Cara tambah nama pasangan, anak atau ibubapa dalam aplikasi MySejahtera

August 17, 2020


Cara tambah nama pasangan, anak atau ibubapa dalam aplikasi MySejahtera | Assalamualaikum dan Hai. Norma baharu sekarang, nak masuk ke mana-mana premis kita perlu tulis nama atau scan QR code menggunakan aplikasi MySejahtera mahupun QR code yang mereka bina sendiri. Kali ni CR nak berkongsikan sedikit tutorial bagaimana nak tambah nama pasangan, anak, makayah mahupun atuk nenek di dalam aplikasi telefon pintar kita.


Sebelum itu,pastikan anda sudah install siap2 aplikasi MySejahtera di dalam telefon pintar. MySejahtera adalah satu aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu kerajaan dalam mengawal penularan wabak Covid-19 di Malaysia. 

Aplikasi ini membolehkan anda (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") melakukan penilaian kesihatan kendiri, memantau status kesihatan dan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan segera dalam menyediakan rawatan jika diperlukan.

MySejahtera dimiliki dan dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia. Ia ditadbir oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibantu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
 Sumber ;https://mysejahtera.malaysia.gov.my/privasi/


Oleh demikian itu, setiap kali kita memasuki ruangan seperti kedai makan, pasaraya atau sebagainya, kita dikehendaki scan QR code terlebih dahulu. Dan yang menjadi masalah adalah apabila anak-anak tiada handphone, ataupun hp makayah kita tiada apps MySejahtera. Jadi untuk memudahkan cara, anda boleh menambah sendiri nama anak-anak anda di dalam aplikasi MySejahtera.

Bagaimana cara nak buat? CR ada kongsikan video untuk menambah nama. 
Selamat menonton. 

CARA TAMBAH NAMA DALAM MYSEJAHTERA

1. Buka Aplikasi MySejahtera

Cara tambah nama pasangan, anak atau ibubapa dalam aplikasi MySejahtera

2. Klik 'More' 
Cara tambah nama pasangan, anak atau ibubapa dalam aplikasi MySejahtera

3.Klik 'Manage Dependents' 
Cara tambah nama pasangan, anak atau ibubapa dalam aplikasi MySejahtera

4. Klik 'Add Dependents' 
Cara tambah nama pasangan, anak atau ibubapa dalam aplikasi MySejahtera

5. Isi semua details yang diperlukan dan Klik 'Save'. DAH SIAPPP!! 
Cara tambah nama pasangan, anak atau ibubapa dalam aplikasi MySejahtera


Jadi setiap kali anda ingin check in sesuatu tempat, terus je klik nama anda itu. Jika tiada bersama anda, tidak perlu klik nama tersebut.

Cara tambah nama pasangan, anak atau ibubapa dalam aplikasi MySejahtera

Mudah bukan. Jadi yang mana ada anak-anak ramai dan tidak mempunyai setiap sorang hp boleh la guna cara ni. Kalau ada hp, scan la diri masing-masing yer. Jangan lupa jaga SOP. #kitajagakita 

**Artikel Lain :
https://www.cikrenex.com/2020/05/cara-scan-qr-code-menggunakan-aplikasi.html

Berbelanja di PGMall dengan e-Penjana , sokong kempen 'Proudly Local' dan jadi antara 'Nestle Top Spender'

August 12, 2020

Berbelanja di PGMall dengan e-Penjana , sokong kempen 'Proudly Local' dan jadi antara 'Nestle Top Spender' Assalamualaikum dan Hai. Ada tak disini yang suka membeli secara dalam talian? CR rasa ramai yang suka beli secara talian atau nama lainnya "online shopping" lagi-lagi dengan pandemic wabak Covid ni. Selagi boleh elak tempat sesak, kita akan elakkan bukan? Jadi online shopping salah satu cara untuk kita menjimatkan masa dan membantu kita mengelakkan kita kerap keluar untuk membeli sesuatu barang.

Berbelanja di PGMall dengan e-Penjana , sokong kempen 'Proudly Local' dan jadi antara 'Nestle Top Spender'

Zaman sekarang terdapat pelbagai platform untuk anda beli secara talian dan salah satu darinya adalah PG Mall. PG Mall merupakan satu-satunya platform e-dagang Tempatan di Malaysia dan ditubuhkan sejak 2017 lagi. PG Mall boleh diakses melalui  website https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=417 atau melalui telefon pintar dengan menggunakan aplikasi PG Mall. Terdapat barangan yang dijual seperti barangan Kesihatan, Kecantikan, alat elektronik, aksesori handphone, baju untuk lelaki dan perempuan dan pelbagai lagi. Untuk makluman anda juga, PG Mall tersenarai sebagai Top 3 laman web e-dagang di dalam report Iprice report. https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/



Berbelanja di PGMall dengan e-Penjana , sokong kempen 'Proudly Local' dan jadi antara 'Nestle Top Spender'

Yang paling menarik dengan PG Mall ini adalah ia menawarkan pelbagai cara dalam urusan pembayaran. Antaranya adalah melalui pembankkan online dan juga e-wallet. Rasanya rata-rata semua dah sedia maklum dengan e-wallet bukan? Antara e-wallet yang anda boleh gunakan adalah Touch & Go e-wallet , Grabpay dan Maybank QR Pay. 

Anda dah tebus belum duit yang kerajaan sumbangkan di dalam program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) tu? Sekiranya anda dah tebus dan dapat RM50  bolehla anda shopping di PG Mall pulak. :) Anda boleh gunakan duit tersebut mulai 10 Ogos 2020 sehingga 30 September 2020. 


Berita baik untuk pengguna baru , anda akan menikmati diskaun RM25 dengan pembelian minimun RM80. Banyak diskaun tu, kita hanya perlu bayar RM55 untuk barangan yang berharga RM80. Untuk pengguna sedia ada jangan bersedih, anda pun akan menikmati diskaun sebanyak RM20 sekiranya anda berbelanja sebanyak RM100.  Selain itu juga, PG Mall menawarkan percuma RM8 untuk shipping fee dan juga voucher 50% diskaun  ekslusif yang anda perlu dapatkan semasa Facebook live. 

Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menyokong penjual tempatan juga kan. Sila klik link untuk melihat seller. https://pgmall.my/shop-malaysia-online

Berbelanja di PGMall dengan e-Penjana , sokong kempen 'Proudly Local' dan jadi antara 'Nestle Top Spender'

PG Mall juga telah mengadakan kempen "Proudly Local" sepanjang bulan Julai sehingga Disember 2020 dengan #BarangBaikBarangKita . Anda boleh layari website ini untuk melihat barangan tempatan yang ditawarkan. https://pgmall.my/proudly-local-campaign .  Anda boleh membeli barangan keperluan rumah seperti kipas,  makanan, barangan penjagaan diri, pakaian dan pelbagai lagi. Dengan menyokong kempen ini, secara tidak langsung kita membantu ekonomi domestik negara kita juga lagi-lagi sudah terjejas disebabkan pandemic baru-baru ini. 




Berbelanja di PGMall dengan e-Penjana , sokong kempen 'Proudly Local' dan jadi antara 'Nestle Top Spender'

Berita menarik seterusnya yang ditawarkan oleh PG Mall adalah kempen 'Nestle Top Spender'  sepanjang bulan Ogos ini. Bila sebut je produk Nestle pastinya semua dah tahu barang-barang apa bukan? Kalau CR suka beli Milo, Maggi, Kitkat dan Nescafe atau boleh jer klik ni https://pgmall.my/nestle-top-spender-august . 

Apa hadiah yang ditawarkan?? Setiap minggu akan ada 16 Pemenang yang akan memenangi RM50 Grab dan PG Mall Voucher dan akan ada 3 Pemenang Utama Bulanan yang akan memenangi RM100 Grab dan PG Mall Voucher. Menarik bukan hadiah dia. Jadi apa lagi, jom cepat-cepat beli barangan produk Nestle bulan ini. Dan jangan lupa juga untuk tebus kupon  RM8 Off dengan pembelian minimum RM80.

Tunggu apa lagi, jom layari laman web PG Mall sekarang!

About PGMall:

Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #ShopNestle #NestleTopSpender #WinwithNestle #PGMall4u #Cashback #points

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat | Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung Orang Asli Teluk Gunung, Pahang

August 5, 2020

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat  Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung Orang Asli Teluk Gunung, Pahang

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat, Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung Orang Asli Teluk Gunung, Pahang |Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19. Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Pahang. 

Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat. 


Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Teluk Gunung dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 47 keluarga Orang Asli. 

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.

“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo. 

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat  Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung Orang Asli Teluk Gunung, Pahang

Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan En Harun dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial. 

“Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau. 

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu. 

Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini. 

“Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling.

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat  Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung Orang Asli Teluk Gunung, Pahang

Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk Kampung Teluk Gunung, Daerah Kuala Lipis di Pahang. 

“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 47 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang En Harun Bin Abdullah. 

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat  Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung Orang Asli Teluk Gunung, Pahang

Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Teluk Gunung.

“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my.

Mohon sumbangan & derma ikhlas untuk RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA

July 24, 2020

Rumah Bakti Nur Syaheera

Mohon sumbangan & derma ikhlas untuk RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA | Rumah Bakti Nur Syaheera ini diilhamkan oleh jawatankuasa bagi mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi menempatkan yatim dan miskin. Memandangkan di kawasan ini terdapat ramai anak-anak yatim dan miskin, maka satu Jawatankuasa dibentuk bagi menjayakan hasrat ini.

Setelah mendapat kata sepakat, maka pada 7hb Mei 2009, Jawatankuasa bersetuju menamakan pertubuhan ini dengan nama Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur dan menamakan rumah anak yatim dan miskin ini dengan nama Rumah Bakti Nur Syaheera. No pendaftarannya adalah 1379-09-WKL.

Pada ketika ini ,bilangan anak-anak yatim dan miskin yang tinggal disini adalah seramai 30 orang dan bilangan ini akan ditambahkan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan. Segala pengurusan, pentadbiran dan perbelanjaan anak-anak yatim ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pihak Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur.

Objektif Penubuhan Rumah Bakti Nur Syaheera

  1. Memberi keperluan asas kepada anak anak seperti makan, minum, tempat tinggal, peralatan sekolah dan lain-lain mengikut kemampuan pertubuhan
  2. Memberi pelajaran akademik dan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak di bawah jagaan pertubuhan
  3. Mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna di masa hadapan dan membantu memajukan diri
  4. Melatih dan mendidik anak-anak berdikari sendiri

Buat masa ini, sumber kewangan hanyalah bergantung semata-mata dari derma yang diterima daripada dermawan-dermawan yang budiman.

Baru-baru ini, Tuan Rumah yang mereka sewa selama ini telah menyuarakan hasrat untuk menjual salah sebuah rumah daripada tiga buah rumah yang telah mereka menyewa daripada beliau iaitu rumah tengah yang bernombor 25 , manakala rumah bernombor 23 & 27 kekal dalam sewaan selepas hampir 11 tahun anak-anak mendiami rumah berkenaan.

Justeru itu, Pihak Jawatankuasa amat mengalu-alukan dan mengharap akan dana sumbangan para dermawan mulia yang prihatin bagi menjayakan hasrat pembelian rumah ini. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayahNya kepada para dermawan sekalian.

MOHOM SUMBANGAN & DERMA IKHLAS DARI TUAN/PUAN SEMUA

Bagi Tujuan Pembelian Rumah yang beralamat No 25 Jalan Jaya Baru 3, Taman Jaya Baru, 56000 Cheras Kuala Lumpur.

Kos Pembelian : RM670,000.00
(Ringgit Malaysia Enam Ratus Tujuh Puluh Ribu Sahaja)

Status Terkini : Sewaan

Sumbangan boleh disalurkan ke :
MAYBANK ISLAMIC ¦ 564856111166

Boleh menghubungi 

Pengerusi Rumah Bakti Nur Syaheera Johari Bin Haji Basri (012-2922542) /
Pengerusi Bersama Suzana binti Jafar (012-2002542) untuk pertanyaan


Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap

July 20, 2020

Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap

Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap | Durian ialah buah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Di samping manfaat makan durian yang hangat diperkatakan, ada juga efek makan durian yang ramai tidak sedar!

Buah ini amat digemari kena isinya yang manis dan lemak berkrim.

Tapi, apabila makan durian mesti anda terfikirkan tentang semua mitos yang berkisar tentang raja buah ini bukan? Ada macam-macam pantang larang kalau berkenaan makan durian.

Tapi, yang lebih penting lagi ada ke kebaikan makan durian? Sejauh manakah kebenaran semua mitos ini? Boleh percaya ke?

Kalau anda nak tahu lebih lanjut, jom, ikuti artikel kami di bawah.

Mitos 1: Jangan makan durian dengan alkohol. Boleh bawa maut!


Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap

Mitos ini sudah lama berlegar-legar dalam kalangan pemakan durian yang tegar. Tapi, betul ke makan durian dengan arak boleh menyebabkan kematian?

Durian mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. Makanan yang kaya dengan karbohidrat mengandungi banyak fiber yang tidak dapat diuraikan oleh badan.

Walaupun fiber bagus untuk kesihatan, terlampau banyak serat juga akan membuatkan anda rasa kembung perut. Ini merupakan salah satu keburukan makan durian secara berlebihan!

Samalah seperti minuman beralkohol seperti arak. Minum arak dan makan durian boleh menyebabkan perut anda rasa tak selesa.

Anda mungkin akan alami kembung perut, tapi tak adalah sampai membawa maut!

Mitos 2: Makan durian bersama buah sejuk seperti manggis

Dalam perubatan moden, tidak ada istilah mengenai buah sejuk ataupun panas. Malah, kenyataan ini langsung tidak disokong oleh kajian saintifik.

Manggis dan durian selalunya berbuah dalam musim yang sama. Mungkin mitos ini timbul untuk mengelakkan orang ramai daripada membazir.

Yelah, kalau semua orang nak makan durian, siapa nak makan manggis?

Mitos 3: Durian mempunyai kolesterol yang tinggi


Berita baik untuk penggemar durian. Antara kebaikan makan durian ialah buah ini tidak mempunyai sebarang kolesterol! Tapi, jangan keliru antara kolesterol dan karbohidrat ya!

Ddurian mengandungi karbohidrat LDL (low density carbohydrate), sejenis karbohidrat yang baik untuk jantung.

Namun, durian masih lagi mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi.

Jadi, individu yang mempunyai kencing manis dan sakit jantung jangan makan terlalu banyak durian ya! Efek makan durian kepada anda mungkin buruk.


Mitos 4: Tingkatkan libido seks antara manfaat makan durian

Jangan tertipu ya! Tidak ada sebarang kajian yang boleh membuktikan bahawa durian boleh tingkatkan libido seks seseorang.

Tetapi, ada juga kebaikan makan durian tau!

Ada kajian yang membuktikan bahawa durian boleh mengurangkan stres dan membantu anda untuk tidur.

Durian mempunyai sejenis asid amino yang bernama tryptophan – asid amino yang boleh menaikkan kadar serotonin dan melatonin di dalam badan.

Dua hormon ini dapat membantu anda untuk kurangkan stres dan juga tidur dengan lebih lena!

Mitos 5: Tak boleh ambil durian dan juga kopi pada masa yang sama!

Mitos bahawa durian tidak dapat dimakan bersama-sama kopi juga adalah tidak benar sama sekali.

Makan durian bersama minuman apapun tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit jantung.

Sakit jantung merupakan satu penyakit yang berlaku akibat daripada tabiat pemakanan seseorang. Oleh itu, jika individu tersebut selalu mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat, maka lebih mudahlah untuk dia menghidap sakit jantung.

Walaupun ada banyak kebaikan makan durian yang kaya dengan vitamin dan mineral ini, anda tetap harus berjaga-jaga supaya tidak terlebih makan.

Mitos 6: Makan durian banyak-banyak boleh akibatkan demam dan batuk

Ini merupakan satu lagi mitos yang awal-awal lagi perlu disangkal.

Tidak ada sebarang kaitan antara makan buah durian dengan demam atau batuk. Makan durian secara berlebihan mungkin boleh buatkan anda rasa kembung perut, tetapi bukannya demam!

Secara saintifik, mungkin makan durian boleh meningkatkan sedikit suhu badan. Tetapi itu tidak bermakna ia akan menyebabkan batuk ataupun demam!

Mitos 7: Makan durian dengan susu pun tak boleh?

Sama seperti makan durian bersama dengan alkohol, susu juga mempunyai kadar fiber dan karbohidrat yang tinggi.

Minum susu secara berlebihan pun boleh sebabkan kembung perut, apatah lagi minum susu sambil makan durian!

Ada banyak kebaikan makan durian sebenarnya!

Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap

Durian merupakan buah yang sangat berkhasiat. Banyak manfaat makan durian, setanding dengan gelarannya sebagai raja buah.

Walau bagaimanapun, itu bukan alasan anda boleh makan durian dengan banyak ya! Ada banyak juga efek makan durian.

Dalam apa jua keadaan, beringatlah supaya mengambil makanan dalam keadaan sederhana. Amalkan panduan pemakanan sukusukuseparuh yang disarankan kerajaan.

Jika anda rasa tidak selesa selepas makan terlalu banyak durian, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor di klinik yang berdekatan ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Lirik Lagu Luka- Madam (Ost Jalan Sesat ke Syurga)

July 19, 2020

Lirik Lagu Luka- Madam

Lirik Lagu Luka- Madam | Seperti kebiasaannya,CR akan buka siaran radio SuriaFm setiap kali naik kereta mahupun duduk dirumah. Pada suatu pagi masa ondaway nak ke tempat kerja, dengar satu lagu ni buat pertama kalinya. "Oh best la lagu ni,siapa la nyanyi. Ok ingat lirik dia jap sebaris dua" . Tapi bila cari tak jumpa sebab dah terlupa bila sampai tempat kerja. HAHA. 

Lepas beberapa hari, dengar semula lagu ni terus record dalam handphone sebab nak dengar betul lirik lagu tu. Haha gigih tak sis? :) Cari dalam google tak jumpa, cari dalam youtube lepas beberapa kali percubaan baru jumpa. Bila dah jumpa tu, happy giler macam jumpa harta karun.


Rupanya lagu yang CR cari selama ini adalah berjudul Luka nyanyian kumpulan Baru iaitu Madam. Madam membawa maksud "Men of Another Day, Another Music" yang terdiri daripada Putera selaku vokalis, Azuan selaku pemain bass, Herman selaku pemain dram dan Fadhil selaku pemain gitar. Putera tu kalau tak silap pernah masuk Mentor patut la suara best. 

Siapa yang tak pernah dengar, jom kita dengarkan.


Lirik Lagu Luka - MADAM

Lagu & Lirik - Ziin


Kau biarkan ku sendiri terus sepi
Tiada dirimu disaat ku perlu
Gelap hariku bila mengenangkanmu
Tinggallah aku yang masih berharap

Tak bisa ku lari dari memorimu
Bayanganmu muncul selalu menggangguku

Andai bulan bicara
Hapuskanlah rasa ini
Tentang dia yang ku puja
Telah bahagia bersamanya
Agar aku masih mampu
Menerima cinta lain
Walau sakit biar luka
Harus ku teruskan jua

Ku teruskan jua...

Tak bisa ku lari dari memorimu
Bayanganmu muncul selalu menggangguku

Kau biarkan ku sendiri terus sepi
Tiada dirimu disaat ku perlu
Gelap hariku bila mengenangkanmu
Tinggallah aku yang masih berharap

Andai bulan bicara
Hapuskanlah rasa ini
Tentang dia yang ku puja
Telah bahagia bersamanya
Agar aku masih mampu
Menerima cinta lain
Walau sakit biar luka
Harus ku teruskan jua

Tuhan...
Hapuskanlah rasa ini
Tentang dia yang ku puja
Telah bahagia bersamanya
Agar aku masih mampu
Menerima cinta lain
Walau sakit biar luka
Harus ku teruskan jua


Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!

Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!



Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA! Susah tidur malam isu yang sering dialami oleh individu dewasa. Namun tanpa disedari masalah tidak cukup tidur ini boleh mendatangkan impak bahaya kepada diri.


Susah tidur malam bukan perkara remeh!


Bagi individu yang sering berdepan tekanan, sama ada melibatkan tugasan kerja atau peribadi, kurang tidur atau susah untuk melelapkan mata adalah masalah biasa.

Tidak tidur semalaman boleh membuatkan anda berasa lemau. Anda mungkin akan mengalami sakit kepala, berasa tidak selesa dan sukar menumpukan perhatian kepada tugasan harian.

Keletihan dan tidak cukup tidur boleh memberikan banyak kesan buruk kepada diri. Cuma ia jarang sekali menyebabkan kematian.

Walaupun begitu, dalam keadaan tidak mendapat rehat yang mencukupi, ia boleh meningkatkan risiko anda kemalangan ketika memandu atau melakukan pekerjaan berbahaya.

Apa yang dimaksudkan tidak cukup tidur?


Apabila anda tidak mendapat tidur yang mencukupi untuk 1 atau 2 jam setiap malam, ia boleh mengakibatkan hari anda menjadi tidak produktif.

Ia bukanlah sesuatu yang berbahaya, bukan?

Tetapi apabila anda secara kerap susah tidur malam, ia akan memberikan kesan kepada tahap kesihatan anda dengan cepat. Antaranya: 
Masa tindak balas yang lebih perlahan
Perubahan emosi
Risiko lebih tinggi untuk mengalami penyakit fizikal
Memburukkan simptom kesihatan mental

Susah tidur malam untuk tempoh lama


Apa pula yang akan berlaku jika anda tidak dapat tidur semalam atau untuk tempoh yang panjang daripada itu?

Anda mungkin biasa susah tidur malam untuk 1 atau 2 malam. Ini mungkin kerana anda perlu berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan tugasan kerja atau thesis.

Umumnya, badan memerlukan tidur untuk memulihkan fungsi badan. Tabiat buruk yang tidak tidur dua tiga malam, boleh mengakibatkan beberapa kesan negatif terhadap badan.

Semakin lama anda tidak tidur malam, semakin buruk akibatnya. 

1 hari

Berjaga untuk tempoh 24 jam boleh mempengaruhi anda dengan cara yang sama seperti mabuk.

Berdasarkan penyelidikan, individu yang tidak cukup tidur untuk tempoh 20 hingga 25 jam, boleh mempengaruhi fokus dan prestasi seperti tahap alkohol darah (BAC) 0.10%.

Di kebanyakan negara, anda dianggap mabuk apabila mempunyai bacaan BAC 0.08%.

Sekiranya anda berjaga sepanjang hari, amat disarankan untuk mengelakkan memandu atau melakukan sesuatu yang berbahaya.

bahaya tidak tidur

Kurang tidur juga mendatangkan kesan seperti:
  • Rasa mengantuk di siang hari
  • Kelam-kabut
  • Perubahan emosi seperti mudah marah
  • Sukar membuat keputusan atau menumpukan perhatian
  • Rasa menggigil atau ketegangan otot
  • Kesukaran untuk mendengar atau melihat

1.5 hari

Selepas 36 jam anda susah tidur malam, anda akan mula mengesan akibat yang lebih buruk kepada tahap kesihatan dan fungsi badan.

Gangguan yang berpanjangan kepada kitaran berjaga-tidur menyebabkan diri berada di bawah tekanan.

Sebagai tindak balas, badan akan meningkatkan pengeluaran hormon stres, iaitu kortisol.

Apabila berlaku ketidakseimbangan hormon, ia boleh memberikan kesan kepada fungsi dan tindak balas khas badan.

Anda mungkin akan menyedari perubahan kepada mood dan selera makan, peningkatan tahap tekanan, menggigil atau perubahan suhu badan.

Pengambilan oksigen juga berkurangan apabila anda telah berjaga untuk sepanjang tempoh ini.

Kesan lain apabila tidak cukup tidur untuk tempoh 36 jam termasuklah:
  • Ingatan bercelaru
  • Tenaga dan motivasi berkurangan
  • Tahap fokus yang singkat atau ketidakupayaan untuk kekal memberi perhatian
  • Kesukaran kognitif, termasuk kesukaran membuat keputusan
  • Keletihan dan rasa mengantuk yang kritikal
  • Masalah untuk bercakap dengan jelas atau mencari perkataan yang tepat

2 hari

Tidak tidur selama 48 jam, menyebabkan anda sukar berhubung dengan persekitaran anda.

Kesan umum susah tidur malam akan bertambah buruk. Anda akan semakin sukar menumpukan perhatian atau mengingati sesuatu perkara. 

Kecenderungan untuk jatuh sakit meningkat kerana sistem kekebalan badan tidak mampu melawan penyakit seperti biasa.

Masalah microsleep adalah kesan paling bahaya yang boleh berlaku. Ia apabila anda hilang kesedaran untuk tempoh singkat, daripada beberapa saat hingga 30 saat. 

bahaya tidak tidur

3 hari

Pada tempoh ini segalanya akan menjadi semakin pelik. Anda sukar menumpukan perhatian kepada perbualan, tugasan kerja serta pemikiran sendiri.

Jantung anda mungkin akan berdegup lebih laju daripada biasa. Anda juga akan mengalami tekanan, kegelisahan atau paranoia apabila tidak cukup tidur selama beberapa hari.

Persepsi anda terhadap realiti juga akan terjejas. Anda mungkin akan mengalami:
  • Khayalan dan halusinasi
  • Membuatkan anda percaya kepada maklumat yang tidak tepat
  • Mencetuskan fenomena topi, iaitu anda berasa tekanan di kepala


Lebih daripada 3 hari


Tidak tidur selama 3 hari atau lebih adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Kesan sampingan yang disenaraikan di atas akan menjadi semakin buruk. 

Risiko untuk mengalami kemalangan semasa memandu atau melakukan tugasan berbahaya akan meningkat kerana anda cenderung berdepan microsleep. 

Otak akan mula berhenti berfungsi dengan baik dan boleh mengakibatkan kegagalan organ. Dalam kes jarang berlaku, anda berdepan risiko kematian.

Tidur yang mencukupi


Kebanyakan individu dewasa memerlukan tidur antara 7 hingga 9 jam setiap malam. Waktu tidur yang optimum bergantung kepada beberapa faktor termasuk jantina dan usia.

Tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan badan secara keseluruhan. 

Jika anda mengalami masalah susah tidur malam, dapatkan pemeriksaan dengan pakar untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

© Blog Cik Renex •