Apa itu Larian Maya @ Virtual Run dan Cara menyertainya?

Apa itu Larian Maya @ Virtual Run dan Cara menyertainya?


Apa itu Larian Maya @ Virtual Run? | Assalamualaikum dan Hai. Kembali bersiaran setelah lama tak menaip di blog terchenta. Entri pertama untuk tahun 2020.  Kali ni Cik  Renex nak berkongsi satu info kepada anda semua iaitu berkaitan Larian Maya atau Virtual Run. Mungkin ada pembaca blog CR azam tahun baru nk menyertai Larian Maya ni. hehe.  CR dah pernah beberapa kali menyertai Larian Maya/Virtual Run ni dan mungkin ada yang masih tidak tahu apa itu Larian Maya/Virtual Run ni dan cara nak menyertainya. 

Sebelum bermula, tahu ke apa itu Larian Maya/Virtual Run? Larian Maya adalah kita menyertai event larian tersebut tanpa perlu ke tempat event tersebut dan bebas berlari dimana-mana sahaja yang kita nak mengikut keselesaan kita sendiri. Yang penting, kita berlari dalam tempoh masa yang di berikan. Selain daripada berlari, kita boleh berjalan sahaja, berlari atas threadmill dan sebagainya.


Larian Maya ini juga sesuai untuk orang yang sibuk untuk ke event kerana apabila kita daftar larian samada Fun Run, Half Marathon ataupun Full marathon, kita perlu dan terikat dengan jadual masa pihak penganjur . Sesetengah event juga ada Cut-off-time dimana kita perlu berlari dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tapi, dengan menyertai larian Maya kita boleh berlari mengikut masa kita sendiri. Ada juga sesetengah virtual run yang kita boleh buat larian secara terkumpul.

Selain itu juga, ia menjimatkan wang kita juga sebenarnya huhu. Sebagai contoh duit minyak untuk ke sesuatu pertandingan yang jauh. Jika berdaftar dengan Larian Maya, berlari sekitar kawasan rumah pun boleh. Jimat masa dan wang. :)

Medal yang ditawarkan juga sangat la comel dan menarik. Pelbagai design yang boleh kita pilih. Berikut adalah contoh medal yang CR pernah sertai untuk Virtual Run ni.

Apa itu Larian Maya @ Virtual Run dan Cara menyertainya?

Apa itu Larian Maya @ Virtual Run dan Cara menyertainya?

Apa itu Larian Maya @ Virtual Run dan Cara menyertainya?

Comel dan Rare kan. Rasa tertarik tak nak menyertai tu? Kalau berminat jom kita teruskan dengan cara-cara menyertai Larian Maya/Virtual Run ini menggunakan apps 42race.

Cara menyertai Larian Maya/Virtual Run

1. Muat turun aplikasi 42race di Google Play atau berdaftar di website 42race.

Cara daftar Virtual Run


2. Bila dah siap install dalam handphone boleh la kita daftar samada melalui Facebook atau email kita.



Apa itu Larian Maya @ Virtual Run dan Cara menyertainya?

3. Selesai daftar kita akan dapat masuk ke dalam aplikasi 42race. Terdapat banyak event di situ, pilih je mana yang berkenan.

Apa itu Larian Maya @ Virtual Run dan Cara menyertainya?

4. Sebagai contoh, CR pilih Polar Virtual Series Run. Klik 'Register'.

Apa itu Larian Maya @ Virtual Run dan Cara menyertainya?

5.  Pilih kategori berapa Kilometer jarak yang kita nak. Bermula dari 3Km dan CR memang selalu daftar 3km ajer. haha.  Medal engraving tu untuk kita ukir  nama  kita atas medal tu. Baru lah special medal kita sebab ada nama kita kan.


Apa itu Larian Maya @ Virtual Run dan Cara menyertainya?

6.  Kemudian klik 'Next' untuk proses seterusnya iaitu isi maklumat untuk pengeposan.

Apa itu Larian Maya @ Virtual Run dan Cara menyertainya?

7. Proses seterusnya adalah untuk pembayaran. Kebiasaannya, harga untuk satu event RM29.99 termasuk kos penghantaran.



Apa itu Larian Maya @ Virtual Run dan Cara menyertainya?

8. Selesai pendaftaran, di bahagian bawah akan ada tulis event apa yang kita daftar.  Jadi kita perlu lari dalam tempoh masa yang dia berikan. 

Apa itu Larian Maya @ Virtual Run dan Cara menyertainya?

Bila tiba masa tarikh tersebut, kita hanya perlu rekod larian kita menggunakan aplikasi Strava atau lain-lain. Macam CR terus auto connect antara Strava dan 42race. Kalau taknak connect terus, anda hanya perlu screenshot bukti larian dan submit di ruangan tersebut. Selepas 2 minggu, medal akan sampai pada kita. Yeay. Mudah jer kan. Selain daripada 42race banyak lagi aplikasi virtual run. Selamat mencuba!




21 comments

  1. Waalaikumussalam. Allahu comey comey sungguh la semua medal tu 😍

    ReplyDelete
  2. macam menarik jer virtual run ni reen, tertanya2 jugak macam mana nak masuk virtual run ni kan? thanks reen utk pencerahan, moga lepas bersalin, IQ akan jadi rajin untuk lari2 dan kurus balik. haha!

    ReplyDelete
  3. bgos ni CR! kot la sy terrajin nk join run2 jgk.. haha

    ReplyDelete
  4. Seronoklah tgk reen lari2..kalau zaza tak tau la semput agaknya 😁.. Dh lama sgt tak berlari2 gini..

    ReplyDelete
  5. wow..menarik ni..el pun tak sempat nak join run kat luar sn..sbb masa xde yang sesuai..bolehlah try apps 42race ni..siap boleh dpt medal..bestnya

    ReplyDelete
  6. Wah menarik sangat nie.. nanti Kak Sue nak join juga lah. Tq for sharing tau..

    ReplyDelete
  7. ada rupanya run yang macam ni.. baru tahu..thnks for sharing CR :-)

    ReplyDelete
  8. Menarik ni.. Lain dri yang lain.. Medal pun comel snagat.. Boleh nanti install..

    ReplyDelete
  9. Wah bersusun dah madel, tahun lepas dapat juga berlari virtual run nih.. tapi lepas tu ada masalah kat kaki terus stop! sedihnye.. good luck tau... kumpul madel banyak2

    ReplyDelete
  10. Xpenah lagi join run macamni. Bukan malas tapi kawasan area wawa skrg ni susah nk jumpa run ni..

    ReplyDelete
  11. Wah bagusnya daftar larian secara maya ni. Nanti nak try jugaklah.

    ReplyDelete
  12. Cantik gila medal dia. Macam menarik je larian maya ni..kalau free leh je join

    ReplyDelete
  13. kalau gitu nak join la. mudah sbb buleh berlari di kwsan taman perumahan je.

    ReplyDelete
  14. alahai..medal2 nya cute semuanya.. takde la sendu medal macam dulu2 bulat je..

    ReplyDelete
  15. Ehhh menarik pulak apps ni.
    Part best tang hadiah dia tu. Heheh

    ReplyDelete
  16. Wah best nyer and the medals ara so cool, will check it out.

    ReplyDelete
  17. suke gila tgk akak pegi run sana sini. jeles ray !

    ReplyDelete
  18. comel2 kan medal yang diberikan.. puas hati bila da complete diorang hantar. tapi kite tak join hehe sebab tahu x larat nye.. kite support jele kawan2 yang join =D

    ReplyDelete
  19. Salam, saya nk tnya. Untuk walking event yg free fee tu dapat tak medal? Sebab saya dah habiskan yang pusingan tu dan tarikh dah off tapi masih belum ada khabar? Yang larian ni masih belum faham macam mna nak submit gambar screenshot tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. untuk free fee memang tak dapat medal. dapat badge je dalam apps tu

      Yang larian tu pulak nanti di bahagian profile-bawah sekali ada ruangan submit. nanti upload gmbr screenshot di situ

      Delete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex