Blog ada masalah lambat loading.

Sunday, October 10, 2021


Blog Ada Masalah Lambat Loading ︱Assalamualaikum dan Hai pada yang tengah baca blog cik renex ni. Masih ada pembaca atau dah tiada ya. Maklum lah, makin lama makin sedikit CR update blog. Sebenarnya dalam draft tu ada je cerita yang ingin di tulis tapi itu lah, bila mood rajin menaip tu makin merundum, jadi hanya tinggal tulis tajuk sahaja dan masukkan gambar. Bila nak bercerita dalam entri terus blank tiba-tiba. Sekarang cuba nak ambil mood semula sempena pahang dah masuk Fasa ke empat , jadi harapnya mood rajin CR pun beralih fasa. :)

Sebenarnya, blog CR ada masalah sedikit ,tapi rasanya bukan sedikit sebab memberi kesan kepada blog CR. Masalah apa tu? Masalahnya bila CR klik link blog CR , blog CR mengambil masa yang agak lama untuk loading sampai habis. Ada masa tu terus tak boleh buka blog CR. Jadi blank page-suci putih blog CR.



Macam mana CR boleh perasan? CR dapat tahu dari Blogger Zaza sebab blog dia mengalami masalah yang sama. Zaza cadangkan pada CR untuk tukar template kerana mungkin faktor template yang menyebabkan blog kami tidak boleh dibuka homepage nya. Bila jadi macam ni, pembaca yang singgah di blog kita akan terasa bosan sebab perlu menunggu masa yang lama untuk baca info di blog kita.


Jadinya, kelmarin baru CR tukar template secara rasminya dan perasaan sayang nak tukar tu tetap ada sebab penat rasanya tukar template, tukar code ni, tambah code ni dan sebagainya. Kemudian kena test dulu template tu okay atau x dengan mobile view sebab yang menjadi masalah sekarang apabila kita buka blog guna hp. Bila CR guna laptop okay je laju loading. 


Jadinya, pada pendapat korang, okay tak template yang sekarang ni? Laju atau tak? CR ada berminat satu template ni kat etsy tapi kena bayar guna paypal. CR takde akaun paypal. Ada yang sudi nak tolong bayarkan guna acc dia tak? Nanti CR transfer bayar semula😊😁. Buat sementara waktu ni memang guna yang ni je dulu. Simple kan? 


14 comments

  1. ala yeke.. sebab blog saya pun PV teruk sangat sehari dua ni. Tapi kalau saya buka sendiri blog tu, ok je pulak loading nya..haih.. harap2 lekas selesai masalah blogger ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laaa. Da seminggu pv teruk.
      Kalau buka guna laptop okay. Guna hp teruss xleh..

      Delete
  2. Kite pun hadapi masalah yg sama gak CR... Tengah cari template baru.. hadoila.. malasnye nk tukar template.. makan masa...

    ReplyDelete
  3. Rabia singgah kesini kak
    Lama betul tak singgah blog kak
    Akak sihat?
    Rabia tukar template blog juga
    Sebab loading baru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rabia. alhamdulillah sihat, rabia sihat?
      sama la tmplate prblm jugak

      Delete
  4. Perasan jugak bila buat blog walking. Ada sesetengah page blogger elok jer laju boleh masuk. Ada yang sesetengah tu pulak lambat sangat ambil masa. Mungkin template yang diguna pakai berat sangat kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita bw guna hp yang problem asenya.. guna laptop atau pc okay

      Delete
  5. Laju je saya buka CR...hihi rinduuulah masuk sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Mai. rinduu nk bw blog mai jugak.hehe
      akk da tukar yg baru tu laju sikit hehe

      Delete
  6. Follow sini #758

    Nanti kak shida cuba masuk lg..sbb skg ni data tgh teruk td loading agak lama..
    sebenarnya kena okay sbb blog CR nampak ringan lagi2 guna templated putih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks follow.
      dah try tukar template lain ni. hrap2 okay

      Delete
  7. laju je abam kie buka. suka yg simple2 je mcm template ni. Congrats!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks abam kie. da tukar yang baru laju sikit .hee

      Delete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.