Cara untuk Beli Tiket Penerbangan dan Hotel Murah
August 27, 2018

Assalamualaikum dan Hai uolss. Perasan tak bulan Ogos dan September ni banyak cuti kan. Dan mesti korang semua dah plan nak bercuti kemana-mana. Cik Renex tahun ni macam nak ke mana-mana pulau atau pun Pulau Pinang, tapi tulah kena tengok bajet jugak. Dan masih google2 untuk cari destinasi yang seronok tetapi menjimatkan. haha. Tak sempat tahun ni kita postpone tahun depan. :)
Bila tengah research jumpa la satu tempat beli tiket flight dan hotel yang murah . So, dari situ kita dah boleh save sikit duit kan. Sape taknak tiket flight murah kan? CR tau these days banyaaak flight searching site yang bagi macam-macam servis dan offer untuk memudahkan kita mencari dan membeli tiket penerbangan. Ada yang local, haa international pun banyak. Tapi dalam banyak-banyak ni, mesti la kita nak cari yang the best untuk money value kan. Jangan risau, I akan story dari A sampai Z supaya uolls faham. Jom baca celoteh CR ;)
Korang pernah dengan pasal Traveloka? Bunyi pun dah macam travel kan? Haa indeed company ni merupakan sebuah syarikat yang menyediakan platform untuk kita menempah tiket penerbangan dan hotel pada kadar yang berpatutan. Syarikat yang mulanya berasal dari Indonesia ini telah melebarkan sayapnya ke Malaysia dengan menyediakan banyak promosi untuk kita grab. Uollss boleh terus ke laman web dorang, iaitu Traveloka.com atau download aplikasi ni secara percuma di Play Store.
Bagi yang dah sampai ke laman web atau apps Traveloka, korang boleh pergi ke tab flight. Lepas tu, masukkan destinasi dan tempat perlepasan korang. Then masukkan tarikh and tadaaa! Keluar laa list2 tiket yang disusun based on airlines serta harga. Kalau nak senang, korang boleh filter seach finding list korang. So nanti tiket yang dalam range bajet korang je akan keluar.
Once dah pilih tiket, boleh la terus proceed ke payment. Korang boleh pilih sama ada nak bayar dengan online banking atau kad kredit. Before bayar, akan ada satu box untuk isi discount code. Haa masukkan code tu kat situ untuk dapatkan off bagi tiket korang. Haa dah boleh terus fly from Penang to Kuala Lumpur, KL to Bangkok, JB to KK dan banyak lagi destinasi-destinasi menarik lain.
Actually, promo code ni korang boleh dapat time ada any special occasion. Selalunya dorang akan offer kat page promotion. Selalunya ada je promo all year round. Jadinya, kenala selalu usha website atau apps dorang. Baru la dapat chatch up. Pastu, korang tak perlu risau kalau-kalau kena tipu. Sebab dorang takde hidden charge. Korang bayar harga yang dah dipaparkan je. Bukan tiket flight je, same goes to hotel. Kalau korang perasan, Traveloka dah cover banyaak tempat-tempat penginapan di negara kita. Jadi, tak perlu la risau susah untuk dapatkan hotel. Dari homestay saaampai la ke hotel mewah. Semua ada.
Selain tu, korang boleh jugak dapatkan info pasal tempat-tempat menarik kat sekitar tempat penginapan korang. Jadinya, dengan Traveloka, korang boleh rancang percutian dengan lebih terperinci. Semuanya dengan satu website sahaja. Mudah kan? Oh ye, kalau korang ada sebarang kemusykilan, korang bolehla terus contact customer service team. Dorang ni sangat responsive dan membantu. Kalau taknak call, boleh pergi ke tab Help untuk refer kepada ‘frequenly asked question’. Dorang boleh bantu korang untuk buat cancelation, refund, reschedule dan macam-macam lagi.
Bagi yang still lagi takde idea nak pegi mana tu, korang boleh la usha kempen #unseenmalaysia. Kat sini, korang boleh dapat info pasal macam-macam tempat menarik di negara kita, tapi ianya masih belum banyak dikunjungi oleh kita. Kalau korang jenis yang suka trekking dalam hutan, try usha Air Terjun Maliau di Sabah, Gunung Irau atau Taman Nasional Bako, Sarawak. Bagi yang suka explore tempat bersejarah, korang boleh la usha Kapal Korek Tanjung Tualang, Perak atau Gereja St Paul, Melaka. Sasaran, Kuala Selangor atau Pulau Payar Langkawi merupakan antara tempat yang harus diterokai oleh korang yang sukakan aktiviti air. Jangan surprise kalau korang rasa tempat-tempat ni sangatla cantik, macam bukan kat Malaysia je, eh. Haha.
Ambik sikit masa untuk travel, rasa dan tengok tempat dan cara hidup hidup orang. Bukan senang nak dapat chance untuk buat semua ni. CR harap percutian CR dengan kawan-kawan akan berjaya. Kini dengan Traveloka, semua tempat boleh dikunjungi. Okayla korang, macam panjang sangat pulak CR bebel kali ni. Ingat pesan CR ye, nak travel dengan best, kena ada effort sikit. See you in my next post. k bye!!






























