Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang

by - Wednesday, April 28, 2021


Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang


Cara Bayar Zakat Fitrah secara dalam talian (Online) Negeri Pahang ︱Assalamualaikum dan Hai. Lama sangat tak kongsi cerita di blog, rindu. Sedar tak sedar kita dah masuk ke pertengahan Ramadan dah. Bagaimana Ramadan kali ni? Sama seperti tahun lepas atau lebih bermakna? Tahun lepas CR sempat juga berbuka dengan akak CR sebab masa PKP tahun lepas dia ada di rumah. Tahun ni kami bertiga je la berbuka puasa. Nak buat macam mana kan, REDHA. 



Bagi umat Islam yang sedang menunaikan ibadah puasa, adalah disunatkan untuk mereka yang berkewajipan untuk membayar Zakat Fitrah 2021 dalam bulan Ramadhan ini. Anda da bayar zakat fitrah belum?CR dah bayar baru ini tetapi bayar secara Online sahaja. Selalunya akan ada wakil Amil datang ke tempat kerja CR, jadi mudah la nak bayar pada amil sahaja. Tetapi tahun ni macam tak ada je, jadi CR bayar je la secara dalam talian.

Sebelum tu , anda tahu tak apa itu Zakat Fitrah? Zakat fitrah adalah zakat yang wajib ke atas lelaki dan perempuan muslim, tua dan muda untuk dirinya, keluarga dan orang lain yang menjadi tanggungannya berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh syara’

Antara syarat Zakat Fitrah ialah:

I. Individu merupakan seorang muslim.
II. Hidup sehingga terbenam matahari akhir Ramadhan atau meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
** Bayi yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau meninggal dunia sebelum terbenam matahari akhir Ramadhan tidak wajib zakat fitrah.
III. Memiliki harta lebih untuk dirinya sendiri dan keluarganya pada hari raya dan malamnya.

Kewajipan berzakat telah dinyatakan di dalam surah al-Baqarah ayat 110 yang bermaksud: “dan dirikanlah solat serta keluarkanlah zakat.” Serta dalil daripada surah Ibrahim ayat 31 yang bermaksud: “hendaklah mereka mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka”. Berdasarkan dalil tersebut dapat disimpulkan bahawa mengeluarkan zakat sama ada zakat harta atau zakat fitrah adalah kewajipan yang telah ditetapkan kepada seluruh umat Islam dan kita dilarang untuk mengingkarinya apabila mencukupi syarat wajib.

 Waktu mengeluarkan zakat fitrah adalah seperti berikut:

I.    Waktu harus: iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
II.   Waktu wajib: iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
III.  Waktu afdhal: iaitu selepas solat subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum
mengerjakan solat sunat Aidil Fitri.
IV.  Waktu makruh: iaitu selepas solat sunat Aidil Fitri sehingga terbenam matahari.
V.   Waktu haram: iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Penerima Zakat

Penerima Zakat telah ditetapkan kepada 8 golongan asnaf (fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah, ibnu sabil). Namun ulama mengutamakan penerima zakat fitrah adalah asnaf fakir, miskin, amil dan muallaf.




Hikmah mengapa Allah mensyariatkan zakat adalah supaya hamba-hambaNya dapat menyucikan harta daripada hak orang lain dan diri daripada sifat bakhil dan menjadi hambaNya yang bersyukur terhadap nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka serta dapat berkongsi kegembiraan bersama golongan fakir miskin.
(Sumber : Website MUIP)


Bila dah ada cara mudah untuk bayar, maka kita bayar je la guna online. Tetapi kalau anda senang jumpa amil, boleh je bayar direct pada amil okay. Ini untuk mana-mana yang tak sempat. Jom tengok step-by-step bayar zakat online untuk negeri Pahang sahaja iaitu sebanyak RM7.00 seorang.

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang


1. Masuk website https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/index.php  dan pilih BAYARAN ZAKAT FITRAH.

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang

2. Lengkapa maklumat yang diminta.

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang

3. Kemudian klik pada BUTIRAN PEMBAYARAN dan akan keluar macam gambar di bawah ini dan klik simbol '+'.

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang

4. Untuk ruangan ini anda pilih la berapa orang yang anda ingin bayarkan zakat fitrah pada tahun ini. Bila dah siap klik SIMPAN.

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang

5. Bila dah betul jumlah bayaran klik SETERUSNYA UNTUK BAYAR.

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang

6. Baca dulu lafaz niat bayaran Zakat Fitrah , kemudian baru klik di bahagian bawah sekali untuk pilih bank yang anda ingin . Dah siappppp. 

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang


Mudah je kan. Tapi ada caj 50sen la untuk servis fpx tuu. 

Cara bayar Zakat Fitrah secara dalam talian 'Online' Negeri Pahang

Kalau nak resit macam resit CR di atas ni, pergi semula ke website Muip yang CR share diatas tadi dan klik bahagian RESIT ZAKAT FITRAH dan masukkan no IC dan juga no rujukan anda. Jangan salah daftar IC yer nanti tak boleh nk detect dah. huhu. 

Selamat berpuasa semuanya!!
 

You May Also Like

4 comments

  1. Buat masa ni, bayar secara online jauh lebih mudah dan selamat.

    ReplyDelete
  2. perak pun ada juga. semua dah ada. memudahkan zaman covid ini

    ReplyDelete
  3. x bayar lagi zakat ni... boleh la buat secara online.. mudah sikit...

    ReplyDelete
  4. Dah ada apps yer.. boleh la suruh adik guna nie sbb dia kat Pahang

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.