Selamat Datang Tahun Baru 2022

Selamat Darang Tahun Baru 2022 ︱Assalamualaikum dan Hai. Sedar tak sedar dah masuk ke tahun yang baharu dah kita. Rasa macam tak bersedia dan entah la rasa macam sekejap sangat masa berlalu. Atau sebenarnya kita yang terlalu lalai dengan perkara lain sampai tak sedar masa dah laju tinggalkan kita. Tahun 2021 kita masih diuji dengan wabak Covid19 dan di penghujung tahun kita diuji pula dengan bencana banjir. Alhamdulillah rumah CR tak kena banjir tapi terkepung tak boleh kemana disebabkan jalan utama dinaiki air sungai. Tetapi sekarang cuaca masih tak elok dan hujan pun sekejap  turun sekejap reda. Air sungai pun makin naik sebenarnya. Semoga kali ni bukan banjir besar lagi.



Jika diingat kembali apa yang berlaku tahun 2021 ,ada banyak suka duka yang CR alami. Normal lah sebagai manusia kan, takkan nak bahagia sahaja setiap masa. Ada masa diuji juga untuk menguatkan lagi hati kita supaya makin sabar dan tabah. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran untuk kita menjadi lebih baik dari sebelumnya. Perubahan yang paling ketara untuk tahun ni adalah CR dah kahwin. Alhamdulillah :) Mana yang belum baca post tu boleh klik LINK ni

Jom kita tengok apa yang kita perlu tinggalkan dan tak perlu bawa ke tahun 2022.


  1. Self doubt 
  2. Unhappy memories
  3. Past mistakes
  4. Toxic People
  5. Negative thoughts

2 comments

  1. Tak terlambat lagi nak ucapkan selamat tahun baru kan. Selamat tahun baru CR. Cepat masa berlalu tanpa sedar dah dah berlalu bulan Januari dan Februari pun dah separuh bulan. Semoga yang baik baik di tahun 2022 ni. Aaaminn...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex