Selamat Menyambut Bulan Ramadan 🌙

March 2, 2026


Assalamualaikum dan Hai semua! CR nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada semua yang mengenali diri CR, yang membaca blog ni, dan juga yang tersinggah secara tak sengaja. Semoga Ramadan kali ni lebih bermakna, lebih tenang, dan penuh dengan keberkatan untuk kita semua.

Macam biasa, bila masuk je Ramadan, suasana dia lain macam sikit kan? Rasa lebih damai, lebih aman, dan hati tu pun automatically jadi lebih lembut. CR sendiri memang suka vibe bulan ni. Walaupun kadang-kadang penat (lagi-lagi bila kerja atau ada banyak komitmen), tapi perasaan dia tetap special. Bangun sahur, dengar azan Subuh, berbuka dengan orang tersayang. Benda simple macam tu pun dah cukup buat hati rasa seronok dan puas.

Ramadan ni sebenarnya bukan sekadar tahan lapar dan dahaga je. Lebih kepada kita “reset” diri. Reset hati, reset niat, reset cara hidup. CR pun cuba untuk improve sikit-sikit. Jaga solat awal waktu, kurangkan benda lagha, dan cuba jadi versi diri yang lebih baik daripada sebelum ni. Tak perlu drastic pun, janji konsisten.

Lagi satu yang di nanti adalah bab makanan. hehe, ni memang tak boleh lari. Bazaar Ramadan memang antara benda yang paling dinanti-nantikan. Dari air balang sampai ke kuih-muih tradisional, semua nampak sedap! Tapi CR cuba jugak control nafsu sikit  walaupun kadang-kadang tewas juga  . Azam tahun ni kononnya nak pantang manis, tapi dah masuk hari ke 12 ni masih ada minum manis. Haihhh..

Selain tu, Ramadan juga masa terbaik untuk kita rapatkan hubungan. Dengan family, kawan, dan juga dengan Tuhan. Kadang-kadang kita terlalu sibuk sampai lupa nak hargai orang sekeliling. So, bulan ni lah peluang untuk kita slow down, luangkan masa sama-sama, dan perbaiki hubungan yang mungkin dah lama renggang. CR tahu, tak semua orang melalui Ramadan dengan cara yang sama. Ada yang gembira, ada juga yang mungkin rasa kosong atau sedih. Itu normal. Apa pun keadaan kita, CR harap kita semua dapat jumpa sedikit ketenangan dalam bulan yang mulia ni.

Akhir kata, CR doakan semoga Ramadan kali ni membawa seribu satu kebaikan dalam hidup kita. Semoga segala amalan kita diterima, dan kita diberikan kekuatan untuk terus istiqamah , bukan setakat dalam bulan Ramadan je, tapi juga selepasnya.

Eh lagi satu, dah ada baju raya kerrr?? 

Salam Ramadan dari CR 🤍
© Blog Cik Renex