Merdeka!

August 28, 2019

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 59. Alhamdulillah. Malaysia masih aman. Ahaks. Hari ni cuti umum. Seronoknyaa. Plan tahun ni nak tengok perbarisan sempena hari merdeka kat Temerloh. Tapi kecewanya sebab sampai2 dieorg dah tengah baris kat dataran tu. Padahal awal jugak perginya.



Antara yang terlibat dengan perbarisan Hari Merdeka. Tengok ade bomba,kadet polis,kolej komuniti Temerloh dan lain-lain ag. Smart masing2 pakai.


Kereta kebal & Bomba menjadi tarikan utama. Semua pakat2 selfie dengan kereta kebal dan lori bomba. Yelah,bukan selalu tengok secara dekat kan.


Kereta kebal paling femes. Siap beratur nak masuk dalam kereta kebal tu. Aku idok ler. Tengok2 je. Budak2 ramai la masuk dalam tu.


Lori bomba. Macam2 dalam tu ha. Barang2 keperluan untuk bantuan kecemasan semua lengkap dalam tu.


Selalu kalau nampak kereta polis dan JPJ mula lah cuak kan. Hari ni kita selfie puas2. Haha


Itulah ringkasan untuk hari ni.
Semoga kemerdekaan negara kita berkekalan untuk selama-lamanya dan ekonomi makin maju. 😊

BeauTea | Produk baru dari Safi Malaysia

#safibeautea #BeauteabySAFI #safimy #safimalaysia #premiumteacleansers #rm #rushmedia #CRreview #bloggerpahang  #blogcikrenex #malaysianblogger


Assalamualaikum dan Hai. Berita baik untuk pengguna tegar produk penjagaan kulit Safi Malaysia. Safi Malaysia  telah melancarkan satu produk pembersih wajah baru iaitu BeauTea.

Produk pembersih wajah yang berasaskan campuran bahan semulajadi yang terbaik. Beautea oleh pembersih SAFI dengan 100% Pembersih Teh Premium untuk melindungi terhadap Pencemaran, Tekanan dan Kosmetik. Bila kita dengar perkataan semulajadi tu confirm la kita akan lebih yakin nak gunakan dalam kehidupan seharian2 kita kan.



Untuk produk Beautea by Safi Malaysia ni, da 4 jenis yang diperkenalkan oleh iaitu 

1.White Tea & Damask Rose - sesuai untuk kulit kering
2.Green Tea & Neem - sesuai untuk kulit normal
3.Black Tea & Black Orchid - sesuai untuk kulit sensitif
4.Apricot Tea - scrub muka untuk hasil kulit lbih cerah & licin

.
Setiap satu tu ade kegunaan yg tersendiri.,tinggal kita je nak pilih yang mana yg kita perlu dan sesuai dengan kulit kita.

CR tak sempat cari kat watsons. Tapi jangan risau, dunia kan dah maju. Semua di hujung jari. CR tempah online je di website watsons. Tekan-tekan dan bayar je. Pastu tunggu je barang sampai.

Heee. CR beli yang jenis warna pink dan oren iaitu White tea & damask rose dan apricot tea scrub.
.

Apabila kita menggunakan pembersih muka yang salah dan tak sesuai ianya boleh menjadikan kulit kita kering dan tak selesa. Tapi jangan risau kerana Hydrating Gel Cleanser White Tea & Damask Rose membersihkan kulit kita tanpa menanggalkan kelembapan semulajadi kulit kita dan menjadikan ia licin dan lembut.

Seperti yang kita tahu Damask Rose terkenal dengan kepakarannya dalam melembapkan kulit kering.

CR suka guna pembersih yang berasakan gel dan memang lembap kulit kita selepas memakai pembersih muka ni. CR juga suka yg ni kerana ia membantu mengecilkan pori yang memang sedia besar di muka CR ni.


Satu lagi CR beli Skrub wajah Apricot tea ni. Tak rugi beli yang ni sebab skrub dari beautea safi tidak kasar dan bila kita skrub muka kita, takde la kita rasa tak selesa kan.  Skrub Beautea safi ni akan membuang sel-sel kulit mati di muka kita. Jadi selepas itu katakan selamat tinggal kepada kulit kusam. Heee.


Jadi apalagi, jom dapatkan pencuci muka Beautea dekat Watsons berdekatan atau secara online di http://bit.ly/2JTltHO


Koleksi Medal Fun Run Mac 2019 - Julai 2019

August 24, 2019

Koleksi Medal Fun Run Mac 2019 - Julai 2019 Cara sertai fun run virtual run list fun run medal fun run

Assalamualaikum dan Hai. Rasanya macam dah lama Cik Renex tak berkongsi aktiviti Fun Run yang sempat CR sertai. Last update berkenaan dengan aktiviti Fun Run di Amsas Pahang. Bleh klik ni kalau belum baca lagi. 


Jom kita tengok larian apa yang CR dah berjaya sertai. Saja menambah koleksi medal yang cantik2. hehe

1. Girls Power Virtual Run 2019 14 Mac 2019  

Girls Power Virtual Run 2019 virtual run
 Cantik tak medalnya. Ini adalah Virtual Run pertama yang CR join. Mula-mula risau juga nak join virtual ni sebab takut kena tipu. Bila tengok semula review dan ada yang pernah dapat medal tu, tu CR join juga.  Kalau perasan, atas medal tu tertulis nama kita. Seronok bila dapat medal ada terukir nama kita sendiri. 😍

Apa itu VIRTUAL RUN atau dalam bahasanya LARIAN MAYA?? 

Larian maya ini sebenarnya kemudahan untuk peminat larian untuk sertai aktiviti larian tanpa perlu hadir ke sesuatu event. Dan kita juga bebas untuk berlari di mana-mana sahaja tetapi perlu habiskan jumlah jarak dalam tarikh yang ditetapkan oleh penganjur.Siapa-siapa yang tiada masa atau tak sempat join aktiviti funrun sebenar  boleh la join Virtual Run ni. Kita cuma perlu snap screenshot bukti kita telah berlari dengan jarak yang ditetapkan dan hantar pada pihak penganjur. Lepas tu tunggu je medal atau tshirt sampai. 

 CR join Virtual Run ni dari apps 42race. 

2. Global Surveyor's Day 2019 23 Mac 2019 

Global Surveyor's Day 2019

Kali ni CR dan #gengFunRun beralih arah sertai aktiviti di luar pahang pulak. Kami menyertai aktiviti fun run sempena Hari Global dunia di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) KL. Kami sertai event ni pun kerana salah seorang dari geng kami pernah kerja di JUPEM. Jadi sebagai tanda sokongan, kami semua pun menyertai aktiviti ini. 


Global Surveyor's Day 2019

Bergambar kenangan dengan power rangers ni. ye ke power rangers?Biar la kalau salah pun. Hehe. 

3.  Patin Run 2019 14 April 2019



Pada awalnya, laluan larian Patin Run sekitar bandar temerloh tetapi ada sedikit masalah dengan pihak-pihak tertentu maka tukarlah tempat ke Mentakab. Kecewa juga sebenarnya sebab trademark Temerloh kan dengan Ikan Patin, bila tak berlari di sekitar Temerloh kecewa juga hati ini. Tapi tak ape lah. larian tetap diteruskan. 

Trek laluan agak memenatkan wehhh. Dengan jalan berbukitnya. Kejap naik bukit. kejap turun bukit. Mengahhhhh. Nasib tak de anjing kejar je. huhu



CR suka dengan design medal Patin Run ni dan tshirt pun cantik warna dia. I loike.

4. 28 April 2019 Adtec Jerantut Fun Run

Adtec Jerantut Fun Run

Adtec Jerantut Fun Run

Event terakhir sebelum menyambut bulan Puasa. Medal kali ni unik juga, gambar tapak kasut. :p . Trek laluan kali ni agak mencabar. Mula-mula lalu jalan besar utama, kemudian masuk ke hutan dan baru ke dalam ADTEC semula. Jalan berbukit yer kawan-kawan sama macam Patin Run. huhu

Design baju yang simple tapi ayat nya sangat bermakna. 

"Pain is Temporary, Quitting Last Forever"


5. Bus Mini virtual run 15Julai 2019


bas mini beestorm virtual run

Medal Virtual Run kedua yang CR sertai. Comel je gambar bas mini. Yang ini CR sertai bawah Beestorm. Harga murah dan design lawa. Nak join klik link bawah k.


6. Malaysia Breakfast Day Fun Run 21 Julai 2019



Event yang CR nanti2kan sebab tahun lepas terlepas nak daftar. Tahu-tahu je dah tutup penyertaan. Kali ni memang alert betul dengan tarikh dia dan terus ajak geng join. Event kali ni 3km je tapi tak tahu la apps rosak ke ape ke, km tak sampai 3km. 


 Malaysia Breakfast Day Fun Run
favourite!
 Puas hati sangat dapat join event milo ni sebab CR suka sangat air milo dari Lori Milo tu. Rasa dia tu lain dari yang kita biasa minum di rumah mahupun kedai. Dia ada rasa special Lori Milo tu. Ahaks. Lepas je larian , dapat medal terus ke booth air milo. 


 Malaysia Breakfast Day Fun Run

 Malaysia Breakfast Day Fun Run
Apa yang kami dapat bila dah sampai Finisher Line. :)

Kami kan baru 1st time join, rupanya ada kupon dalam beg yang kita dapat finisher line utk kita amik breakfast di booth yang disediakan. 😅

Selain tu ada juga game2 yang untuk disertai dan hadiah yang ditawarkan best juga sebab barang-barang dari Nestler kan. Tidak ketinggalan orang ramai pun datang juga untuk menyertai permainan yang disediakan. 

Konon-kononya kami nak bersara dah dalam dunia funrun tetapi tak menjadi. Event Fun Run untuk bulan September dan Oktober dah menanti. Bulan Ogos je berehat sebentar. hiks.

Julai 2019 vs Ogos 2018. Hahaha kbai


Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Menggalakkan Penjagaan Kesihatan

August 15, 2019

Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Menggalakkan Penjagaan Kesihatan


Lakukan cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe – Cuba hasilkan bunyi fizzing selama lebih daripada 30 saat dengan sekali nafas.

Bunyinya mudah bukan? Sertai Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe untuk menguji keupayaan anda kerana cabaran ini tidak semudah yang anda sangka, ia akan membantu rakan-rakan dan keluarga anda untuk mempertingkatkan tahap kesihatan masing-masing serta mengingatkan mereka untuk mengambil dos harian suplemen kesihatan mereka.

Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Menggalakkan Penjagaan Kesihatan


Guardian memperkenalkan cabaran ini untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan yang baik.

Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Challenge merupakan satu cabaran yang mudah, menurut Pengarah Pemasaran, Kesihatan & Kecantikan, Asia Tenggara Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Cho Do Youn.

Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Menggalakkan Penjagaan Kesihatan

“Tetapkan pemasa yang terdapat di telefon mudah alih anda. Kemudian, tarik nafas yang panjang, masukkan sebiji Guardian Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg Effervescent Tablet ke dalam segelas air pada suhu bilik, tekan butang pemasa tersebut dan hembus nafas melalui mulut sambil gigi terkatup untuk menghasilkan bunyi fizz.

“Tetapkan masa fizz anda selama yang anda boleh. Apabila anda telah tercungap-cungap, minum campuran Guardian Vitamin C + Zinc tadi bagi mendapatkan manfaat kesihatan.

“Cabar rakan-rakan dan keluarga anda untuk melakukan Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe di media social sambil berseronok di samping menggalakkan mereka supaya sentiasa ingat untuk mengambil suplemen kesihatan mereka,” ujar Cho Do Youn.


“Usaha untuk fizz memerlukan latihan dan kawalan pernafasan. Disebabkan tabiat saya untuk melaksanakan Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe bersama pengambilan effervescent setiap pagi, saya mampu fizz selama 38 saat. Saya ingin mencabar mereka yang berusia 18 tahun ke atas untuk menyahut cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe. Lakukan untuk manfaat kesihatan, mahupun untuk keseronokan! Gunakan hashtag #FizzWithMe di laman Instagram atau Facebook dan kami akan mencari anda dan memilih individu paling kreatif dengan kejutan hadiah-hadiah menarik,” tambahnya.

Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Menggalakkan Penjagaan Kesihatan


Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe merupakan sebahagian daripada rancangan jenama berkenaan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih sihat.

Rangkaian penjagaan kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terbesar di Malaysia telah memperkenalkan satu rangkaian suplemen berkualiti yang khusus bagi golongan dewasa. Dengan lebih 400 cawangan di seluruh negara bersama gedung dalam talian (e-store) Guardian, suplemen kesihatan Guardian bukan sahaja mudah diperoleh tetapi juga ditawarkan pada harga mampu milik, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat negara ini merasai manfaat mempertingkatkan diet mereka bagi penjagaan kesihatan yang lebih baik melalui suplemen kesihatan.

CR dah buat cabaran ni. mohon jangan gelak sebab mampu 16saat je buat #fizzwithme.




Rangkaian Suplemen Guardian


1. Vitamin C 1000mg + Zinc10mg (MAL16085003NC)
guardian Vitamin C 1000mg + Zinc10mg (MAL16085003NC)
Vitamin C merupakan vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Sehubungan itu, anda perlu menambah bekalan Vitamin C larut air pada setiap hari.

Vitamin C memberi manfaat penjagaan kesihatan umum tubuh, manakala Zink adalah mineral untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Dual Action Guardian Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg Effervescent Tablet mengandungi 1,000 mg Vitamin C dan 10mg Zink, yang mana membantu suplemen keperluan harian anda. Ia boleh didapati dalam 10s, 30s dan 90s.


2. Vitamin B-complex + Vitamin C + Minerals (MAL16085038NC)
guardian Vitamin B-complex + Vitamin C + Minerals Gabungan Vitamin B-Kompleks, Vitamin C dan mineral ini membantu anda kekal bertenaga serta membantu prestasi harian untuk mengikuti gaya hidup penuh cabaran pada hari ini. Ia disediakan dalam pilihan 15s dan 45s.


3.Vitamin D3 1000IU (MAL18066029NC)

guardian Vitamin D3 1000IU

Vitamin D3 1000IU Guardian membantu suplemen vitamin D3 yang penting untuk kesihatan. Ia menyediakan sokongan kepada kesihatan yang baik. Golongan dewasa digalakkan untuk mengambil satu tablet sekali sehari selepas makan atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi.


4. Co-enzyme Q10 150mg (MAL18066028NC)

 Co-enzyme Q10 150mg guardian

Co-enzyme Q10 dihasilkan semulajadi oleh tubuh dan memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga. Suplemen Co-enzyme Q10 Guardian direka khusus untuk dos pengambilan sebiji sehari untuk penjagaan kesihatan yang baik dan penghasilan tenaga serta memberi khasiat pada tubuh. Golongan dewasa disyorkan mengambil satu gel lembut sekali setiap hari, bersama atau selepas makan atau menurut preskripsi doktor dan ahli farmasi.


5. Evening Primrose Oil 1000mg (MAL18066031NC)

Evening Primrose Oil 1000mg guardian

Minyak evening primrose digunakan untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan wanita kerana ia mengandungi asid linolenik gamma (GLA), asid linolenik (LA) dan asid lemak Omega-6 semulajadi. Tersedia dalam botol 60 biji atau 300 biji gel lembut dengan 1000mg EPO dalam setiap biji gel lembut. Satu gel lembut perlu diambil tiga kali sehari bersama makanan atau mengikut nasihat doktor atau ahli farmasi.

6. Vitamin B Complex (MAL18086001NCZ)
Vitamin B Complex guardian
Suplemen Vitamin B-Kompleks Guardian memberikan tenaga dan kecergasan . Golongan dewasa dinasihatkan mengambil sebiji tablet sehari selepas makan atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi.


7. Vitamin E 400IU (MAL18056140NC)
Vitamin E 400IU guardian
Sementara itu, Vitamin E Guardian membantu mengekalkan kesihatan yang baik. Ia merupakan sumber semulajadi Vitamin E. Bagi dewasa, ambil satu gel lembut sekali sehari, selepas makan atau mengikut nasihat doktor atau ahli farmasi.


8. Omega-3 Fish Oil 1000mg (MAL18026048NC)
 Omega-3 Fish Oil 1000mg
Suplemen minyak ikan Omega-3 1000mg Guardian mengandungi asid-asid lemak penting dalam bentuk asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) daripada ikan. Ia menyediakan asid lemak yang penting bagi kesihatan tubuh dan menyokong kesejahteraan umum. Digalakkan mengambil sebiji gel lembut dua kali sehari bersama makanan atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi. Ia boleh didapati dalam botol 60 biji gel lembut atau 300 biji gel lembut 


9. Double-strength Omega-3 DHA & EPA Fish Oil 1000mg (MAL18066030NC)
Double-strength Omega-3 DHA & EPA Fish Oil 1000mg

Selain itu, Guardian Double-strength Omega-3 DHA & EPA Fish Oil 1000mg mengandungi asid lemak penting, asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA). Malah, setiap gel lembut mengandungi 360mg EPA dan 240mg DHA. Jumlah asid lemak yang mencukupi mesti diperoleh daripada diet kita. Suplemen ini bukan hanya menyediakan asid lemak penting bagi manfaat badan kita tetapi juga menyokong kesejahteraan umum. Dinasihatkan mengambil sebiji gel lembut sebanyak dua kali sehari atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi. Ia boleh didapati dalam botol mengandungi 60 biji atau 300 biji gel lembut.

Pengalaman kena Kayap di bulan Ramadhan | Punca dan cara rawatan kayap

personal


Pengalaman kena Kayap di bulan Ramadhan. Punca dan cara rawatan kayap | Assalamualaikum dan Hai. Pada kali ni Cik Renex ingin berkongsikan pengalaman dijangkiti penyakit Kayap atau Shingles.  Siapa disini pernah mengalami sakit kayap ni? Ini merupakan pengalaman pertama CR kena kayap dan kena pula masa bulan Puasa. CR dapat penyakit kayap ni di penghujung bulan ramadhan. Masa tu tengah semangat nak buat kuih raya tapi apakan daya , bila dah kena kayap ni nak buat pun dah tak larat dan semangat pun hilang membawa diri entah kemana. :) Semangat nak buat kuih kacang mazola barang semua dah beli tapi tak de rezeki nak buat 


Gejala dan Tanda

Masa awal-awal nak jadi tu, CR rasa macam leher dan telinga CR panas dan sakit tapi tak tahu sebab apa. Mula-mula ingatkan sebab telinga tu sakit sebab terlipat masa tidur. Haha. Masa tu juga da rasa macam nak demam dan pedih kat area leher tu. Bawah telinga tu juga macam ada bengkak2 dan rasa panas je. Ingatkan da kena beguk dah. Tapi malas nak pergi check klinik lagi.

Tapi esoknya tak tahan sangat da sebab rasa macam ada keluar gelembung2 kat telinga dan leher. Pergi la juga ke klinik dan jumpa doktor. Masa sampai tu doktor tanya sakit apa, kita pun segan nak jawab dan tunjuk sebab doktor lelaki. 🙈 Tetapi yang bagusnya doktor ni panggil jururawat lain untuk tolong selakkan dan tengok apa jadi kat telinga dan leher CR. 

Bila tengok tu doktor ada la tanya soalan-soalan lain macam pernah alahan ke apa ke. Memang CR pernah sakit alahan tapi tak macam ni keluarnya. Kalau alahan lain simptomnya. Pastu Doktor pun cakap kemungkinan Kayap dan suruh datang semula esok kalau masih tak okay. Doktor juga ada bagi ubat CR. Ubat makan dan sapu. Dapatlah MC sehari.

Esoknya degil pergi kerja juga. (Sayang sangat kerja agaknya 😝😝) Malamnya tu CR terus tak boleh tidur sampai ke pagi sebab sakit sangat kat telinga dan bahagian leher tu. Terus amik cuti dan pergi semula Klinik Kesihatan dan jumpa semula doktor yang CR jumpa sebelum ni. Dia check semula dan dia cakap memang sah Kayap ni. Dia terangkan pada CR jenis-jenis kayap yang ada dan macam mana terjadi. Dr tu ada tanya pernah kena chicken pox tak sebelum ni?Sebab orang yang pernah kena chicken pox kebarangkalian nak kena tu tinggi. Dan CR memang pernah kena masa zaman belajar time degree dlu. Lama sangat dah.


Soalan pertama CR pada doktor lepas dia cakap Kayap adalah "Berjangkit tak dengan orang yang dekat dengan kita?" . Doktor cakap tak melainkan dia sentuh bahagian kayap tu dan berair. Alhamdulillah sebab risau nanti berjangkit dengan Ma dan Cha kat rumah tu. Masa tu memikirkan nak raya pulak, takkan duk dalam rumah je kan. Hehehe.

Doktor tu pun check juga dalam telinga sebab risau merebab dalam telinga. Alhamdulillah tak de dalam tu. Doc tu pesan juga kalau sampai berjangkit ke mata, kena datang cepat pada dia. Risaunya la masa tuu tapi Alhamdulillah tak kena sampai situ. Cuma dia berjangkit sampai ke belakang badan CR. 

Masa tu , sakitnya Ya Allah . Memang tak boleh tidur baring macam biasa sebab bahagian belakang ada juga. Pedihh. Nak pusing ke kiri tak boleh sebab ada di telinga kiri. Memang dugaan betul. 

Mak CR suruh juga berubat kampung jadi pergi la juga jumpa orang yang reti berubat. Masa tu pergi bawa air je suruh jampi, rupanya kena bawa sirih sebab dia nak sembur kat tempat yang kena tu. Nasib la CR tak bawa daun sirih sebab rasa macam tak sanggup lak kena sembur kat leher macam tu. 😬 . Last2 dia cakap nanti dia bagi kulit pokok apa tah, CR dah lupa dia suruh sapu pada luka tu. 

Jadi, CR makan  ubat yang doktor bagi, sapu ubat klinik dan  juga sapu ubat kampung tu juga. Alhamdulillah dengan izin Allah sembuh penyakit kayap CR. Hampir 2 minggu baru okay . 

Pantang makan?

CR pantang makan telur dan benda2 yang boleh menyebabkan gatal contohnya kacang. Pantang sampai ke raya dan CR hanya mampu tengok je bila orang makan nasi impit dengan kuah kacang. Kuih raya pun semua tak makan sebab kebanyakkannya semua letak telur kan. Jadi mampu berHUHU jela. Ayam pun mula2 CR tak makan lama2 baru berani makan. Lepas habis pantang terus qada' semula makan kuih. Haha..


Sedikit info tentang Kayap. 



Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:
  1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
  2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).

Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.


Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.

Gejala dan Tanda

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.


Komplikasi

Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.


Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).

Rawatan

Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:
  1. Meredakan kesakitan
  2. Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
  3. Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.

Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:

  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  2. Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac dan
  3. Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.

Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.

Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.

Vaksin bagi menghalang penyakit herpes zoster boleh diambil individu yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin tersebut.


Ok itu sahaja yang CR ingin kongsikan. Ada ke pembaca disini yang pernah kena kayap?Kongsikan la di ruangan komen yer. Alhamdulillah kayap CR dah okay tapi ada masa pedih juga di telinga tu dan Parut yang tinggal tu sedih tengok. Ada tips untuk cepat hilangkan parut kayap ni?



Lirik lagu Ilusi - Iam neeta | OST Sweet dreams

August 5, 2019


OST Sweet dreams


Ilusi | Iam Neeta


Semua rasa sedih
Semua ku takuti
Semua rasa berat di hati ku

Bimbang segala
Angan mu setinggia ngkasa

Ku berikan segalanya
Kau hancurkan semuanya
Kau harapkan seperti
Ilusi dalam mimpi mu

Hujung jalan ini
Semua nya terhenti
Semua rasa berat di hati ku

Bimbang segala
Angan mu setinggia angkasa

ku berikan segalanya
kau hancurkan semuanya
kau harapkan seperti
ilusi dalam mimpi mu

Bunuh sisa cinta
Dera hingga mati
Merah menyala
Kau genggam sehingga mati…

Ku berikan segalanya
Kau hancurkan semuanya
Kau harapkan sepertii
Ilusi dalam mimpi mu


Tempat makan best di Kuantan Pahang Kula Cakes

August 2, 2019

Kula Cakes Kuantan tempat makan hispter Kuantan

Assalamualaikum dan Hai. Ini kisah awal tahun tapi baru letak kat blog. Nampak tak lama sangat tak cerita pasal personal kat blog ku ini. :) Kali ni CR nak kongsikan satu tempat makan viral kalau kita berkunjung ke Kuantan Pahang. Tak sah rasanya kalau ke Kuantan tapi tak singgah ke Cafe  ni. 

Cafe tersebut adalah Kula Cakes dan rasanya rata-rata semua dah familiar dengan cafe ni. Selalunya bila CR ke Kuantan dan lalu depan kedai ni, memang selalu ramai pelanggan beratur. Sampai keluar beraturnya punya la ramai.

Tapi nak dijadikan cerita, masa kami datang tu tak ramai sangat lagi pelangganya. Beruntung la kami tak perlu nak beratur lama. :)




Kula Cakes Kuantan tempat makan hispter Kuantan

Kek paling popular dan memang menjadi tarikan utama di Kula Cakes ini adalah Mango cheese cake. Tapi aku pun tak sure kenapa kami tak order Mango cheese cake tu. Terorder kek lain. Mungkin sebab bila tengok kek yang display tu jadi terlupa nak order 'trademark' Kula Cakes ni. Takpe, next time pulak rasa. 

Kula Cakes Kuantan tempat makan hispter Kuantan

Tak ingat nama-nama kek ni. Pilihan Syafiq macam biasa, Pavlova. Yang dua lagi tak ingat dah nama kek tu. Sebenarnya sebelum kami ke sini, kami dah isi perut kami dengan sata, udang tepung, keropok lekor dan macam-macam lagi lah. Tapi dah teringin nak ke sini singgah la jugak. 

Kula Cakes Kuantan tempat makan hispter Kuantan

Bila perut dah kenyang, mood makan pun jadi perlahan sikit lah. Tapi lama-lama habis jugak. Makan sambil membawang, memang best lah. 

Kula Cakes Kuantan tempat makan hispter Kuantan
Tempat wajib ambil gambar bila datang Kula Cakes.

Kula Cakes ni selain terkenal dengan Mango Cheese cake dia, cafe ni sangat la cantik decoration dia. Sesuai untuk orang yang suka bergambar dan letak di feed instagram. Kula Cakes berkongsepkan cafe hispter dan taman. Memang cantik. Tapi satu je masalah kalau nak kesini iaitu masalah parking. :)



Kula Cakes 

Alamat :

Jalan Besar
96 A, Jalan Besar
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur

Facebook : 


© Blog Cik Renex