Cara tukar 'Dark Mode' / Mod gelap Whatsapp untuk pengguna Android

by - Thursday, March 05, 2020

Cara tukar 'Dark Mode' / Mod gelap Whatsapp untuk pengguna Android


Cara tukar 'Dark Mode' / Mod gelap Whatsapp untuk pengguna Android | Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Ada berita baik untuk pengguna setia Whatsapp. Aplikasi Whatsapp akhirnya menawarkan Mod Gelap@Dark Mode untuk penggunanya. Semalam rasanya trending di Laman Sosial Facebook dan Instagram mengenai fungsi baru ni. Sesetengah orang memang menantikan dark mode whatsapp kerana bagi mereka ianya lebih nampak menarik. 



Cara untuk tukar Dark Mode Whatsapp pun sangat mudah. Jom kite tengok step-by-step. Yang CR tunjukkan ini adalah untuk pengguna Android sahaja yer.

1. Buka aplikasi Whatsapp di telefon pintar anda

Tukar whatsappp jadi dark mode

2. Klik tiga titik di bahagian atas kana  sekali. Klik Settings. 

Tukar dark mode whatsapp

3. Klik Chats. 

Whatsapp jadi dark mode

4. Klik Theme

Whatsapp tema gelap

5. Pilih la Dark. 

Cara tukar 'Dark Mode' / Mod gelap Whatsapp untuk pengguna Android

6. Dah siapppp. 

Cara tukar 'Dark Mode' / Mod gelap Whatsapp untuk pengguna Android

Mudah sangat caranya. Cubalah nanti. Kalau rasa pelik boleh tukar semula setting kepada Light. Dah jemu light, tukar semula Dark mode. 

Bagi CR, bila dah tukar kepada setting Dark Mode, rasa lain macam bila berwhatsapp. Rasa tengah guna Telegram & Twitter. Sebelum ni kan putih suci tiba-tiba bertukar gelap. Takpe, kita cuba dulu gunakan Dark Mode. 

Jadi, selamat mencuba semuanya. OH YA, PASTIKAN ANDA UPDATE APPS WHATSAPP TERLEBIH DAHULU DI PLAY STORE JIKA TIADA KELUAR SETTING THEME. 



You May Also Like

11 comments

  1. www.magspremiums.com MAGS PREMIUMS Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!

    ReplyDelete
  2. fon sy xdpt tukar.. xde theme..
    kena tukar fon baru agknye.. hahahaha..

    ReplyDelete
  3. Tak tau plak WhatsApp pun ade dark mode... Hehehe... Nak g cuba buat laa

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam. haha tak penah tau pun. nasib baik baca post ni >.<

    ReplyDelete
  5. boleh try ni. hehe. tp kena update dlu.. tq CR :)

    ReplyDelete
  6. Terus buat sambil baca post ni. Thank you CR ^_^

    ReplyDelete
  7. wassap business apps pun bolehh ke?

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.