Jualan Buku Big Bad Wolf Meraikan Ulang Tahunnya Yang Ke-10 Dengan Destinasi Pertama Di Kuantan

Sebagai usaha memupuk minat suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, Pahang bakal menjadi destinasi pertama di antara 9 negeri yang lain di 2019. Berita baik untuk para pencinta buku! Selepas Jualan Buku Big Bad Wolf menutup tirai dengan penuh jayanya pada Disember 2018, Jualan Buku Big Bad Wolf kini kembali untuk jualan buku yang selalu dinanti – nantikan di seluruh Malaysia. Jualan Buku pertama tahun ini akan diadakan di Kuantan pada 28 Februari hingga 10 Mac 2019, di mana para pencinta buku boleh mendapatkan beraneka jenis buku pilihan mereka di Universiti Malaysia Pahang, Gambang. Senang je nak cari UMP ni, keluar highway Gambang dan terus je sampai jumpa UMP. Inshaallah tak sesat. :)


Jualan Buku Big Bad Wolf UMP Gambang 2019

“Tahun ini bakal menjadi tahun yang menarik buat kami di Big Bad Wolf Books. Sempena dengan sambutan ulang tahun kami yang ke‐10 dan buat julung kalinya dalam sejarah Big Bad Wolf Books, kami akan membawa Jualan Buku ini ke 10 buah negeri di Malaysia ,” kata Pengasas Big Bad Wolf Books, Andrew Yap. 


Menampilkan buku dengan potongan harga antara 75% hingga 95%, para pencinta buku boleh berbelanja mengikut kemahuan hati mereka bermula seawal 10.00 pagi hingga ke tengah malam di Jualan Buku Big Bad Wolf di Kuantan. Jualan ini menawarkan pelbagai pilihan buku paling laris, novel remaja, kisah percintaan, sains fiksyen, jenayah, kisah seram, perniagaan, seni bina, seni dan reka bentuk, resipi serta banyak lagi. Para pelanggan boleh mendapatkan kesemua buku berkenaan di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. 


Sesuai untuk semua peringkat usia, Jualan Buku ini turut menampilkan tajuk-tajuk buku dari kalangan penulis-penulis ternama, serta buku dari penerbit tempatan yang terdiri lebih daripada 40 penerbit seperti PTS, Karangkraf, Dewan Bahasa dan Pustaka serta ITBM Publishing. 12 penerbit buku indie yang turut mengambil bahagian di Jualan Buku ini termasuk Buku Fixi, Dubook Press, Lejen Press, The Patriots dan Mapple Comics. Buku-buku ilmiah terbitan Sasbadi dan Pelangi serta terbitan universiti di bawah kumpulan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) juga boleh didapati di sepanjang Jualan Buku tersebut selama 11 hari. 

Jualan Buku Big Bad Wolf UMP Gambang 2019

Di samping itu, dalam usaha untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menyerokkan bagi si kecil, ibu bapa yang mengunjungi Jualan Buku tersebut pastinya akan berpuas hati dengan pemilihan buku yang berbagai macam di bahagian kanak-kanak. Antara buku yang disyorkan adalah buku augmented reality (AR) oleh Little Hippo yang mempunyai lapan jenis judul. Menggunakan kecanggihan teknologi AR, buku AR Little Hippo mencipta satu pengalaman pembacaan yang immersive dan berinteraktif untuk si kecil, yang pastinya akan merevolusikan cara membaca, bermain dan belajar pada masa yang sama untuk generasi akan datang. 


“Salah satu misi utama Big Bad Wolf adalah untuk memupuk minat suka membaca dalam kalangan masyarakat. Sebagai sebuah jenama yang sedang berkembang, kami akan terus membawa lebih banyak buku mampu milik ke bandaraya-bandaraya di dalam dan di luar negara, sejajar dengan matlamat kami untuk mencetus inspirasi dan memperkasakan masyarakat dengan ilmu pengetahuan,” tambah Yap. 


 Big Bad Wolf UMP Gambang 2019


Di dalam usahanya untuk menyemai bakti kepada masyarakat, Jualan Buku Big Bad Wolf akan meneruskan peranan yang dipertanggungjawabkan oleh sayap Tanggungjawab Sosial Korporatnya menerusi Program Red Readerhood di sepanjang tempoh Jualan Buku di seluruh Malaysia. Untuk Jualan Buku di Kuantan, kanak-kanak kurang bernasib baik dari beberapa rumah kebajikan di bawah seliaan Pertubuhan Komuniti Harap Kuantan (HARAP) akan mendapat manfaat menerusi program berkenaan di mana orang ramai boleh menyumbangkan buku yang dibeli di Jualan Buku ini. Inisiatif tersebut diadakan bagi memastikan kanak-kanak kurang bernasib baik mendapat akses kepada buku-buku berkualiti. 

 Big Bad Wolf UMP Gambang 2019

Selain daripada buku, para pelanggan juga boleh membeli pelbagai cenderamata seperti lencana, magnet dan barangan Big Bad Wolf. Memandangkan jualan ini akan berlangsung sehingga tengah malam, Jualan Buku Big Bad Wolf turut menyediakan gerai-gerai jualan makanan berkonsepkan food truck di Universiti Malaysia Pahang bagi memudahkan para pengunjung yang datang untuk menjamu selera dan menghilangkan dahaga dengan beraneka makanan serta minuman yang lazat. 


Patikan anda sentiasa mendapat maklumat terkini dengan mengikuti #BBWPahang2019 di:

FACEBOOK: fb.com/bbwbooks

INSTAGRAM: @bigbadwolfbooks

5 comments

  1. lama tak shopping buku! tapi jauh la plak nak pergi ump sana

    ReplyDelete
  2. selain shopping mall ini adalah red zone Diah..boleh muflis dekat sini

    ReplyDelete
  3. Kaki buku yg duduk panti timur ni lah masa utk shopping penuhkan almari buku. Banyak juga diskaun tu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex