Lirik Lagu Hajat , Hael Husaini

Hajat , Hael Husaini

Assalamualaikum dan Hai. Siapa dah dengar lagu baru Hael Husaini yang bertajuk Hajat? Cik Renex baru dengar tadi di youtube. Wah baru je keluar lagu ni dah jadi trending di Youtube. Tahniah Hael Husaini. Selepas single lagu Jampi dan Haram,  kini Hael keluarkan lagu baru lagi. Boleh tahan best lagu dia.

CR suka Official Music Video Hajat ni kerana selalu kebiasaannya video akan menggunakan model yang slim melim kan. Kali ni Hael membuat kelainan dengan menjemput 3 model yang bersaiz XL iaitu Sherry , Syuhada dan Pola Thai. Macam tak sangka Pola Thai pun ada dalam videoklip ni. hehe. Yang pasti Sherry dan Syuhada atau Dottie memang cantik gilaaaa.

Siapa yang tak dengar lagi boleh dengar di youtube yer. Seperti biasa CR akan kongsikan lirik lagu baru Hajat ni. Jom layannn.


Lirik Lagu Hajat , Hael Husaini

Lagu: Hael Husaini, Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini, Ezra Kong


Jika kau mahu sesuatu 
katakan padaku
Jika kau mahu diriku 
ku sedia untukmu 

Dan jika kau mahu kan jiwaku 
hambakan cintamu 
Pasti hajat kamu 
kamu kamu akan ku tunaikan 

Jangan curiga Harus percaya 
Ikhlas hati ku berkata 

Terseksa, untuk mencintanya 
Mencinta, untuk diseksanya 
Terpaksa atau rela, janji kau bersama 
Bila tiba waktu kamu harus bercincinkan aku 

Jika kau mahu ku rindu 
ku bayangkan wajahmu 
Jika masih ragu-ragu 
ku lagukan padamu 

dan jika kau mahukan jiwaku 
hambakan cintamu 
Pasti hajat kamu 
kamu kamu akan ku tunaikan


2 comments

  1. Oh lagu terbaru Hael ye..belum sempat view ni. Jap lagi boleh la singgah Youtube kejap hehe. Minat juga la si Hael ni sebenarnya :)

    ReplyDelete
  2. HH pun antara penyanyi yg produce lagu2 yg best. Suara pun sedap. Nak tgk juga lah kat YouTube lagu baru dia ni.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex