Lirik Lagu Jodohku ; Khai Bahar - OST Cinta Tiada Ganti

July 10, 2018

OST Cinta Tiada Ganti

Assalamualaikum dan Hai. Siapa disini peminat Khai Bahar? Aku adalah salah seorang peminat dia dan kalau ada yang perasan aku kerap share lagu dia. hehe. Kali ni aku nak share lagu baru Khai Bahar lagi yang bertajuk Jodohku. 

Lagu Jodohku ni menjadi OST drama terbaru iaitu Cinta Tiada Ganti yang baru je ditayangkan di astro semalam. Aku pun tak sempat nak tengok lagi drama tu, tapi nampak macam menarik sebab Heroin dia aku suka iaitu Nelydia Senrose. Selalu kalau Nelydia yang berlakon mesti best drama tu. Malam ni la nak layan drama tu pulak. 

Sekarang kita layan lagu OST drama tu dulu yer. Jom, Layannn...


Jodohku - Khai Bahar

LAGU: ADI PRIYO (TAJA ARCHIVE PUBLISHING) 
LIRIK: MANUSIA PUTIH (NAR PUBLISHING SDN BHD) 


Tak mungkin kau ubah
Jika Tuhan tlah berkehendak
Semua pasti akan terjadi
Sekarang mungkin saat nanti

Oh.. kasih
Biarkan hatimu yang menuntun jiwa
Oh.. Cinta
Kupercaya ini arah terbaik engkau dan aku

Engkaulah Jodohku
Yang tertulis di dalam dasar hatiku 
Dan lama ku nanti
Tuk sempurnakan hidupku


Benci yang kau pendam
Bahkan cair menjadi cinta
Jika itu yang Tuhan mau
Jalanmu kan jadi jalanku

Tertulis di dalam hidupku 
Jodohku hanyalah dirimu
Tak kuasa untuk ku hapuskan
Kerana cinta hanya milik Tuhan




Throwback Iftar di Sidin Cafe Temerloh

July 5, 2018

Assalamualaikum dan Hai. Walaupun dah masuk bulan Syawal,aku tetap nak share cerita aku berbuka puasa dengan kawan-kawan sekolah rendah di Sidin Cafe yang terletak di Bukit Angin Temerloh. Walaupun dah berbulan berlalu. hee.

Iftar ni bukan la acara wajib tiap-tiap tahun cuma tahun ni kami terrajin pulak nak beriftor bersama-sama. Seperti biasa ini lah muka biasa kawan-kawan aku yang selalu aku lepak bersama-sama. Azuwa, Wani , Sapik dan Faiz. Semua ni adalah kawan sejak dari sekolah rendah sehingga ke hari ni dan yang masih bujang.

Seperti biasa, nak pilih tempat berbuka, Wani ditugaskan untuk mencari tempatnya dan dia memilih Sidin Cafe yang terletak di Bukit Angin. Kami semua on je asalkan bersama-sama kan. Makanya berbuka la puasa kami Sidin Cafe yang mengetengahkan menu2 western. Bukan selalu berbuka ala-ala Barat kan.


Muka sebelum berbuka puasa. Dari kiri (Faiz, Cik Renex, Azuwa, Wani dan Sapik)

Sidin Cafe

Sidin Cafe

Sidin Cafe

Nampak menyelerakan ke idok? Kalau terasa nak merasa boleh la ke Sidin Cafe yer. Kami order Grill Chicken Chop, Country Chicken  Chop dan Cheesy Nachos. Nak tambah nasi pun boleh kalau rasa tak lengkap tanpa nasi kan. :) Gambar air xingat nak snap. Rasa makanan di sini boleh tahan sedap cuma kalau size ayam tu besar sikit ok jugak. Sos dia CR suka dan cheesy nachos dia terbaek. 

The Girls

Tempat dia pun menarik dan luas. Ramai juga yang buat supprise birthday di sini. Kalau nak bergambar cantik2 di cafe ni pun sesuai sebab dia cafe hipster. hee. 



SIDIN CAFE
WHATSSUP 017-696 1764
No:29-31,Tingkat 1,Jalan Dagang 2,
Dynaton Bukit Angin,28000 Temerloh,
PAHANG 

OPERATION HOUR:
5.30pm-11.00pm (LAST ORDER) 
12.00am CLOSED

Peniaga dah isytihar pendapatan tahunan ke? #eFiling

July 4, 2018



Apa itu e-filing?e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet. Pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat.

Senang je nak daftar. Pergi ke  laman web ezHASIL (https://ez.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my)



  1. Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.
  2. Pilih Perkhidmatan e-Filing -e-Borang. Pilih e-borang yang dikehendaki dan isi semua maklumat.
  3. Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
  4. Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.


Aplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian. BNCP dan borang anggaran yang disediakan dalam e-Filing adalah seperti di bawah.

  • Borang B/BT (e-B/e-BT) - Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
  • Borang BE (e-BE) - Tiada Punca Pendapatan Perniagaan
  • Borang P (e-P) - Borang Nyata Perkongsian
  • Borang M/MT (e-M/e-MT) - Borang Nyata bagi Individu Bukan Pemastautin/Pekerja Berpengetahuan
  • Borang E (e-E) - Borang Nyata Oleh Majikan
  • Borang C (e-C) - Borang Nyata Syarikat
  • Layout Maklumat Praisi 2017 - Borang Nyata Koperasi
  • Borang R (e-R) - Penyata Baki 108 Tersemak
  • Borang CP204 (e-CP204) - Borang anggaran cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah
  • Borang CP204A (e-CP204A) - Borang pindaan cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah Pindaan ke-6 atau Pindaan ke-9
  • Borang TF (e-TF) - Borang Nyata Pertubuhan
  • e-Permohonan Pindaan BE - e-Permohonan Pindaan BE adalah permohonan pindaan atas kesilapan atau khilaf bagi Borang Nyata Cukai Pendapatan yang telah dikemukakan secara e-Filing atau m-Filing dalam tempoh
  • Semakan Pengesahan - Semakan semula pengesahan penerimaan borang yang telah dihantar secara e-Filing. Pengguna boleh menyimpan ataupun mencetak semula pengesahan tersebut.

Idea untuk hadiah hari jadi

July 2, 2018


Assalamualaikum dan Hai. Pada kali ini Cik Renex ingin berkongsi kepada anda semua dengan satu laman web untuk memudahkan anda membeli hadiah pada yang tersayang. Kadang tu ada masa kita akan blank nak hadiahkan apa pada hari istimewa yang tersayang. 

Jangan risau, kita hanya perlu ke website Printcious dan terus pilih sahaja hadiah apa yang kita mahu. Printcious dilengkapo dengan pelbagai jenis hadiah yang luar biasa dan pastinya mereka akan terpaku kerana hadiah yang menarik ni.

 
Jom kita tengok apa birthday gift ideas dan best friend gift ideas yang sesuai untuk kita hadiahkan.

Idea Untuk Hadiah Hari Jadi






Antara hadiah yang paling menarik untuk kita tempeh di Printcious adalah Mug yang kita boleh design letak gambar atau ucapan. Bukankah ianya Nampak lain dari yang lain? Setiap kali orang tersayang kita menggunakan mug ni pastinya mereka akan ingat kita. Jika taknak letak gambar kita boleh tulis mesej yang bermakna pada mug tersebut. 




Selain daripada mug bewarna ni, Printcious juga menawarkan Magic Mug. Kenapa panggil magic mug? Sebab bila kita letak air panas sahaja baru gambar atau tulisan pada mug tersebut akan muncul. Menarik bukan?




Selain daripada itu, kita juga boleh dapatkan bantal untuk anak-anak anda pada hari istimewa mereka dan untuk menambah keseronokan dan merasai ke hari mereka, anda boleh memperibadikan kusyen yang selesa ini dengan gambar-gambar yang menarik dan mengejutkan mereka seperti tidak pernah sebelum ini. Jangan risau dengan design, kalau takde idea boleh je guna design yang dah ada, Cuma tukar gambar atau ucapan sahaja.




Yang ni CR rasa jarang orang hadiahkan iaitu Jubin Seramik (Tiles). Kita boleh letak gambar kegemaran dan ucapan hari jadi pada mereka.



Kanvas ni CR rasa kalau CR dapat pun seronok sebab cantik kan. Zaman sekarang memang orang lagi suka print kanvas dari print biasa dan framekan kayu.



Sekiranya orang tersayang anda bekerja banyak menggunakan desktop dan laptop, CR rasa anda patut beli mouse pad ni. Jadi, setiap masa dia akan ingat kita walaupun di tempat kerja. Nak lagi best, letak gambar anda dengan caption “You are Mine!” baru takde orang mengorat nanti. Hehehe. Kalau nak hadiahkan pada bos pun okay juga ni.



 Sekiranya orang tersebut minat memasak, boleh dapatkan apron ni. Pilih je design yang ada sekiranya tak tahu nak letak ape. heee. Mesti mereka lagi bersemangat nak memasak selapas memakai apron istimewa ni.


Tshirt mungkin nampak biasa je bagi sesetengah orang. Tapi bila kita design sendiri dengan usaha kita , tshirt  tersebut akan nampak lebih istimewa dan lain daripada lain. 

Idea seterusnya adalah puzzle. Hadiah ini sesuai untuk diberikan pada mereka yang sukakan cabaran. pastikan bagi pada mereka yang dah terlerai puzzle. Biar mereka yang mencantumkan sendiri. Baru teruja sikit nak tahu gambar apa atas puzzle tu kan.


Okay, itu sahaja idea untuk dijadikan hadiah sempena hari jadi orang tersayang. Pastikan anda membeli di laman web Printcious yer. 

Don’t miss to click here too Button Badges Malaysia, Bulk Order Color Mug, Bulk Order Magic Mug, Bulk Order Lanyard, Bulk Order Mousepad
We also welcomed any sponsorship to get sponsor for their event. Don’t miss out to grab this big opportunity by click here Sponsorship for Event “
“If you are looking for best bulk order for mug, don’t forget to contact them.
Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, party photo booth is your best entertainment.”


Printcious


OST Pengantin 100 Hari, Lirik Lagu Sulit : Aman

June 27, 2018

Assalamualaikum dan hai. Semalam Cik Renex layan drama baru di TV3 yang bertajuk Pengantin 100 hari. Boleh tahan juga jalan ceritanya. Yang penting sekali, CR suka lagu OST drama ni iaitu lagu Sulit nyanyian Aman Aziz. Dulu masa mula2 dengar tak sangka dia yang menyanyi lagu ni , ingatkan Akim yang menyanyi. Memang best lagu ni.

Jom Dengar.




Lirik Lagu Sulit - Aman Aziz


Dapatkah aku melukiskan cinta
Mengarangkan sejuta rasa
Seperti nota dalam mimpi indah
Dikalung kasih selamanya

Selagi jantungku terus bergetar
Selagi nyawaku masih bersama
Akanku terus mencintai kamu
Walau jalannya ku lalu berliku

Biar ditimbus gelisah derita
Ku mahu bersama

Seperti angin kau hembuskan rasa
Menerbangkan titipan hati
Seperti madah dalam kamus cinta
Ungkapan itu ku personakan


Selagi jantungku terus bergetar
Selagi nyawaku masih bersama
Akanku terus mencintai kamu
Walau jalannya ku lalu berliku

Selagi jantungku terus bergetar
Selagi nyawaku masih bersama
Akanku terus mencintai kamu
Walau jalannya ku lalu berliku

Biar ditimbus gelisah derita
Ku mahu bersama


Cerita Syawal 2018

June 26, 2018

Assalamualaikum dan Hai. Lamanya tinggal blog, aishhh. Hari ni baru ada masa untuk menaip. Cemburu tengok blogger yang lain yang begitu semangat menaip dan publish entri setiap hari. :) Rasanya belum terlambat untuk Cik Renex mengucapkan Salam Aidilfitri pada semua rakan blogger dan pembaca blog ini. Semoga syawal kali ini memberi sejuta makna kepada kalian semua. Ampun maaf dipinta sekiranya pernah terasa hati dengan penulisan CR yer. Maaf Zahir dan Batin.


Jadi, kali ini CR nak berkongsikan kisah Syawal Cik Renex. Syawal CR masih sama seperti tahun sebelum. Masih beraya "single" hehe. Namun begitu, syawal tetap terasa meriah dengan keluarga CR sendiri dan jugak saudara-saudara yang balik ke kampung. CR takde kampung, rumah yang CR duduk sekarang adalah kampung CR dan tunggu je saudara mara datang beraya ke rumah.


Apa tema baju raya korang? Tema keluarga kami adalah warna Navy blue atau biru gelap. Memang setiap tahun CR dan kakak akan pilih satu warna untuk sedondon satu family. Barulah nampak raya. Hee


Tempat wajib ambil gambar time raya. Sepupu pun semua bergambar depan umah ni. Heee

2018

Kat tangga ni pun sama. Tempat wajib ambil gambar hehe. Ni adalah family CR. Tak ramai pun. Ada seorang lagi takde dalam gambar. Dia beraya tempat lain. 

blog cik renex
 Mak saudara, ayah saudara dan sepupu CR.


blog cik renex

Raya kedua pula CR tunggu orang datang beraya ke rumah. Tak banyak sangat pun ambil gambar. Hee. Raya kedua juga CR pergi ke rumah ayah saudara di Felda Triang 1. Malam tu pulak beraya le rumah kawan CR di Kerayong dan juga Temerloh. Gambar pun tak snap jugak. Wat IG story je.huhu


Raya ke tiga,kawan-kawan CR pulak datang beraya ke rumah CR.  Ketiga-tiga mereka ni adalah kawan CR dari sekolah rendah lagi. Tinggal kami je yang bujang lagi makanya selalu la jumpa kan. Kalau dah berjumpa mulalah lama mengonion. Hehe.
blog cik renex
blog cik renex

Raya ke 4 Isnin tu CR dah mula bekerja. Dua orang je bekerja masa tu. Bosan lah jugak menunggu sampai habis waktu bekerja tu. CR kerja sehingga hari Rabu je, Khamis dan Jumaat turn CR pulak untuk bercuti. Heee. Kasi can kita pulak raya sakan kan.


Khamis tu juga, CR dah booking untuk photoshoot gambar raya di white Studio di Temerloh. Lambat sikit photoshoot sebab nak tunggu CR cuti, akak pulak balik umah mentua dan jugak tunggu sikecik Farisha tu balik rumah. Dah lengkap semua baru lah boleh ambil gambar reramai kan.






whitestudio photoshoot raya

whitestudio photoshoot raya

Cantik tak gambar kami? Lama dah teringin nak bergambar satu family di whitestudio,akhirnya misi tercapai. Hiks.
Kalau ada sesiapa berminat untuk ambil gambar boleh terus ke FB beliau. Dijamin puas hati dan harga yang berpatutan.


Itulah sahaja cerita syawal Cik Renex. Cerita syawal anda pula bagaimana? Kalau sudi, share la link nanti CR terjah bila ada kelapangan. Kbyeee.

Dah Bayar Zakat Fitrah?

June 5, 2018

Assalamualaikum dan Hai. Semua dah bayar zakat fitrah ke? Cik Renex baru je bayar ,kebetulan ada Amil yang datang ke tempat kerja CR. Sebelum2 ni pun ada yang datang juga. Ianya memudahkan pada siapa2 yang tak sempat nak bayar kat luar, jadi dia pun datang ke sekolah. 

Kadar bayaran zakat fitrah berbeza mengikut negeri kan. Jom baca seterusnya untuk tahu berapa yang kena bayar.


Kadar Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Negeri Tahun 2018

Pada asalnya , kadar zakat fitrah adalah satu sha’ (gantang) dan nilainya seperti yang dinyatakan oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya Fiqh al-Islami wa Adillatuh iaitu 2.751 kg. Dan di sisi mazhab Hanafi ialah 3.8 kg.

Kadar Bayaran Zakat


Zakat fitrah
DONE! Ingatkan tahun ni ada someone yang bayarkan sebab dah jadi tanggungjawab dia, rupa-rupanya kena bayar sendiri lagi. hehe.

Hashtag , teamrayasingle teamrayabujang

HAHA


© Blog Cik Renex •