jangan cuba cuba

July 19, 2011


suka gila dengar lagu ni
tak percaya cuba dengar

"Jangan jangan cuba kau rayu
Jangan jangan cuba kau ganggu
Jangan jangan cuba lukai aku
Hanya sekadar nafsu

Jangan jangan cuba kau paksa
Jangan jangan cuba kau siksa
Jangan jangan cuba kau cinta aku
Hanya sekadar nafsu"


anda suka entry ni.sila tekan LIKE. TQ

Job Fair & Tiga


Jumaat hari tu aku pergi Job Fair ni.Macam biasa,pameran2 kerjaya tapi vacant for chemistry field sangatlah kurang.*sigh.

Drop la resume mana yang patut n interview la mana yang sempat.tapi tetap kecewa..haishhhh


aku stle jelajah Job Fair dalam kul 2. bas aku jam 5 petang.ko bayangkan berapa lama aku nak tunggu bas.Bila nak tukar,tiket dah habis.memang dugaan.tapi okay jugak aku tunggu 3 jam.ada tiga benda penting berlaku..:)tiga jam tunggu tiga perkara berlaku

pertama-aku kenal ngan sorang gurl ni.dia pun nak balik temerloh jugak,tapi tiket die lagi la lambat.Jam 7pm.haha!aku kira naseb baik la kan.Nama dia Aini student Polisas,seorang yang friendly. nanti bila2 boleh lepak ngan die ble g Qtan.kami dah tukar2 no fon pun.advance kan.:))

kedua-jumpa kak Rahmah.akak ni sama kelas dengan aku masa bljar kat UTM.haish,tak sangka lak boleh jumpa akk kat Qtan kan.hehehe..die cakap aku da gemuk smpai dia da tak cam aku.haha!Kejam tu kak,,tapi memang sy da gemuk pun.hoho

ketiga-aku jumpa kawan baik aku yang lama dah tak jmpe.lebih kurang 1tahun lebih kot tak jumpa.Tak sangka die datang sebab malam before g Qtan de msg2 die,tapi dia cakap dia bz jumaat petang tu.tup tup,die call cakap ada kat mana.ingatkan die saje2 tanya ,tiba2 ada depan mata.haha.terkejut aku.memang best kezutan awak ni.:))walaupun rmbut awk tak pacak2 ag,awk still comey.. p/s-sy hepi dapat jumpa awk,terubat kerinduan.thanks awk:))


Suatu hari di perhentian bas

July 11, 2011

suatu hari,aku duduk di perhentian bas menunggu ketibaan bas.aku memerhatikan orang,itu je yang aku mampu buat sebab sangat bosan menunggu bas yang dah dua jam tak bergerak2 lagi.sebelah aku ada seorang makcik dalam lingkungan umur 40an.aku senyum pada dia,dia pun senyum.aku memerhatikan dia seorang yang baik,dan tengah berada dalam keadaan lapar sebab dia tengah khusyuk sekali makan roti.:)


di sebelah kiri aku pula,ada tiga orang budak sekolah.berpakaian lengkap uniform sekolah.ketiga-tiga comel.yang seorang ni putih sangat,seorang lagi cantik dan seorang lagi nampak macam tomboy dan bertindik di bawah mulut.topik perbualan mereka;boyfriend,kawan2,cikgu. aku terdengar dieorang berkata,"kau tak kantoi ke tindik kat bawah mulut tu?" member die selamba je jwab,"cikgu ada aku letak la handplast.pandai2 la beb".

aku yang kat sebelah ni senyum je la..:)

kemudian,ada dua orang gadis yang sangat cantik berpakaian ala-ala orang KL dengan pakai wedgesnya mengheret beg beroda.baru balik dari KL kot.kehulu-hilir macam model.tak tahu motif mereka,mungkin takut ketinggalan bas.maybe-tapi last2 aku tengok dua orang ni pergi menghala ke tempat teksi.tak tahan panas menunggu bas rasanya.


disuatu sudut sana pulak ada sekumpulan remaja lelaki yang duduk lepak beramai2 sambil gelak2.tak tahu apa topik mereka,mungkin menceritakan hal awek cantik.maybe.


dan ada juga seorang lelaki yang merayau-rayau mencari apa pun tak diketahui.sekejap ke sana,sekejap ke sini.sekejap duduk sana,sekejap duduk sini.sekejap baring.aku yang duduk sorang2 mulai cuak sebab takut pada lelaki tersebut tapi still wat muka rilex.haha.kemudian aku nampak die mengambil bekas air yang orang tinggalkan,dan terus minum air lebihan tersebut.memang la bagus kan habiskan sisa makanan sebab membazir amalan syaitan kan.tapi agak-agak la kan.bekas orang tu.dari segi fizikal aku tengok dia dalam 30an,masih mampu berjalan normal.aku rasa dia takde masalah untuk cari kerja untuk dapatkan makanan.tak tahu ape masalahnye.mungkin ada penyakit,penyakit-malas ;|


dan disatu sudut,ada seorang lelaki.nampak macam pendiam dan pemalu:)))



anda suka entry ni.sila tekan LIKE. TQ
Lihat Hati dan Amalan Kamu

Lihat Hati dan Amalan Kamu

Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada para rupa kamu,juga tidak memandang kepada harta kamu.Akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu"

(Hadis sahih Riwayat Muslim)


credit-Majalah Dara.com.Edisi Julai.

anda suka entry ni.sila tekan LIKE. TQ
cuba jadi magnet cinta kasih

cuba jadi magnet cinta kasih

June 17, 2011

salam 1 malaysia semua.hari ini sangat indah bukan.setiap hari adalah hari yang paling indah bukan


aku ada tengok rancangan Dr Fadhilah Kamsah dekat astro oasis hari tu.aku tak ingak topik apa perbincangannya tetapi mengenai JODOH.huu.tu aku semangat nak tengok sampai tak tukar channel lain.Dr ada la share mengenai jodoh2 ni.beliau cakap jodoh itu sebenarnya dekat je dengan kita.bukannya jauh pun.ada dekat2 ngan kita cuma kita tak perasan.atau mungkin kita terlalu fokus kepada yang jauh.


Dr ada la juga share mcam mana nak cepat dapat jodoh.Beliau suruh kita jadi MAGNET CINTA or Magnet Kasih. supaya orang sentiasa senang dengan kita,sentiasa kasih dengan kita. kita juga perlu sentiasa get ready bila pergi kemana-mana.ini kerana jodoh tak tentu masa datang kan..:)


Dr Fadhilah Kamsah juga ada pesan suruh kita buka minda dan hati.baru kita boleh get ready untuk memberi dan menerima kasih seseorang.kita juga kena memaafkan semua kesalahan orang baru hati kita sentiasa ready.



point tulis pasal ni??saja2 je...:3



till then.cik renex.
KL Gangster time

KL Gangster time

June 15, 2011

ini sambungan entry pergi ke kuantan tu.wa pergi sana menyelam sambil minum air.bukan air sungai tapi air tembikai susu.hehe.:) wa pergi nonton KL GANGSTER.wa cakap lu.


ini movie,wa boleyh bagi tiga satu per dua star.haiya,itu sudah cukup manyak maa..overall movie ni OK.ganas2 gangster itu adalah kan n lawak2 pun ada sebab ada si ZIZAN raja lawak tu.movie ni pun banyak mesej la.takde la cerita zero je kan.yang aku boleh nampak movie ni,ada mesej Persahabatan. persahabatan antara MALEK n AJIT(aku tak ingat ejaan nama dia).bila Malek ada masalah,ajit confirm datang tolong even before ni dieorang laing geng. Persahabatan Malek n Fadil (Abang Dil) pun sangat2 kuat.

Nilai kekeluargaan pun ada juga antara mak n anak. Walau sejahat mana pun anak,mak tetap sayang anak tu.Nilai kesungguhan untuk mencapai sesuatu.Macam Shark sanggup bunuh King sebab nak dapatkan geng tu,padahal King tu ayah tiri dia.tapi nilai ni tak patut untuk dicontohi..hehe.uish,da mcam wat jawapan untuk KOMSAS SPM je.bentuk soalan-apakah nilai dan pengajaran kita perolehi dari cerita ini??,,hehe,,


tetapi yang tak bestnye,cerita ni sekejap sangat,satu jam setengah jam je kot..aish..tetapi cerita ni memang best la.thumbs up untuk Aaron Aziz,Shamsul,Zizan,Adi Putra,Ajit,Kings n semua2 la.Lawak Zizan dalam cerita ni memang besh.semua orang gelak bile die wat lawak je,hehe..Si gangster ajit tu pun lawak,cara cakap pun buat aku gelak.


Kelainan cerita ni,heroin tade,yang ado hanya Hero,Aaron Aziz(Seth Tan :] )Aaron dalam cerita ni memang macho habis la.kalau gaduh pun steady je.badan die memang tough la..sama macam Adi Putra.lari pun ada style.hehehe.bila tengok movie ni rasa macam boleh wat satu kesimpulan - Rokok dan Gangster tak boleh dipisahkan. sebabnya selepas gaduh je,confirm melekat rokok kat mulut,macam Adi Putra tu,cakap sambil letak rokok kat mulut.huuu..maybe tu style kot. ingatlah ROKOK MERBAHAYA UNTUK KESIHATAN.


kerepek:masa tengok cerita ni,ada orang ambil seat kitaorang,macam s*** je kan.rasanya satu geng kot,sebab penuh satu baris untuk dieorang.naseb baik lu orang lelaki.kalau tak dah lama wa bising2 kat situ.huhu.tak pun wa panggil abang Malek stlekan lu owang.tak pun wa panggil Big Brother Dil.huhu.time aku tengok tu memang penuh hall tu.


till then.cik renex.
Jom Cari Kerja Kolej Komuniti

Jom Cari Kerja Kolej Komuniti

assalamualaikum dan salam satu malaysia.selamat datang kepada semua yang sedang baca blog cik RENEX ni ye.aku sangat menghargai kesudian kamu semua untuk membaca bingkisan merepek ini.aku rasa ayat aku macam terlebih skema lak kan.huuu..

oh ya,update kali ni aku nak menceritakan tentang kejadian aku di kuantan.kejadian yang dah lapuk.hari jumaat yang lalu aku pergi kuantan.sebabnya untuk menghadiri program jom cari kerja anjuran kolej komuniti kuantan dan job malaysia azam 1kerja.so memang semangat la aku pergi dengan member aku.

bila sampai sana aku dah cuak dah.ye la,orang lain aku tengok semua pakai skema.yang lelakinya cukup smart dengan kemeja n tie,yang aweks2 lak pakai baju kurung.aku ngan member abis pakai sempoi je.pakai seluar jeans je.tapi nak wat cam ne kan,redah je la...


pergi sana usha2 lar jawatan kosong.tak banyak sangat la yang sesuai ngan bidang aku ni.yang banyak nak dalam engineering.kalau chemical engineering okay la jugak,ada chance juga nak apply,tapi yang ado hanya mechanical engineering.berbulu je aku bace iklan vacancies tu.huh!


so as a result,,drop resume je la aku yang mana patut.kalau ada rezeki,ada la kan.




till then.cik renex.
© Blog Cik Renex