Lirik Lagu Racun Hati : Ara Johari

November 20, 2019

 Lagu baru Racun Hati : Ara Johari


Lirik Lagu Racun Hati : Ara Johari | Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Seperti biasa, siaran radio Suria FM sentiasa menjadi peneman CR semasa memandu kereta. Ada sekali tu terdengar satu lagu baru, suara macam pernah dengar tapi tak berapa nak cam. 

Try la google lirik lagu yang dengar tadi dan keluarlah siapa yang menyanyikan lagu tersebut. Rupa-rupanya lagu baru Ara Johari yang berjudul Racun Hati.

Ben amir

Musik video yang rasmi pun dah ada di youtube. Yang menariknya ada Ben Amir turut berlakon dalam muzik video tersebut.😍😍  Sedih juga bila layan video klip tu. Sila la layan tengok di youtube yer. CR share lirik lagu je. Hehe

Lirik lagu Racun Hati - Ara Johari

Angin yang berlari, rasa takkan berganti
Bingung dengan amarah dan kasih
Musnah segala yang tersimpan di hati
Hilang tak lagi berteman kasih
Dalam hati dan nafasku
Jujur hatiku merinduimu

Separuh nafas kuserah padamu
Lengkapilah hidupku bersamamu
Kerna kuyakin kau 'kan setia
Menemaniku selamanya

Sepenuh kasih kuserah padamu
Tak lena terpejam tanpa dirimu
Rintihan hasratku sakit terasa
Meracun hati dan perasaan ini

Dalam hati dan nafasku
Jujur hatiku merinduimu

Separuh nafas kuserah padamu
Lengkapilah hidupku bersamamu
Kerna kuyakin kau 'kan setia
Menemaniku selamanya

Separuh nafas kuserah padamu
Lengkapilah hidupku bersamamu
Kerna kuyakin kau 'kan setia
Menemaniku selamanya

Sepenuh kasih kuserah padamu
Tak lena terpejam tanpa dirimu
Rintihan hasratku sakit terasa
Meracun hati dan perasaan ini


Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw Jerantut Pahang

November 9, 2019

Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw Jerantut Pahang ︱Tanggal 12 Rabiul Awal Tahun Gajah dalam bulan hijrah Islam adalah tarikh paling bermakna dalam sejarah Islam di seluruh dunia. Kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat besar kepada alam semesta ini. Kita sebagai umat islam perlu bersyukur dengan kehadiran Rasulullah saw dan berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran dan Hadis yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw kepada kita. Salam Maulidur Rasul untuk semuanya.

Pada Sabtu yang lepas, Cik Renex berpeluang ke satu program yang memang CR teringin nak pergi iaitu Pameran Artifak Rasulullah saw. Sebelum ini, CR terlepas peluang untuk berkunjung ke pameran ini yang berlangsung di Kuantan. Jadi,bila tahu ada Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw di Dewan Utama Majlis Jerantut Pahang, terus ajak Ma CR pergi. 

Bila kaki mula melangkah masuk kedalam dewan pameran itu, rasa lain sangat dan rasa itu sangat sukar nak CR gambarkan dengan kata-kata. Bila terpandang semua artifak yang dipamerkan, rasa sayu di hati tetapi bersyukur sangat diberi peluang untuk tengok dengan lebih dekat barangan peribadi Rasulullah saw . Bila tengok di depan mata, rasa macam dekat sangat dengan Rasulullah saw. 💓

Jadi, CR akan kongsikan serba sedikit gambar yang sempat CR ambil semasa pameran tersebut. Setiap artifak akan ada seorang yang jaga dan beliau akan bercerita kisah di sebalik setiap artifak yang dipamerkan. Sangat seronok mendengar penjelasan dan cerita dari mereka. Rugi pula tak rekod video. 

1. Janggut dan Rambut Rasulullah SAW


Pameran artifak

Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Para sahabat akan mengumpul janggut dan rambut Rasulullah SAW yang telah dipotong dan diberikan kepada Abu Talhaal. Janggut dan rambut ini dibahagikan kepada sahabat yang sudah sedia menunggu (semasa haji perpisahan). Rambut tersebut dikatakan juga semakin tumbuh panjang. 

2. Tanah dan Debu Makam Rasulullah SAW


Tanah dan Debu Makam Rasulullah SAW

Tanah dan Debu Makam Rasulullah SAW

Tanah dan debu ini diambil dari makam Nabi Muhammad saw semasa kerja-kerja pembaikan . Debu ini diambil dari makam nabi oleh seseorang dengan kebenaran apabila Sultan Uthmaniyah menaiki takhta pada tahun 1255.(1839)


3. Darah Bekam Rasulullah SAW


Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Malik bin Sinan (ayah kepada Abu Sa'id Al Khudri) dalam peperangan Uhud telah menelan darah Rasulullah yang keluar dari luka baginda sampai bersih dan nampak putih bekas lukanya.

Nabi SAW bersabda: "Ludahkanlah" 

Malik bin Sinan r.a menjawab: "Demi Allah Aku tidak akan memuntahkannya selama-lamanya." Bahkan, dia menelannya. 

Nabi SAW bersabda: "Barang siapa ingin melihat seorang dari ahli syurga, maka lihatlah kepada orang ini." Malik Bin Syahid kemudiannya mati syahid di peperangan.

4. Peluh Rasulullah SAW


Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Peluh Rasulullah saw sangat wangi seperti yang diriwayatkan. Bukan semua boleh bau wangi tersebut dan orang yang terpilih adalah orang yang selalu berselawat kepadanya dan tidak pernah ingkar dengan perintahnya dan Allah swt. Amat beruntung sesiapa yang dapat baunya.

5. Cebisan Serban Rasulullah SAW


Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw


6. Kunci Kaabah


Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Bahagian dalam Kaabah dicuci dua kali setahun pada hari pertama bulan Syaaban dan hari ke-15 Muharram. Bani Shaiba atau anak-anak lelaki Shaiba adalah puak yang memegang kunci Kaabah sehingga hari ini. Mereka bertanggungjawab atas 'Sudnah' Kaabah, yang bermaksud penjagaan sepenuh Kaabah, termasuk membuka dan menutupnya, membersih dan mencucinya, dan menjaga kain kiswah.

7. Tongkat Rasulullah Saw.


Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Tongkat yang amat baginda sukai adalah tongkat bernama Al Saaja. Tongkat Al Saaja adalahh tongkat peninggalan dari Nabi Allah Ibrahim as. Tongkat ini adalah dari kayu Al Ayusiah serta tongkat dari kayu Luz Putih. Tongkat ini berada di bawah jagaan waris-waris sahabat baginda Rasulullah SAW. 

Di bahagian tengah tongkat tersebut masih lagi kelihatan kesan getah yang keluar dari kayu tongkat tersebut. Manakala di hujung tongkat terserlah bentuk pegangan jari.


8. Kiswah @ Kelambu Kaabah 


Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Kiswah, atau kelambu Kaabah jika diperhatikan seninya dipenuhi dengan seni tulisan khat yang mengagungkan nama-nama Allah dan kalam-Nya. Kain kiswah yang ditenun dengan benang emas dan perak, pasti memukau sesiapa yang melihatnya. Setiap tahun, kain Kiswah Kaabah akan bersilih ganti, dipotong serta diagihkan kepada individu-individu tertentu dan sebahagian besarnya disimpan oleh Bani Syaibah, keluarga yang dipertanggungjawabkan memegang dan memelihara kunci pintu Kaabah. - sumber google

Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw

Gambar favourite CR. Tak dapat bawa ma ke Mekah lagi, tapi bagi ma merasa pegang dan cium kain kelambu Kaabah. Ma suka sangat :)

9. Gambaran peperangan 


Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw
Gambaran Perang Badar

Pameran Artifak Rasulullah SAW di Program Mendekati Perjuangan Rasulullah saw
Gambaran Perang Khaibar


Khat nama CR  iaitu Saidatul .



"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. - Al Nasai & Ibnu Hibban"

Koleksi Medal Fun Run September dan Oktober 2019

November 6, 2019

Koleksi Medal Fun Run September dan Oktober 2019

Koleksi Medal Fun Run September dan Oktober 2019 | Assalamualaikum dan Hai. Sebelum ni Cik Renex ada menceritakan kisah aktiviti larian yang CR sertai bersama kawan-kawan. Kalau belum baca boleh klik link ni CR Lari .  .

Sebelum ni, setiap minggu kami sertai aktiviti Fun Run ni, tetapi sekarang dah hadkan, sebulan sekurang-kurangnya sekali sertai. Oklah dari takde kan. Saja tambahkan koleksi medal dan sesi bergambar. :)

Berikut adalah aktiviti Fun Run yang CR sempat sertai pada bulan September dan Oktober baru-baru ni

1. Khee Chee Fun Run, Hari Malaysia

Sebenarnya, tak rancang pun nak sertai larian ini sebab plan asal nak ke Kluang Johor cuti 16 September tu. Tetapi ada hal, tak jadi pergi ke sana. Bila tanya wani, kebetulan dia join sensorang makanya, CR pun menawarkan diri untuk menyibukkan diri. Khee Chee Run ni adalah anjuran Alumni Sekolah Khee Chee di Temerloh  dan Wani adalah salah seorang staf disana, itu sebabnya boleh terjoin event ni.


Masa sampai pagi tu memang nampak majoriti yang sertai fun run tu semuanya cina, melayu hanya kami berdua jer. Mungkin tak sampai lagi kan , tetapi bila dah start panaskan badan, jenguk2 dalam dewan tu ada la tambahan seorang lagi Melayu. huhu.. Masa ada ucapan perasmian tu, kesian dieorang kena cakap bahasa melayu gak sebab risau kami tak faham. Tapi last-last dia speaking bahasa mereka jugak,tapi okay je sebab macam faham jugak :)

Khee Chee Fun Run, Hari Malaysia

Laluan berlari macam biasa, ikut laluan Temerloh. Ikut jalan dalam taman perumahan , melalui sekolah Abu Bakar, esplanade dan pelbagai lagi. Semput wehhh, sebab lama tak berlari. Wani dah laju ke hadapan dah macam biasa dan tinggallah CR di belakang.  Peserta Khee Chee run ni pun ramai yang berusia juga , dan lajuuuu mereka berlari dan berjalan,kalah kita yang muda ni. 'Muda' ke masalahnya? hahaha


Khee Chee Fun Run, Hari Malaysia

Kami berdua je yang join, geng fun run yang lain tak dapat join sebab ada hal masing-masing. Banner besar,tapi kami berdua je..nampak la kekosongan disitu. hehe


2. International 5km Fun Walk For World Peace 2019

International 5km Fun Walk For World Peace 2019

Pada 21 September 2019 kami sertai International 5km Fun Walk For World Peace 2019 pula. Acara ni acara kebangsaan kerana semua negeri akan melaksanakan Fun Walk ni serentak. Pertama kalinya CR sertai aktiviti Fun Run seramai ini iaitu seramai 3000 orang yang melibatkan ramai pelajar sekolah. Meriah Temerloh dengan lautan baju biru.

International 5km Fun Walk For World Peace 2019

Cantik kan medalnya? Seperti biasa memang akan join yang ada medal cantik-cantik je. Hahaha. Asalnya 5km tetapi cuaca tak begitu mengizinkan jadi , semua berjalan sejauh 3km sahaja. Itu pun rasa jugak semputnya. 

International 5km Fun Walk For World Peace 2019

Geng Fun Run kami ,akhirnya cukup ahli. Nama pun fun walk, tapi kami ada juga berlari-lari anak sebab malas nk berjalan nanti lambat sampai. :p


3. Pahang Red Run Tour 19

Pahang Red Run Tour 19 Red One fun run

Awal bulan Oktober pula CR sertai larian Pahang Red Run Tour 19 Red One fun run anjuran dari telco Red One. Yang ni CR join sensorang je sebab geng funrun yang lain tak nak join. hehe. CR join pun sebab ada kawan CR yang ajak join dan mujur la sempat lagi daftar. Terima kasih pada Hazman & Syud tolong uruskan pendaftaran. heheh

Gambar diatas tu dengan cikgu-cikgu sekolah Triggers, ramai yang join kali ini. Sebelah CR tu paling hebat, non-stop berlari dan memang dia yang akan sampai paling awal.HEBAT Sam. 

Pahang Red Run Tour 19 Red One fun run

Suka medal larian ni, dan design tshirt larian dia pun lawa wehh. Warna ikut tema negeri Pahang, Hitam Putih dan merah tu warna rasmi telco Red One kan. 

Red One fun run

Yang ni kawan kraf CR , dia pun terjebak dengan aktiviti larian dah. hehe. Cantik kan design tshirt larian ni,memang sayang nak pakai kat rumah.

Pahang Red Run Tour 19 Red One fun run

Muka penat la sangat,padahal lari 5km jerrr. Hadiah cabutan bertuah Pahang Red Run Tour 19 Red One sangatlah lumayan akan tetapi CR tak pernah bertuah. Antara hadiah cabutan bertuah basikal, kipas , wang tunai sejumlah RM88, RM288, RM488 dan RM688. Punya la berdoa dapat wang tunai tu apakan daya, bukan rezeki CR. Sobs.

4. Vintage  Run 2019virtual run

Sepatutnya Vintage Fun Run ni bukan Virtual Run tetapi disebabkan ada masalah di pihak penganjur, mereka bagi pilihan pada yang dah daftar sama ada nak refund duit atau pun jadikan Larian Maya (Virtual Run) . CR pilih Virtual Run sebab baju dan medal event ni sangat la cantik dan rare. Medal bertemakan vintage,kaset zaman dahulu kala. Belakang medal tu adalah tshirt larian, nanti bila dah pakai CR update gambar disini yer.. comel sangatttt.

Untuk bulan ini, ada lagi satu larian terakhir kami untuk tahun ini. Tahun depan baru sambung semula. Nanti CR update lagi yer.

Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

November 3, 2019

Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan︱Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pencegahan dan kawalan terhadap jangkitan perlu untuk kekal sihat. Di seluruh dunia, seramai 30,000 wanita dan bayi maut setiap tahun akibat jangkitan yang biasanya disebabkan oleh kekurangan air, sanitasi dan amalan membasuh tangan yang tidak sempurna. 

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC), kira-kira 80 peratus penyakit berjangkit disebarkan menerusi sentuhan. Kanak-kanak perlu dididik mengenai kebersihan untuk mengurangkan risiko mereka menyebar dan mendapat penyakit berjangkit daripada batuk, selsema, Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, Influenza serta banyak lagi. 

Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan Antabax, jenama rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal nombor satu menjalin kerjasama untuk mengadakan kempen demi meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah di kawasan Ampang. 

Kempen dengan tema Antabax Always Be Clean (ABC) for Health yang akan bermula dari Oktober hingga November itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah. 

Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

Enam buah sekolah di Ampang dengan anggaran 600 orang murid dan ibu bapa dijangka mengambil bahagian dalam bengkel amali yang dijalankan oleh pasukan perubatan profesional KPJ Ampang Puteri. Ia memberi fokus kepada langkah-langkah membasuh dan membersihkan tangan dengan betul. 

Antabax pula akan menyumbang produk-produk seperti krim mandian, sabun tangan dan pembersih tangan kepada murid serta guru. 


“Kami percaya bahawa mendidik tabiat kesihatan yang baik perlu bermula dari usia muda. Objektif kami menerusi acara ini adalah untuk mencipta satu budaya dalam kalangan kanak-kanak dan berharap apa yang dipelajari hari ini akan diamalkan sepanjang hidup mereka. Ini merupakan sebahagian daripada program jangkauan komuniti dan kami berbangga kerana Antabax turut sama dalam usaha ini dengan menyediakan produk-produknya,” kata Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dato Dr Abdul Wahab Abdul Ghani.

Pengurus Kanan Produk Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee memberitahu jenama ini komited untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan masyarakat melalui program interaktif.


Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

“Antabax mendidik tentang amalan kebersihan yang baik menerusi pelbagai kempen yang kreatif. Kami dapati asas mengenai amalan kebersihan perlu dipupuk sejak kecil kerana kanak-kanak ini akan mengamalkannya sehingga mereka dewasa. Kempen Antabax Always Be Clean (ABC) for Health dibangunkan untuk membuatkan konsep kebersihan tangan lebih mudah buat kanak-kanak, terutama kenapa dan bagaimana mereka patut membasuh tangan. Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan KPJ Healthcare serta melibatkan pelatih dan jururawat mereka untuk sama-sama mendidik kanak-kanak tentang teknik membasuh tangan yang betul,” kata Mandy Lee. 

Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Hari Keluarga Triggers 2019

November 1, 2019

Kemaman Sands Terengganu

Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Family day 2019 Triggers  | Assalamualaikum dan Hai. Seperti tahun-tahun sebelum ni, tempat kerja Cik Renex akan mengadakan acara tahunan wajib iaitu Hari Keluarga. Program ini akan melibatkan semua cikgu dan kakitangan di sekolah dan pihak yang menguruskan adalah jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) 2019. Semenjak CR mula bekerja di sini, dah beberapa kali jugak CR menyertai Hari Keluarga. Antara lokasi yang menjadi pilihan KGK Triggers.

2012 Baru masuk kerja tak sempat join. hikhik
2013 Pulau Tioman
2014 KLCC Camp Site Janda Baik - Tak pergi
2015 Lake Town Bukit Merah Perak - tak pergi
2016 Grand Beach Resort Port Dickson
2017 Fishing Bay Resort Mersing
2018 Casa Bonita Hotel Melaka


Kemaman Sands Terengganu

Untuk tahun 2019, mereka memilih negeri Terengganu sebagai pilihan lokasi untuk kami melaksanakan program Hari Keluarga dan kami semua menginap di Kemaman Sands. Kemaman Sands terletak di Kampung Geliga Chukai. Dari rumah CR ke Kemaman Sands mengambil masa lebih kurang 3jam lebih sahaja menggunakan highway LPT. CR gerak dari rumah dalam 9pagi dan sampai dalam jam 12 tengah hari.

Waktu check in jam 2 Petang jadi, CR pun pergi la mengisi perut dahulu. Yang tu nanti CR letak di entri lain. Selepas tu CR ke mall yang berhampiran. Dalam kul 1 lebih baru CR gerak semula ke Kemaman Sands.  Sampai2 sana dah ramai guru dan staf di sana.

Kemaman Sands Terengganu

Senarai nama dan bilik memang dah ada pada Kemaman Sands. Jadi CR hanya perlu ke kaunter dan sebutkan nama sahaja. Nanti pihak kaunter sana akan bagi kunci dan arah bilik yang kita dapat.

Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Hari Keluarga Triggers 2019

Nama-nama untuk bangunan bilik ni diberi nama mengikut nama pulau di Terengganu. CR dapat bilik Pulau Rhu Hentian.  Bilik CR dekat dengan parking kereta dan tingkat bawah. Jadi mudah la nak angkat barang-barang kita. 

Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Hari Keluarga

Bilik CR tak luas sangat, sepatutnya boleh je CR nak tukar bilik ambil katil lain tapi dah malas nak angkut2 barang,maka terus je la stay dalam tu. :) Muat je untuk kami bertiga sebenarnya tapi sempit sikit la bila tidur.

Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Hari Keluarga


Tandas dan bilik air yang luas dan selesa.


Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Hari Keluarga

Aktiviti Hari Keluarga kami bermula jam 530 jadi sempat la nak rehatkan badan dahulu, nak lelapkan mata pun sempat juga. Dalam jam 5 CR keluar dulu dengan adik CR untuk sesi bergambar. Belakang Kemaman Sands ada pantai iaitu Pantai Mak Nik ataupun Monica Bay. Suasana pantai yang sangat cantik dan sesuai untuk bergambar bagi kaki bergambar seperti kami ini. hiks.

Acara sukaneka dimulai dengai acara untuk kanak-kanak iaitu mewarna. Kemudian acara untuk dewasa. Acara sukaneka yang dimainkan untuk tahun ini adalah Ulat gongok vs dadu gergasi, mengupas kulit epal tanpa putus dan juga makan biskut dengan meletakkan biskut di atas muka. Untuk sukaneka kategori keluarga pula adalah acara membina istana pasir. CR tak join pun sebab malas lagipun berdua je dengan adik CR, xsyiok la.. Nanti bukan jadi istana pasir, jadi istana kayangan. hahaha.


Selepas sukaneka , semua bergerak ke kolam untuk aktiviti bebas. Terjun ke kolam memang dinanti-nantikan oleh budak-budak ni. Semua bersemangat nak berendam dalam tu dan CR pun sertai sekali walaupun tak reti berenang. 

Aktiviti seterusnya adalah acara makan-makan. Pihak KGK telah memilih restoran yang berhampiran dengan tempat kami menginap, jadi mudah la sikit. Selepas maghrib terus bersiap-siap ke sana. 



Malam tu juga, CR berjumpa dengan pelakon kegemaran CR iaitu Dato Farid Kamil. Mula-mula CR tak nampak dia, tapi kawan CR yang bagitahu. Terus mata terpandang dia. Segan mula2 nak pergi tegur dia, tapi pergi jugak sebab bila lagi dapat jumpa kan. CR memang suka lakonan dia dari zaman dia jadi pelakon sampingan sampai la ni. 😁 Masa ni Dato sakit mata tu mata dia sepet sikit. 


Selepas acara makan-makan terus masing2 balik ke resort dan ianya penamat program Hari Keluarga 2019 sebab esoknya aktiviti bebas. CR dan family bergerak ke tempat lain dulu sebelum kembali ke resort. CR pergi ke esplanade dan sambil2 tengok orang buskers. Dah bosan baru balik semula ke bilik untuk tidur. 

Tahun depan kemana pulak hari keluarga kita? 

Cuka Organik dari Alce Nero untuk memenuhi permintaan tahap kesihatan dan tenaga optimum dalam kalangan rakyat Malaysia

October 31, 2019

Cuka Organik dari Alce Nero


Cuka Organik dari Alce Nero untuk memenuhi permintaan tahap kesihatan dan tenaga optimum dalam kalangan rakyat Malaysia | Assalamualaikum dan Hai. Alce Nero, peneraju makanan organik di Itali, memperkenalkan Cuka Cider Epal Organik (Organic Apple Cider Vinegar) dan Cuka Balsam Organik Modena (Organic Balsamic Vinegars of Modena) yang diperbuat daripada musta anggur bagi memenuhi permintaan tahap kesihatan dan tenaga optimum dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Di Malaysia, pengguna biasanya mengambil cuka bagi menyejukkan badan, untuk mempertingkatkan aliran darah, mengurangkan simptom sakit tekak dan untuk membantu mengurangkan berat badan. Di sesetengah negara, terdapat amalan budaya dan tradisi yang menggunakan cuka sebagai penahan selera makan, seterusnya membantu dalam usaha mengurangkan berat badan. 

Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa punca utama kematian di Malaysia adalah penyakit kardiovaskular. Cuka dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan mengawal atur peredaran darah yang mungkin berkait untuk meningkatkan risiko penyakit jantung.

Sejak sekian lama cuka dipercayai untuk menurunkan suhu badan, di samping itu, ia juga diambil untuk mengurangkan simptom-simptom sakit tekak. Manfaat pengambilan cuka ini khasnya berguna semasa cuaca panas, seperti gelombang haba yang dialami Malaysia baru-baru ini. 

Cuka Cider Epal Organik dan Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero menerima pensijilan 100% organik oleh European Union Law dan Standard Pertanian Jepun (JAS). Pengiktirafan berkenaan turut merangkumi kesemua hasil terlibat, tanah penanaman buah-buahan, kilang pemprosesan serta prosedur dan ramuan yang digunakan untuk kesemua item. 

Faktor yang membezakan cuka yang baik di pasaran adalah asalan ramuan mentah dan bagaimana ia diproses. Khasnya bagi produk yang ingin dinikmati tanpa memanaskannya mahupun dimasak, adalah lebih baik untuk memilih ramuan organik yang dipercayai dan ini termasuk pemilihan cuka. 

Cuka Cider Epal Organik Alce Nero ~ versatil dan menyihatkan


Cuka Organik dari Alce Nero


Cuka Cider Epal Organik Alce Nero adalah organik sepenuhnya, memberikan pengguna keyakinan kukuh tanpa perlu bimbang tentang sebarang kandungan pestisid, bahan tambahan atau bahan awet. Disediakan dalam dua varian, Ditapis dan Tidak Ditapis, cuka cider epal premium ini kaya dengan manfaat kesihatan. 

Kandungan asid asetik di dalam cuka ini mungkin membantu menurunkan kandungan gula dalam darah dengan menghalang penyerapan kanji dan menggalakkan sensitiviti insulin secara terus selepas pengambilan makanan dalam kalangan individu yang mengalami keadaan ketahanan insulin atau yang menghidapi Diabetes Jenis 2. 

Asid Asetik menahan selera, meningkatkan metabolisme dan mengurangkan retensi air, seterusnya menjadikan ia berguna bagi usaha penurunan berat badan. 

Cuka Cider Epal Alce Nero mengandungi kalium dan enzim-enzim yang membantu meningkatkan kadar tenaga serta elemen antimikrob yang sekian lamanya telah digunakan dalam langkah menyembuhkan luka dan jangkitan. Ia juga kaya dengan bahan-bahan bioaktif yang membantu menentang tekanan oksidatif dan memperkukuhkan imuniti tubuh.    

Cuka Cider Epal Alce Nero juga amat versatil. Ia boleh dinikmati sebagai minuman, sos salad ataupun sebagai tambahan rasa kepada masakan masam manis. Ia menjadi satu minuman yang menyegarkan apabila dicampur bersama Madu Alce Nero.

Selain itu, nilai keasidan yang rendah dalam cuka-cuka ini juga membenarkan jangka hayat yang panjang tanpa perlu disejukkan di dalam peti. 

Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero ~ pekat dan kaya dengan rasa 

Cuka Organik dari Alce Nero

Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero adalah cuka yang berwarna gelap, pekat dan kaya dengan rasa yang dihasilkan daripada musta anggur yang ditapaikan dengan baik dan lama. Ia berkongsi manfaat kesihatan yang sama dengan Cuka Cider Epal Alce Nero, dengan perbezaan kecil dalam nilai kalori dan tahap keasidan. 

Ia sesuai dinikmati sebagai minuman, bersama salad, sos dan perapan atau untuk menambah keenakan rasa sajian ayam, stik dan ikan. 

Penawaran 

Kedua-dua varian Cuka Cider Epal Organik Alce Nero dijual pada harga RM12.50 setiap botol, sementara Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero ditawarkan pada harga RM13 sebotol. 

Rangkaian cuka Alce Nero ini juga telah menerima pengiktirafan Halal. 

Cuka dan makanan organik mewah Alce Nero boleh didapati di sudut makanan organik AEON, Cold Storage, Ben’s Independent, Jason’s Food Hall, Jaya Grocer dan Village Grocer. Jangan lupa dapatkan.

Mobile Spa Intania Beauty House.

October 17, 2019



Mobile Spa Intania Beauty House | Assalamualaikum dan Hai. Pernah dengar tak perkataan Mobile Spa? Rasanya memang ramai dah biasa dengar perkataan tu. Mobile spa atau spa bergerak pada zaman kini sangat lah popular kerana kekangan masa. Ramai wanita yang ingin pergi ke Spa tapi tidak berkesempatan dan terlampau sibuk dengan kerja dan keluarga. 

Tapi dengan adanya Mobile Spa dari Intania Beauty House, sesuai dengan taglinenya "Beauty is ready to you" ia akan membantu anda semua. Dengan berkonsepkan spa di bawa ke rumah anda, Intania Beauty House menyediakan pelbagai jenis kelengkapan yang inshaAllah sama seperti di spa. Pelanggan hanya perlu menyediakan ruang dan ruangan "plugged" untuk di gunakan oleh para terapi.

Jadi ianya akan menjimatkan masa anda tanpa perlu bersusah payah untuk keluar dari rumah, cari parking, bayar tol dan sebagainya. Dah ada yang memudahkan, kenapa pilih yang susah. 😊

Senarai servis Mobile Spa Intania Beauty House

Pelbagai servis di sediakan dari Intania Beauty House, antaranya

1) Rawatan Wajah terdiri daripada 2 iaitu
-Normal Facial
-Treatment Facial

2) Urutan Tradisional / Urutan Aromaterapi

3) Bekam Sunnah

4) Rawatan Resdung tanpa asap

Senarai Harga Rawatan Mobile Spa



Dengan harga yang berpatutan, servis yang tiptop, inshaAllah dapat memberi kan anda pengalaman mobile spa NO 1 di Malaysia❤️ Mobile Spa Intania Beauty house cover kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. 

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh la terus menghubungi Cik Intan di talian 0139732945. 



© Blog Cik Renex •