Selamat Hari Jururawat

Pada tanggal 12 Mei; setiap tahun, seluruh dunia menyambut Hari Jururawat. Begitu juga di Malaysia, ianya disambut sebagai mengenang jasa jururawat yang sanggup mengorbankan masa, tenaga, bertungkus-lumus siang dan malam dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat tanpa mengenal penat lelah. Tidak dapat dinafikan bahawa profession kejururawatan sememangnya pekerjaan yang mulia.

Selamat Hari Jururawat
Keychain Comel dari BYCIKRENEX. Berminat boleh PM Cik Renex


Namun, disebalik tarikh 12 Mei juga, ianya diambil sempena mengingati hari kelahiran seorang jururawat Inggeris iaitu Florence Nightingale pada tahun 12 Mei 1820. Dia juga dikenali sebagai "The Lady with the Lamp" kerana pada zaman perang Crimean (1853-1856), beliau selalu melawat pesakit-pesakit (askar-askar) pada waktu malam dengan lampunya untuk melihat pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan.

Sekiranya di imbas kembali, Jururawat Yang Pertama dalam Islam adalah Rufaidah Bint Sa'ad (570-632 M). Beliau hidup pada zaman Rasulullah, melibatkan diri dalam medan pertempuran sebagai jururawat. Rufaidah mempelajari ilmu perawatan untuk membantu ayahnya. Ayahnya pula merupakan seorang doktor. Rufaidah juga terlibat dalam beberapa peperang, dan peperangan tersebut turut disertai Rasulullah s.a.w. antaranya : Perang Badr (17 Ramadan 2H=17 March 624M), Perang Uhud (11 Syawal 3H=26 March 625M), Perang Khandaq/Ahzab (Syawal 5H=March 627M) dan Perang Khaybar (7H=629M).

Beliau digambarkan memiliki pengalaman klinikal yang dapat disalurkan kepada jururawat lain.Antara beberapa wanita yang bekerja sama dengan Rufaidah adalah Ummu Ammara, Aminah, Ummu Ayman, Safiyah, Ummu Sulaiman dan Hindun. Rufaidah tidak hanya melaksanakan tugas sebagai jururawat dalam aspek klinikal sahaja, malah turut melaksanakan tugas komuniti dan mencari punca masalah sosial yang boleh menyebabkan timbul beberapa penyakit. Keperibadian beliau digambarkan seorang yang luhur dan simpati kepada semua orang dan melayani pesakit dengan baik. Sentuhan keperimanusiaan adalah hal yang penting bagi jururawat

Antara jururawat muslimah terkenal adalah Ku'ayibah, Aminah bint Abi Qays al Ghifariyah, Umm 'Atiyyah al Ansariyah dan Nusaibah bint Ka'ab al Maziniyyah.
Disebalik 12 Mei sempena mengingati Florence Nightingale, kita terlupa akan Rufaidah yang telah menjalankan tugas sebagai jururawat 1,188 tahun sebelum Florence Nightingale dilahirkan.  

9 comments

  1. Selamat Hari Jururawat kepada para nurses di luar sana.. Tugas kalian sungguh murni dengan bekerja seikhlas hati..

    By the way cantik keychain hasil creativity CR..

    ReplyDelete
  2. Baru tau pasal dua2 jururawat tu... Thanks for the sharing, CR.. ❤️

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Jururawat, terima kasih atas jasa dan khidmat menjaga dan merawat kami yang memerlukan. 😊

    ReplyDelete
  4. Selamat hari jururawat kepada semua warga jururawat di seluruh dunia..

    ReplyDelete
  5. Ramadan Kareem reen. Semoga sihat sentiasa. :)

    ReplyDelete
  6. Cantik keychain tu..

    Salam kenal..
    Kalau sudi follow balik naaa..
    www.iradzahir.com

    ReplyDelete
  7. Owh baru taw sebalik hari jururawat ni..

    ReplyDelete
  8. mek anti dengan nurse. hahahahahahha

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex