Broasted by SugarBun Gambang Kuantan

Assalamualaikum dan Hai. Sebelum ni Cik Renex ada update mengenai program yang CR join iaitu Safari Run di Gambang kan. Mana yang belum baca boleh klik link ni https://renex89.blogspot.com/2018/08/safari-run-2018-bukit-gambang-resort.html . CR sampai di Gambang pada Sabtu petang. Lepas je ambil Race Kit di Bukit Gambang Resort City, kami ke hotel dan terus mencari tempat makan sebab dah lapar. Padahal rasanya baru lepas makan. Kalau dengan budak dua orang ni memang akan rasa lapar selalu kot. hahaha

Broasted by SugarBun Gambang Kuantan

Kebetulan ada Broasted By SugarBun berhampiran dengan hotel kami stay tu. Memang nak cari yang dekat je, makanya kami pun pilih kedai ni untuk makan. Ni adalah pertama kali CR makan di kedai ni sebelum ni lalu je depan tak pernah singgah kalau ke Kuantan. 



Broasted by SugarBun Gambang Kuantan

Konsep dapur terbuka kedai ni. Nampak tak dia ada tulis "Come Take A look". Tapi CR tak pergi tengok pun, jeling dari jauh je. 

Broasted by SugarBun Gambang Kuantan

Kami bertiga sepakat order set C4 Dua ketul ayam roasted dengan harga RM11.30.  Set ni juga ada kentang goreng dan kentang putar. Ayam Broasted SugarBun tu bagi pendapat CR sedap dan size dia memang besar , makan seketul pun dah kenyang. Tapi berjaya jugak habiskan dua ketul. :) Kentang goreng pun banyak  dan kentang putar tu CR tak berapa suka sangat. Tapi dua lagi kawan CR berjaya habiskan kentang putar tu maksudnya sedap la kan. Selera masing-masing lain. :)



Broasted by SugarBun Gambang Kuantan

Banyak lagi menu lain yang ada di Broasted SugarBun ni. Pilih je mana yang berkenan di hati.  Memang semua berasaskan ayam roasted. 

Broasted by SugarBun Gambang Kuantan
SUMBER FB


Broasted by SugarBun Gambang Kuantan

Broasted by SugarBun ni juga ada buat combo untuk student yang pasti harganya lebih murah. Kalau ada kad student boleh la tunjuk kat cashier masa order makanan nanti. Untung la student UMP Gambang dapat merasa set student combo meal sebab kedai ni memang berhadapan dengan UMP Gambang. :)



Broasted by SugarBun Gambang Kuantan

LOKASI

No.25 Jalan Bandar Gambang 1, 
Pusat Komersial Bandar Gambang
26300 Kuantan 
Pahang Darul Makmur


WAKTU OPERASI

10:30AM - 10:30PM


16 comments

  1. alaaaaa nampak sedap! tapi kat kedah takdak emmmm

    ReplyDelete
  2. Nti dtg kuantan boleh try..lapo plak tgok..

    ReplyDelete
  3. Wahh nampak sedap.. boleh cuba nanti ni :)

    ReplyDelete
  4. pergh...sedap juga nie.

    tempat saya merata-rata restoren Sugarbun..

    janji ada sesuatu dalam poket..

    maka semuanya jadi mudah

    ReplyDelete
  5. Kat penang tak de ni..Nak kena ke Kuantan la nampaknya...

    ReplyDelete
  6. Mcm2 skrg dh ada kat fast food... Tp roasted bun kt johor msh xde lagi..nk juga merasanya..hehe

    ReplyDelete
  7. Sedapnya, tak pernah pergi sini. Kt Selangor cawangan Kat mana

    ReplyDelete
  8. Macam ayam goreng KFC i tak pernah try this brand yet.

    ReplyDelete
  9. Ala,,yeke? baru-baru n ada melalui gambang.Tak de lah pula nampak restoran ni

    ReplyDelete
  10. nampak best je kak el. Sdap mcm aym kepci tak? Hehehe

    ReplyDelete
  11. Konsep dapur terbuka tu menarik.. Macam mee tarik..
    bebudak sukalah nak menengok nie..

    ReplyDelete
  12. Nampak pun dah sedap

    http://www.rahsiaummi.com/rawatan-kayap-menggunakan-supplemen-semulajadi-yang-selamat-dan-berkesan/

    ReplyDelete
  13. macam KFC pun ada, macam kenny rogers pun ada. yang penting harganya berbaloi kan ")

    ReplyDelete
  14. alahai CR.. sedapnya la tngok ayam goreng memalam ni. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex