Rodong dah kawen weh!

Assalamualaikum dan Hai.




Rodong. Tak pasti ejaan macam mana yang sebenarnya. Rodong ke Ghodong. Tahu tak apa maksud Rodong tu? Kalau dalam loghat negeri Pahang,rodong tu maksudnya kawan-kawan ,rakan , sahabat dan lain-lain lagi yang sama maksud dengan kawan. CR pun jarang sangat guna loghat ni selalu sebut member je. Kat blog ni saja nak share satu loghat pahang,kalau tak korang tak tahu pulak kan?Ye dak?? Nanti CR share lagi loghat2 orang Pahang ye. Berbalik pada cerita asal, rodong CR yang kahwin ni CR kenal dari darjah Satu lagi,semenjak 1996. Kenapa dari darjah satu,bukan dari Pra Sekolah? Sebab masa tadika CR tadika kat tempat lain iaitu di Sri Kemuning. Darjah 1 baru pindah ke kampung Durian Tawar. Lepas habis UPSR kami sama-sama lak ke sekolah menengah jadinya memang rapat la kan. Tapinya lepas PMR kami dah berpecah; dia dapat sekolah di Muadzam Shah dan CR pulak di Kuantan. Bila musim cuti sekolah memang kami akan jumpa walaupun sekali. Hehe.


Kami menyewa homestay di Bukit Rangin Kuantan sebab nak tengok rodong akad nikah malamnya tu di Permatang Badak Maju. Tapi CR tak dapat nak join kerana ke Hospital Sungai Buloh untuk tengok anak kepada sepupu yang kemalangan motor. Mereka berempat je lah yang stay homestay. CR pergi ke Kuantan pagi Sabtu tu dengan Aziah. Nasib ada Aziah teman kalau tak mesti bosan drive sorang2 walaupun 2jam je ke Kuantan. Sampai2 kuantan terus makan nasi lemak yang dimasak special oleh Chef Shafiq. Thanks Sapik,sedap amat. Dieorang bertiga tu masa kami sampai homestay tak siap2 lagi. Baru nak bermakeup,sabar jelah. Macam-macam ragam. Rindunyaaa la pulak. *takpuasjumpa. 

Dari kiri : CR, Wani, Intan, Azuwa, Aziah

Inilah antara sahabat CR dari kecik sampailah dah tua sekarang ni. Doakan kami kekal bersahabat sampai bila2 ye. Macam biasa lah, sebelum ke kenduri kena ambil gambar dulu. Ibaratnya.kamera dan kami tak dapat dipisahkan. Rasanya gambar selfie kami lagi banyak dari gambar dengan pengantin.😂😊 Maafkan kami tuan rumah kalau kami telah membuat bising semasa mengambil gambar di pelamin. Haha. 

Ganggu pengantin makan beradab. 😊

Tahniah Azwan dan Aisyah. Dua-dua pengantin ni sama sekolah menengah dengan kami. Masa bila dieorang bercinta pun kami tak tahu. Pandai sangat simpan rahsia kan. Tapi CR dah boleh agak bila Ecah ajak teman pergi beraya rumah Azwan tu tahun lepas. Hiks. Tiba-tiba ajak teman beraya ke sana kan,selalu tak pernah ke sana. Rupa-rupanya ada something yang kami tak tahu. Semoga kalian kekal bahagia sehingga ke jannah yer. Doakan kami pulak. Bila umur dah 28 ni memang kami takkan lepas dari soalan , ecah dah,korang bila pulak majlisnya. Sabar pakcik. Sabar makcik. InshaAllah kalau ada jodoh, adalah kami jemput nanti ye.

Thanks Shafiq belanja Mcd. Kenyang sampai ke rumah. 

Dalam kul 3.30 kami gerak balik ke tempat masing-masing. Tapi sebelum tu,sempat lagi dieorang ni ajak lepak McD Sg. Isap. Layankan lah sebab lepas ni tak tahu bila pulak boleh lepak sama-sama kan. Masing-masing dah sibuk dengan kerja,masa kenduri kawan je lah boleh jumpanya. Lepas ni kenduri siapa pulak ye? Kenduri CR entah lah,tak jumpa calon lagi. Hiks. Doa2kan lah yer. Kbai.


19 comments

  1. Tahniah pada sahabat CR dan semoga bahagia hingga ke Jannah.. Semoga pershabatan kalian kekal hingga ke Jannah.. Anyway,tahniah pada awak kerana menduduki carta top commentor saya..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/07/top-commentor-jun-julai-2017.html

    ReplyDelete
  2. Baru CCL tahu rodong tue membawa maksud kawan . Hehe .. ilmu baru yg CCL dapat, apa-apa pun tahniah pada sahabat CR ..

    ReplyDelete
  3. Betul la tu Rodong.. hehe.. Pasni CR lak kan.. :)

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah sampai jodoh reen tak ke mana nanti tu. :)

    ReplyDelete
  5. Ya Rodong, kalau bersama kawan-kawan = berodong-rodong... hehe... gurau je...

    ReplyDelete
  6. busyra bru tau maknanya.. hehe.. pembelajran baruu..

    ReplyDelete
  7. seronoknya tgk persahatan korang..dr kecik tuuuu..moga ikatan persahabatan sentiasa heppi dan baik2 je..

    ReplyDelete
  8. Tahniah & Selamat Pengantin Baru untuk kawan CR, Rodong. Ada soalan. Rodong tu kawan perempuan la kan CR? 😅

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah jodoh reen akan sampai, bila tu kita tak tahu bila...

    pernah dengar rodong2 ni. cuma selalu lupa maksud. heeee

    ReplyDelete
  10. selamat pengantin baru untuk kawan CR.. :)

    ReplyDelete
  11. Alahai CR nanti Rhodong kita pun nak kawen jugak. Sama, dia orang Pahang jugak. tsk.

    ReplyDelete
  12. Ingatkan tu nama kawan...hihi...btw semoga berbahagia hingga ka syurga...aamiin =)

    ReplyDelete
  13. Thniah rodong cik renex..insyaAllah next cik reneex lak..nnti ada la tersepak jodoh kt mna2 tu😂

    ReplyDelete
  14. Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama a bainakuma fi khair

    ReplyDelete
  15. memang penuh sokmo jadual kawan2 jemput.. CT je tatau bila nak jemput plak ngeh3..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex