Travel
Showing posts with label Travel. Show all posts

Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang

January 29, 2020

Temerloh Titik Tengah Semenanjung

Monemun Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang | Assalamualaikum dan Hai. Seperti yang kita sedia maklum, Temerloh begitu sinonim dengan gelaran Temerloh, Bandar Ikan Patin. Bila sebut je Temerloh memang terus terbayang ikan patin masak tempoyak kan? CR pun tak pernah bercerita lagi tentang ikan patin di blog, inshaAllah next post. Namun kini, Temerloh telah ada lagi satu gelaran iaitu Temerloh Titik Tengah Semenanjung(TTTS). 

Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang
Sumber Gambar : FACEBOOK


Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang

CR berpeluang singgah ke Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung semasa ontheway ke Kuala Lumpur melalui jalan lama. Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung ini terletak di Kampung Paya Siput Lanchang Temerloh Pahang. Tapi kelihatan tempat ini masih belum dibuka untuk orang awam sepenuhnya. Cuma ada yang singgah sebentar untuk bergambar sahaja. Masa CR singgah singgah tu tahun 2019, untuk tahun 2020 CR tak pasti sama ada sudah dibuka sepenuhnya atau belum.

Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang

Kawasan Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung agak luas juga dan sangat la cantik landskapnya. Hijau tenang. Ada tasik di tengah2nya. Nak ke monumen tu pun takde la jauh sangat berjalan kakinya. Hanya perlu singgah di tepi jalan-parking kereta- berjalan kaki sedikit untuk ke monumen tersebut.



KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah berkenan berangkat ke Majlis Persembahan dan Taklimat dan Lawatan Titik Tengah Semenanjung pada 26 Ogos 2019 tahun lalu. Kebawah Duli Tuanku telah dipersembahkan taklimat mengenai monumen tersebut dan kompleks Titik Tengah Semenanjung oleh East Coast Economic Region (ECER) - sumber Instagram House Of Pahang.


6 Fakta Menarik Mengenai Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung

1. Daerah Temerloh bukan sahaja terkenal dengan Bandar Ikan Patin, malah kini mempunyail kedudukan Titik Tengah Semenanjung Malaysia.

2. Terletak di Kampung Paya Siput, Lancang di antara jalan raya lama yang menghubungkan Karak dan Temerloh.

3. Melalui kaedah topografi, kiraan jisim dan kaedah matematik, JUPEM telah memilih utk mengambilkira kiraan matematik sebagai asas penentuan titik tengah tersebut.

4. Titik rujukan peta boleh dirujuk sebagai:

03 29 33U / 102 13 10T
3.4925U / 102.219444T
RSO: X 469519.6934 / Y 386358.7627

5. Titik sebenar jatuh di bawah sebuah madrasah dalam tanah wakaf sekolah pondok dan titik tengah telah dialih sedikit (120m arah bearing 020).

6. Mercu monumen dicondongkan menghala ke arah kiblat dgn pacakan 5 batang buluh mewakili rukun Islam.
Sumber : Facebook

Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang

Temerloh Titik Tengah Semenanjung

Sebelum ini ada yang beranggapan KM 0 di Kuala Lipis adalah titik tengah semenanjung Malaysia tetapi yang sebenarnya, mana-mana kiraan jarak perbatuan antara bandar-bandar atau pekan-pekan adalah berdasarkan kedudukan Pejabat Pos.

Selain monumen tersebut, Temerloh Titik Tengah Semenanjung yang menggunakan konsep hentian sebelah menawarkan plaza komersial iaitu empat gerai, tandas, wakaf, surau, tempat persinggahan bas pelancong, kawasan rekreasi dan permainan kanak-kanak.

Temerloh Titik Tengah Semenanjung

Temerloh Titik Tengah Semenanjung



Jika kebetulan anda ke Temerloh boleh la singgah di monumen titik tengah tersebut. Salah satu mercu tanda yang mesti dilawati oleh setiap rakyat Malaysia terutamanya rakyat Pahang. Untuk mencari lokasi, salin dan tampal pada search Google Map titik ni : 3.4945, 102.2198. Lokasinya senang dicari, di tepi jalan sahaja. :)

Baca ni juga.


Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh Pahang

September 29, 2019


Tempat menarik Temerloh

Assalamualaikum dan Hai. Kali ni kita akan bercerita salah satu tempat menarik di Temerloh iaitu Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh. Jambatan gantung ini terletak berdekatan dengan Esplanade Temerloh . Sebenarnya jambatan ini dah lama dah beroperasi dan CR pun tak pasti ada ke tak mereka servis baik pulih selepas jambatan ini tenggelam semasa banjir besar di Temerloh pada tahun 2015. 


tempat menarik di temerloh


Sebenarnya risau juga nak naik jambatan ini, tapi disebabkan kawan CR tak pernah lagi naik jambatan ini, CR pun temankan. Padahal diri sendiri pun gayat. Nampak tak amaran yang di papan tanda tu?

"Adalah dimaklumkan bahawasanya titian gantung ini hanya dihadkan kepada dua orang sahaja pada satu masa. Majlis Perbandaran Temerloh tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pengguna titian gantung ini. Harap Maklum."

Jadi, siapa yang naik tu memang tanggungjawab sendiri lah kalau tiba-tiba jambatan gantung ada problem kan.  Jambatan gantung ini sebenarnya menghubungkan Esplanade Temerloh ke Restoran Ikan Patin yang ada di seberang sana. Tapi CR tak pasti masih beroperasi atau tidak restoran tu. Rasa macam dah tutup da sebab laluan ke sana pun dah tutup. 


Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh Pahang

Ketinggian jambatan ini adalah 40.22 meter dan panjangnya adalah 86 meter. Uishh tinggi jugak tu. Bawah tu sungai semantan yang bertembung dengan sungai pahang. Di bawah itu juga ada sangkar ikan .


tempat menarik di temerloh

Gayat jugak la sebab nampak macam 'melendutt' ke bawah. Dengan ade yang menyakat pergi goyangkan jambatan tu pulak. 😂😅 Walaupun dalam papan tanda tu kata 2 orang sahaja dalam satu masa, tapi semacam ramai yang lalu. Nampak tak degilnya. :)



Temerloh pahang

Muka happy sebab dah sampai ke penghujungnya walaupun dalam hati berdebar2. Nampak tak belakang CR tu macam ada pagar. Itu sebenarnya laluan untuk turun ke restoran bawah tu tapi macam dah tak operasi da.


Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh Pahang

Masa gambar ini diambil, Bacaan IPU jerebu di Temerloh agak tinggi juga. Sebab itu lah tak nampak sangat perkataan Temerloh tu kan. Tapi semacam je nak bergambar. 

Mana-mana yang berkesempatan ke Temerloh tu, boleh la datang ke sini untuk bergambar. Kalau berani, boleh la menyeberangi jambatan gantung tu. Kalau tak berani, selfie je la atas tu. hehe..

Sebelum entri ini berakhir, jom layan video yang CR buat. 





Percutian Ke Bali Dengan Menggunakan Cathay Pacific

August 30, 2019



traveloka



Bukan senang nak pergi melancong dalam keadaan ekonomi sekarang ni yang tak menentu and of course kalau kita nak pergi bercuti kita kena kurangkan kos sebaik mungkin. Tak kisahlah kalau korang nak naik kereta atau nak naik flight, tapi yang pastinya korang kena pandai bajet. And pada zaman teknologi kini segala-gala benda senang dari nak buat online transaction kepada online booking. CR nak cerita sikit pasal salah satu airline yang ada kat dunia ni. And CR akan cerita sikit macam mana nak cari Cathay Pacific online promo kat korang semua dan juga sikit info pasal cathay pacific supaya kenal sikit siapa diorang ni. Jom mulakan! 



Bali

Tapi sebelum tu kemana destinasi kita? Hmm CR berangan-angan nak ke Bali. Tapi tak tahu la bila nak perginya. Hikss. Berangan tak perlu bayar kan. Bila sebut Bali memang kita akan terbayang keindahan pulau dan pantai yang cantik di sana kan. Untuk dapatkan harga tiket murah, pertama sekali korang kena pergi ke web atau apps Traveloka. Lepas tu korang boleh search for cheapest flight to Bali. Then, pilih tarikh yang kita nak plan, dan CR cadangkan korang pilihlah tarikh bukan cuti sekolah atau bukan musim perayaan sebab masa tu memang akan dapat harga yang menarik tertarik da boom. Pastu korang click search flight. Kalau tak dapat maksudnya takdelah kat tarikh tu so kena search tarikh lain lak. 

Cathay Pacific


Nanti akan keluar jugak result dari airline lain so masa ni kita boleh bandingkan harga senang je kat satu tempat. Tak payah pergi satu persatu dah jimat masa kita kan. Pada masa sekarang ni Cathay Pacific ni boleh pergi ke lebih kurang 90 destination, lebih kurang 35 negara so cuba anda bayangkan macam-macam tempat yang uolls boleh pergi. Cathay Pacific ni airlines dari Hong Kong, dan pernah menang award tau pada tahun 2016 sebagai pembersih dan first class terbaik dunia. 

Kalau korang nak tau lebih lanjut , boleh baca info dekat traveloka tu. Ada banyak policy yang korang leh baca berkenaan rules rules yang kita kena patuhi. Baggage maximum berapa, kalau lebih berapa kena tambah, pet takleh bawak, barang apa yang boleh bawak dalam luggage dan sebagainya. Time nak check in pukul berapa sebelum flight, kalau cancel atau reschedule macam mana nak buat semua info ada. 

Sekali sekala korang try la naik ngan Cathay Pacific ni untuk experience camne terbang dengan award winner pada tahun 2016 ni. Oh ya dekat Traveloka ni kita boleh juga book terus dan buat payment, sebab apps ni antara yang paling selamat untuk buat online transaction. Kalau ada apa-apa masalah korang boleh roger helpline diorang yang operate 24 jam. Nombor telefon local pun ada so takyah nak tunggu office hour negara luar. Kalau selalu fly dengan Cathay Pacific ni korang boleh involve dengan Marco Polo Club program. Korang boleh dapat banyak benefit kat sini, and dia ada banyak level. So kalau rasa diri tu banyak travel gunakanlah benefit ni sebaik mungkin. 


Actually ada 4 seat options dengan Cathay Pacific ni, ikutlah bajet korang, sama ada nak economy, premium economy, business atau first class. Untuk premium economy lak seat dia besar sikit and lebih selesa untuk tidur. Korang boleh request blindfold untuk tidur kalau nak. Makanan lak lebih banyak pilihan dan sedap-sedap gak tu. Business class lagi best, sebab seat dia besar and ada privacy sikit. Makanan lak datang dari chef from the top restaurant . 

Economy class ni sama jugak macam airline lain, ada tempat untuk letak barang kat depan seat dan selesa, and ada jugak in flight entertainment untuk perjalanan yang jauh. Makanan pulak ada 4 pilihan so korang boleh pilih ikut yang mana nak. Untuk first class pulak seat kita boleh tukar jadi bed so untuk flight yang jauh confirm kita nak rehat secukupnya kan. Makanan kita boleh pilih banyak pilihan dan korang siap boleh pilih time bila nak makan. Cuma kat sini CR nak pesan janganlah order time take off atau time landing, terpelanting lak makanan kita nanti. Hahaha. 

So nanti kat Bali kita boleh la enjoy puas-puas jika dapat sampai dengan selamat InsyaaAllah. Yang penting kita sampai dengan selamatnya dan baru boleh enjoy the beautiful pulau. 

3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang

July 21, 2018

Assalamualaikum dan Hai. Hari ni Cik Renex nak berkongsi dengan anda semua TIGA Pantai yang patut kita pergi sekali seumur hidup, at least. Tapi CR akan berkongsi pantai yang berada di Pahang la yer sebab CR kan anak jati Pahang. Kena la banyak promote tempat menarik di Pahang. Banyak sangat tempat best di Pahang ni dan ada juga yang CR tak pernah nak kesana juga.

Pantai adalah tempat kegemaran CR dan bila ada masalah memang CR lebih suka memilih pantai atau laut dari tempat yang hiburan. Ma CR pun suka duduk tepi pantai. Tenang. Tak reti nak gambarkan macam mana. Siapa yang suka pantai pasti memahami perasaan tu kan.

Jadi, CR ingin berkongsi pantai menarik di Kuantan Pahang. Antaranya adalah:

1. Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak adalah pantai yang paling popular di Kuantan Pahang. Kalau anda datang kesini pada hari minggu, confirm penuhhh dengan orang. Sebelum ni,parking payah nak dapat tapi bila pihak TC dah tambah baik parking di sana, ia memudahkan kita semua untuk dapat parking. Oh ya,disini parking berbayar :)


Teluk Cempedak

Di sini menjadi pilihan pada mereka yang ingin mandi manda. Tapi kena tengok warna bendera lah,kalau naik warna merah tu tanda bahaya untuk mandi. Tapi CR tengok semacam je dieorang ni mandi.


Teluk Cempedak

Di Teluk Cempedak jugak ada satu jambatan yang panjang yang menuju ke pantai satu lagi. Dulu masa CR sekolah kat Kuantan tahun 2006 2007 memang kerap lalu jambatan tu. Tapi sejak akhir-akhir ni CR dah jarang lalu jambatan tu sebab ada banyak kera kat situ. Huhu. 

Selain dari itu,yang seronoknya di Teluk Cempedak sekarang adalah ada gerai jualan barangan cenderamata, melukit potret, berinai dan pelbagai lagi. Kadang-kadang tu  ada yang memakai costume superhero seperti Spiderman,Superman, Power Rangers , hello kitty dan pelbagai lagi. Mereka akan mengenakan caj duit jika kita ingin bergambar dengan mereka.


2. Pantai Batu Hitam


3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang

Pantai Batu Hitam terletak di antara Beserah dan Balok. Kenapa digelar Pantai Batu Hitam? Tengok gambar CR diatas ni pun dah boleh agak kan. Disini ada sebahagian pantainya dipenuhi dengan batu-batu hitam.  Cantik dan unik



3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang

Pantai Batu Hitam juga sesuai untuk mandi. Disini juga ada disediakan perkhidmatan kayuh basikal dan juga merasa pengalaman naik ATV. Harganya CR tak pasti sebab masa CR datang  haritu tak sempat nak cuba naik ATV tu. 

3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang

Pasir yang putih dan luas. Selesa untuk bersantai bersama keluarga tersayang. Parking disini adalah percuma dan ada gerai yang menjual pisang goreng ,keropok dan pelbagai lagi. Sambil bersantai sambil makan dan minum dan ditemani tiupan angin pantai yang sejuk.

3. Pantai Sepat


3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang

Pantai seterusnya adalah Pantai Sepat atau dikenali Tanjung Sepat terletak di daerah Pekan dan berhampiran dengan daerah Kuantan. Pantai Sepat ini bagi CR sangat privasi sebab ianya lebih luas dan tak ramai sangat yang datang macam suasana di Teluk Cempedak tu.  Sesetengah tu ada yang datang berkelah dan main layang-layang disini.


3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang

Pantai Sepat juga mempunyai batang pokok yang sungguh unik dan dapat membuat kita terpegun seketikat melihat keunikkan batang pokok tu. Contoh dalam gambar diatas , ada juga buaian untuk kita duduk bersantai dan bergambar kenangan.


3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang
With Blogger Zaza Iman

Banyak juga buaian yang ada kat sana. Sakan la CR dan kawan bergambar. Risau juga terputus. Hahaha. Masih terselamat.


3 Pantai yang cantik dan patut pergi di Pahang


Jadi, antara tiga pantai ni ada tak korang pernah pergi?? 

Bermalam di AnCasa Royale Pekan Pahang

May 26, 2018

Assalamualaikum dan Hi. Kali ini Cik Renex ingin berkongsi pengalaman bermalam di sebuah hotel yang terletak di Pekan Pahang iaitu AnCasa Royale Pekan Pahang yang bertaraf 4 bintang. Hotel ini mula di buka sejak Mei 2014. 

AnCasa Royale Pekan ini adalah salah satu dari Ancasa Hotels & Resort yang merupakan rangkaian hotel milik UDA Holdings Berhad (UDA). Di antara hotel-hotel tersebut adalah Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Express @Pudu di Kuala Lumpur , Ancasa Residences Port Dickson,Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) dan Ancasa Royale Pekan, Pahang.


AnCasa Royale Pekan Pahang

Pemandangan dari luar dan sememangnya dari jalan raya kita dah nama hotel ini kerana ianya terletak  berhampiran dengan jalan utama, makanya confirm takkan sesat. Ancasa Royale Pekan ni mempunyai 133 bilik semuanya yang terdiri daripada 22 unit Deluxe Premier Single, 103 unit Deluxe Premier Twin, 2 unit Family Suite, 4 unit Junior Suite, 1 unit Executive Suite and 1 unit Premier Suite. 


Hotel di pahang

CR berpeluang menginap selama semalam disini dan itupun tidak puas sebab rasa sayang nak tinggal bilik yang cantik. hee. Seperti biasa masa check in adalah jam 2 petang dan check out jam 12 tengah hari. CR sampai lambat , jam 4.30 baru check in sebab gerak dari rumah lambat. Jangan risau kalau tak tahu jalan, guna sahaja waze atau maps, memang ia akan bawa kita ke sini tanpa sesat. InshaAllah


Hotel Pahang

Sampai-sampai terus ke kaunter dan urusan untuk check in pun sangat cepat. :) CR menginap di bilik Deluxe Premier Twin. Harga untuk semalam adalah RM230 termasuk dengan sarapan. Jika taknak termasuk sarapan, harga hanya RM190. 

Bila masuk kedalam bilik tu , CR sangat teruja sebab bilik luas sangat dan dekorasi yang cantik. Dua katil single pun rasa dah besar tu untuk tidur.

AnCasa Royale Pekan Pahang

Selesa sangat duduk dan tidur disini. Rasa macam nak jadikan bilik ni rumah sendiri. Bagi CR bilik ini luas sangat sehinggakan boleh main kejar2 dalam tu. 



Hotel murah di pahang

AnCasa Royale Pekan Pahang

CR paling suka sudut sini. Sofa yang boleh kita duduk atau baring santai di tepi tingkap sambil melihat pemandangan sungai pahang. Kalau ada yang bawa novel , tempat yang sesuai untuk baca disini.

AnCasa Royale Pekan Pahang

Ini adalah view dari bilik CR bila duduk di kerusi yang empuk tu. Nampak tak ada kolam untuk kita berendam sampai puas dan juga taman permainan untuk anak-anak habiskan masa bermain selain dari mandi di kolam. Masa operasi kolam dari 7 pagi sehingga 7 malam. CR tak sempat nak berendam haritu.Maybe next time.

AnCasa Royale Pekan Pahang

Bilik ini dilengkapi juga dengan TV LED 39inch. Sempat lah layan drama Qalbu separuh lepas habis event kami malam tu. Channel tv ini dilengkapi dengan chanel biasa seperti TV1 , TV2, TV3 , Astro Ria , NTV7, HBO dan banyak lagi. Takde lah siaran bosan sangat kan. 

AnCasa Royale Pekan Pahang

AnCasa Royale Pekan Pahang

Bilik air di Ancasa Royale Pekan juga sangat luas. Ruang untuk mandi shower di asingkan dan bath tub juga sangat besar tapi tak sempat nak berendam lama situ. haha. Bilik air dia sangat bersih.

Antara yang kemudahan lain yang diberikan adalah :

1. Bathrobe/tuala
2. Hair Dryer
3. Wifi
4. Mini Peti ais
5. Sterika
6. Surat Khabar
7. Kit menjahit
8. Pemanas Air


Sedikit footage untuk bilik di Ancasa Royale Pekan



Sempena bulan Ramadhan ini juga, Ancasa Royale Pekan turut mengadakan buffet ramadan juga. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasa hidangan berbuka puasa mereka yang sangat sedap dan banyak pilihan. Harga yang ditawarkan adalah RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Klik SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai buffet ramadan mereka. 



Alamat :
Ancasa Royale Pekan, Pahang
No 2670, Kampung Peramu,
Jalan Pekan - Kuantan, 
26600, Pekan, 
Pahang Darul Makmur.

Telefon :
+609-424 6600 / 
KL Sales Off: +603 – 20266060 ext 7206

Faks
+609-424 6700

Emel untuk tempahan :
ar.reservation@ancasahotels.com


website :

Puteri Harbour Iskandar Puteri Johor Bahru

January 24, 2018


Puteri Harbour Iskandar Puteri Johor Bahru   Sebenarnya ini kisah tahun lepas tapi Cik Renex baru nak kongsikan pada tahun ini. Kira macam throwback zaman berzaman la namanya. Lama sangat duduk dalam draft makanya, mari lah kita tekan publish. Seperti biasa, bila ada cuti, CR akan ke Kluang Johor iaitu melawat rumah kakak CR yang terletak di bandar Kluang Johor. Jadinya, kalau ada masa memang kami akan berjalan ke Johor Bahru.

Plan kali ni adalah ke Puteri Harbour yang terletak di Iskandar Puteri Johor Bahru. Kali pertama CR pergi Puteri Harbour adalah pada tahun 2014 dan 2017 baru kembali semula. Mula-mula pergi sini pada tahun 2014 tu kami fokus ke indoor macam Cafe Lat, Hello Kitty dan pelbagai lagi. Tapi just jalan kedai luar je,tak masuk dalam. hee.

2017 ni pulak bersiar-siar ke luar pula sebab sebelum ni ada pernah tengok kawan share gambar cantik di sini. CR bila tengok view cantik mulalah akan teringin nak pergi jugak; CR memang seorang "viewhunter". Asal nampak tempat cantik, memang takkan lepaskan peluang untuk bergambar. :) Siapa macam ni kita geng!



Puteri Harbour Iskandar Puteri

Menarik tak arca LOVE di atas ni? CR saja malas nak selfi di love memandangkan CR single. Haha. Sebenarnya arca-arca ini dibina sempena Program Iskarnival Sama-Sama yang berlangsung pada penghujung 2016. Arca yang dibuat daripada buluh yang dibuat oleh artis dari negara kita dan ASEAN dengan bermatlamat mempromosikan buluh sebagai bahan yang mampan dan serba boleh bagi reka bentuk atau bangunan, selain mempamerkan bakat kreatif dari rantau ini.

Puteri Harbour Iskandar Puteri

Yang ni pun nampak unik. Ada banyak lagi sebenarnya arca disitu tapi CR tak ambil gambar semua. 

Puteri Harbour

Bila tengok arca ni macam bentuk tikus kan. Tak berapa seni sangat mata CR nak tengok bentuk dia ni. hehhe


Ni pula himpunan buluh-buluh. Haha. Boleh la main cak-cak disitu kan. Masa CR datang sini kebetulan hari Sabtu. Ramai pasangan pengantin photoshoot disini. Memang tak dinafikan memang cantik di sini. Sebab tu ramai yang datang sini, seronok lak tengok orang photoshoot gambar kahwin. 


Puteri Harbour Iskandar Puteri
Tengok la pulak tuan belog berposing dalam buluh ni. Gambar-gambar juga, tapi hati-hati yer.

Puteri Harbour Iskandar Puteri


Ini kisah tahun lepas, tahun ni tak pasti masih ada lagi ke tak arca-arca ni. Nak tahu ada ke tak, korang kena la jenguk jugak ke sini. 



Baca ini juga:

1. Forest City Johor Bahru
2. Laman Kreatif Kluang
3. Pantai Air Papan

Misi CRJJ ke Pangkor Laut Resort vs Traveloka

December 30, 2017

Misi CRJJ ke Pangkor Laut Resort vs Traveloka | Tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan 2018 akan muncul tiba. Bagaimana dengan azam tahun 2017? Dah Berjaya laksanakan semua azam? Cik Renex masih ada lagi yang tak tercapai azamnya iaitu azam untuk KURUS. Haha. Yang itu tak tahu lah bila akan terlaksana impian tu sebab hobi Cik Renex makan dan impian Cik Renex kurus. Hmm macam mana tu?


Seperti biasa,setiap kali nak masuk tahun baru Cik Renex akan tulis azam dalam planner baru. Bila tulis baru lah Nampak dan ingat setiap kali buka planner. Selain azam, CR akan tulis “Wishlist 2018” , banyak sebenarnya nak CR capai tahun 2018 ni. Antaranya adalah misi Cik Renex Jalan-Jalan (CRJJ) versi 2018. Yang CRJJ 2017 , CR telah bercuti ke Terengganu dan CR ada update di entri sebelum2 ni.


Pada tahun 2018, misi CRJJ adalah ke Pulau Pangkor. Mana yang masih tidak tahu lagi, CR adalah seorang “Thallassophile” iaitu seorang yang sukakan pantai/pulau. Makanya, CR plan mahu ke Pulau Pangkor bersama dengan keluarga. Kenapa Pulau Pangkor? Ini kerana baru-baru ni ada kawan CR pergi bercuti ke Pulau Pangkor, sangat-sangat tergoda apabila tengok gambar yang kawan upload di media sosial. Aish. 


Seperti biasa, sebelum pergi bercuti, CR akan membuat research beberapa resort yang menarik di Pulau Pangkor dan akhirnya terjumpa satu artikel mengenai Pangkor Laut Resort. Masa mula-mula tengok gambar, satu perkataan yang keluar dari mulut CR iaitu WOW! Bila menginap disini memang suasana percutian yang mewah betul kerana ia bertaraf lima bintang!. Pangkor Laut Resort terletak di sebuah pulau persendirian yang mana disini hanya terdapat sebuah resort sahaja(private) yang dimiliki oleh YTL.


Tak sabar nak tengok bagaimana suasana percutian di Pangkor Laut Resort? Mari kita tengok satu persatu. 


Bila CR tengok memang sungguh menggoda tempat dia, dan CR pasti anda pun sama. Di Pangkor Laut Resort ada beberapa villa yang boleh kita pilih untuk dijadikan lokasi percutian kita. Antaranya adalah ;

1. Garden Villa

pangkor laut resort
Add caption

Terletak di antara taman-taman yang rimbun, vila-vila ini mempunyai katil sofa tambahan, televisyen skrin rata dengan saluran satelit dan terletak dengan strategik berdekatan dengan kemudahan utama. Orang-orang yang melancong dengan kanak-kanak mungkin lebih memilih vila-vila kerana lantai dasar yang bersambung di bahagian dalamnya. Vila bersambung adalah terhad dan bergantung kepada tempahan.

2. Hill Villa


Bertentangan secara mendadak di lereng bukit di tengah-tengah hutan hujan, vila ini menawarkan pemandangan laut yang indah dan taman-taman tropika yang indah. Menawarkan televisyen skrin rata dengan saluran satelit serta katil sofa tambahan, vila-vila di tingkat bawah menyediakan tab mandi yang dibuka ke hutan do yang terletak di tingkat pertama termasuk tab mandi tertutup yang besar. Vila-vila terhad yang dihubungkan dengan balkoni disediakan untuk keluarga.

3. Beach Villa

pangkor laut resort

Dalam jarak berjalan kaki dari pantai Royal Bay oleh jeti resort, vila-vila ini mempunyai bilik mandi yang besar dengan pancuran mandian yang berasingan dan tab mandi besar dibuka, televisyen skrin rata dengan saluran satelit, katil sofa tambahan dan menawarkan pemandangan laut yang cantik . Jangan lupa untuk berenang di Emerald Bay.

4. Sea Villa

pangkor laut resort

Dibina dengan elegan di atas laut dan dihubungkan dengan laluan pejalan kaki kayu, vila-vila ini adalah trademark pulau ini. Setiap vila ada balkoni besar dengan kerusi berjemur dan bilik mandi dengan tab besar dan pancuran dipasang siling yang terbuka ke laut.

5. Spa Villa

pangkor laut resort

Spa Villas adalah banglo di atas panggung di atas laut yang menawarkan akses terus ke Spa Village dan kolam renang. Setiap unit mempunyai tab mandi besar dengan pancuran dipasang siling dan balkoni besar dengan pemandangan Selat Melaka yang menakjubkan.

6. Suria & Purnama suite

pangkor laut resort

Kedua-dua suite ini berdiri di atas panggung di atas laut dan mempunyai dewan masuk, bilik tidur yang berasingan, lounge yang elegan dengan televisyen, balkoni untuk berjemur, dan bilik mandi yang luas dengan tingkap yang menawarkan pemandangan laut yang indah dari tab mandi yang besar.

7. Pavarotti Suite

pangkor laut resort

Dinamakan sempena tenor yang terkenal di dunia yang jatuh cinta dengan Pangkor Laut, ini adalah suite dua bilik tidur elegan yang terletak tinggi di atas bukit di hutan hujan. Ia mempunyai kawasan lounge yang mewah, televisyen skrin rata dengan saluran satelit, balkoni yang luas dengan pemandangan laut dan hutan hujan tropika yang menakjubkan, dan bilik mandi terbuka yang besar.

8. The Estates

pangkor laut resort
Estates mewakili tamadun lalu Asia Tenggara, yang menimbulkan suasana yang mengingatkan gaya hidup romantik seorang pengurus ladang British di Malaya lama. Terletak di bahagian utara pulau itu, setiap lapan tempat perlindungan swasta ini mempunyai keselesaan mewah, rumah antara dua hingga empat bilik tidur, ruang tamu dan paviliun yang berasingan, serta kolam renang peribadi dengan pemandangan dramatik; semuanya terletak di kawasan ekar hutan hujan murni.



Cantik bukan? Bila da stay sini rasa macam taknak check-out dah. Bila dah syok2 tidur dan jenjalan area resort ni boleh la kita isikan perut yang kosong tu. Disini jugak tempat makan pun cantik-cantik bila CR tengok di website. View dah cantik, makanan pun mesti best kan. Kita hanya perlu pilih nak makan di mana sahaja.

pangkor laut resort

pangkor laut resort

pangkor laut resort

pangkor laut resort


Selain itu juga, resort ini ada menyediakan perkhidmatan spa dan juga melakukan aktiviti luar seperti jungle tracking, morning revival, Island hoping dan snorkeling. Bagi pencinta air, terdapat aktiviti lain seperti berkayak, memancing dan jangan risau jika tidak pandai kerana nanti akan ada taklimat sebelum memulakan aktiviti.

pangkor laut resort
[Spa]

pangkor laut resort
[Jungle Tracking]

pangkor laut resort
[Watersports]

Jadi, selepas anda membaca entri saya diatas, ada tak terdetik di hati nak menginap dan merasai percutian mewah di Pangkor Laut Resort? Kalau jawapan anda ye, boleh la daftar dan tempah bilik di Pangkor Laut Resort on Traveloka . Pastinya dengan Traveloka ianya akan memudahkan kerja kita dan juga menjimatkan dengan pelbagai diskaun yang ditawarkan.

Jadi, apakah tempat yang anda ingin lawati tahun 2018? Kongsikan la di komen yer dan jangan lupa tempah melalu Traveloka. Selamat bercuti semuanya.


Sumber gambar : Laman web rasmi Pangkor Laut Resort
© Blog Cik Renex