jom
Showing posts with label jom. Show all posts

CRJJ ke Temerloh & Mentakab je

October 27, 2017

Assalamualaikum dan Hai

CRJJ ke Temerloh & Mentakab je | Nampak sangat tiada idea bila letak tajuk entri macam ni. Hari tu kakak Cik Renex pernah tanya CRJJ tu apa? Sebab dia perasan CR suka letak #CRJJ bila di Instagram mahupun Facebook. Sebenarnya CRJJ itu adalah singkatan kepada Cik Renex Jalan Jalan. Maka terjadi lah hashtag CRJJ tu.

CR suka berjalan tempat baru dan view yang cantik sebab nak bergambar. Sesungguhnya diri ini gila bergambar lagi2 bila tempat tu lain dari yang lain dan ada yang menarik. Sebab itu lah instagram CR dah macam album online.

Selasa baru ni, kami yang berada di Pahang cuti sempena hari keputeraan Sultan Pahang. CR baru balik dari bercuti di Kluang makanya memang malas nak berjalan2 dah. Petang tu je keluar sekejap ke Temerloh dan Mentakab cari barang dapur dan ke Mr. DIY di Starmall mentakab.Lepas tu teringat ada orang share gambar lukisan dinding di Mentakab. Dah alang-alang terus ajak ma pergi sana. Jadinya CR nak berkongsi dua tiga gambarnya.


Mentakab
Ni lah lukisan dinding di Mentakab. Cantik. Pandai dan kreatif orang yang melukis wall art ni.

Mentakab
Adik Cik Renex berposing depan landasan keretapi. Hee

Pahang
Gambar ni bukan di Mentakab tapi di Temerloh. Sebenarnya ni kedai yang supply bumbung,pintu keselamatan dam lain-lain lagi. Tu dia display contoh-contoh kat luar tu. CR nampak tempat ni cantik,tu suka ambil gambar kat sini. Masa birthday bulan 2 hari tu pun sempat posing kat sini.hehe



Sebabkan diri ini tak cun, makanya kena ambil gambar acah-acah tak pandang kamera. Huhu



Tempat menarik lain di Temerloh selain daripada restoran Ikan Patin Tempoyak adalah Kubang Gajah Waterpark . Hee. Nak jauh sikit boleh ke Kuala Gandah Lanchang tengok gajah dan ke Deerland tengok rusa dan haiwan lain. 😊 . Nak mandi air terjun boleh la ke Air Terjun Chamang di Bentong lak.


Ok lah sekian update untuk hari ini. Diharap lepas ni banyak lagi pembaharuan di sekitar Temerloh dan Mentakab. Kalau banyakkan lukisan dinding mesti cantik kawasan bandar tu. Baca sini untuk Laman Kreatif Kluang.

© Blog Cik Renex