Cerita Syawal 2018
Assalamualaikum dan Hai. Lamanya tinggal blog, aishhh. Hari ni baru ada masa untuk menaip. Cemburu tengok blogger yang lain yang begitu semangat menaip dan publish entri setiap hari. :) Rasanya belum terlambat untuk Cik Renex mengucapkan Salam Aidilfitri pada semua rakan blogger dan pembaca blog ini. Semoga syawal kali ini memberi sejuta makna kepada kalian semua. Ampun maaf dipinta sekiranya pernah terasa hati dengan penulisan CR yer. Maaf Zahir dan Batin.
Jadi, kali ini CR nak berkongsikan kisah Syawal Cik Renex. Syawal CR masih sama seperti tahun sebelum. Masih beraya "single" hehe. Namun begitu, syawal tetap terasa meriah dengan keluarga CR sendiri dan jugak saudara-saudara yang balik ke kampung. CR takde kampung, rumah yang CR duduk sekarang adalah kampung CR dan tunggu je saudara mara datang beraya ke rumah.
Apa tema baju raya korang? Tema keluarga kami adalah warna Navy blue atau biru gelap. Memang setiap tahun CR dan kakak akan pilih satu warna untuk sedondon satu family. Barulah nampak raya. Hee
Raya ke tiga,kawan-kawan CR pulak datang beraya ke rumah CR. Ketiga-tiga mereka ni adalah kawan CR dari sekolah rendah lagi. Tinggal kami je yang bujang lagi makanya selalu la jumpa kan. Kalau dah berjumpa mulalah lama mengonion. Hehe.
Raya ke 4 Isnin tu CR dah mula bekerja. Dua orang je bekerja masa tu. Bosan lah jugak menunggu sampai habis waktu bekerja tu. CR kerja sehingga hari Rabu je, Khamis dan Jumaat turn CR pulak untuk bercuti. Heee. Kasi can kita pulak raya sakan kan.
Khamis tu juga, CR dah booking untuk photoshoot gambar raya di white Studio di Temerloh. Lambat sikit photoshoot sebab nak tunggu CR cuti, akak pulak balik umah mentua dan jugak tunggu sikecik Farisha tu balik rumah. Dah lengkap semua baru lah boleh ambil gambar reramai kan.
24 comments
Lawanya port ambik gambar hee. Selamat hari raya sis :)
ReplyDeleteIka datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/06/ending-rahsia-hati-perempuan-spoiler.html
Selamat Hari Raya jugak Ika.S
DeleteKat tangga senang nak susun kedudukan, gambar pun cantik.. Selamat hari raya CR..
ReplyDeleteSelamat hari raya, Bestnya balik kampung kumpul ramai2 kan meriah je raya
ReplyDeleteCantik betul rumah awak CR dan gambar photoshoot memang nampak classy.. Walaupun ahli keluarga tak ramai, tapi ianya tetap nampak meriah dan riuh rendah kan.. Apapun akak nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin..
ReplyDeleteWauuu...
ReplyDeleteMeriahnya raya CR
Selamat hari raya reen.. Cantik suasana rumah reen.. Kayu2 suka tengok.. Gambar kat studio pun cantik..
ReplyDeleteSalam Aidilfitri CR,
ReplyDeleteCun cun gambor dia.. 😍
selamat hari raya CR..:)
ReplyDeletekita pun tak cerita pasal raya lagi..hahahaa..blog pun start sebab job..ni baru semangat..org start sekolah, kita pun start kerja.
ReplyDeletecantiknya halaman rumah..kenapa tak photoshot kat laman rumah je..selamat hari raya..maaf zahir batin..
ReplyDeletekawasan rumah cantiknyaaa kemas dan jelas suasana kampung. CT xde da rumah kampung semua jadi batu da. serious lawa memang cantik ambil gambar.
ReplyDeletesalam aidilfitri maaf zahir batin CN ^^
Sama lah kuta. Geng navy blue tahun ni. Cantik kawasan tangga tu untuk bergambar.
ReplyDeleteTeringin nak amik gambar kat studio tapi tak berkesempatan lagi.
Selamat hari raya :)
ReplyDeletefollow sini. harap sudi follow blog ejulz jugak :)
ReplyDeletewarna rumah tu cantik sangat la..
ReplyDeleteselamat hari raya dan maaf zahir batin..
selamat berkenalan sebab saya 'pendatang baru' hahahahaha
Selamat hari raya Aidilfitri CR.
ReplyDeleteCantik tema color navy blue.
Itulah Mrs. A pun ada plan nak bergambar sekeluarga kat studio harap-harap menjadilah
Salam aidilfitri CR.... comey blako sek kita... hehe
ReplyDeletewah! beraya sakan cik renex thn ni.
ReplyDeleteAlahai comelnya rumah tu..teringin nak datang beraya kat rumah unik camni..
ReplyDeleteSalam Aidilfitri jugak cik renex!!! ^^
ReplyDeleteCantik rumah CR. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin...
ReplyDeleteraya di kampung ni lain suasananya berbanding di bandar
cntiknya smua.. selamat hari raya CR.. sempat lagi kan busyra nak wish. hehe
ReplyDeletetahun ni ramai yg ambik dekat white studio kan. mek pn macam teringin jgk sbnrnya. hikhik. slmt hr raya babyy
ReplyDeleteTerima kasih atas komen dan pendapat anda.