balloon. 


The speaker began—exactly this is happening in our lives. 

Everyone is frantically looking for happiness all around, not knowing where it is. Our happiness lies in the happiness of other people. Give them their happiness; you will get your own happiness. And this is the purpose of human life. Is this not what you are looking for?"



Dapat tak maksud tersirat dari kisah kat atas ni?Apa yang CR faham kadang-kadang dengan membantu orang mencari kebahagiaan ia akan menjadikan kita rasa puas hati dengan diri sendiri. Dan kadang2 bila melihat orang lain bahagia kita akan bahagia juga walaupun hakikatnye kita terluka. 

Deep.kbye


© Blog Cik Renex •