Assalamualaikum dan Hai. Kali ni kita akan bercerita salah satu tempat menarik di Temerloh iaitu Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh. Jambatan gantung ini terletak berdekatan dengan Esplanade Temerloh . Sebenarnya jambatan ini dah lama dah beroperasi dan CR pun tak pasti ada ke tak mereka servis baik pulih selepas jambatan ini tenggelam semasa banjir besar di Temerloh pada tahun 2015.
Sebenarnya risau juga nak naik jambatan ini, tapi disebabkan kawan CR tak pernah lagi naik jambatan ini, CR pun temankan. Padahal diri sendiri pun gayat. Nampak tak amaran yang di papan tanda tu?
"Adalah dimaklumkan bahawasanya titian gantung ini hanya dihadkan kepada dua orang sahaja pada satu masa. Majlis Perbandaran Temerloh tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pengguna titian gantung ini. Harap Maklum."
Jadi, siapa yang naik tu memang tanggungjawab sendiri lah kalau tiba-tiba jambatan gantung ada problem kan. Jambatan gantung ini sebenarnya menghubungkan Esplanade Temerloh ke Restoran Ikan Patin yang ada di seberang sana. Tapi CR tak pasti masih beroperasi atau tidak restoran tu. Rasa macam dah tutup da sebab laluan ke sana pun dah tutup.
Ketinggian jambatan ini adalah 40.22 meter dan panjangnya adalah 86 meter. Uishh tinggi jugak tu. Bawah tu sungai semantan yang bertembung dengan sungai pahang. Di bawah itu juga ada sangkar ikan .
Gayat jugak la sebab nampak macam 'melendutt' ke bawah. Dengan ade yang menyakat pergi goyangkan jambatan tu pulak. 😂😅 Walaupun dalam papan tanda tu kata 2 orang sahaja dalam satu masa, tapi semacam ramai yang lalu. Nampak tak degilnya. :)
Muka happy sebab dah sampai ke penghujungnya walaupun dalam hati berdebar2. Nampak tak belakang CR tu macam ada pagar. Itu sebenarnya laluan untuk turun ke restoran bawah tu tapi macam dah tak operasi da.
Masa gambar ini diambil, Bacaan IPU jerebu di Temerloh agak tinggi juga. Sebab itu lah tak nampak sangat perkataan Temerloh tu kan. Tapi semacam je nak bergambar.
Mana-mana yang berkesempatan ke Temerloh tu, boleh la datang ke sini untuk bergambar. Kalau berani, boleh la menyeberangi jambatan gantung tu. Kalau tak berani, selfie je la atas tu. hehe..
Sebelum entri ini berakhir, jom layan video yang CR buat.
Assalamualaikum dan Hai. Entri kali ini CR ingin berkongsi sebuah lagu baru nyanyian Sufian Suhaimi dan Amira Othman iaitu yang yang bertajuk Takkan Merubah. Ciptaan Amylea dan Farouk Roman. CR memang suka kalau lagu tu hasil dari Amylea. Pastinya akan menjadi lagu yang menarik dan lirik yang berbait-bait.
Macam tak sangka juga gandingan mereka berdua ni, tapi memang tak salah pilihan. Hasilnya sedap lagu tu untuk di dengar.
SUMBER GAMBAR : INSTAGRAM @sharifah_amani
Lagu ini menjadi runut bunyi atau OST untuk filem yang ditayangkan pada hari ini iaitu filem Motif lakonan pelakon terkenal iaitu Rosyam Nor dan Sharifah Amani. Masa CR tengok program Meletop semalam ada mereka berdua mempromosi filem ni dan menurut mereka filem ini adalah filem misteri dan merungkai suatu jenayah. Sharifah Amani adalah seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk mencari seorang gadis yang hilang iaitu anak kepada Rosyam Nor. Kemelut bermula bila mereka menemui Anna yang sudah mati dan ingin mencari siapa pembunuh Anna yang sebenar. Untuk lebih lanjut boleh la ke pawagam yang berdekatan anda.
Jadi sebelum tu, jom kita layan lagu OST untuk filem Motif ini dahulu..
Assalamualaikum dan Hai. Sebelum ni Cik Renex pernah berkongsi tentang cara untuk padam akaun instagram kita. Tapi sebenarnya bukan padam terus tapi pihak Instagram disable akaun kita sahaja. Bila kita log in semula dia akan jadi aktif semula.
Untuk kes ini,kita nak melaporkan pengguna akaun instagram tersebut sudah meninggal dunia pada pihak Instagram. Kadang-kadang tu kita perlu padam akaun sebab mungkin ada gambar yang tak sesuai untuk ditayangkan dan juga mungkin sesetengah waris tak nak akaun tersebut masih aktif.
Tapi ada sesetengah orang dia akan membiarkan sahaja akaun Instagram tersebut tu aktif sebagai kenangan mereka. Terpulang pada diri masing-masing.
Jika anda sebagai waris nak melaporkan akaun arwah/simati pada instagram caranya mudah sahaja. Tetapi laporan ini hanya boleh dilakukan oleh waris atau orang terdekat sahaja sebab kita perlukan maklumat berkaitan dengan arwah/simati.
Langkah untuk alih keluar/ delete akaun instagram.
Ahli keluarga terdekat yang disahkan boleh meminta pengalihan keluar akaun orang yang disayangi daripada Instagram. Apabila anda menyerahkan permintaan untuk pengalihan keluar, kami memerlukan bukti bahawa anda ialah ahli keluarga terdekat bagi si mati, seperti:
Sijil kelahiran si mati
Sijil kematian si mati
Bukti daripada pihak berkuasa di bawah undang-undang tempatan bahawa anda ialah wakil yang sah bagi si mati atau bagi harta pusakanya
Sumber : https://en-gb.facebook.com/help/instagram/264154560391256?helpref=hc_fnav
3. Tunggu maklum balas dari pihak instagram
Sumber : https://help.instagram.com/231764660354188
Okay. Itu sahaja. CR tak pernah mohon untuk delete akaun instagram. Cuma kongsikan info bagaimana sahaja. Bagi siapa2 yang pernah buat, boleh la kongsikan pengalaman anda.
Botaneco Garden, sebuah jenama penjagaan diri berinspirasikan alam semulajadi yang boleh didapati secara eksklusif di Guardian, berjaya mengumpul RM5,000 melalui kempen CSR tahunan Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan yang merupakan satu langkah menyokong usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengurangkan intensiti penghasilan karbon di bandar raya ini.
Sebanyak satu peratus daripada jumlah jualan produk Botaneco di rangkaian Guardian pada sepanjang bulan Ogos 2019 telah disalurkan ke arah penanaman 25 pokok hutan hujan khatulistiwa di Taman Antarabangsa Bukit Jalil, sebuah taman dalam bandar yang diurus dan dikendalikan oleh majlis perbandaran berkenaan.
Kempen Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan, yang kini memasuki tahun ketiga penganjuran, menekankan sumbangan Botaneco Garden ke arah usaha pemuliharaan alam sekitar. Ia seiring dengan inisiatif Ke Arah 70 Menjelang 30 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang juga sejajar dengan Rangka Tindakan Kuala Lumpur Rendah Karbon 2030 yang menyasarkan pengurangkan intensiti penghasilan karbon dalam bandar raya Kuala Lumpur untuk berkurang sebanyak 70% menjelang tahun 2030.
Pokok-pokok yang ditanam di kawasan tepi tasik itu termasuk Meranti Temak Nipis (Shorea roxburghii) dan Pokok Kapur (Drybalanops aromatica). Jabatan Landskap DBKL telah menyenarai pendek lima pepohon asli yang bersesuaian bagi tapak di Taman Antarabangsa Bukit Jalil. Pasukan Botaneco Garden kemudiannya menyenaraikan dalam akaun Instagram jenama itu bagi membolehkan orang ramai memilih spesies pokok yang akan ditanam.
Lima batang pokok Merbau (Instia palembanica) telah ditanam sebagai pengiktirafan statusnya sebagai pokok kebangsaan Malaysia, menegaskan komitmen negara untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada kawasan tanah negara di bawah teduhan hutan, mematuhi perjanjian yang telah dimeterai di Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Jenairo pada tahun 1992.
Lebih 150 peserta menyertai proses pemilihan terlibat dengan pokok-pokok Meranti Temak Nipis dan Kapur terbukti popular di atas fungsi etnobotani, daun yang lebat serta berkanopi luas. Di samping itu, tiga peserta daripada tinjauan pilihan awam itu menerima set penjagaan diri Botaneco Garden di atas penjelasan terperinci mengenai pilihan masing-masing.
“Pelanggan Guardian amat menyokong kempen CSR Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan Botaneco Garden kerana mereka amat mencintai keindahan alam semulajadi. Pada tahun ini kami telah memperkenalkan sebuah tinjauan penyumberan awam berkenaan spesies-spesies pokok yang akan ditanam dan sangat teruja dengan maklum balas yang diberikan. Para peserta telah berusaha untuk membuat kajian dan memberi cadangan mengenai pokok-pokok yang telah disenarai pendek agar pilihan terbaik boleh ditanam di Taman Antarabangsa Bukit Jalil. Kami berharap usaha aktif ini akan menjadikan orang ramai memberi perhatian yang lebih terhadap taman berkenaan, seterusnya membuatkan mereka lebih kerap mengunjungi taman itu untuk mendekati alam semula jadi dan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan mereka untuk menikmati gaya hidup yang lebih sihat,” ujar Pengurus Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Cik Michelle Yeap.
Rangkaian penjagaan diri berinspirasikan alam semulajadi Botaneco Garden diperbuat daripada gabungan inovatif dan sofistiated ramuan botani dan minyak-minyak pati yang menerima pensijilan eco bersama formulasi yang bebas daripada bahan-bahan kimia berbahaya, menjadikannya lebih selamat untuk pengguna dan alam semulajadi.
Jenama tersebut merangkumi rangkaian penjagaan diri dan rambut untuk dewasa serta rangkaian produk untuk bayi dan kanak-kanak. Ia boleh didapati di seluruh negara secara eksklusif di 400 rangkaian Guardian di seluruh negara dan e-store Guardian.
“Guardian dan Botaneco Garden amat berbesar hati untuk menyokong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan penambahan pokok-pokok hutan hujan khatulistiwa, termasuk pokok kebangsaan negara, Merbau, di taman dalam bandar yang indah dan mudah dikunjungi ini. Kami mahu menggalakkan lebih ramai orang mengunjunginya dan menikmati keindahan alam yang disajikan,” jelas beliau.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menguruskan dan mengendalikan 17 taman dalam bandar yang luas bagi mengekalkan paru-paru hijau dan poket rekreasi semulajadi di seluruh Kuala Lumpur.
“DBKL mengemudi usaha Ke Arah 70 Menjelang 30 kerana ia memulihara alam sekitar dan ia merupakan langkah penting dalam mengatasi perubahan iklim, mempertingkatkan kualiti kehidupan dalam bandar dan membawakan lebih banyak elemen semulajadi dalam bandar raya ini. Guardian dan Botaneco Garden membantu usaha kami dengan meningkatkan kesedaran umum dan mewujudkan aktiviti-aktiviti interaktif dalam talian serta di tapak untuk penghuni bandar itu mengetahui lebih lanjut mengenai taman-taman kami.
“Mengurangkan penghasilan karbon akan mengambil masa tetapi dengan usaha bersama dan mampan oleh lebih banyak organisasi dan individu, kita mampu mengurangkan kadar terlibat. Silalah datang ke Taman Antarabangsa Bukit Jalil dan saksikan bagaimana anak-anak pokok ini tumbuh kepada pokok hutan yang teguh. Turut diharapkan anda mengurangkan penghasilan karbon dalam kehidupan harian. Ia boleh semudah menyemai satu benih untuk menghidupkan sebuah hutan,” kata Pn Norhaslinda Nordin, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL.
Bagi menggalakkan orang ramai untuk mengunjungi Taman Antarabangsa Bukit Jalil dan melihat anak-anak pokok yang ditanam, Botaneco Garden sedang menganjurkan peraduan foto Satu Benih Semaian, Hidupkan Sebuah Hutan sehingga 30 November 2019. Para peserta hanya perlu mengambil gambar kreatif bersama plak peringatan yang disediakan, memuat naik gambar berkenaan ke laman Instagram dan menggunakan ‘hashtag’ #plantaseedgrowaforest.
Hanya seorang pemenang akan dipilih setiap bulan. Mereka akan menerima sama ada set penjagaan badan atau rambut Botaneco Garden. Selain itu, para peserta juga diingatkan untuk berhati-hati dengan pokok yang ditanam ketika mengambil gambar.
“Pokok hutan hujan khatulistiwa tumbuh dengan perlahan tetapi menjelang tahun 2030 apabila inisiatif Kuala Lumpur Ke Arah 70 Menjelang 30 tercapai, pokok-pokok ni telah tumbuh dengan mengagumkan. Saksikan tumbesaran mereka,” ujar Pn Norhaslinda.
Assalamualaikum dan Hai. Masih mood bercuti ke tu? Untung bulan ni sebab tiga kali berturut-turut Isnin cuti. Jadi cuti hujung minggu jadi panjang la dari biasa kan. Kali ni Cik Renex nak berkongsi satu tempat makan atau cafe yang hipster dan sedap di Mentakab Pahang. Mana lah tahu, dah bosan-bosan makan kat rumah nak cuba makan di cafe ala-ala hipster pulak.
Tuned Up cafe ni terletak di Mentakab Pahang. Kena ikut jalan bypass lama dan jalan jpj baru la jumpa cafe ni. Sebab bukan terletak jalan utama jadi macam payah juga nak bagi landmark pada kawan-kawan cafe ni. hiks.
Frappe Oreo
Chicken Chop
Chicken Grilled
Apa yang CR order? CR order Chicken Grilled, Chicken Chop , Frappe Oreo dan Epal Asam Boi. Bagi CR, Chicken grilled dia sedap, sos dia pun okay. CR tak makan sangat mashed potato sebab tak kena selera tapi sayur Coeslow cafe ni sedap.
Portion ayam pun boleh tahan sizenya dan cukup la untuk seorang makan kenyang. :)
Bagi CR lah kan, sesuatu cafe tu kalau nak viral dan nak tarik lebih ramai pelanggan adalah dengan hiasan cafe tu cantik. Bila deko cantik, mesti pelanggan ramai datang. Selain makan, boleh selfi puas-puas lak kan.
Decoration Tuned Up cafe bagi CR cantik dan ada tempat yang boleh snap gambar. Suasana dalam cafe tu pun tenang je. Kalau nak sambut birthday atau anniversary pun boleh jugak kat sini. Sebab kawasan dalam tu luas juga. Staf-staf pun boleh tolong untuk suprisekan orang yang tersayang tu. hehe
Jadi, kalau ada pembaca yang tetiba sampai ke Mentakab, boleh la singgah cafe ni dan mencuba menu di sini.
Assalamualaikum dan Hai. "Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh,Merdeka! Merdeka!Tetaplah merdeka, Ia pasti menjadi sejarah". Itu adalah sedikit bait-bait lirik lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman. Bila kedengaran lagu di siaran TV dan radio itu tandanya kita bakal menyambut hari kemerdekaan.
Pada tahun ini kita menyambut kemerdekaan tahun ke 62. Semoga negara Malaysia terus aman makmur dan maju selamanya.
Ada yang pergi tengok perbarisan merdeka ke?Tahun ni CR tak pergi sebab ada hal pagi ni dan tak boleh nak pergi. Kalau pergi mesti lagi terasa kehangatan semangat kemerdekaan itu. Dan selalunya akan ada perbarisan unit2 badan beruniform dan juga pejabat-pejabat kerajaan. Tahun dahulu CR pernah tengok di Temerloh, siap ada persembahan silat dan juga kereta perisai/kebal askar lagi. Memang teruja gila bila tengok dan teringin nak naik.
Dan nak dijadikan cerita, impian CR nak merasa naik kereta perisai tentera berjaya apabila CR pergi ke Karnival Kem Batu 5 Mentakab bulan lepas. CR merasa naik kereta perisai ACV 300 Adnan. Nak tengok video CR naik kereta perisai?Boleh tengok di channel youtube CR.
Maaf video yang berterabur sebab abam askar tu bawa macam drift kereta dan lagi satu risau handphone terjatuh. Lama juga pusing2 dalam kem tu memang seronok la. Tak tergambar perasaan tu. Bila dah turun dan dengar bunyi kereta perisai tu rasa macam nak naik semula. :)
Ramai sungguh yang tertarik dengan kereta perisai ni dan semua orang memang taknak lepaskan peluang merasa naik kereta perisai ni. Tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak. Bukan senang kan nak merasa naik melainkan ada karnival sebegini.
Semasa tunggu turn nak naik
Selain daripada aktiviti Joyride Kereta Perisai tu, malam sebelum tu ada ceramah perdana dari penceramah tersohor iaitu Ustaz Syamsul Debat. CR memang peminat dia dan bila tahu dia ada memang gigih ajak ma pergi walaupun tahu nanti mesti balik lambat sebab jauh jugak kem batu lima ni dengan rumah CR.
Tapi demi Ustaz Syamsul Debat, kami pergi juga. Dan memang tak rugi bila pergi dengar ceramah dari Ustaz sebab banyak input yang kita dapat. Part kelakar tu memang tak boleh tinggal la. Gelak saje dengar Ustaz bercerita. :)
Ada juga pameran-pameran dari Agensi lain seperti Bomba, Pertahanan Awam , Hidupan Liar dan juga pelbagai lagi. Sempat la merasa pegang kepada Harimau ni. :) Menurut encik yang memberi penerangan itu, ini adalah barang rampasan yang berjaya mereka rampas dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang nak menjual kulit harimau ni. Dari kepala hingga ke kulit adalah asli dan diawetkan. Kecuali mata dan lidah harimau tu.
Okay itu sahaja perkongsian CR mengenai karnival Kem Batu 5. Satu entri ada tiga kisah hehe. Harap2 tahun depan ada lagi Karnival Kem Batu 5 ni dan boleh lagi merasa naik kereta perisai. :)