elofc
Showing posts with label elofc. Show all posts

Lirik Lagu Raya Balik Elyana

May 28, 2019

Yang dari kota balik ke kampung Yang jauh merantau pun balik kampung Orang kampung pun sudah balik kampung Bukan orang kampung pun balik kampung

Assalamualaikum dan  Hai. Sedar tak sedar tak lama lagi kita bakal menyambut Syawal. Pasti akan rasa kerinduan pada bulan Ramadhan kan. Semoga kita bertemu lagi Ramadan untuk tahun depan. InshaAllah. 

Rata-rata di media sosial juga ramai yang kongsikan iklan raya dan juga lagu raya. Lagu raya lama memang tak dinafikan memang seronok didengar dan penuh dengan nostalgia. Tapi tak kurang juga lagu raya baru untuk tahun ni. Ramai juga artis yang keluarkan lagu baru , tak ketinggalan bagi Elyana.

Elyana pun ada keluarkan lagu raya baru  yang bertajuk RAYA BALIK. Dah dengar belum?Kalau belum dengar bolehlah dengar di youtube. Nanti CR kongsikan link youtube di bawah. Di radio juga dah keluar lagu raya Elyana ni. 

Bagi CR lagu Elyana kali ni sangat catchy dan aura lagu macam lagu saloma gitu. hehe. Jom nyanyi sama2. CR dah kongsikan lirik di bawah.



RAYA BALIK

ELYANA
Yang dari kota balik ke kampung
Yang jauh merantau pun balik kampung
Orang kampung pun sudah balik kampung
Bukan orang kampung pun balik kampung

Pak Maon pun dah balik kampung
Makcik Azizah juga balik kampung
Uncle Apek pun ikut balik kampung
Tapi Pak Bajet jer tak balik kampung
Aaaa...Sedihnya

Oo..hari dah raya
Jangan tak raya
Ini hari raya

Oo..hari dah raya
Baliklah kampung
Jangan tak raya
Jangan tak raya

Ketupat rendang
Dah tunggu kat kampung
Kuih muih pun dah lepak kampung
Duit raya siap balik ke kampung
Tunggu apa lagi 
Jom Balik Kampung

Pak Maon pun dah balik kampung
Makcik Azizah juga balik kampung
Aci Nacumi ikut balik kampung
Tapi Pak Bajet jer tak balik kampung
Sedihnya

Oo..dah raya balik
Baliklah raya
Ini hari raya

Oo..dah raya balik
Baliklah kampung
Jangan tak balik
Jangan tak balik

Yang dari kota balik ke kampung
Yang jauh merantau pun balik kampung
Orang kampung pun sudah balik kampung
Bukan orang kampung pun balik kampung
Aaa seronoknya

Oo..dah raya balik
Baliklah raya
Ini hari raya

Ooo hari dah raya
Baliklah kampung
Jangan tak raya
Jangan tak raya

Hari Raya!



Lirik Lagu Masih Cinta - Kotak

October 31, 2017

Assalamualaikum dan Hai

Lirik Lagu Masih Cinta - Kotak | Kotak bukan sejenis kotak tetapi adalah band dari seberang. Sejujurnya CR memang suka layan lagu dari sana sebab lirik dia berulang-ulang jadi kita mula ingat. Selain dari Kotak ni, minat jugak lagu dari Radja, Kangen Band, Letto , dan Firman. 

Salah satu lagu kegemaran dari kumpulan Kotak CR adalah Masih Cinta dan Pelan-pelan saja. Selain dari dua lagu hits ni, Kotak masih punya lagu lain seperti Remuk, Phobia, Mencintaku dan dia dan sebagainya. Tapi yang paling suka lagu Masih Cinta. Bermakna sangat lirik-lirik lagu ni.  kalau tak silap, lagu ni dah wujug 5  6 tahun lepas tapi still lagi orang minta putarkan di radio. 


Jadi jom kita layan video lagu ni dan lirik sekali.

 Lirik Lagu Masih Cinta - Kotak


Tik,.,tik,.,.tik
Waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Maumu jadi mauku
Pahitpun itu ku tersenyum
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Tik,.,tik,.,.tik,.,.
Air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mau ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagiamu
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta
Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta



Untuk pengetahuan awak awak juga, untuk konsert kedua Gegarvaganza 2017 ni, Elyana akan menyanyikan lagu ni. Tak sabar okay nak tengok our LadyBos menyanyi lagu ni dalam versi dia. Masa Nabil umumkan lagu ni memang dah agak akan dapat pada Elyana rupa-rupanya betul tekaan kita. hehe.  OK tak sabar. kbai.


Elyana sertai Gegar Vaganza 4

October 17, 2017

Assalamualaikum dan Hai

elofc
[ Sumber ]

Elyana sertai Gegar Vaganza 4| Rasanya semua dah tahu yang program Gegar Vaganza akan kembali semula menghiburkan kita mulai 29 Oktober 2017 ini pada jam 9 malam. Baru ni juga pihak Astro sudah memperkenalkan peserta-peserta yang bakal bertanding di GV4 nanti. Seperti biasa, seramai 12 orang yang akan bertanding. Peserta Lelaki adalah Aqasha, Lan Kristal, Hazami, Tia Jinbara, Ferhad dan Firman. Manakala peserta perempuan adalah Elyana, Liza Hanim, Aishah, Syura, Haida dan Raja Azura.

Diantara 12 peserta ni, siapa yang menjadi pilihan Juara Gegar Vaganza 4 pada kali ni? Kalau tanya Cik Renex, rasa-rasa mesti dah tahu siapa kan. CR adalah 'kipas-susah-mati' a.k.a die-hard-fan Elyana. Boleh baca di sini cerita kali pertama CR jumpa Elyana. http://renex89.blogspot.my/2016/11/bycikrenex-siapa-peminat-elyana.html  CR rasa memang semua menantikan kemunculan Elyana setelah lama beliau berehat kan. CR pun sebenarnya ternanti-nanti juga. hehehe.


A post shared by Elyana (@elyanaofficial) on

Bila admin Elofc inform yang Elyana join GV4 memang semua suka dan tak sabar. Semua memberi sokongan 100% kepada Lady Boss kami. Kepada Elyana, semoga berjaya di Gegar Vaganza. Kami semua akan memberi sokongan dan semangat kepada Elyana. Good luck!



A post shared by ELOFC (@elofcbyelyana) on

Mana-mana yang nak join Team Elyana dan Team Kaki Ayam ni boleh join group whatsapp ELOFC. Kalau nak join, boleh roger2 k. Pada 21 Oktober 2017 nanti akan ada Meet & Greet Elofc dengan Lady Boss Elyana. Sayangnya, CR tak dapat nak join sebab ada program kem di sekolah. Kecewanya tak dapat join. :(



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="9383714162">

Gv4
Cik Renex dengan Elyana. Jumpa tahun lepas. ❤

GV4 bakal bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil bermula 29 Oktober ini, jam 9.00 malam. Kehebatan bintang GV4 ini boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Jadi janga lupa dengan temujanji anda di depan TV yer.

[bycikrenex] Siapa peminat Elyana?

November 3, 2016

Siapa blogger sini minat dengan Elyana? Elyana popular dengan lagu Niat, Kalis rindu, Tak tercapai akalmu, Diriku Tapak Sulaiman dan banyak lagi lagunya. Masih ingat tak lagi dengan dia. Drama dia yang paling aku minat dan layan drama Dunia Baru. Watak Opie tu memang berkesan gila sampai terikut-ikut nak pakai style elyana tu. Masa budak2 lagi kan masa tu. Memang ikut habis la style dia mana yang boleh ikut lah.


Dan, sabtu baru ni kat tempat aku ada wat Fiesta Bera 5 . Malam tu ade konsert perasmian dan ramai jugak artis yang buat persembahan. Antaranya Elyana, Sandra, Sufian Suhaimi, A Rahman Hassan, Ani Mayuni, Safura dan Projector Band. Aku nampak je elyana datang memang terus niat nak bagi something kat dia. Contact admin group elofc dan suruh admin inform kat Elyana yang Cik Renex nak bagi something kat dia. Elyana cakap dia akan tunggu. Hoyeah. Happy gilerrr dah dapat green light. Masa malam tu Hujan ,bila pergi bilik artis tu tanya ada elyana tak,dieorang cakap takde lagi. Pelik dah. Last2 try DM dia kat IG. Elyana replyyyy. Rasa macam tak percaya dia reply DM. Hikhik . Selalu dia reply komen kat IG je sekali try DM terus balas. Hehe.

elofc
Dan akhirnya dapat jumpaaa Elyana. Seriously Elyana cantikkkk sangat dan mesra sangat even baru first time jumpa. Hai opieeee.




Cik Renex hadiahkan bantal ni untuk Elyana. Happy bila tengok dia happy dapat bantal ni. Last minit siapkan. 


Keychain ni pulak untuk Elyana satu dan anak dia satu, Cinta.


Kita nebes selfie ngan retis. Gegor terus gambar. Haha



Thank you En Suami Elyana jugak sebab sudi melayan dengan baik dan amikkan gambar.




Elyana update dekat IG. ☺ jom follow Ig Elyana. :) Dia aktif kat Instagram.Happy sangat dapat jumpa Elyana. Memang minat dia dari zaman sekolah lagi. All the best Elyana.


Eh.kalau ada sesiapa nak tempah bantal boleh whatsapp 017-7944891 . Design sendiri boleh. Nak mintak pandangan design dari Cik Renex pun boleh. Meh2 order ngan bycikrenex.
© Blog Cik Renex