Lirik Lagu Ayat Cinta Dari Tuhan | The Helmis (Heliza Helmi & Hazwani Helmi)

by - Tuesday, February 26, 2019



The Helmis (Heliza Helmi & Hazwani Helmi)

Assalamualaikum dan Hai. Siapa dah dengar lagu terbaru Heliza Helmi dan Hazwani Helmi? Cik Renex tahu lagu ni pun dari channel telegram yang CR join iaitu #sharedbythegadismisteri. The gadis misteri berkongsi sedikit sedutan video tu dan CR terus rasa tertarik nak dengar.

Tak rugi rupanya dengar lagu ni. Sebab bait-bait liriknya sangat mendalam dan suara mereka berdua sangat sesuai untuk lagu ketuhanan seperti ni. Kita akan rasa 'sesuatu' bila dengar lagu ni.

#sharedbythegadismisteri 

#sharedbythegadismisteri 

#sharedbythegadismisteri 


Ayat Cinta Dari Tuhan

The Helmis (Heliza Helmi & Hazwani Helmi)

Lirik & Lagu : Hazwani Helmi

Darah luka membasahi hati ini
Perit tak terperi
Sepi ruang hati ini sepi
Tiada siapa memahami rasa ini

Mata tak mampu menangis lebih lagi
Lubuk luka menguasai
Letih, segala raga ku letih
Tuhan, tolong aku hilang rasa pedih

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Bacalah dengan nama Tuhan
Jawapan segala persoalan

Jatuh, kerap kali ku terjatuh, rasa pilu
Bagai tiada sinar baru
Namun, dalam sendu aku tahu
Kau setia kasihkan ku, oh Tuhan ku

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Quran setia meneman

Hadirmu, sebagai sahabat hingga hujung waktu
Namun tewas dengan nafsu
Malu, aku malu
Tuhan kau perhatikan ku

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Kau kan temui jalan

Ayat cinta dari Tuhan
Peneman sepanjang zaman
Cinta dari Tuhan
Seluas lebih dari lautan
Kau tidak keseorangan
Bacalah dengan nama Tuhan
Jawapan segala persoalan

klik untuk ke channel Youtube The Helmis untuk dengar lagu ni.


Antara ayat-ayat cinta dari tuhan untuk hambanya..

 The Helmis (Heliza Helmi & Hazwani Helmi)

 The Helmis (Heliza Helmi & Hazwani Helmi)

 The Helmis (Heliza Helmi & Hazwani Helmi)


You May Also Like

3 comments

  1. rtak sabar nak dengar lagu the helmis ni. selalu dgr lagu selawat tu je. fav syafi pulak tu.

    ReplyDelete
  2. Oh lagu ni Heliza yang nyanyi. Ada terdengar kakak saya pasang. I like this song.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.