dua puluh dua

February 20, 2011

hello hello.semalam semalam besday aku..


tak sangka!ramai yang wish besday kat facebook..:) terharu weh,,aku tahu,dieorang bukan ingat besday aku,tapi kat facebook kan de tulis besday sape2 kan,tapi aku still terharu gak,,heehehe..terima kasih sangat2 kat member2 yang ku sayangi sekalian..yang sms aku wish besday pun ada jugak,,thankssss kooraangggg...:)

dua puluh dua-angka yang cantik bukan.

hadiah paling bermakna aku?semestinya dari diri aku sendiri.hadiahnya adalah MR K! hee..mr k actually salah satu wishlist aku last year,alhamdulillah tahun ni baru aku dapat walaupun aku ni second user,,tapi yang penting aku guna duit aku sendiri hasil titik peluh aku kerja..cehwahh..macam peluh je wat keje kan..haha!


oh ya!nak share something.
msg from my friend,,aku suka ayat2 dari msg kawan2 aku ni..

"celebrating is less meaningful than appreaciating" thus,thanks ur mom on ur big days,,

aku suka ayat die,,:) thanks mir,,


ni lak msg dr yus,,

"Ya allah,wanita yang membaca ini adalah wanita yang cantik,kuat,sabar & saya menyayanginya.tolong murahkan rezekinya&tingkatkan kehidupannya.begitupun jika dia melangkah,selamatkan dia..aminnn.."

aku pun syg ko yus...



akak aku pun de wat entry kat blog die smpena besday aku..kononnya la kan..hee..jom g terjah..:)

http://faralovelee.blogspot.com/2011/02/happy-besday-adik.html

lady bos...

January 27, 2011


entry kali ni nk share about my boss.lady boss.hem.minggu ni memang minggu yang memaLangkan sebab aku asyik kena marah je.buat tu salah.buat ni salah.semua tak betul.ada je yang tak kena.

mula2 kena tegur sal popcard a.k.a tanda harga barang pada barang takde.die ciap cakap"customer da ramai tanye harga,,nape u tanggal popcard tapi tak letak semula??"

aku lak,terpinga-pinga la,dah la die masuk ofis terus hamun aku,da la aku duk depan pc time tu.aishh..sabar je la.

aku pun jawablah.."HQ suruh tukar harga,tapi dieorang tak tukar ag,sebab tu sy tak tmpal harga lagi,popcard tu bukan sy yg tanggalkan.sy tanggal yg tukar harga je"

pas tu die marah lagi.."u da tau id n pasword nk tukar kan?nape tak tukar je..?" pas tu die blah..

aku lak?da wat muke bengang,da la dalam office tu de ramai staff lain jugak,,hemm,,suka sangat sembur org mcm tu..takkn aku nk tukar harga,,nti kantoi ngan HQ sebab g pandai2 tukar harga lock,,nti kena marah lak ngak ms chia HQ.


pas tu ,,kena bising sal harga buah LOKAM la,,pasal harga air la,pasal tu la,,pas tu pasal harga biskut laa..semua nk sembur..mcm semua tu aku sengaja wat salah..dan macam semua tu salah aku.bukan salah akuuu pun okayyyyyyyy...

titik!


memang payah nk puaskan semua hati orang.dan bila kerja makan gaji,,memang macam tu.lumrah kan.die bos kita ni sape je laaa..terpaksa la..

tapi aku memang anti ngan orang "MOODY" ni..memang pangkah okay,bukan ape,cuma aku rase org mcm tu tak adil melayan org lain..


selagi aku boleh sabar ngan kerja ni,aku akan sabar,,dalam dunia ni takde kerja yang senang kan.yang penting kita pandai bawa diri dan tabah ..

kadang-kadang aku jeles tengok member2 aku yang kerja berkaitan ngan chemistry,,bila la agknya rezeki aku kan..


teringat msg dari seorang kawan aku ni

"teruskan berdoa,,moga ko dapat apa yg ko impikan..sentiasalah bersangka baik dengan-NYA.,,"

"bukan ko tak dapat apa yang ko inginkan,cuma ianya mungkin "TERTANGGUH" or ada something yang lebih baik dalam perancangan-NYA utk ko..yakin la k..."


bila dpt msg mcm tu,,baru la leh positif ckit.tipu la kalo ckp aku tak teringin nk kerja dalam lab semula.nak weh..takpun kerja yg berkaitan apa yg aku bljr kat slama 3thun lebeyh tu..nk juga aku aplikasikan n curahkan semua yg aku belajar tu..tp tu la..bak kata kwn aku tu,,sbr n yakin dengan tentuan-Nya..

insyaALLAH..

in relationship with someone from Indonesia..:)

January 17, 2011

aku keturunan indonesia?heh!tajuk mcam gempak kan.cerita mcam ni,minggu lepas ada sepupu mak aku dari indonesia datang ke rumah kami..hee..mcm mana fmly aku boleh bersangkut paut ngan org indonesia ni?aku pun tanye la ke mak aku,

ma aku cerita,,mak nenek aku iaitu moyang aku kahwin dengan lelaki indonesia,biasa la orang dulu2 kan.then lahirlah nenek aku dengan adik lelaki die yg aku panggil aki de..ada la lagi ceritanya n tak perlu la aku cerita kot,,

so begitu la macam ne aku da hubungan ngan indonesia ni..:)yg datang ke rumah aku ni aku lupa lak nama die,,sazali kot,,hee,,dia sebenarnya dari remaja ag selalu kirim surat kat mak aku n saudara aku yang lain.die memang dah janji akan cari saudara die kat malaysia ni..so sekarang die da tunaikan janji die kan.dulu die selalu call kami n akhirnya dapat jugak berjumpa,,orang yang paling gembira siapa?mesti la puan nora aka mak aku kan?hehe,,

ni la gmbrnye...





haa,,sebelum ni saudara aku ada yang g indonesia n g umah dia,,ni ada gmbr dieorang g indonesia.family aku lak,insyaallah bulan 6 pergi jika diizinkan tuhan dan dikurniakan umur yang panjang..:)






kerepek:|patutlah aku addicted gile ngan lagu2 band indon,,sebab moyang aku orang sana...hehe.|

memalukan atau dimalukann...

January 7, 2011

malam tadi seorang gadis berjalan masuk ke Maybank utk bank in duit.so dengan lemah gemalai nya smbil memegang hp menuju ke bank tersebut.



bila dah sampai,dengan selambanya menolak pintu tersebut.cubaan pertama tak berjaya,so cubaan menolak pintu utk kali kedua.still tidak berjaya.aishh!si gadis mula bengang dan menarik muka masam.tiba-tiba nampak perkataan TARIK kat pintu tersebut!



cis patut la tak berjaya.tak pasal-pasal kena perli ngan dua orang mamat ni.
"lain kali masuk sini tarik pintu ye.."cakap smbil gelak-gelak ngan member dia..

adoiii..memang maluuuu okay!si gadis hanya mampu tersenyum sahaja..haha.padahal dalam hati malu gileeerrr....



peristiwa memalukan tak berakhir smpai disitu..masuk nak bank in duit pun berlaku lagi.macam biasa la kan,mula-mula tekan enter then select language..so aku nak pilih la malay sebab aku anak jati orang melayu,kononya la kannn...jadi dengan SEMANGATnya g tekan kat skrin tu..konon-konon ingatkan touch skrin..rupanya bukan touch skrin apedaaa.kena tekan button kat sebelah tu bila nk pilih which one.haha..maluuu seyyhhhh..nasib baik time tu takde orang kat belakang tgh tgu turn.kalau tak.malu tuk kali kedua...:)



haiiiissss.....


hari semalam memang la hari yang melawakkan..:)

juz for eni kaled..:)

December 22, 2010

salam semua.hari ni aku nak share something.hari tu one of my officemate nk quit coz dpt job yang lg better dari skrang.so aku plan la nak bg something yang leh wat kenangan for her kan.at least she will remember me when see my gift..:)


so pk la pk nak bg ape.nak bg handphone aku tak mampu.takde bajet.sebab ape nk bagi hadiah handphone?sbb ari tu eni ni pergi toilet n die bg hadiah hp kat toilet tu.tak pasal2 je tndas tu dapat hadiah hp sony ericson..hehehe.

pk pk pk dan hah! akhirnya aku dapat idea nak bg satu craft yang aku wat sendiri.selain menjimatkan,hadiah tu lagi bermakna sbb aku watnya sendiri bukan beli kan..

ambil masa satu malam jugak la aku wat benda alah ni.nak tengok ape yang aku bg?ni haaa...

ni mase sesi design craft



ini pulak sesi menjahit separuh jalan sebelum disumbat kapas kedalamnye..:)

tadaaaa,,,dah siap dah sumbat..



aku siap letak bunga melur kat telinga tu..hehehe..


okay..dah siap nk bagi dah..


dear eni..hope ko suke hadiah tu.;) ni gmbar aku culik dari fbook die..haha..:) miss u eni..

eni..rindu nk dengar ko nyanyi2 dalam ofis...huuhuhu..



pada yang tengah bercinta tu,meh bace info ni..

pada yang tengah bercinta tu,meh bace info ni..

December 10, 2010

hei hei.aku kembali mengupdate blog kesayanganku ini sambil ditemani jobmalaysia.aisshh..baik lah,hari ni aku nak share lagi something ngan korang yer..iaitu 5 fakta cinta yang perlu kamu-kamu tahu.lima je okay.bukan banyak pun.huhu,,


jom kita mulakan dengan fakta pertama,

"lelaki dikatakan lebih mudah terpengaruh dengan hubungan cinta cintun di dalam internet.so,no wonder la kan sekiranya kita nampak lelaki ni dengan senang hati menerima pelawaan gadis-gadis untuk bersembang.contohnya chating kat YM ke,facebook ke,myspace ke,,skype ke..kan?"


fakta kedua lak "jangan terkejut jika anda tahu sebenarnya gadis juga sebenarnya terdorong untuk memiliki lebih dari seorang kekasih,,huhu,bukan hanya lelaki je yang ada niat macam tu.."


fakta seterusnya adalah "seorang lelaki boleh jatuh cinta dengan gadis yang baru ditemuinya hanya dalam masa tiga minit" wah,sungguh HEBAT..patutla lelaki ramai yang propa..huhu,,nasib baik ada empat column untuk diisi kan..


fakta keempat adalah "lelaki memang tak suka mengingat tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka even besday awek sendiri,,"so awek-awek jangan lah sentap lak bila dieorang tak ingat tarikh penting contohnya annversary ke,besday ke,,boleh je kan kita tlong ingatkan si lelaki trsebut.


fakta terakhir iaitu fakta kelima"kadang-kadang pasangan kita akan menipu atau berbohong spya dapat cover kesalahan yang mereka wat.." tipu sunat la kononya kan..tapi sebenarnya terus terang itu lagi baik bagi menjamin kesucian sesuatu perhubungan itu.cehwaah,,ayat tak leh blah kan..tapi serius k,jujur itu sangat penting bagi memastikan graf relationship kita always menaik jew,bukan graf menurun k..



k lah,itu aja,nanti aku share info lain lak ye.chow bedahh...:)


jom bace info ni kawan2

December 9, 2010

mari2 sini kawan-kawan..cik renex nak share sesuatu info.info ni bukan cik renex cipta sendiri,tapi cik renex baca dalam majalah.credit to remaja;)

saja letak gambar ni.pic taken by him(si jejaka)


info pertama

"tahukah anda bahawa mata kita berkelip setiap hari puratanya adalah 144oo sehari"

wah.banyaknye la kan kita berkelip.korang pernah tak kira berapa kali mata berkelip..jom kita kira nak?hehee..satu dua tiga empat lima enam........14400.okay!cukup.huuu


info kedua

"percaya tak?secara puratanya mata kita berkelip sebanyak tujuh kali seminit semasa tengah menghadap komputer ke,laptop ke,notebook ke"
percya ke tak?jom try test..tapi aku da test,lebih dari tujuh kali ni..korang pun try laa..

info ketiga

"tahukah anda bahawa purata rambut diatas kepala kita adalah 100000 helai..banyak kannnnn??

ada sesiapa nak cuba buktikan info ni dengan mengira rambut sendiri sekarang??kalau ada yang dah pernah kira rmbut tu,tahniah aku ucapkan..tapi jangan la yang ada sehelai dua rambut je.eh!upin ada sehelai je rambut??cam mana..




itu sahaja la dari cik renex.info hari ni..

credit to - remaja!
© Blog Cik Renex