temerloh
Showing posts with label temerloh. Show all posts

Mencuba Menu Dulang Korean Platter di D'Mukmin Cafe Temerloh Pahang

November 29, 2020

Mencuba menu dulang "Korean Platter" di D'Mukmin Cafe Temerloh

Mencuba menu dulang "Korean Platter" di D'Mukmin Cafe Temerloh︱Assalamualaikum dan Hai. Selamat menikmati hujung minggu bersama yang tersayang. Buntu bila orang tersayang ajak keluar makan tapi tak tahu nak makan dimana? Lepas tu pulak dia request nak makan ala-ala korea? Jangan risau, kali ini CR nak berkongsi satu kedai makan di area Temerloh Pahang yang menyajikan makanan ala-ala korea gitu. Boleh la bawa yang tersayang ke sana.

Rasanya orang sekitar sini mesti tahu Restoran Terapung yang terletak di belakang Cowboy tu kan. Pastinya ingat sebab itu satu-satunya tempat makan di atas air di Temerloh ini. CR pun pernah berkunjung dan merasa makan diatas air. Restoran tu dah bertukar lokasi sejak awal tahun kalau tak silap lah dan diberi nama baru iaitu D'Mukmin Cafe.

Lokasi D'Mukmin Cafe (aras atas)
 
D'Mukmin Cafe terletak di tengah-tengah bandar Temerloh iaitu di Dynaton Bukit Angin Temerloh Pahang. Lokasi yang sangat strategik kerana bila dengar perkataan Dynaton Bukit Angin, orang dah tahu situ memang banyak cafe dan butik pakaian. D'Mukmin Cafe terletak di bahagian atas yer dan kemudahan untuk letak kereta pun mudah. Cuma kena berjalan kaki sedikit untuk ke kedainya. Meja kerusi yang disediakan juga banyak jadi jangan risau tidak ada tempat untuk makan. 

CR dan oppa Lee Min Ho :)
  
D'Mukmin Cafe menyajikan pelbagai jenis menu antaranya menu Western dan Korean Platter. Disebabkan CR die-hard-fan Lee Min Ho oppa makanya CR pilih untuk merasa Korean Platter dari D'Mukmin Cafe. Makan korean Platter baru leh fefeling duk korea kan.



Ada 3 jenis Korean Platter yang Mukmin Cafe sediakan iaitu Nami Platter, Jeju Platter dan Gangnam Platter. Tak tahu nak pilih yang mana , jadi CR pun pilih ketiga-tiga menu tu. Jom kita tengok setiap satu-satu menu tu.

1.Nami Platter (RM29)


Yang pertama adalah Nami Platter. Nami platter ada 6 ketul Sweet & Spicy Fried Chicken, 5 ketul Honey Butter Fried Chicken dan 5 ketul Soy Garlic Fried Chicken. Untuk yang penggemar pedas boleh la makan yang sweet spicy tu tapi tahap kepedasannya tidaklah melampau sangat . Kalau tidak tahan pedas, boleh cuba makan yang honey butter dan soy garlic. CR suka dengan honey butter tu sebab ada manis-manis madu. Yang specialnya platter ini ada Seaweed Wedges. 

2. Jeju Platter (RM29)


Menu kedua adalah Jeju Platter. Dulang ini ada menyediakan Meat Bulgogi, 4 ketul Korean Fried Chicken dan juga Spicy Ramen dan Wedges. yang paling CR suka adalah Meat Bulgogi dia. Daging Bulgogi kedai ni BEST dengan rasa sos yang berbeza!! Kalau tak silap CR kedai ni mengunakan sos bulgogi yang diimport bukannya kicap biasa dari Malaysia. Patut lahhh sedap lagi2 makan daging bulgogi tu dengan balutan salad tu. Spicy Ramen tu memang pedas macam ramen biasa kita makan tu tapi sedap. Makan ramen dulu baru makin daging. Takdelah rasa pedas sangat nanti. :)

3. Gangnam Platter (RM39)



Menu yang seterusnya adalah Gangnam Platter. Dulang ini ada 8 ketul Korean Fried Chicken, Chicken Grill, Mac & Cheese, Seaweed Fries, dan Blackpepper Sauce. Mac & Cheese dia Daebak!! Dah pedas-pedas makan Korean chicken, cover balik pedas tu dengan makan Mac Cheese. Sos Blackpepper dia pun sedap sangat untuk makan dengan chicken grill tu.


Satu platter ni sangat sesuai untuk 2 hingga 3 orang. Menjimatkan bukan?? Memang kenyang sangat dah bila makan ni. Antara 3 platter nih, CR paling suka Jeju Platter sebab jatuh hati dengan daging bulgogi dia. Rasanya teringat-ingat sampai sekarang.


Oh terlupa pulak yang baru-baru ni D'Mukmin Cafe ada perkenalkan menu baru iaitu Honeycomb Icecream. Ada seketul sarang madu, golden boba, cornflakes dan Vanila Ice Cream. Sedap sangat lagi-lagi bila aiskrim tu dah cair. Boleh la cuba bila datang ke D'Mukmin cafe nanti.

Lokasi Mukmin Cafe | Restoran Terapung D Mukmin
NO 49 DYNATON BUKIT ANGIN
( Hujung sekali, sebaris Sidin Cafe )
Hari : Selasa - Ahad ( Cuti Isnin sahaja melainkan diberitahu )
Waktu operasi : 5 petang - 12 malam ( last order 11.30 malam )


Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh Pahang

September 29, 2019


Tempat menarik Temerloh

Assalamualaikum dan Hai. Kali ni kita akan bercerita salah satu tempat menarik di Temerloh iaitu Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh. Jambatan gantung ini terletak berdekatan dengan Esplanade Temerloh . Sebenarnya jambatan ini dah lama dah beroperasi dan CR pun tak pasti ada ke tak mereka servis baik pulih selepas jambatan ini tenggelam semasa banjir besar di Temerloh pada tahun 2015. 


tempat menarik di temerloh


Sebenarnya risau juga nak naik jambatan ini, tapi disebabkan kawan CR tak pernah lagi naik jambatan ini, CR pun temankan. Padahal diri sendiri pun gayat. Nampak tak amaran yang di papan tanda tu?

"Adalah dimaklumkan bahawasanya titian gantung ini hanya dihadkan kepada dua orang sahaja pada satu masa. Majlis Perbandaran Temerloh tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pengguna titian gantung ini. Harap Maklum."

Jadi, siapa yang naik tu memang tanggungjawab sendiri lah kalau tiba-tiba jambatan gantung ada problem kan.  Jambatan gantung ini sebenarnya menghubungkan Esplanade Temerloh ke Restoran Ikan Patin yang ada di seberang sana. Tapi CR tak pasti masih beroperasi atau tidak restoran tu. Rasa macam dah tutup da sebab laluan ke sana pun dah tutup. 


Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh Pahang

Ketinggian jambatan ini adalah 40.22 meter dan panjangnya adalah 86 meter. Uishh tinggi jugak tu. Bawah tu sungai semantan yang bertembung dengan sungai pahang. Di bawah itu juga ada sangkar ikan .


tempat menarik di temerloh

Gayat jugak la sebab nampak macam 'melendutt' ke bawah. Dengan ade yang menyakat pergi goyangkan jambatan tu pulak. 😂😅 Walaupun dalam papan tanda tu kata 2 orang sahaja dalam satu masa, tapi semacam ramai yang lalu. Nampak tak degilnya. :)



Temerloh pahang

Muka happy sebab dah sampai ke penghujungnya walaupun dalam hati berdebar2. Nampak tak belakang CR tu macam ada pagar. Itu sebenarnya laluan untuk turun ke restoran bawah tu tapi macam dah tak operasi da.


Jambatan Gantung Kuala Semantan Temerloh Pahang

Masa gambar ini diambil, Bacaan IPU jerebu di Temerloh agak tinggi juga. Sebab itu lah tak nampak sangat perkataan Temerloh tu kan. Tapi semacam je nak bergambar. 

Mana-mana yang berkesempatan ke Temerloh tu, boleh la datang ke sini untuk bergambar. Kalau berani, boleh la menyeberangi jambatan gantung tu. Kalau tak berani, selfie je la atas tu. hehe..

Sebelum entri ini berakhir, jom layan video yang CR buat. 





Temerloh Bandar Ikan Patin

October 10, 2016

Assalamualaikum dan Hai!

Lama dah tak buka blog. Baru jam ni sempat curi2 blogwalking. Minggu exam jadinya tak de la cikgu2 nak wat eksperimennya. Ada la masa sikit untuk berblog. Hai followers baru. Salam perkenalan. Nanti kita followback. Mana yang singgah blogwalking tu,nanti aku blogwalking blog korang lak yer. Thanks singgah blog!


Sabtu baru ni semua semangat bersukan kan. Almaklumlah ,sempena Hari Sukan Negara. Tahniah pada yang join program sukan tu.


Weekend baru ni jugak aku bersukan gak. Sukan ke sungai. Haha. Ok tipu. Sebenarnya teringin nak ke perkataan TEMERLOH yang kat seberang esplanade Temerloh tu. Sebenarnya boleh je nak naik bot tu. Bayar RM5. Tapi aku seram sikit nak naik bot,maka dengan itu aku pergi naik kereta ikot jalan darat.



Cantikkan. Selalu tempat ni port2 pengantin outdoor. Memang sesuai la sebab tempat ni cantik sangatttt.



Ni kat seberang sana. Nampak tak jambatan gantung sana tu? Aku lama dah tak naik. Last naik sebelum banjir besar 2014. Nak naik kena fikir dua tiga kali. Hahaha. Tapi untuk korang yang first time datang Temerloh boleh la try jalan atas jambatan gantung tu sambil2 selfie. ☺


Tuan belog feeling jap kat sini. Hahaha




Ok lah. Itu saja nak cerita mengenai Temerloh ni. Banyak tempat menarik lagi,nanti lah aku share lagi. Yang penting,ikan patin masak tempoyak paling win. Tak sah kalo datang Temerloh tak pekena ikan patin tempoyak. Try lah!
© Blog Cik Renex