Cara keluarkan duit Google Adsense guna Western Union | Assalamualaikum dan Hai. Rata-rata blogger memang dah terbiasa dengan perkataan Google Adsense. Dan Cik Renex yakin dah ramai yang pernah merasa duit gaji dari Google Adsense ni. CR baru merasa sekali jer Cash Out itu pun selepas setahun lebih Google Adsense meluluskan permohonan CR. Nak tunggu lulus tu lama juga, itu pun beberapa kali kena 'reject' sebab tak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Tapi Alhamdulillah berkat dari perkongsian rakan-rakan blogger di blog mereka, Blog Cik Renex mendapat kelulusan dan iklan-iklan pun dapat menari-nari di blog Cik Renex. Mana-mana blogger yang tiada lagi iklan google Adsense ini, boleh cuba memohon pula.
Untuk mengeluarkan duit dari akaun kita tu, kita kena tunggu duit dalam akaun mencecah 100USD dan ke atas. Blog CR kurang update dan tak fofular jadi lama la nak menunggu dia mencecah 100USD. Blogger lain, ada tiap-tiap bulan cash out weh. Fuhhh. Tahniah pada mereka.
Sebenarnya ada TIGA cara untuk keluarkan duit dari akaun Google Adsense iaitu :
1. Menggunakan Western Union
2. Melalui cek
3. Transaksi terus ke akaun bank kita .
Dari tiga-tiga ini, CR telah membuat 'research' sendiri di google mana yang terbaik antara tiga ini dan Western Union menjadi Juara cara untuk mengeluarkan duit dari akaun Google adsense. Ini kerana lebih mudah dan cepat. Western union adalah salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan dan penerimaan wang dari serata dunia. Sebelum ini, CR memang tak pernah guna pun Western Union ini . Yelah kan, sebab nak hantar ke siapa , mana ada kenal orang yang duduk luar negara sangat pun. Hiks.
Tak semua bank adalah ejen Western Union , kena tengok premis tu ada tak logo western Union. Kalau ada tu boleh la kita melakukan transaksi pengeluaran. Yang CR sedia maklum ada adalah Pejabat Pos dan Public Bank. Yang lain tak berapa sure sangat.
Cara keluarkan duit Google Adsense guna Western Union
1. Log in ke akaun Google AdSense anda. Klik pada tiga titi bertindih yang CR tunjuk pada gambar di bawah ni.
2.Klik View Payments.
3. Kalau setting bayaran anda bukan dalam setting western Union, pastikan anda tukar dahulu. Klik pada 'Manage Payment Methods' dan tukar kepada Western Union. Setelah selesai klik 'View Transactions' .
4. Akan keluar macam gambar di bawah. Klik Link tersebut untuk mendapatkan Resit Bayaran. Google AdSense juga akan hantar pada email, boleh download di situ dan Print.
5. Print Resit Bayaran/Payment Receipt dan bawa sekali semasa ingin mengambil duit tersebut. Di resit tersebut akan ada No MTCN ,no itu sangat penting ya kawan-kawan. Takde nombor tu, tak bolehlah Western Union nak kesan duit kita.
6. Kemudian CR pergi ke Pejabat Pos Temerloh , awalnya nak ke Public Bank tapi parking penuh. hiks. Ambil borang kuning ni untuk Penerimaan Wang di Kaunter dan isi semua details yang di minta. Kemudian tunggu je nama di panggil. Siap!
Mudah bukan, cuma yang lecehnya kena mengisi borang dan menunggu giliran kan. Kalau cara yang lain tu cuma tunggu sahaja duit masuk ke dalam akaun kita. Proses pengeluaran duit CR pun mudah jer. Adik yang jaga kaunter tu cuma tanya, duit dari mana ni dan dapat macam mana. Lepas tu, dia minta IC sebagai bukti dan dia pun bagi la kita duit. Besar jumlahnya bila USD dah di tukar kepada RM. 😛
okay itu sahaja perkongsian dari CR. Harap2 bulan ni sempat la CR cashkan duit, boleh pergi ho ho holiday. Anda pula bagaimana? Cara yang mana anda pilih untuk keluarkan duit dari akaun Google AdSense tu?
Bantal Bergambar @ Printed Pillow , Idea untuk anda hadiahkan pada yang tersayang | Assalamualaikum dan Hai. Tengah gembira ke tu sebab hujung minggu dah kembali. hee. Kemana plan anda hujung minggu ini?
Cik Renex nak berkongsi satu produk dari bisnes kraftangan CR. Untuk yang masih tidak tahu lagi, CR ada satu bisnes part-time iaitu @bycikrenex. Nanti boleh la terjah ke instagram atau facebook @bycikrenex ye. Disitu ada CR update beberapa produk yang CR buat antaranya bantal hiasan untuk hari jadi, perkahwinan, pertunangan , keychain badge, button badge dan sebagainya.
Untuk kali ni CR nak berkongsi produk bantal bercetak gambar sendiri atau dalam bahasa omputehnya Printed Pillow. CR ada sediakan TIGA size sahaja dan sizenya bukan size yang besar seperti bantal untuk tidur tu taw. Sesuai untuk perhiasan sahaja dan dijadikan hadiah pada orang tersayang.
Size dan Harga bantal bergambar/printed Bycikrenex
Berikut adalah beberapa contoh bantal yang CR pernah buat:
1. Hadiah Hari Jadi
Boleh dijadikan hadiah pada yang tersayang sempena hari jadi mereka. Yang seronoknya boleh letak gambar atas bantal tu dan juga ucapan untuk mereka. Menarik bukan. CR akan designkan mengikut idea anda, jika tiada idea. CR boleh tolong designkan dan pilih mana yang berkenan di hati anda.
2. Hadiah kepada pasangan pengantin
Selain itu, kalau dah bosan asyik bagi hadiah pinggan mangkuk, frame gambar atau alat elektrik pada pasangan pengantin, boleh juga hadiahkan pada mereka bantal printed ini. Nanti CR akan designkan mengikut idea dari korang. Berikut adalah beberapa contoh bantal yang pernah customer CR has order.
3. Hari Graduasi @ Program
Untuk hari graduasi pun boleh. Cuma bagitahu nak letak gambar apa, tema apa, ayat apa. Nanti CR akan cuba design dan realisasikan idea anda.
4. Hari Guru
Bantal printed CR memang menjadi kegemaran apabila tiba Hari Guru. Ramai yang order untuk dihadiahkan pada guru tersayang dan juga guru kepada anak masing-masing.
5. Cenderamata selamat bersara
Kalau ada rakan sekerja nak bersara?Tapi buntu tak tahu nak hadiahkan apa? Cepat-cepat lah roger CR dan tempah bantal dengan CR. hehe
6. Pasukan kelab bola kegemaran
CR jahit bantal ni special untuk penyanyi kegemaran sis iaitu Elyana. Beliau kan peminat fanatik Liverpool, sebab tu CR hadiahkan bantal ni pada dia. 💞
7. Bantal Happy Anniversary
Bila tiba hari ulang tahun perkahwinan, nak nampakkan kelainan sedikit boleh la tempah bantal ni dan buat kejutan hadiahkan pada yang tersayang.
8. Bantal badan uniform
Bantal abam polis ni CR buat khas untuk sepupu CR yang baru tamat latihan polis. Ada lagi pilihan lain, boleh je roger2 CR.
9. Random
Customer CR tempah bantal ini untuk dihadiahkan pada kesayangan dia. Kreatif juga customer ni sebab letak lirik lagu atas bantal.
10. Bantal Alphabet | Huruf ABC
Yang ni pula, bantal untuk belajar. Sesuai nak bagi pada anak2 yang baru nak belajar ABC.
Ada tak yang berkenan di hati? Kalau ingin menempah boleh terus whatsapp CR yer, nak tanya2 dulu pun boleh.. Klik link di bawah . Terima kasih!
Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak | Assalamualaikum dan Hai. Haus tak bila tengok gambar kat atas ni? Ini adalah satu menu di Loteng Tc. Loteng Tc adalah diantara tempat kegemaran pengunjung yang kebetulan datang ke Teluk Cempedak. Loteng Tc terletak diatas 7eleven.
Loteng Tc ada 2 aras. Level pertama adalah tempat kita membuat tempahan apa yang kita mahu makan dan minum. Disini juga disediakan meja dan kerusi untuk lepak bersama keluarga , kawan-kawan dan orang tersayang. Level 2 pula konsep terbuka jadi mungkin akan panas sedikit. Bagi CR, CR lagi suka duduk di level 2 sebab lagi terbuka dan view pantai yang cantik. Sebelum ni CR rasa dia ada sediakan tempat santai2 yang ada bantal beans tu, tapi bila kali terakhir CR pergi dah tak disediakan. Tapi okay je asalkan ada meja kerusi. hehe.
Ini adalah antara menu yang ada di Loteng tc. Banyak sangat untuk dipilih sampaikan rambang mata tak tahu nak order yang mana satu. hiks. Makanan di Loteng Tc lebih kepada western food tapi kalau nak santai-santai lepak sambil minum air boleh la order keropok lekor cheese.
Mocha Shake & Kedondong Shake
Signature drink Loteng Tc. Rasanya kalau siapa2 yang pergi sini mesti order air ni dan akan ambil gambar bekas minuman ni dan upload di Instagram. hehe. Comel cawan air ni, mula-mula ingat tak boleh bawa balik, rupanya boleh je. Boleh la buat koleksi pulak.
Makanan apa yang kami order? Boleh tengok gambar di bawah yer. Biar gambar berbicara. gituuuuww..
Cheezy Lava Fries
Crispy Nachos
Tempura Mushroom
Tambahan keropok lekor , cheezy wedges
Antara kesemua menu yang kami order tu , yang paling menjadi kegemaran CR adalah Crispy Nachos. Sampai sekarang macam terbayang-bayang lagi rasa dia. Kepingan nachos bersama sos bolognese dan dua jenis keju. Portion makanan Loteng Tc boleh tahan banyak jugak. Best kalau santai makan bersama rodong sambil borak-borak dan membawang. hehe
Dannn yang paling CR suka di Loteng Tc ni adalah, view yang cantik. Sini memang tempat yang menarik untuk anda selfie dan ootd ke. View air pantai dari atas sangat cantik dan menenangkan hati bila tengok. Sambil minum air, sambil termenung. Memang 'feel' dia lain macam. ;)
Gambar atas pakai baju biru , masa awal tahun kami pergi selepas Amsas Fun Run. Gambar bawah pakai baju hitam semuanya selepas kami join Milo Breakfast Day Run. Lepas lari tambah balik lemak2. hahaha..
Jadi,mana-mana yang berkesempatan ke Kuantan dan berkunjung ke Teluk Cempedak tu, boleh la singgah merasai makanan di Loteng TC ini. Pasti tidak mengecewakan anda. Selamat mencuba.
Assalamualaikum dan Hai. Kali ni kita akan bercerita salah satu tempat menarik di Temerloh iaitu Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh. Jambatan gantung ini terletak berdekatan dengan Esplanade Temerloh . Sebenarnya jambatan ini dah lama dah beroperasi dan CR pun tak pasti ada ke tak mereka servis baik pulih selepas jambatan ini tenggelam semasa banjir besar di Temerloh pada tahun 2015.
Sebenarnya risau juga nak naik jambatan ini, tapi disebabkan kawan CR tak pernah lagi naik jambatan ini, CR pun temankan. Padahal diri sendiri pun gayat. Nampak tak amaran yang di papan tanda tu?
"Adalah dimaklumkan bahawasanya titian gantung ini hanya dihadkan kepada dua orang sahaja pada satu masa. Majlis Perbandaran Temerloh tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pengguna titian gantung ini. Harap Maklum."
Jadi, siapa yang naik tu memang tanggungjawab sendiri lah kalau tiba-tiba jambatan gantung ada problem kan. Jambatan gantung ini sebenarnya menghubungkan Esplanade Temerloh ke Restoran Ikan Patin yang ada di seberang sana. Tapi CR tak pasti masih beroperasi atau tidak restoran tu. Rasa macam dah tutup da sebab laluan ke sana pun dah tutup.
Ketinggian jambatan ini adalah 40.22 meter dan panjangnya adalah 86 meter. Uishh tinggi jugak tu. Bawah tu sungai semantan yang bertembung dengan sungai pahang. Di bawah itu juga ada sangkar ikan .
Gayat jugak la sebab nampak macam 'melendutt' ke bawah. Dengan ade yang menyakat pergi goyangkan jambatan tu pulak. 😂😅 Walaupun dalam papan tanda tu kata 2 orang sahaja dalam satu masa, tapi semacam ramai yang lalu. Nampak tak degilnya. :)
Muka happy sebab dah sampai ke penghujungnya walaupun dalam hati berdebar2. Nampak tak belakang CR tu macam ada pagar. Itu sebenarnya laluan untuk turun ke restoran bawah tu tapi macam dah tak operasi da.
Masa gambar ini diambil, Bacaan IPU jerebu di Temerloh agak tinggi juga. Sebab itu lah tak nampak sangat perkataan Temerloh tu kan. Tapi semacam je nak bergambar.
Mana-mana yang berkesempatan ke Temerloh tu, boleh la datang ke sini untuk bergambar. Kalau berani, boleh la menyeberangi jambatan gantung tu. Kalau tak berani, selfie je la atas tu. hehe..
Sebelum entri ini berakhir, jom layan video yang CR buat.
Assalamualaikum dan Hai. Entri kali ini CR ingin berkongsi sebuah lagu baru nyanyian Sufian Suhaimi dan Amira Othman iaitu yang yang bertajuk Takkan Merubah. Ciptaan Amylea dan Farouk Roman. CR memang suka kalau lagu tu hasil dari Amylea. Pastinya akan menjadi lagu yang menarik dan lirik yang berbait-bait.
Macam tak sangka juga gandingan mereka berdua ni, tapi memang tak salah pilihan. Hasilnya sedap lagu tu untuk di dengar.
SUMBER GAMBAR : INSTAGRAM @sharifah_amani
Lagu ini menjadi runut bunyi atau OST untuk filem yang ditayangkan pada hari ini iaitu filem Motif lakonan pelakon terkenal iaitu Rosyam Nor dan Sharifah Amani. Masa CR tengok program Meletop semalam ada mereka berdua mempromosi filem ni dan menurut mereka filem ini adalah filem misteri dan merungkai suatu jenayah. Sharifah Amani adalah seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk mencari seorang gadis yang hilang iaitu anak kepada Rosyam Nor. Kemelut bermula bila mereka menemui Anna yang sudah mati dan ingin mencari siapa pembunuh Anna yang sebenar. Untuk lebih lanjut boleh la ke pawagam yang berdekatan anda.
Jadi sebelum tu, jom kita layan lagu OST untuk filem Motif ini dahulu..