Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

November 3, 2019

Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan︱Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pencegahan dan kawalan terhadap jangkitan perlu untuk kekal sihat. Di seluruh dunia, seramai 30,000 wanita dan bayi maut setiap tahun akibat jangkitan yang biasanya disebabkan oleh kekurangan air, sanitasi dan amalan membasuh tangan yang tidak sempurna. 

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC), kira-kira 80 peratus penyakit berjangkit disebarkan menerusi sentuhan. Kanak-kanak perlu dididik mengenai kebersihan untuk mengurangkan risiko mereka menyebar dan mendapat penyakit berjangkit daripada batuk, selsema, Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, Influenza serta banyak lagi. 

Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan Antabax, jenama rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal nombor satu menjalin kerjasama untuk mengadakan kempen demi meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah di kawasan Ampang. 

Kempen dengan tema Antabax Always Be Clean (ABC) for Health yang akan bermula dari Oktober hingga November itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah. 

Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

Enam buah sekolah di Ampang dengan anggaran 600 orang murid dan ibu bapa dijangka mengambil bahagian dalam bengkel amali yang dijalankan oleh pasukan perubatan profesional KPJ Ampang Puteri. Ia memberi fokus kepada langkah-langkah membasuh dan membersihkan tangan dengan betul. 

Antabax pula akan menyumbang produk-produk seperti krim mandian, sabun tangan dan pembersih tangan kepada murid serta guru. 


“Kami percaya bahawa mendidik tabiat kesihatan yang baik perlu bermula dari usia muda. Objektif kami menerusi acara ini adalah untuk mencipta satu budaya dalam kalangan kanak-kanak dan berharap apa yang dipelajari hari ini akan diamalkan sepanjang hidup mereka. Ini merupakan sebahagian daripada program jangkauan komuniti dan kami berbangga kerana Antabax turut sama dalam usaha ini dengan menyediakan produk-produknya,” kata Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dato Dr Abdul Wahab Abdul Ghani.

Pengurus Kanan Produk Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee memberitahu jenama ini komited untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan masyarakat melalui program interaktif.


Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

“Antabax mendidik tentang amalan kebersihan yang baik menerusi pelbagai kempen yang kreatif. Kami dapati asas mengenai amalan kebersihan perlu dipupuk sejak kecil kerana kanak-kanak ini akan mengamalkannya sehingga mereka dewasa. Kempen Antabax Always Be Clean (ABC) for Health dibangunkan untuk membuatkan konsep kebersihan tangan lebih mudah buat kanak-kanak, terutama kenapa dan bagaimana mereka patut membasuh tangan. Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan KPJ Healthcare serta melibatkan pelatih dan jururawat mereka untuk sama-sama mendidik kanak-kanak tentang teknik membasuh tangan yang betul,” kata Mandy Lee. 

Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Hari Keluarga Triggers 2019

November 1, 2019

Kemaman Sands Terengganu

Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Family day 2019 Triggers  | Assalamualaikum dan Hai. Seperti tahun-tahun sebelum ni, tempat kerja Cik Renex akan mengadakan acara tahunan wajib iaitu Hari Keluarga. Program ini akan melibatkan semua cikgu dan kakitangan di sekolah dan pihak yang menguruskan adalah jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) 2019. Semenjak CR mula bekerja di sini, dah beberapa kali jugak CR menyertai Hari Keluarga. Antara lokasi yang menjadi pilihan KGK Triggers.

2012 Baru masuk kerja tak sempat join. hikhik
2013 Pulau Tioman
2014 KLCC Camp Site Janda Baik - Tak pergi
2015 Lake Town Bukit Merah Perak - tak pergi
2016 Grand Beach Resort Port Dickson
2017 Fishing Bay Resort Mersing
2018 Casa Bonita Hotel Melaka


Kemaman Sands Terengganu

Untuk tahun 2019, mereka memilih negeri Terengganu sebagai pilihan lokasi untuk kami melaksanakan program Hari Keluarga dan kami semua menginap di Kemaman Sands. Kemaman Sands terletak di Kampung Geliga Chukai. Dari rumah CR ke Kemaman Sands mengambil masa lebih kurang 3jam lebih sahaja menggunakan highway LPT. CR gerak dari rumah dalam 9pagi dan sampai dalam jam 12 tengah hari.

Waktu check in jam 2 Petang jadi, CR pun pergi la mengisi perut dahulu. Yang tu nanti CR letak di entri lain. Selepas tu CR ke mall yang berhampiran. Dalam kul 1 lebih baru CR gerak semula ke Kemaman Sands.  Sampai2 sana dah ramai guru dan staf di sana.

Kemaman Sands Terengganu

Senarai nama dan bilik memang dah ada pada Kemaman Sands. Jadi CR hanya perlu ke kaunter dan sebutkan nama sahaja. Nanti pihak kaunter sana akan bagi kunci dan arah bilik yang kita dapat.

Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Hari Keluarga Triggers 2019

Nama-nama untuk bangunan bilik ni diberi nama mengikut nama pulau di Terengganu. CR dapat bilik Pulau Rhu Hentian.  Bilik CR dekat dengan parking kereta dan tingkat bawah. Jadi mudah la nak angkat barang-barang kita. 

Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Hari Keluarga

Bilik CR tak luas sangat, sepatutnya boleh je CR nak tukar bilik ambil katil lain tapi dah malas nak angkut2 barang,maka terus je la stay dalam tu. :) Muat je untuk kami bertiga sebenarnya tapi sempit sikit la bila tidur.

Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Hari Keluarga


Tandas dan bilik air yang luas dan selesa.


Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Hari Keluarga

Aktiviti Hari Keluarga kami bermula jam 530 jadi sempat la nak rehatkan badan dahulu, nak lelapkan mata pun sempat juga. Dalam jam 5 CR keluar dulu dengan adik CR untuk sesi bergambar. Belakang Kemaman Sands ada pantai iaitu Pantai Mak Nik ataupun Monica Bay. Suasana pantai yang sangat cantik dan sesuai untuk bergambar bagi kaki bergambar seperti kami ini. hiks.

Acara sukaneka dimulai dengai acara untuk kanak-kanak iaitu mewarna. Kemudian acara untuk dewasa. Acara sukaneka yang dimainkan untuk tahun ini adalah Ulat gongok vs dadu gergasi, mengupas kulit epal tanpa putus dan juga makan biskut dengan meletakkan biskut di atas muka. Untuk sukaneka kategori keluarga pula adalah acara membina istana pasir. CR tak join pun sebab malas lagipun berdua je dengan adik CR, xsyiok la.. Nanti bukan jadi istana pasir, jadi istana kayangan. hahaha.


Selepas sukaneka , semua bergerak ke kolam untuk aktiviti bebas. Terjun ke kolam memang dinanti-nantikan oleh budak-budak ni. Semua bersemangat nak berendam dalam tu dan CR pun sertai sekali walaupun tak reti berenang. 

Aktiviti seterusnya adalah acara makan-makan. Pihak KGK telah memilih restoran yang berhampiran dengan tempat kami menginap, jadi mudah la sikit. Selepas maghrib terus bersiap-siap ke sana. 



Malam tu juga, CR berjumpa dengan pelakon kegemaran CR iaitu Dato Farid Kamil. Mula-mula CR tak nampak dia, tapi kawan CR yang bagitahu. Terus mata terpandang dia. Segan mula2 nak pergi tegur dia, tapi pergi jugak sebab bila lagi dapat jumpa kan. CR memang suka lakonan dia dari zaman dia jadi pelakon sampingan sampai la ni. 😁 Masa ni Dato sakit mata tu mata dia sepet sikit. 


Selepas acara makan-makan terus masing2 balik ke resort dan ianya penamat program Hari Keluarga 2019 sebab esoknya aktiviti bebas. CR dan family bergerak ke tempat lain dulu sebelum kembali ke resort. CR pergi ke esplanade dan sambil2 tengok orang buskers. Dah bosan baru balik semula ke bilik untuk tidur. 

Tahun depan kemana pulak hari keluarga kita? 

Cuka Organik dari Alce Nero untuk memenuhi permintaan tahap kesihatan dan tenaga optimum dalam kalangan rakyat Malaysia

October 31, 2019

Cuka Organik dari Alce Nero


Cuka Organik dari Alce Nero untuk memenuhi permintaan tahap kesihatan dan tenaga optimum dalam kalangan rakyat Malaysia | Assalamualaikum dan Hai. Alce Nero, peneraju makanan organik di Itali, memperkenalkan Cuka Cider Epal Organik (Organic Apple Cider Vinegar) dan Cuka Balsam Organik Modena (Organic Balsamic Vinegars of Modena) yang diperbuat daripada musta anggur bagi memenuhi permintaan tahap kesihatan dan tenaga optimum dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Di Malaysia, pengguna biasanya mengambil cuka bagi menyejukkan badan, untuk mempertingkatkan aliran darah, mengurangkan simptom sakit tekak dan untuk membantu mengurangkan berat badan. Di sesetengah negara, terdapat amalan budaya dan tradisi yang menggunakan cuka sebagai penahan selera makan, seterusnya membantu dalam usaha mengurangkan berat badan. 

Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa punca utama kematian di Malaysia adalah penyakit kardiovaskular. Cuka dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan mengawal atur peredaran darah yang mungkin berkait untuk meningkatkan risiko penyakit jantung.

Sejak sekian lama cuka dipercayai untuk menurunkan suhu badan, di samping itu, ia juga diambil untuk mengurangkan simptom-simptom sakit tekak. Manfaat pengambilan cuka ini khasnya berguna semasa cuaca panas, seperti gelombang haba yang dialami Malaysia baru-baru ini. 

Cuka Cider Epal Organik dan Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero menerima pensijilan 100% organik oleh European Union Law dan Standard Pertanian Jepun (JAS). Pengiktirafan berkenaan turut merangkumi kesemua hasil terlibat, tanah penanaman buah-buahan, kilang pemprosesan serta prosedur dan ramuan yang digunakan untuk kesemua item. 

Faktor yang membezakan cuka yang baik di pasaran adalah asalan ramuan mentah dan bagaimana ia diproses. Khasnya bagi produk yang ingin dinikmati tanpa memanaskannya mahupun dimasak, adalah lebih baik untuk memilih ramuan organik yang dipercayai dan ini termasuk pemilihan cuka. 

Cuka Cider Epal Organik Alce Nero ~ versatil dan menyihatkan


Cuka Organik dari Alce Nero


Cuka Cider Epal Organik Alce Nero adalah organik sepenuhnya, memberikan pengguna keyakinan kukuh tanpa perlu bimbang tentang sebarang kandungan pestisid, bahan tambahan atau bahan awet. Disediakan dalam dua varian, Ditapis dan Tidak Ditapis, cuka cider epal premium ini kaya dengan manfaat kesihatan. 

Kandungan asid asetik di dalam cuka ini mungkin membantu menurunkan kandungan gula dalam darah dengan menghalang penyerapan kanji dan menggalakkan sensitiviti insulin secara terus selepas pengambilan makanan dalam kalangan individu yang mengalami keadaan ketahanan insulin atau yang menghidapi Diabetes Jenis 2. 

Asid Asetik menahan selera, meningkatkan metabolisme dan mengurangkan retensi air, seterusnya menjadikan ia berguna bagi usaha penurunan berat badan. 

Cuka Cider Epal Alce Nero mengandungi kalium dan enzim-enzim yang membantu meningkatkan kadar tenaga serta elemen antimikrob yang sekian lamanya telah digunakan dalam langkah menyembuhkan luka dan jangkitan. Ia juga kaya dengan bahan-bahan bioaktif yang membantu menentang tekanan oksidatif dan memperkukuhkan imuniti tubuh.    

Cuka Cider Epal Alce Nero juga amat versatil. Ia boleh dinikmati sebagai minuman, sos salad ataupun sebagai tambahan rasa kepada masakan masam manis. Ia menjadi satu minuman yang menyegarkan apabila dicampur bersama Madu Alce Nero.

Selain itu, nilai keasidan yang rendah dalam cuka-cuka ini juga membenarkan jangka hayat yang panjang tanpa perlu disejukkan di dalam peti. 

Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero ~ pekat dan kaya dengan rasa 

Cuka Organik dari Alce Nero

Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero adalah cuka yang berwarna gelap, pekat dan kaya dengan rasa yang dihasilkan daripada musta anggur yang ditapaikan dengan baik dan lama. Ia berkongsi manfaat kesihatan yang sama dengan Cuka Cider Epal Alce Nero, dengan perbezaan kecil dalam nilai kalori dan tahap keasidan. 

Ia sesuai dinikmati sebagai minuman, bersama salad, sos dan perapan atau untuk menambah keenakan rasa sajian ayam, stik dan ikan. 

Penawaran 

Kedua-dua varian Cuka Cider Epal Organik Alce Nero dijual pada harga RM12.50 setiap botol, sementara Cuka Balsam Organik Modena Alce Nero ditawarkan pada harga RM13 sebotol. 

Rangkaian cuka Alce Nero ini juga telah menerima pengiktirafan Halal

Cuka dan makanan organik mewah Alce Nero boleh didapati di sudut makanan organik AEON, Cold Storage, Ben’s Independent, Jason’s Food Hall, Jaya Grocer dan Village Grocer. Jangan lupa dapatkan.

Mobile Spa Intania Beauty House.

October 17, 2019



Mobile Spa Intania Beauty House | Assalamualaikum dan Hai. Pernah dengar tak perkataan Mobile Spa? Rasanya memang ramai dah biasa dengar perkataan tu. Mobile spa atau spa bergerak pada zaman kini sangat lah popular kerana kekangan masa. Ramai wanita yang ingin pergi ke Spa tapi tidak berkesempatan dan terlampau sibuk dengan kerja dan keluarga. 

Tapi dengan adanya Mobile Spa dari Intania Beauty House, sesuai dengan taglinenya "Beauty is ready to you" ia akan membantu anda semua. Dengan berkonsepkan spa di bawa ke rumah anda, Intania Beauty House menyediakan pelbagai jenis kelengkapan yang inshaAllah sama seperti di spa. Pelanggan hanya perlu menyediakan ruang dan ruangan "plugged" untuk di gunakan oleh para terapi.

Jadi ianya akan menjimatkan masa anda tanpa perlu bersusah payah untuk keluar dari rumah, cari parking, bayar tol dan sebagainya. Dah ada yang memudahkan, kenapa pilih yang susah. 😊

Senarai servis Mobile Spa Intania Beauty House

Pelbagai servis di sediakan dari Intania Beauty House, antaranya

1) Rawatan Wajah terdiri daripada 2 iaitu
-Normal Facial
-Treatment Facial

2) Urutan Tradisional / Urutan Aromaterapi

3) Bekam Sunnah

4) Rawatan Resdung tanpa asap

Senarai Harga Rawatan Mobile Spa



Dengan harga yang berpatutan, servis yang tiptop, inshaAllah dapat memberi kan anda pengalaman mobile spa NO 1 di Malaysia❤️ Mobile Spa Intania Beauty house cover kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Sebarang tempahan dan pertanyaan boleh la terus menghubungi Cik Intan di talian 0139732945



Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand™ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Pahang untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-Kanak

Ayam brand

Adakah hidangan terakhir anda ialah sepinggan 3S makanan Malaysia yang Sihat? 3S adalah singkatan kepada Suku-suku Separuh. Suku-suku Separuh menggalakkan pembahagian makanan di atas pinggan melibatkan suku protein, suku karbohidrat kompleks serta separuh buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Pinggan Sihat 3S Malaysia mungkin kedengaran asing bagi kebanyakan daripada kita, lantas menjadi punca kepada epidemik obesiti dalam kalangan golongan dewasa serta kanak-kanak. Menurut Laporan Menangani Obesiti di ASEAN oleh Unit Risikan Ekonomi, kadar obesiti di Malaysia adalah 13.3% iaitu tertinggi dalam Asia Tenggara. Malaysia juga merupakan antara tiga negara peneraju di Asia yang mempunyai peratusan tinggi, iaitu 11.5% kanak-kanak obes berusia enam bulan hingga 12 tahun. 

Ayam Brand™, jenama tempatan yang terkenal dengan rangkaian makanan dalam tin berkualiti tinggi, tanpa bahan pengawet, tiada MSG tambahan, sihat dan mudah. Jenama ini berusaha untuk menangani isu besar iaitu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan memperkenalkan konsep Pinggan Sihat 3S Malaysia ke dalam program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang akan dijalankan. Tahun ini, Ayam Brand berjaya mengembangkan program CSR kepada murid-murid sekolah rendah. 


Tema kempen pada tahun ini ialah ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’. Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak dari 10 buah negeri dengan maklumat untuk mengenal pasti pilihan makanan yang sihat dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dalam menyediakan hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berusia lapan tahun dan ke atas. 


Di Pahang, seramai 32 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, Pertubuhan Anak Yatim dan Kebajikan Nurul Izzah, Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom, Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Sekolah Kebangsaan Assunta Convent, SJK (C) Chung Ching 2, Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau dan Sekolah Kebangsaan Kempadang telah mengambil bahagian dalam kempen ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’ yang mencabar dan menyeronokkan ini. 


Acara ini dimulakan dengan pengenalan interaktif mengenai konsep #sukusukuseparuh. Diikuti oleh pembahagian kepada lapan pasukan yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak untuk menyediakan hidangan berdasarkan prinsip 3S. Mereka perlu menyiapkan hidangan dalam masa 30 minit dengan bantuan daripada orang dewasa dan menggunakan resepi yang disarankan oleh pakar. 



Sementara menunggu hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia dinilai, kanak-kanak itu kemudian dicabar dengan permainan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk mengingat apa yang telah dipelajari tentang nutrisi yang baik. 

Menurut Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nathan Deverre, kempen yang kini sudah memasuki tahun ke-12 telah menyumbang 1.76 juta hidangan sihat bagi tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 20,000 orang dari 482 buah rumah kebajikan dan NGO. 

“Sebagai peneraju dalam industri makanan di Malaysia selama lebih 100 tahun, Ayam Brand™ sangat bimbang dengan penularan masalah obesiti di negara ini dan ingin tampil ke hadapan untuk memberi bantuan. Bermula dengan kanak-kanak kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah diajar dan didekati. Kami membangunkan program Get Healthy Malaysia, Start Now dengan harapan agar dapat membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak, menerusi pemberian pengetahuan serta kemahiran untuk memilih, membuat dan menyediakan makanan yang lebih berkhasiat,” kata Nathan Deverre. 

“Kami telah menjalankan kempen CSR selama 12 tahun. Sudah tiba masanya untuk kami mengembangkannya demi memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak dengan menyampaikan mesej 3S melalui cara yang lebih mudah difahami. Di samping tip-tip yang dapat peserta manfaatkan di rumah, mereka juga dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga,” katanya lagi.


“Hari ini saya belajar bahawa saya perlu makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan protein. Selain perlu mengurangkan pengambilan nasi dan roti yang saya sangat gemari. Makanan yang saya buat hari ini cukup sedap dan sihat. Saya akan cuba untuk makan hidangan yang seimbang setiap hari untuk jadi lebih sihat dan akan lebih banyak bersenam,” kata salah seorang peserta. 

Ayam Brand™ membawakan kempen ini secara dalam talian dan menghebahkannya menerusi media sosial dengan pengaktifan peraduan Show Us Your Healthy Plate, selain berkongsi kemas kini program secara langsung. 

Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand™ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Pahang untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-Kanak


Empat buah rumah kebajikan akan menerima bekalan produk Ayam Brand™ selama dua bulan yang bersamaan dengan 31,680 hidangan sihat untuk 176 orang penghuni. 


Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand™ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Pahang untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-Kanak

Sekolah Kebangsaan Kempadang telah muncul sebagai juara untuk pertandingan Ayam Brand Suku-Suku Separuh Healthy Festival 2019 peringkat negeri Pahang. Pemenang menerima piala dan sijil penyertaan daripada Ayam Brand untuk hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia yang terdiri daripada telur berinti sardin, sandwich makerel dan salad kacang panggang dan jagung.

“Ayam Brand™ telah menyokong NGO selama bertahun-tahun, rumah-rumah kebajikan sentiasa ingin dipilih kerana sumbangan produk mereka dilihat penting terutama ketika kekurangan sumbangan dari orang awam. Terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana konsisten dalam mengambil berat terhadap komuniti,” kata wakil dari Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom.

Mahu membantu komuniti di negeri anda? Sila layari Ayam Brand™ e-charity di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html dan beli produk Ayam Brand untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan pilihan. Ayam Brand™ e-charity menawarkan potongan sebanyak 15% daripada harga runcit dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk memudahkan dan menjadikan Malaysia yang lebih sihat, Mulakan Sekarang.

Program CSR AFY haniff dengan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian.

October 16, 2019


Program CSR Afy haniff dengan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian.


Program CSR AFY haniff dengan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian | Assalamualaikum dan Hai. Yang tengah membaca ni, kenal tak dengan produk dari AFY haniff? Rasanya rata-rata orang kenal dengan AFY haniff ini. Lagi-lagi bila kita sebut perkataan “serai wangi”. Ini kerana, produk serai wangi jenama AFY haniff ini memang terkenal di mana-mana pasaraya. Tapi tahukah anda, selain daripada serai wangi , terdapat pelbagai lagi produk yang dikeluarkan oleh AFY Haniff ini. Tapi sebelum tu, mari Cik Renex ceritakan serba sedikit mengenai syarikat AFY haniff ini.


AFY haniff Group (M) Sdn. Bhd telah diasaskan dan diperbadankan di Malaysia pada tahun 2006. Lama dah sebenarnya syarikat AFY haniff ni bertapak di Malaysia. AFY haniff menyediakan detergen herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi intipati serai utamanya. AFY Haniff sangat terkenal dengan dengan formula organik yang dapat menakutkan serangga sebagai contoh Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWiPEL AFY haniff. Bila mendengar formula organik, pastinya produk keluaran mereka sangat mesra alam dan selamat untuk digunakan. Untuk pengetahuan anda juga, sehingga hari ini, AFY Haniff telah berjaya berada di lebih daripada 2,000 pasar raya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand. Jadi tidak hairan la ,kalau kebanyakkan orang kenal dengan produk ini.


 Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian.


AFY haniff juga sebenarnya sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kemasyarakatan atau “CSR” . Baru-baru ini, AFY haniff mengadakan program gotong-royong mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian. Aktiviti ini adalah hasil kerjasama yang pertama di antara AFY Haniff dan juga team McDonald’s dengan di bantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama-sama menjayakan event ini.



Program CSR Afy haniff dengan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian.


Mungkin ada yang tidak biasa dengar Rumah Ronald McDonald ni bukan? Rumah Ronald McDonald adalah satu kerjasama antara RMHC Malaysia, McDonald’s Malaysia, rakan-rakan niaga, dan pelanggan-pelanggan McDonald’s yang menyumbang melalui tabung RMHC yang terletak di lebih daripada 275 restoran McDonald’s di seluruh negara. Hasil sumbangan tersebut digunakan untuk pembinaan satu rumah persinggahan untuk memudahkan para keluarga menjaga anak mereka yang sakit di hospital USM. Dengan adanya rumah ini, ahli keluarga dapat bersama dengan anak mereka setiap hari sepanjang menerima rawatan di Hospital USM tersebut. Rumah Ronald McDonald di HUSM ini adalah rumah kedua di Malaysia.


Tujuan utama AFY Haniff bertindak mewangikan Rumah Ronald McDonald ini adalah sebagai tanda simpati kepada para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian Kelantan. Kehadiran AFY Haniff sedikit sebanyak dapatlah meringankan sedikit beban adik-adik pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian.


BITE


Program CSR antara AFY haniff dan Rumah Ronald McDonald HUSM Kubang Kerian di adakan pada 24 September 2019 baru-baru ini. Program dimulakan seawal jam 9pagi. Semua yang terlibat berkumpul terlebih dahulu untuk sesi perkenalan dan taklimat ringkas tentang perjalanan program hari tersebut bagi memastikan program dapat dilaksanakan tanpa ada masalab. Setelah sesi taklimat selesai, mereka bergerak ke Rumah Ronald McDonald.


BITE

Aktiviti seterusnya adalah membeli barangan keperluan untuk kegunaan penghuni Rumah Ronald McDonald dan juga memudahkan urusan mereka sepanjang berada disana. Antara barangan yang di beli adalah seperti barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah. Setelah usaii membeli barang-barang yang diperlukan, mereka memasak beramai-ramai untuk makan bersama.

Aktiviti diteruskan semula pada jam dua petang dengan aktiviti penting iaitu mewangikan Rumah Ronald McDonald sepenuhnya dengan menggunakan produk dari AFY haniff. Antara yang mereka lakukan adalah menyapu sampah, mop lantai dan membersihkan habuk.


Program CSR Afy haniff dengan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian.

Ada juga sebahagian daripada mereka mengemop lantai mengunakan produk dari AFY haniff iaitu Pencuci Lantai SWiPEL AFY haniff.


Program CSR Afy haniff dengan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian.


Selain itu juga, ada yang menyembur spray pewangi dari AFY haniff iaitu Pewangi Fabrik D'MENC AFY haniff . Boleh disembur pada semua jenis fabrik seperti langsir, sofa, kasut, carpet, cadar & kerusi . Pastinya ia menyegarkan semula fabrik kita dan menghapuskan 99.9% bakteria. Sebahagian dari mereka juga mencuci pinggan menggunakan produk dari AFY haniff iaitu Sabun Pencuci Pinggan 40 days AFY haniff.


Program CSR Afy haniff dengan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian.


Setelah selesai semua aktiviti mencuci, boleh la kita membersihkan tangan kita dengan menggunakan Pencuci Tangan Berbuih PLASH keluaran dari AFY haniff juga. Ianya kaya dengan buih halus (foaming pump) yang mudah dibilas. Yang paling seronoknya, ia mampu menanggalkan minyak di tangan dan hilangkan bau makanan di tangan selain memberi kelembutan pada kulit.


mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian.


Setelah selesai gotong-royong bersama-sama, aktiviti kemuncaknya adalah menyampaikan pemberian sumbangan dalam bentuk barangan jenama AFY Haniff kepada para penghuni yang ada di sana. Diharapkan dengan pemberian ini akan meringankan beban mereka sedikit.

Afy haniff mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian.

Pemberian wang secara ‘kilat’ turut diberikan pada salah seorang waris pesakit pediatrik di HUSM Kubang Kerian. Pemberian wang yang tidak seberapa ini di beri secara mengejut ‘on the spot’ kerana atas rasa sedih akan nasib keluarga ini. Anak kepada pakcik ini sedang terlantar di HUSM akibat di langgar kereta dan usianya hanyalah 5 tahun saja. Kecederaan anak pakcik ini agak serius dan semoga semua yang membaca ini dapat mendoakan kesembuhan anak pakcik.


Tahniah di ucapkan kepada pihak AFY haniff kerana berjaya melaksanakan aktiviti kemasyarakatan @ CSR ini. Sedikit sebanyak dapat meringan beban keluarga pesakit.




Afy haniff mewangikan Rumah Ronald McDonald di HUSM Kubang Kerian.





Lirik Lagu Used To You - Ali Gatie

October 14, 2019



Used To You

Ali Gatie


How am I supposed to be alright?
Ever since we split apart, no I'm not doing fine
And I can't lie, my life's been really hard
It's difficult to see the light when life is feeling dark

I got used to you
Yeah, I got used to you
Yeah, I got used to you
Yeah, you and I
I got used to you
Yeah, I got used to you
Yeah, I got used to you
So losing you, it hurts inside

There's nothing harder than
Losing the one you love the most
But if I had a chance
I'd try again, I'd try some more

I feel it in my chest
I feel it in my bones
I know I'm used to pain
It's just never hurt like this before

I got used to you
Yeah, I got used to you
Yeah, I got used to you
Yeah, you and I
I got used to you
Yeah, I got used to you
Yeah, I got used to you
So losing you, it hurts inside


© Blog Cik Renex