Lirik Lagu Raya Balik Elyana

May 28, 2019

Yang dari kota balik ke kampung Yang jauh merantau pun balik kampung Orang kampung pun sudah balik kampung Bukan orang kampung pun balik kampung

Assalamualaikum dan  Hai. Sedar tak sedar tak lama lagi kita bakal menyambut Syawal. Pasti akan rasa kerinduan pada bulan Ramadhan kan. Semoga kita bertemu lagi Ramadan untuk tahun depan. InshaAllah. 

Rata-rata di media sosial juga ramai yang kongsikan iklan raya dan juga lagu raya. Lagu raya lama memang tak dinafikan memang seronok didengar dan penuh dengan nostalgia. Tapi tak kurang juga lagu raya baru untuk tahun ni. Ramai juga artis yang keluarkan lagu baru , tak ketinggalan bagi Elyana.

Elyana pun ada keluarkan lagu raya baru  yang bertajuk RAYA BALIK. Dah dengar belum?Kalau belum dengar bolehlah dengar di youtube. Nanti CR kongsikan link youtube di bawah. Di radio juga dah keluar lagu raya Elyana ni. 

Bagi CR lagu Elyana kali ni sangat catchy dan aura lagu macam lagu saloma gitu. hehe. Jom nyanyi sama2. CR dah kongsikan lirik di bawah.



RAYA BALIK

ELYANA
Yang dari kota balik ke kampung
Yang jauh merantau pun balik kampung
Orang kampung pun sudah balik kampung
Bukan orang kampung pun balik kampung

Pak Maon pun dah balik kampung
Makcik Azizah juga balik kampung
Uncle Apek pun ikut balik kampung
Tapi Pak Bajet jer tak balik kampung
Aaaa...Sedihnya

Oo..hari dah raya
Jangan tak raya
Ini hari raya

Oo..hari dah raya
Baliklah kampung
Jangan tak raya
Jangan tak raya

Ketupat rendang
Dah tunggu kat kampung
Kuih muih pun dah lepak kampung
Duit raya siap balik ke kampung
Tunggu apa lagi 
Jom Balik Kampung

Pak Maon pun dah balik kampung
Makcik Azizah juga balik kampung
Aci Nacumi ikut balik kampung
Tapi Pak Bajet jer tak balik kampung
Sedihnya

Oo..dah raya balik
Baliklah raya
Ini hari raya

Oo..dah raya balik
Baliklah kampung
Jangan tak balik
Jangan tak balik

Yang dari kota balik ke kampung
Yang jauh merantau pun balik kampung
Orang kampung pun sudah balik kampung
Bukan orang kampung pun balik kampung
Aaa seronoknya

Oo..dah raya balik
Baliklah raya
Ini hari raya

Ooo hari dah raya
Baliklah kampung
Jangan tak raya
Jangan tak raya

Hari Raya!



Pasta Organik Alce Nero | Makanan Organik mesra kanak-kanak

May 23, 2019

Terdapat pelbagai feadah yang boleh diperolehi dengan memulakan diet organik yang sihat untuk anak-anak sejak dari kecil. Istilah ‘organik’ bermaksud makanan tersebut merupakan hasil sistem perladangan yang tidak menggunakan baja buatan manusia dan racun serangga ke atas tanaman, makanan aditif kepada haiwan ternakan, penggunaan radiasi serta organisma yang telah diubahsuai secara genetik

Kajian menunjukkan manfaat diet seimbang adalah merangkumi makanan organik yang diiktiraf kerana ianya tidak mempunyai bahan kimia daripada racun serangga. Kandungan bahan kimia ini berkemungkinan boleh memberi impak negatif ke atas tumbesaran fizikal dan otak kanak-kanak.

Pasta Organik Alce Nero Makanan Organik mesra kanak-kanak

Walaupun jumlah hormon dan bahan kimia di dalam makanan bukan-organik adalah kecil, kajian menunjukkan ianya masih berkemungkinan tinggi boleh menjejaskan pertumbuhan neorologikal dan tingkah laku jika anak-anak terdedah padanya dalam jangka masa yang panjang. Malah wujud juga kaitan di antara pendedahan racun serangga terhadap maklum balas refleks neonatal, psikomotor, perkembangan mental serta gangguan hiperaktif yang boleh mempengaruhi tahap tumpuan kanak-kanak. 

Selain itu, wujudnya keperluan untuk menukar diet anak-anak anda kepada makanan organik adalah untuk mengurangkan pendedahan terhadap organofosfat, sejenis racun serangga neurotoksik yang boleh menyebabkan aktiviti di dalam sistem saraf pusat dan periferal menjadi lebih pasif dalam kadar yang signifikan. Bahan ini boleh didapati dalam banyak makanan bukan-organik yang komersialkan.

Rasional untuk memilih diet yang lebih organik, terutama bagi kanak-kanak sememangnya jelas. Biarpun begitu, kanak-kanak mempunyai kecenderungan sendiri yang secara lazimnya lebih gemar kepada makanan snek yang mengandungi pewarna berkimia, berperisa tiruan ataupun makanan segera yang telah diproses. Haih. 

Salah satu strategi yang efektif untuk ibu bapa praktikkan adalah dengan memupuk tabiat memakan makanan sihat sejak dari usia kecil, terutama sekali makanan organik. Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Kaedah ini memerlukan pendekatan yang kreatif daripada ibu bapa yang akhirnya boleh membantu anak-anak untuk lebih cenderung kepada makanan yang lebih baik, sekali gus memastikan mereka untuk sentiasa memilih makanan yang sihat. 

Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil dengan Pasta Organik Alce Nero untuk Kanak-kanak .Didatangkan dalam bentuk huruf dan kenderaan bersama tambahan bayam serta tomato untuk lebih kebaikan .Alce Nero, jenama peneraju dalam kalangan pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan kesihatan ada di sini untuk membantu golongan ibu bapa memulakan tabiat pemakanan sihat, organik dan sedap menerusi Pasta Alphabet Organik dan Pasta Bentuk Kenderaan Organik yang sangat bagus dan comel.


Pasta Organik Alce Nero Makanan Organik mesra kanak-kanak
Pasta Alphabet Organik

Pasta Organik Alce Nero Makanan Organik mesra kanak-kanak
Pasta Bentuk Kenderaan Organik


Konsep makanan dari ladang-ke-meja Alce Nero dapat dilaksanakan melalui rangkaian peladang organiknya, membantu dalam penghasilan makanan yang lebih sihat. Penambahan baharu ke dalam rangkaian makanan organik tulen dari Itali ini adalah disahkan 100% organik oleh Undang-Undang Kesatuan Eropah dan Perladangan Organik JAS di Jepun, 

Memasukkan Sayur-sayuran ke dalam Diet Kanak-kanak

Pasta Organik Alce Nero untuk kanak-kanak mengandungi kepingan huruf sayur bayam hijau dan tomato merah kering yang organik. Kanak-kanak gemari huruf-huruf berwarna dan akan berseronok menyusun sebelum memakannya, tanpa menghiraukan sayur-sayuran yang ada di dalamnya. 

Lama-kelamaan, mereka akan sukakan rasa makanan organik dan tidak lagi takut untuk makan sayur-sayuran! Minda mereka juga akan dirangsang dan boleh mengenali huruf-huruf yang pastinya membantu meningkatkan kemahiran membaca. Makan secara sihat dan mulakan kemahiran membaca dengan Pasta Organik untuk Kanak-kanak Alce Nero!

Makanan Organik Mesra Kanak-kanak 

Kanak-kanak gemar menikmati pasta dengan sos tomato. Oleh itu, Alce Nero adalah sebuah jenama penyelamat untuk perihal itu – dengan menawarkan makanan organik yang mesra kanak-kanak. Untuk menyediakan Pasta Alphabet Organik Alce Nero, ikut sahaja arahan yang disediakan dan pada masa sama panaskan Sos Tomato Pasta Alce Nero di dalam periuk. 

Bergantung kepada penerimaan anak-anak anda terhadap sayur-sayuran organik dan protein, tambah bahan-bahan yang mereka sukai. Kemudian, letakkan sos ke atas pasta berkenaan. Anda juga boleh meletakkan sedikit keju di atas hidangan yang enak ini dan lihat wajah ceria anak anda. Sos Tomato Pasta Alce Nero sememangnya sedap dan boleh menjadi perisa yang enak kepada pasta organik anda untuk sesi masakan yang singkat! 



Pasta Organik Alce Nero Makanan Organik mesra kanak-kanak

Mahu menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan, ibu bapa boleh berseronok bersama anak-anak dengan meminta mereka mengeja perkataan menggunakan huruf-huruf, atau mengenal pasti kenderaan berbeza yang membentuk pasta berkenaan. Mereka pasti bergembira dengan aktiviti tersebut sambil menikmati Pasta Alce Nero untuk Kanak-kanak yang dapat membantu mereka membentuk tabiat makan makanan organik sejak usia muda, selain mengukuhkan mesej bahawa makanan organik juga sedap dan menyeronokkan! 

Pasta Organik Alce Nero Makanan Organik mesra kanak-kanak

Ibu bapa di Malaysia kini boleh menggunakan produk-produk Alce Nero dengan yakin kerana ia telah disahkan Halal oleh badan persijilan rasmi yang diiktiraf JAKIM. Untuk resepi makanan yang sihat, unik dan organik yang boleh anda nikmati bersama si kecil, sila layari laman web https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/.


Sedikit maklumat mengenai Alce Nero

Alce Nero ditubuhkan pada tahun 1970-an apabila dua orang petani muda dari Itali mengambil keputusan untuk merintis revolusi organik dengan menghasilkan makanan yang sihat, pada masa sama menghormati alam sekitar. Alce Nero menggabungkan method pertanian lama dengan penyelidikan termaju berkaitan kesihatan dan alam sekitar. Teknik-teknik ini telah berkembang tetapi kualitinya masih berasaskan kepada bahan-bahan mudah yang membentuk Alce Nero: kecintaan terhadap makanan, hormat kepada alam sekitar dan tidak menggunakan bahan kimia sintetik. 

Hari ini, Alce Nero merupakan jenama organik No. 1 di Itali. Para pengeluar kami terlibat dalam semua peringkat pengilangan. Sekali gus membolehkan kami menghormati prinsip sepanjang proses pengeluaran dan dapat mengesan asal makanan kami dengan tepat. Justeru, kami boleh memberi jaminan produk asli Itali yang 100% organik terus dari ladang ke atas pinggan anda. Alce Nero terkenal dengan persijilan organik yang diterimanya daripada Kesatuan Eropah dan Jepun. 


Di Malaysia, Alce Nero menawarkan rangkaian produk pasta organik, minyak zaitun dara, sos pasta, jem dan madu. Maklumat lanjut, sila layari laman web www.alcenero.asia.





Lirik Terlalu Memuja - Wany Hasrita | Ost Curi-curi Cinta

April 18, 2019

Ost Curi-curi Cinta terlalu memuja


Assalamualaikum dan Hai. Siapa disini peminat Wany Hasrita? Sep sikit sebab Cik Renex memang suka dia. Lagu yang paling CR suka adalah lagu Menahan Rindu. 😍 Pada tahun ni Wany Hasrita keluarkan single terbaru yang bertajuk Terlalu memuja. Pernah dengar ke tak pernah? Selalu kalau dengar radio Suria FM kerap mereka mainkan lagu ni.

Mana yang tak pernah lagi boleh ke youtube channel FMC untuk dengar lagu sambil layan musik video dia yang meruntun jiwa tu. Hee.

CR juga akan kongsikan sedikit Wany Hasrita yang lagu Terlalu Memuja ni secara live. Kebetulan CR dapat jumpa dia di Kuantan City  Mall Kuantan pada 24 Mac 2019 baru ni.  Suka tengok dia. Cantik dan tak sombong, PA dia Nisa pun sama.

Cik Renex bersama dengan Wany Hasrita dan PAnya Nisa :)





TERLALU MEMUJA
WANY HASRITA

Komposer : Sharon Paul
Lirik : Fedtri Yahya & Gouffran
© 2019 FMC Music Sdn Bhd 


Berulang suara hati
Berbicara tentang dia
Senyuman pun canda bahagia
Kini sepi dalam memori semalam

Hanya aku yang tahu
Hanya aku yang menanggung
Segala erti pengorbanan
Ku tempuhi dalam kedukaan

Biarlah aku sendirian tanpa cinta
Dari menyaksikan sebuah kepuraan
Tibalah waktunya aku
Harus tinggalkan dia

Hamparan hati yang dulu pernah kuberikan
Kini menjadi kehilangan melukakan
Apakah silapku hooo
Terlalu memuja

Disini berakhir segala
Episod bersamanya

Hanya aku yang tahu
Hanya aku yang menanggung
Segala erti pengorbanan
Ku tempuhi dalam kedukaan

Biarlah aku sendirian tanpa cinta
Dari menyaksikan sebuah kepuraan
Tibalah waktunya aku
Harus tinggalkan dia

Hamparan hati  pernah kuberikan
Kini menjadi kehilangan melukakan
Apakah silapku 
Terlalu Memuja

Aku dipersia
Tibalah waktunya
Rintihan berlalu


Oh ya, lagu ni akan menjadi lagu tema atau OST untuk drama terbaru di Astro lakonan #ZahirAH iaitu Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza yang bertajuk Curi-Curi Cinta. Tak sabar pulak tunggu drama ni ditayangkan. 🤗😁

Bank Negara Malaysia Dan Industri Kewangan Mendekati Masyarakat Tempatan Di Karnival Kewangan Terengganu

April 15, 2019

Karnival Kewangan Terengganu 2019

Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama institusi kewangan telah menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April 2019 di TH Hotel & Pusat Konvensyen Kuala Terengganu. Karnival ini merupakan siri kelima selepas Karnival Kewangan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Kedah. 



Karnival yang bertemakan “Utamakan Keperluan Kewangan Anda” ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perkhidmatan dan produk kewangan, celik kewangan dan memperkukuh tahap pengurusan kewangan masyarakat dengan memberikan penekanan pada kecenderungan masyarakat setempat. 

Karnival Kewangan Terengganu


Satu siri jerayawara yang diberi nama “Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan” telah diadakan sebelum berlangsungnya Karnival sebagai usaha untuk mempromosikan Karnival ini. Melalui jerayawara itu, masyarakat tempatan tanpa mengira usia ditawarkan pelbagai perkhidmatan dan nasihat kewangan seperti tip mengenali ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia, amalan pengurusan kewangan yang baik, pembukaan akaun bank, cetakan laporan CCRIS dan pendaftaran eCCRIS. Jarak perjalanan sejauh 1,200km yang meliputi 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan telah memberikan manfaat kepada lebih 3,000 orang.

 Bank Negara Malaysia Dan Industri Kewangan Mendekati Masyarakat Tempatan Di Karnival Kewangan Terengganu


Pada 4 April 2019, Karnival ini dihadiri oleh Y.A.B Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Semasa lawatan Y.A.B Dr. Ahmad, pelancaran laman sesawang MyWakaf dan Gerbang Pembayaran MyWakaf oleh Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) juga berlangsung. 

Di samping itu, BNM mengadakan beberapa sesi dialog dengan perniagaan tempatan, komuniti kewangan, agensi-agensi kerajaan dan pelajar-pelajar universiti yang dipengerusikan oleh Penolong Gabenor Abu Hassan Alshari Yahaya dan Penolong Gabenor Adnan Zaylani Mohamad Zahid. Melalui sesi dialog tersebut, maklum balas positif, cabaran dan pendapat mengenai perkembangan yang memberikan kesan kepada wilayah Pantai Timur turut dikongsi. 

 Bank Negara Malaysia Dan Industri Kewangan Mendekati Masyarakat Tempatan Di Karnival Kewangan Terengganu

Karnival Kewangan Terengganu menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada lebih 18,000 pengunjung dari Pantai Timur. Karnival ini disertai lebih 40 institusi kewangan dan agensi kerajaan yang mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing serta menyediakan khidmat nasihat kewangan dan akses pembiayaan. Seramai 1,800 pengunjung telah mencetak laporan CCRIS untuk menyemak status kredit dan mendaftar perkhidmatan eCCRIS. Karnival ini turut merekodkan lebih 16,000 khidmat nasihat kewangan dan kira-kira 4,000 transaksi kewangan bernilai lebih RM25 juta telah berjaya disempurnakan. 

Para pengunjung mendapat manfaat daripada taklimat tentang topik-topik seperti pembiayaan PKS, Skim Cepat Kaya, pengurusan hutang yang berkesan pada perspektif Islam, e-pembayaran, perlindungan insurans/takaful, Forum Perdana Ehwal Islam serta sesi perkongsian bersama usahawan berjaya seperti Caprice, Yaya Kuih Bulan dan Raw Denim House. 

Karnival Kewangan Terengganu

Karnival Kewangan Terengganu

Karnival Kewangan Terengganu

Karnival Kewangan ini adalah satu kerjasama antara Bank Negara Malaysia dengan industri kewangan, dan merupakan salah satu batu loncatan yang penting bagi meningkatkan lagi tahap celik kewangan di Malaysia.



Bubble talk/props untuk sambutan Hari Guru [ Freebies]

April 11, 2019


Props hari guru

Assalamualaikum dan Hai. Sambutan Hari Guru yang disambut setiap tahun pada 16 Mei jatuh pada bulan puasa kalau tak silap Cik Renex. Jadi ada sesetengah sekolah menyambut hari guru ni lebih awal dari tarikh biasa. Dah ada hadiah ke untuk guru-guru kesayangan anda? Kalau takde boleh tengok di instagram BYCIKRENEX yer. :) 



Ada tak yang nak bubble talk free untuk Hari Guru??CR edit bubble talk ni tahun lepas jadi CR nak kongsikan pada anda semua . Kot-kot ada yang buat juga sempena sambutan Hari Guru ni kan. Boleh print yang CR siapkan ni dah. Tahun lepas CR pernah kongsikan bubble talk raya dan ramai yang email CR nakkan template tu, ada tu sampai terlepas pandang. Jadi kali ni, CR akan terus kongsikan gambar bubble talk di entri ni. Jadi boleh la save terus dan print.


Tak tahu macam mana nak buat? Boleh rujuk entri ni,


Tak banyak pun CR nak kongsikan. Cuma ada 10 sahaja dan banyak yang design simple sahaja. Kalau berminat boleh lah gunakan :)


sambutan Hari Guru

Selamat Hari Guru

sambutan Hari Guru

sambutan Hari Guru

sambutan Hari Guru

sambutan Hari Guru

sambutan Hari Guru

 sambutan Hari Guru


sambutan Hari Guru

Selamat Hari Guru 2019


Okay itu sahaja yang CR dapat kongsikan . Diharap dengan perkongsian ini, dapat memudahkan dan menjimatkan masa kamu semua untuk buat bubble talk ni. Oh ya, kalau belum ada hadiah nak bagi kepada cikgu boleh la rujuk entri di bawah ni. 


Siapa yang dahh ambil tu kalau sudi jangan lupa tag @bycikrenex yer. :) 
Doakan semoga Saidatul Azreen dimurahkan rezeki. Aminn.







Contoh hadiah Hari Guru

April 2, 2019


hadiah Hari Guru

Assalamualaikum dan Hai. 16 Mei setiap tahun memang akan dinanti2kan oleh setiap orang kerana pada hari tersebut adalah hari untuk meraikan cikgu yang banyak mengajar kita tentang ilmu. Pada masa tu juga kita akan hadiahkan guru kita dengan pelbagai jenis hadiah tanda menghargai jasa-jasa mereka. 

Kebiasaanya,kita akan membeli frame gambar,mug,pen dan macam-macam lagi. Tapi pada kali ni, Cik Renex ingin kongsikan idea atau contoh hadiah yang boleh diberi pada guru anda mahupun guru anak-anak anda.

Sebenarnya, hadiah ini adalah produk dari Bycikrenex iaitu igshop CR sendiri. Kalau ada yang berminat boleh la PM CR yer. Hadiah yang CR buat ini pastinya murah dan cantik. :)

Hari Guru sememangnya lambat lagi tapi bagi kami "crafter" yang membuat kerja handmade memang dah mula beroperasi proses menyiapkan hasil kraf untuk dijadikan hadiah kepada guru kesayangan. 



CONTOH HADIAH HARI GURU 


1. Keychain Badge


hadiah Hari Guru

  • RM4.50/unit. (Beli lebih dari 20 akan ada diskaun)
  • Size 58mm
  • Pelbagai design lain boleh di pilih
  • Nak letak gambar sendiri/cikgu pun boleh


2. Button Badge


hadiah Hari Guru

  • RM4/unit 
  • Size 58mm
  • Pelbagai design lain boleh di pilih
  • Nak letak gambar sendiri/cikgu pun boleh

3. Fridge Magnet


hadiah Hari Guru

✔️RM3/pcs
✔️10 design available
✔️size 6x6cm
✔️boleh campur design
✔️material ketebalan 0.7mm
✔️glossy finishing
✔️FREE header tag
✔️FREE packaging one by one

4. Tiles Fridge Magnet


Contoh hadiah Hari Guru

  • RM4/unit
  • Magnet HARI GURU diperbuat drpd JUBIN
  • Size 5.5cmx5.5cm


5. Keychain Bajet


Contoh hadiah Hari Guru



6. Printed & Customade pillow


Contoh hadiah Hari Guru


Contoh hadiah Hari Guru murah

  • Boleh pilih design apa yang inginkan.
  • Boleh letak gambar cikgu/anak/ucapan hari guru

Ada 3 size iaitu 
  • A5 (15X21CM) RM15
  • A4 (30X21CM) RM30
  • 22X22CM RM25



Ada tak yang berkenan di hati? Kalau ingin menempah boleh terus whatsapp CR yer, nak tanya2 dulu pun boleh.. Klik link di bawah . Terima kasih!


Instagram : @bycikrenex

Facebook : Bycikrenex



Lirik Lagu OST Nur 2 ; Tetap Kamu (Amylea & Megat)



Lagu OST Nur 2 ; Tetap Kamu (Amylea & Megat)

Assalamualaikum dan Hai. Siapa di sini peminat drama Nur TV3 yang sangat popular tahun lepas. Untuk yang menantikan sambungan drama ni, jangan risau. Penantian akan berakhir kerana pada malam ini, drama ini akan mula bersiaran pada malam ini di TV3 Slot Samarinda bermula pukul 10 malam. Tak sabar pulak rasanya nak tengok. 



Sebelum layan drama malam ni, jom kita dengar lagu baru untuk OST Nur 2 ni. Nyanyian Amylea Af dan Megat Mentor. Kalau sebelum ni lagu OST Nur 1 dinyanyikan oleh Kaer dan Amylea tapi tahun ini lain pula dan hasilnya sehebat lagu sebelum ini. Amylea dah macam suara ala2 Melly goeslow dan Megat pun suara dia penuh dengan emosi dan sedap untuk didengar. :)



Lagu OST Nur 2 ; Tetap Kamu (Amylea & Megat)
https://instagram.com/amyleaazizan

Tetap Kamu 
Amylea X Megat 

Komposer : Farouk Roman 
Lirik: Amylea

Amylea
Benarkah yang derita
Sulit untuk aku bertahan
Ada hati yang tersimpan
Menginginmu

Megat
Ternyata dan teruntuk
Buat diriku hanya kamu
Yang tak mudah meruntuhkan
Setia ku

Janjikan aku
Tak pernah kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus semua rasaku
Takkan hanyut

Amylea
Janjikan aku
Takkan pernah menjauh
Bagai larutnya malam
Pekat menghidupkan bulan
Terangi ku

Mungkinkah jalan kita
Kan terpisah dan berlalu
Ku janji akan selalu
Merindumu haa

Megat
Janjikan aku
Tak pernah kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus semua rasaku
Takkan hanyut

Amylea
Janjikan aku
Takkan pernah menjauh
Bagai larutnya malam
Pekat menghidupkan bulan
Terangi ku

Amylea&Megat
Janjikan aku
Tak kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus semua rasaku
Takkan hanyut



© Blog Cik Renex