lazada contest
Showing posts with label lazada contest. Show all posts

Lazada's 6th Birthday Party! dengan tema Bohemian (Lazada Birthday Festival Blogger Contest)

April 24, 2018

Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian


Dalam masa lebih kurang 10 jam lagi, Lazada akan mengadakan Birthday Festival sale (https://www.lazada.com.my/birthday-sale/) yang bermula dari 25 April 2018 sehingga 27 April 2018. Birthday Festival Sale ini di adakan sempena ulang tahun Lazada yang ke 6. Wah sedar tak sedar dah 6 tahun rupanya Lazada bertapak dalam bisnes online ni dan menjadi Pusat Membeli-belah Sehenti no 1 di Malaysia.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk shopping di Lazada kerana akan ada lebih dari 1,000 flash deals, diskaun sehingga 90% untuk setiap produk dan jenama,voucher khas istimewa untuk pengguna aplikasi dan banyak lagi kejutan dari Lazada.

Sempena ulang tahun Lazada kali ke 6 ni, mereka memberi peluang untuk kita menjadi party planner bagi majlis Lazada's 6th Birthday Party!. Oleh demikian, CR ingin mengadakan Lazada's 6th Birthday Party! di Taman Gelora Kuantan Pahang.


Mengapa CR pilih Taman Gelora? Kerana seperti yang kita boleh lihat dalam gambar diatas ,pemandangannya sangat cantik dan juga mempunyai ruang rata yang lebih luas jadi senang untuk jemputan yang ramai kan. Nama pun parti hari jadi mesti kena jemput ramai orang baru meriah.


Taman Gelora Kuantan Pahang
Taman Gelora Kuantan Pahang 



Tempat ini juga sesuai dengan tema yang CR pilih iaitu tema Bohemian. Gaya bohemian adalah gaya yang penuh warna dan bercampur antara gaya etnik, hippies dan juga vintage. Tempat yang lapang akan dipenuhi dengan meja makan pallet untuk tetamu makan,ruangan bergambar dan juga meja untuk letakkan makanan.


 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian (Lazada Birthday Festival Blogger Contest)

Cantik kan? Simple dan santai untuk majlis hari jadi.


 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian


Dengan adanya platform Lazada,ianya akan memudahkan saya untuk menghias tempat yang lapang itu dengan tema Bohemian. Sy boleh membeli wall decor ini untuk dijadikan tempat bergambar dan sesuai dengan tema Bohemian juga.


 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian



Manakala untuk keselesaan para tetamu,CR akan membeli bantal ini di platform Lazada. Memang sangat mudah dengan Lazada,pilihan yang ada juga sangat banyak dan cantik untuk dihiaskan di tempat duduk para tetamu nanti.


 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian (Lazada Birthday Festival Blogger Contest)

Lazada's 6th Birthday Party tidak akan sempurna tanpa kek. Jadi CR akan menempah kek yang berbeza perisa bagi setiap tingkat. Baru lah semua dapat merasa pelbagai jenis perisa seperti chocolate, blueberry dan cheese.


 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian

Dan sesuai dengan tema Bohemian, kek tersebut juga akan dihias dengan tema tersebut seperti mana gambar di atas. 


 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian

Sy juga akan membeli birthday topper dari Lazada untuk bagi mencantikkan lagi kek tersebut. Design topper ini sangat vintage dan murah. 


 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian

Sy juga akan menambahkan hiasan di sekeliling kek itu dengan fondant rama-rama. Kerja sy jadi mudah apabila membeli acuan dari Lazada dan seperti biasa harganya pasti lagi murah. Bila kek cantik,para tetamu pastinya tidak sabar untuk merasa kek tersebut. 



 Lazada's 6th Birthday Party!  dengan tema Bohemian

Untuk ke majlis Lazada 6th Birthdah Party ni ,para tetamu juga pasti takkan ketinggalan untuk memakai baju yang bertemakan Bohemian semasa menghadiri majlis tu kan. Jangam risau sekiranya anda tidak ada pakai yang sesuai kerana di Lazada semuanya ada. Kalau CR,akan pakai dress Long Red Flower Dress Retro Bohemian seperti gambar diatas (pastinya dengan tudung) kerana ianya sangat cantik dan harga yang berbaloi.


Dengan itu selesailah perancangan majlis Lazada 6th Birthday Party dari Cik Renex. Pastikan jangan lupa untuk shopping di Lazada sempena Birthday Festival sale (https://www.lazada.com.my/birthday-sale/) yang bermula dari 25 April 2018 sehingga27 April 2018 okay.

Promosi Terbesar Lazada Malaysia 2017: Lazada Online Revolution

November 2, 2017

Assalamualaikum dan Hai 
[Lazada Online Revolution Sales - Shop the Universe]

Promosi Terbesar Lazada Malaysia 2017 | Hujung Tahun dengan Promosi diskaun memang tak dapat dipisahkan. Begitu juga dengan Lazada Malaysia yang tidak akan terlepas dari membuat Sales secara besar-besaran yang memang ditunggu-tunggu oleh pelanggan setia Lazada.  Oleh itu , Lazada telah melancarkan Lazada Online Revolution: Shop The Universe pada  11 November 2017 sehingga 14 Disember 2017. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ni okay. 

Lazada seperti yang kita tahu tidak pernah menghampakan kita setiap kali kita membeli dengannya. CR masih ingat lagi barang pertama yang CR beli dari Lazada Malaysia iaitu Mesin Jahit Global GSM 505 . CR beli mesin jahit sempena hari jadi CR dua tahun lepas, kira hadiah untuk diri sendiri lah kan. Sampai sekarang mesin jahit itu  masih elok berfungsi dan sangat membantu semasa menjahit sarung bantal, langsir dan sebagainya. Proses untuk memilih barangan, membayar dan membanding harga sangat mudah di Lazada ni. Untuk pembayaran anda boleh pilih samada untuk bayar semasa terima barang ataupun secara online banking. CR guna online banking sebab mudah. Selesai pembayaran, hanya tunggu beberapa hari untuk barang sampai ke depan pintu rumah kita. Mudah bukan?
 
Dalam banyak-banyak barang, CR lebih suka membeli barang yang payah untuk dicari di kedai biasa sebagai contoh barang dari China dari Taobao Collection sebagai contoh baju, beg dan juga aksesori. CR juga suka membeli barang elektronik. Seperti sebelum ni CR pernah beli cover external hard disk , tripod untuk  pegang camera , kipas mini dan barang-barang kamera Instax. 
 
Kenapa CR suka beli dalam talian berbanding cari di kedai? Yang pertama menjimatkan masa  dalam membuat perbandingan harga bagi barang yang sama. Kita tidak perlu keluar masuk kedai yang berbeza bagi mendapatkan barang yang lebih murah, sebaliknya hanya perlu klik sahaja. Masa itu kan emas.  Selain itu juga dapat menjimatkan wang kerana kita hanya perlu klik dan bayar secara online tanpa perlu mengeluarkan wang untuk mengisi minyak kereta. Dan yang paling seronok membeli dalam talian atau Online Shopping ni adalah kerana sesetengah laman web akan menawarkan diskaun yang jauh lebih besar sebagai contoh Lazada Malaysia yang bakal melancarkan Lazada Online Revolution tidak lama lagi.
 
Jadi sempena Lazada Online Revolution ni CR rasa taknak lepaskan peluang untuk membeli barang di Lazada Malaysia. Siapa tak suka diskaun kan? CR merancang untuk membeli vacuum sebab memudahkan semasa mengemas rumah dan sambil itu juga boleh membersihkan habuk-habuk di dalam kereta dengan vacuum ni. Memang lama dah teringin ke vacuum ni.

Panasonic Vacuum
Lebih kurang 8 hari lagi menuju ke Lazada Online Revolution 2107 ni. Pastikan dah tanda di kalendar anda dan buat reminder untuk memastikan anda tidak terlepas peluang promosi dari Lazada Malaysia ye. Untuk maklumat lanjut boleh layari 


Di sini di Lazada Malaysia, kami percaya bahawa terdapat ""No Dream Too Big, No Gift Too Small"". Itulah sebabnya kami menawarkan "Shop The Universe" -pengguna ke jualan Revolusi Dalam Talian 2017 di mana anda boleh mencari semua barangan berjenama yang anda inginkan dengan mudah. Walaupun anda berada di mana-mana sahaja dan tidak mempunyai masa untuk menunggu di hadapan desktop anda, anda boleh memuat turun dan memasang LAZADA App untuk anda tidak terlepas tawaran hebat dalam talian. - Lazada Malaysia

Merdeka! Merdeka! Sale Lazada Malaysia 2017

August 30, 2017

Assalamualaikum dan Hai.


Merdeka! Merdeka! Sale Lazada Malaysia 2017 | Tanggal 31 Ogos ni iaitu hari esok genap negara kita menyambut kemerdekaan untuk kali yang ke 60 tahun. Alhamdulillah. Jadi sempena hari kemerdekaan Malaysia, Lazada Malaysia mengadakan sale besar-besaran.



Lazada Malaysia mengadakan promosi sempena Hari kemerdekaan iaitu Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/) yang sudah lama bermula pada 25 Ogos baru ni dan berakhir pada 31 Ogos iaitu esok. Yang paling best,diskaun yang ditawarkan sehingga 80%. Rugi lah kalau tak membeli masa sale ni kan. Banyak sangat barang yang ditawarkan dengan harga yang lebih jauh murah dari yang asal.


Apa yang anda suka apabila menjadi rakyat Malaysia?

Sudah pastinya sebab Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai. Kita sebagai rakyat Malaysia sangat berasa aman apabila berada didalam negara kita. Kita juga bebas untuk bergerak kemana-mana tanpa sebarang halangan. Ada sesetengah negara, untuk bergerak pun perlu kebenaran dari pihak penguasa.  

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan kaum. Tetapi itu tidak membezakan kita antara satu sama lain kerana kita bebas untuk merayakan perayaan antara agama bersama-sama tanpa sebarang perbezaan. 


Yang seronok jadi rakyat Malaysia adalah kita bebas memilih untuk membeli samada secara langsung ataupun dalam talian. Sebagai contoh kita bebas untuk membeli di Lazada ,samada produk dalam negara mahupun produk tempatan. Produk tempatan jugak tidak kurang hebatnya. Sebagai contoh jenama pensonic,khind, carlo rino, bonia, tomei dan macam-macam lagi.  Yang paling CR suka adalah jenama Pensonic. Di rumah CR terdapat banyak jugak barang dari Pensoni. Sebagai contoh oven dan kipas. Walaupun Pensonic adalah produk tempatan tapi kualitinya setanding dengan jenama terkemuka yang lain dengan harga yang lebih murah 

Berikut adalah dua barang yang CR dah masuk dalam wishlist. Kena tunggu masa yang sesuai untuk beli. 😘






Masih ada masa lagi nak membeli di Lazada Malaysia. Cepat-cepat la pergi terjah yer!
Merdeka! Merdeka! SALE



     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-client="ca-pub-9019980517064644"
     data-ad-slot="4509434074">
© Blog Cik Renex •